Lemon antara salah satu buah yang cukup banyak kegunaannya. Daripada hanya dijadikan air dan sebagai ajen detoks, lemon juga banyak fungsinya dalam kegunaan di dapur.
Antara yang boleh dipulihkan menggunakan lemon adalah tanggalkan kesan kotoran pada papan pemotong, bersihkan sinki dan sebagainya.
Tapi jangan tak tahu lemon juga mampu meninggalkan kesan pantas untuk merawat masalah kulit. Ini yang anda kena tahu.
1. Rawat Kutil dan Ketuat
Letakkan potongan lemon pada kutil dan balut dengan kemas. Biarkan semalaman. Cara ini dapat membantu anda yang terkena jangkitan kulit.
Ads
2. Hilangkan Bintik Hitam
Hiris lemon nipis dan sental pada bintik hitam. Biarkan kering semalaman kemudian barulah dicuci dengan air sejuk. Bintik hitam akan mula menghilang jika lebih kerap dilakukan.
3. Pulihkan Jerawat
Bersihkan wajah daripada kesan minyak dan kemudian gosokkan muka dan kawasan berjerawat dengan lemon. Biarkan hingga kering dan jangan dibilas. Selepas 15 minit barulah dibilas dengan air bersih.
Ads
4. Kawal Minyak Pada Wajah
Asid dalam lemon mahu menanggalkan kesan minyak pada muka. Basuh muka dengan air suam terlebih dahulu kemudian barulah digosok dengan seluruh wajah. Biarkan isi-isi lemon menyerap seluruh bahagian muka. Kemudian barulah dibasuh bersih.
Ads
5. Hilangkan Kulit Bawah Lengan
Lemon merupakan ‘peluntur’ semulajadi. Masalah ketiak dan siku yang gelap boleh dicerahkan dengan lemon. Potong lemon nipis dan gosokkan pada kawasan yang gelap. Lakukan secara konsisten untuk melihat hasilnya.
6. Kuku Kuat dan Cantik
Kulit sekitar kuku yang kering sering memberi impak pada kuku yang cantik. Bagi mendapatkan kuku yang kuat dan bersinar, rendam jari di dalam jus lemon selama 10 minit dan berus kuku hingga bersih. Rendamkan semula di dalam air suam yang dicampurkan dengan sedikit cuka. Kemudian barulah bilas jari dengan air suam.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Perasan tak jika kita menggoreng nugget, udang celup tepung, ayam goreng berempah atau sebagainya, lebihan minyak yang digunakan akan terlihat ‘kotor’ dengan cebisan tepung, rempah dan sebagainya.
Ini sekali gus kita merasakan minyak tersebut tidak boleh digunakan dan perlu dibuang sahaja walau pun di dalam hati terasa sayang. Maklumlah minyak tersebut baru sekali digunakan.
Pun begitu tahukah anda, rupanya ada cara mudah untuk anda dapat membersihkan minyak tersebut dan sekali gus boleh lah digunakan untuk menggoreng menu lain.
Ini sebagaimana perkongsian Chef Richad di aplikasi TikTok. Menerusi perkongsian video tersebut, memang nampak berhasil cara yang digunakan dan memang mudah!
Jadi buat anda yang ingin mencuba, bolehlah ikuti langkah demi langkah yang dikongsikan olehnya.
Cara Mudah Bersihkan Minyak Goreng
Sediakan bahan utamanya iaitu 100gm tepung jagung dan 150ml air
Langkah 1 :
Campurkan tepung jagung dan air, adun sebati.
Langkah 2 :
Panaskan minyak goreng tadi dan kemudian masukkan bancuhan tepung ke dalam kuali.
Langkah 3 :
Kemudian tutup api dan biarkan 15 minit.
Langkah 4 :
Kemudian angkat adunan tepung beras tadi dan secara automatik sisa masakan akan diserap sepenuhnya.
Langkah 5 :
Hasilnya minyak masakan tadi kembali bersih dan boleh digunakan untuk gorengan berikutnya.
Jadi selepas ini jangan terus buang minyak tersebut ya. Lakukan cara ini, ternyata lebih jimat. Apatah lagi masa ini bukan mudah untuk mendapatkan bekalan minyak masak peket. Selamat mencuba!
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.
Pastinya ramai ibu-ibu diluar sana mahu kurus seperti wanita ini. Siapa tidak mahu tampil kurus, turun sebanyak 16kg dalam masa hanya 100 hari sahaja.
Ibu anak tiga ini, Nor Azwana merupakan Ummi si kucing Jep yang cukup dikenali semua orang. Jika dulu Ummi tampil sedikit berisi, kini Ummi bagaikan anak dara.
Hebatnya kerana Ummi tidak langsung menggunakan sebarang produk kurus tetapi menjaga pemakanan sahaja. Eat clean katanya. Perkongsiannya di album fat to fit journey miliknya mendapat perkongsian ribuan pengikut. Hebat!
Bagi ibu-ibu yang turut sama nak berdiet bolehlah tiru pemakanan sihat Ummi ni. Memang hebat!
Hari ini genap 100 hari Ummi berdiet. Akan diteruskan mungkin sehingga hari ke 1000, siapa tahu. Perjalanan yang sangat best, santai santai aje, no pressure melainkan pressure cooker. Buat rebus keledek.
Disebabkan Ummi dulu-dulu naik semangat (terbakor,tersentap, terinspirasi) bila tengok gambar before after orang lain, jadi nya Ummi nak sebarkan semangat bagi ibu-ibu dan belum lagi ibu untuk mengubah diri ke arah yang lebih baik dan sihat. Insyaallah.
Tips dia mudah saja. Malahan tips-tip ini banyak didapati dalam majalah dan internet. Ibarat nya, semua orang pun tahu.
Jom gais! apa tunggu lagi. 3 bulan lost 16kg..
1) Tak minum/makan manis (gula)
2) Tak makan selepas jam 8 malam
3) Banyakkan sayur dan buah-buahan
4) Sukatan nasi 1/2 cawan kadang-kadang 3/4
5) 70-80% eat clean (rebus , bakar, panggang, kukus, tiada process food)
6) Exercise kadang-kadang
Air manis & makanan manis tak ambil, Ada la average seminggu sekali sebagai cheatday..
So ini lah album nya. Maybe ada yang nak tengok apa ummi makan..
Cuba try.. insyaallah memang jadi.
Berikut merupakan perkongsian jenis-jenis makanan eat clean yang disediakan Ummi setiap hari. Jom kita tiru!
Sarapan ummi pagi ni.
oat pancake
1/2 cup oat (rendam dalam air panas 2 min)
1 bj telur
1/4 cup susu segar (optional)
Secubit garam
Kata Ummi kena dulukan buah dan sayur. Nasi jangan banyak, cukup 1/2 cawan je kalau teringin nak makan nasi.
Yang bestnya makan durian pun boleh tau tapi jangan lah lupa diri. Cukup 3-4 ulas dah le.
Saje nak bagitau ni, fakta pasal durian.
*Kalori dalam seulas durian tak tinggi mana dalam 50kcal *bebas kolestrol *bernutrisi mcm vit c, antioxidant, calcium n mcm2 lagi *seulas mngandungi 1-2gram lemak.. tp lemak baik bukan lemak trans *kandungan gula dalam seulas adalah +-10gram.. kalau 2-3 ulas masih rendah dari setin air gas..
jadi..boleh je nak makan.. jangan lah banyak-banyak, 2 hingga 4 ulas ok la.
Addicted dengan gajet, sampaikan ada jurang dalam keluarga. Hubungan antara anak, ibu bapa dan keluarga mula renggang. Itu antara inti pati yang Ustaz Don kongsikan melalui perbincangan beliau bersama Keluarga Talk anjuran Majalah Keluarga sebentar tadi.
Saya baru kahwin 8 tahun dan anak sulung baru 6 tahun, jadi nak cakap tajuk ini adalah semata-mata pengalaman yang saya ada sepanjang 8 tahun ini. Gajet ini ibarat pisau kalau guna dengan betul boleh potong sayur, daging, buat ukiran buah dan sebagainya, Tapi pisau yang sama kalau salah guna boleh jadi kes-kes seperti pembunuhan, tikam, budak bunuh ibu dan sebagainya.
Jadi gajet juga sama, ada orang mahir guna gajet boleh jana pendapatan, ada yang amatur sekadar guna tanpa mudarat pada diri dia mahupun orang lain atau ada juga yang salah guna kemahiran dengan benda salah seperti keyboard warrior dan sebagainya. Jadi terpulang kepada individu itu sendiri bagaimana menggunakan gajet tersebut. cermatnya kita menggunakan sesuatu alat ke arah kebaikan.
“Kita buat ‘dia’, jangan sampai ‘dia’ kawal kita. Kuncinya adalah tarbiah yang mana kena pandai jaga hati. Memang sekarang zaman gajet, ia menyebabkan berlaku jurang dalam keluarga. Melalui tarbiah, ayah kena pegang peranan sebagai ketua keluarga, begitu juga peranan ibu.
“Mesti saling mengingati tanggung jawab antara satu sama lain. Contoh paling mudah adalah tanggung jawab kepada anak-anak. Mereka hasil persetujuan bersama dengan isteri jadi kenapa kita nak abaikan tanggung jawab pada anak-anak,” ujarnya lagi.
Tambah Ustaz Don lagi, jangan terkejut kalau dilihat statistik yang memaparkan kaum perempuan paling tinggi bermain game. Perangkaan pada 2019 menunjukkan 63% adalah pengguna perempuan. Ini dilihat melalui statistik sebuah laman analisis yang menganalisis pengguna game berdasarkan mereka yang memuat turun game memaparkan perangkaan tersebut.
“Tetapi ini bukan bermakna orang perempuan ini ‘gamers’. Mereka jenis yang mudah terhibur dan bukan main untuk menang. Bukan seperti mereka yang benar-benar main game yang akan susun strategi dan sebagainya. Orang perempuan main sebab suka dan rasa terhibur.
“Berbalik kepada soalan tadi, semuanya terpulang kepada tanggung jawab. Selesaikan tanggung jawab, salahkan beri perhatian pada anak-anak belajar habit, tanya apa yang mereka mahukan. Perlukah kita fokus pada gajet.
“Rumah adalah istana kita dan semua tempat ada undang-undang. Jadi buatkan undang-undang dalam keluarga. Saya sendiri walau tak kuat kuasa dalam rumah tetapi balik rumah saya akan letak ke tepi handphone dan fokus pada anak-anak. Duduk dan bercerita dengan anak-anak. Itu pun tak cukup masa,”ujar Ustaz Don lagi.
Apabila ibu ayah sibuk dengan gajet, secara tak langsung anak-anak pun akan terikut. Akui Ustaz Don tidak dinafikan ada sesetengah ibu bapa yang menggunakan gajet untuk mengawal anak-anak.
“Ada sesetengah ibu bapa akan memberikan gajet pada anak-anak supaya mudah untuk memilih menu apabila keluar makan bersama. Salahkah andai ibu bapa mengajak anak-anak untuk sama-sama memilih menu bersama, kan lebih mesra. Tetapi ini tak berlaku.
“Dalam rumah tangga ada undang-undang dan ada asam garam. Bab anak menangis, riuh, air tumpah, cawan jatuh, dan sebagainya barulah itu keluarga. Tetapi hari ini value tersebut hilang. Kerana semua orang potray dalam facebook, instagram keluarga bahagia semua pakai sedondon, makan sama, suap sama-sama. Itu bukan, itu lakonan semata-mata.
“Kembali kepada peribadi merdeka iaitu jadi diri sendiri. Suami, isteri dan anak-anak ada karekter masing-masing. Tetapi itulah keluarga, jangan malu dengan keluarga sendiri. Kalau anak bising di kedai tak payah malu, nasihatkan supaya jangan buat bising. Kita kena sayang keluarga kita,”tegas Ustaz Don.
Walau bagai mana pun, kata Ustaz Don tak salah jika nak bagi gajet pada anak-anak kerana mereka ada tempoh masa. Kalau tak boleh fokus jadi tak salah andai diberikan sekejap gajet tetapi lepas tu tarik semula supaya tak leka.
“Jujurnya saya sendiri tidak menghadkan penggunaan gajet pada anak-anak. Kita kena membiasakan generasi hari ini dengan eranya tetapi tak bermakna memperhambakannya. Kena ada sistem yang mana volume mesti kena kuat. Apa yang mereka lihat kita tahu dan di depan mata.
“ Jadi undang-undang kena ada kerana ini salah satu yang saya suka fokus. Bapa kena berkuasa dalam rumah, jangan sampai anak-anak kunci pintu dalam rumah kita sendiri. Kita tak mahu ibu dan ayah jadi hamba dalam rumah sendiri.
“Bapa kena beri contoh terbaik baru anak-anak ikut. Dengan kata lain, nak bagi gajet pada anak-anak boleh tetapi kena ada undang-undang. Anak-anak tahu apa yang saya suka dan tidak, mereka juga boleh bergurau, naik atas badan saya tak ada masalah. Tetapi bila sampai part saya tegur, contohnya main game dan sebagainya mereka akan dengar.
“Tegas ketika mendidik itu petua dan cara saya praktikkan sejak dulu lagi. Awalnya marah tetapi lepas tu kendurkan suara. Didik minda dan hormatkan anak-anak, itu cara kita dibesarkan oleh ibu bapa kita kan,” tegas Ustaz Don lagi.
Sebagai seorang suami, ayah dan pemilik masyarakat tidak dinafikan ada benda yang disukai tetapi akan mengutamakan keluarga terlebih dahulu baru kehendak diri.
“Kamu jaga Allah maka Allah akan jaga kamu. Jaga tanggung jawab kamu kerana Allah maka Dia akan tolong kita. Misalnya di waktu kita solat, suap anak dan sebagainya semua itu adalah masa. Yakinlah bila kita buat kerana Allah, insya-Allah Dia akan memudahkan anda.
“Saya bukanlah orang yang terbaik tetapi sekadar kongsi dan ambil pengajaran darui kehidupan Rasullah. Jadi, bacalah kisah Rasullah, Wajah Kasih Rasullah dan Asam Garam Rumah Tangga Rasullah. Barulah kita akan faham dan menghidupkan jiwa dan mengenyangkan sanubari,” ungkap Ustaz Don sebelum menutup perbualan bersama Majalah Keluarga.
Ikuti perkongsian penuh Ustaz Don menerusi video ini.
Zaman sekarang ni, sikit-sikit gajet, pergi mana-mana pun gajet sampai dalam rumah pun masih dengan gajet! Sibuk sangat dengan gajet sampai keluarga pun terabai. Oh no! Tak boleh macam tu… Jom dengar apa kata Ustaz Don Daniyal Don Biyajid dengan topik : TOLAK TEPI GAJET, FAMILY FIRST.
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...