Sudah tentu  suami yang inginkan isteri menjadi suri rumah sepenuh masa agar dapat lebih banyak meluangkan masa untuk keluarga dan menguruskan hal-hal berkaitan rumah dan anak berbanding jika bekerja. Lebih-lebih lagi bagi suami yang berkemampuan untuk menanggung segala keperluan. Namun ada suami kadang kala, merendahkan isteri dengan tidak menghargai pengorbanan yang diberikan isteri.

Begitulah perkongsian Mohd Fhais yang melihat bahawa perkahwinan memerlukan kerjasama dan sikap tolak ansur agar tidak wujud salah faham antara pasangan.

“Jangan Rendahkan Kerja Suri Rumah. Suami Kena Tolong Isteri.” Tanpa Kerjasama, Perkahwinan Itu Sia-Sia!

Buat para suami yang selalu merendah rendahkan kerja surirumah, sila baca!

Kahwin ni erti kata lain ialah kerjasama. Tanpa kerjasama, kahwin tu jadi sia-sia..

Bukan sedikit tapi selalu sangat dah kawan-kawan lelaki ni datang jumpa saya cakap isteri diorang tak ada buat apa, duduk rumah goyang kaki je.

Cakap memang senang, cuba buat dulu.

Terus terang saya cakap, kerja di rumah ni jauh berkali ganda lebih penat dari kerja di pejabat.

IKLAN

Saya sendiri sedang hadap benda ni. Menguruskan bisnes dari rumah dan jaga anak dari usia dia 3 bulan sampai la sekarang nak masuk setahun. Letih wei!

Bangun pagi memang tak sempat nak buat kerja lain dah. Aisy rizqi ni setiap pagi jam 6 dia dah bangun. Asal gerak sikit dari katil dia mesti terjaga. Telinga lintah betul!

Dari bangun leka menguruskan dia. Tukar pampers, mandi, makan, bawa dia jalan dan akhir sekali jam 10-11 dia mesti tidur. Masa ni la baru sempat nak menguruskan diri sendiri.

Kelam kabut mandi, bersihkan diri, basuh baju, basuh pinggan, tengok email dan makan. Semua ni kena selesai dalam 1 jam.

Masuk tengahari budak bertuah ni mesti bangun. Bila dah bangun memang susah nak buat kerja lain. Melayan dia main sahaja.

IKLAN

Penat melayan dia main sampai pinggang lutut semua sakit-sakit sebab kena tunduk selalu.

Itu yang kalau budak bertuah ni nak main apa pun saya bagi je. Asalkan dia leka, sebab kalau dia tak leka kita yang penat nak melekakan dia.

Ini baru kejadian sebelah siang, malam lain pula ceritanya. Senang cerita kerja jaga anak ni tak ada waktu rehat dan tak ada kesudahan.

Rutin dia berputar-putar benda yang sama setiap hari. Ini yang buat penat tu berganda-ganda.

IKLAN

Ini tak cerita lagi waktu terdesak nak membuang air tapi anak tak nak berenggang. Seksa wei tahan-tahan ni.

Kalau anak dua tiga orang, lagi la masyallah dia punya letih berpuluh kali ganda. Kagum betul dengan mereka yang sudi dan berjaya jaga anak ramai di rumah seorang diri.

Tapi apa pun saya bersyukur sebab ada pasangan yang baik dan prihatin.

Kami sama-sama buat segala tugasan di rumah. Nampak sahaja ada tugas yang belum di buat, terus buat tanpa banyak bunyi. Menuding jari jauh sekali.

Kahwin ni erti kata lain ialah kerjasama. Tanpa kerjasama, kahwin tu jadi sia-sia..

Kalau masih ada lagi si suami yang berkata begini saya cabar dia ambil alih tugas isteri sehari dari pagi sampai malam. Tengok goyang kaki ke tak goyang kaki.

Mohd Fhais
Penat sangat tapi berbaloi dapat tengok anak membesar depan mata.

p/s : Tolong kongsikan dengan geng-geng suami yang lain benda ni, harap lepas baca ni diorang akan berhenti merendah rendahkan kerjaya surirumah.

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI