Soal cerai tiada dalam kamus hidup kerana setiap pasangan suami isteri yang mendirikan rumahtangga mendambakan ikatan pernikahan kekal sehingga ke akhir hayat. Namun, panas yang disangkakan hingga ke petang rupanya gerimis mengundang ditengah hari.
Yakin dan dan percaya pasti ada hikmah disebalik apa yang berlaku. Tidak ada orang yang mahu penceraian berlaku tetapi andai ternoktah sampai setakat itu sahaja hubungan yang terjalin, kena terima dengan reda.
Berkongsi pandangan mengenai hal ini, Farah Lee atau nama sebenarnya Nurfarahin Romli, memilih untuk berterus terang kepada anaknya tentang hal cerai antara suami isteri.
Q: Macam mana nak bagitau anak2 yang ibu bapa dia sebenarnya dah bercerai.?
FL: Dengan bagitahu anak2 yang ibu bapa dia sebenarnya dah bercerai.
Saya bercerai 10 hari selepas ulang tahun kedua Maream. Memandangkan kami selesaikannya secara profesional di mahkamah, jadi saya ada masa untuk mempersiapkan diri, begitu juga dengan Maream.
Saya katakan kepada dia, ibu bapanya cerai kerana masalah tertentu yang sama sekali tidak ada kaitan dengannya. Keputusan itu tidak ada kaitan dengan kehadirannya, tingkah lakunya, atau hanya dia. Kedua ibu bapanya telah berusaha keras dan ini adalah keputusan terbaik untuk kita semua. Itu tidak kira bentuk keluarganya; jarak; kedua ibu bapanya akan selalu menyayanginya.
Anda fikir pada usia dua tahun, dia akan faham.? Tidak, dia tak faham. Tetapi saya sentiasa memberitahunya, kerana ‘perceraian’ adalah sebahagian dari dirinya dan dia MEMPUNYAI HAK untuk mengetahui mengenainya.
Sekarang, dia sudah faham, dia bahkan menjelaskan kepada anak-anak usianya apa maksud perceraian.
Beritahu mereka segera. Lebih baik melibatkan mereka dalam perbincangan anda jika anda belum memutuskannya sehingga mereka merasa disertakan. Mereka mempunyai hak untuk mengetahui (terlibat) kerana mereka adalah SEBAHAGIAN KELUARGA, dan keputusan itu mempengaruhi pembentukan keluarga mereka.
Ads
Things happened.
The best way to face it is by acknowledging it, not otherwise. #FLparenting
Kalau ada yang teringin hendak makan cucur udang, bolehlah dibuat sendiri dengan resipi yang dikongsikan ini. Malah menariknya, pemilik resipi ini iaitu Puan Tyra Manan turut berkongsi rahsia untuk pastikan cucur udang yang dimasak tidak serap minyak.
Nak tahu detail, ini perkongsiannya.
CUCUR UDANG TAK SERAP MINYAK
BAHAN-BAHAN:
Tepung gandum – 1/2kg
Tepung beras – 2 tbsp
Bawang besar – 1 labu (potong dadu)
Telur – 2 biji
Taugeh – 1 cawan
Kucai
Udang kertas (kopek kulit)
Udang biasa (untuk hiasan atas)
Air – 3 Cawan
Garam – Secukup rasa
CARA-CARA:
Campurkan je semua bahan lepastu perap selama 3 jam. Kalau nak perap kurang dari 3 jam pun boleh je tapi nanti tak berapa sedap, dia jadi keras.
*Ni la rahsia dia kembung tapi tak serap minyak, perap kan je sebab kita tak guna baking powder tau.
CARA NAK GORENG:
1. Panaskan 2 kuali. 1 untuk menggoreng, 1 lagi untuk panaskan senduk. Minyak dan senduk kena betul-betul panas, kalau tak panas nanti melekat.
2. Bila senduk dah panas, masukkan adunan tepung dalam senduk tadi dan letak udang kat atas, terus masukkan dalam kuali untuk menggoreng.
Goreng sampai garing warna coklat keemasan. Ok siap! Makan dengan partner sos dia ni, memang layan betul.
BAHAN SOS:
Cili masak
Bawang putih
Gula
Garam
Cuka
Sos cili
Tepung jagung – bancuh dengan air
Cara buat : Rebus cili dan bawang putih lepas itu blend sampai hancur. Masakkan dengan api perlahan, campurkan sekali gula, garam & cuka. Tambah 2-3 sudu sos cili untuk nampak warna cantik. Last sekali baru masukkan air tepung jagung.
Selamat mencuba!
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Salah satu cara menyuburkan kembali rasa cinta dan menikmati saat romantis bersama pasangan walau sudah lama berkahwin, lain tidak bukan adalah dengan menikmati kembali suasana bercuti berdua-duaan seperti saat bulan madu di awal perkahwinan dulu.
Jangan jadikan alasan, tiada bajet atau masa! Namun rancanglah sebaiknya untuk merialisasikannya.
Mungkin juga anda berdua boleh pergi ke Bali, lokasi indah dan romantis. Hanya dengan bajet serendah RM 1 ribu, pasangan ini sudah buktikan ianya tidak mustahil malah menurutnya boleh check in villa yang tersedia kolam renang.
Jom semak perkongsian ini dan seterusnya merancang honeymoon buat sekian kalinya.
Itinerary Honeymoon Bali
RM1k dah boleh honeymoon Bali & check in Villa siap ada private pool. Kos ni untuk berdua tau. Dah termasuk (penginapan + supir + entrance fee) tapi tak termasuk makan minum & shopping.
Makan minum pilihan masing-masing yer nak makan di restoran/warung/bawa makanan ready-to-eat dari Malaysia.
Shopping tu pilihan sendiri juga, nak pegi negara orang untuk shopping @ jalan-jalan.
Nahhhh baca sampai bawah, kalau tak faham boleh komen.
=================
✈️13 October – 17 October 2018
Rate : IDR 1juta = RM276.50
Tiket return = RM425/pax
=================
* Nang Ade House, Ubud : RM133/2 night
* Omah Biu, Canggu : RM57/1 night
* Zoe Villa Canggu : RM300/1 night
Kos penginapan (4malam) = RM490
=================
Kos supir di (UBUD)
IDR 350,000/Day = IDR 1,050,000/3 Days
(+) 100,000 (lempuyang temple)
= IDR 1,150,000 ~ RM320
– kos supir termasuk minyak + parking + tol
– kos supir akan lebih murah kalau uols pegi ramai sebab kira satu kereta bukan kira per kepala. Kami pegi berdua, jadi mahal sikit.
Kos supir (3hari) = IDR 1,150,000 ~ RM320
=================
? Hari Pertama
– sampai airport Ngurah Rai International Airport 2.30pm
– mas supir dah tunggu dan terus bawa pegi lunch
– selepas lunch kami terus minta mas supir hantar hotel dekat Ubud
– dari airport ke Ubud lebih kurang 2 jam
Lunch :
Ayam Betutu Kuta – Bali
Dinner :
Warung Ijo – Ubud
Kos hari pertama takde sebabnya tak sempat ke mana-mana. Sampai di (Nang Ade House,Ubud) dah lewat petang
=================
? Hari Ke-2
• Sunrise Lempuyang Temple
– pukul3.30am mas supir dah jemput dekat hotel Ubud sebabnya 2jam perjalanan baru sampai naik kereta
– kalau boleh jangan pegi sendiri naik scooter sebabnya jalan gelap
– nanti sebelum sampai puncak, kena naik van (berbayar) sebabnya kereta tak dibenarkan naik sampai atas
– kalau foreigner IDR 35,000/pax
– kami dapat harga local sbbnya mas supir tolong cover
– kami lunch kat sini, makan sambil tengok view yg super lawaaa
• Tirta Empul TampakSiring
Entrance fee = IDR 30,000/2 pax ~ RM9
• Ubud Art Market
– sini takde entrance fee, tempat shopping heheh
Lunch :
Batur Sari Restaurant (buffet)
Dinner :
Bebek Joni
Total hari ketiga = IDR 145,000 ~ RM40
– selepas dah jalan-jalan semua tempat kat atas ni, kami terus minta mas supir hantar ke hotel di (Omah Biu,Canggu) dari Ubud
– sebab malam baru nak check in hotel di Canggu, kami memang saja booking hotel biasa-biasa je sebab stay situ tak sampai 12jam pun
=================
? Hari Ke-4
– Kami dah tak ambil servis supir, suami nak merasa bawak scooter di area Canggu heheh
– Naik GrabCar dari Omah Biu ke Zoe Villa Canggu IDR 14,000 (~ RM4)
– Naik GrabCar dari Zoe Villa Canggu ke Ngurah Rai International Airport IDR 78,000 + IDR 4,000 (tol) = IDR 82,000 ~ RM23
Total hari kelima = IDR 82,000 ~ RM23
=================
Jadi, semua kos termasuk penginapan + supir + entrance fee = RM1038 (tak termasuk makan minum & shopping)
=================
✔️ Dah cakap ni honeymoon kan, so itinerary kat atas semua untuk berdua. Jadi kalau nak tahu entrance fee untuk seorang, boleh bahagi 2 dari harga diatas.
✔️Tempat-tempat yang nak pegi tu, kami yang list sendiri pastu bagi dekat supir, bukan supir yang list kan, supir cuma tolong susun nak pegi mana dulu supaya satu hala je semua
✔️ Kami check-in 3 hotel berlainan sebabnya nak jimatkan masa perjalanan (2 malam di Ubud, 2 malam di Canggu)
✔️ 3 malam kami check-in hotel biasa-biasa sahaja di (Ubud 2mlm, Canggu 1mlm) sebab balik hotel memang dah malam untuk tidur je
✔️ Hotel kami dah booking dan bayar dari Malaysia je. Kami booking di apps Traveloka (Nang Ade House,Ubud & Omah Biu,Canggu) pastu apps Agoda untuk (Zoe Villa Canggu)
✔️ Majoriti di Bali beragama Hindu, yang beragama Islam minoriti je
✔️ So, susah sangat nak cari makanan halal jadi lebih baik ambil supir muslim, nanti senang minta supir je bawak ke kedai makan halal @ boleh bawa makanan ready-to-eat je dari Malaysia
✔️ Simcard kami beli dari Malaysia je di apps KLOOK. Recommended sangat sebab senang nanti sampai airport staff klook dah ada tunggu dabln servis sangat laju. Tak sampai 10minit uols terus boleh update story di instagram.
– Download apps KLOOK di apple store @ playstore
– Sign up
– Nanti sebelum proceed bayar, masukkan PROMO CODE (NJ76D) dengan minimum pembelian RM50
– Nanti dapat diskaun lagi RM13.30 untuk siapa yang pertama kali guna apps KLOOK ni
Simcard ni kami guna utk 5 hari. Hari-hari update story di instagram dan scroll instagram facebook tak habis kuota pun. Duk dalam hutan di Lempuyang Temple pun line laju jer takde masalah. ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
✔️GrabCar/uber/Gojek sgt LIMITED area Ubud. Kalau area Canggu takde masalah
✔️ Kalau nak naik GrabCar dari hotel ke Ngurah Rai Airport pastikan driver tu takde markup harga ye sebabnya kami try 4 kali baru dapat driver yg tak markup harga dari apps Grabcar tu. Dekat apps tulis IDR 78,000 (tak termasuk tol), dia markup jadi IDR 250,000. Amboooiiii
✔️ Lubuk ‘rattanbag’ di Ubud Art Market ye, kat sini kena pandai nego. Harga sangatlaa murah. Nak tahu harga, kena pi dulu heheh
✔️ Kalau nak beli baju macam ‘I LOVE BALI’ jangan beli di Ubud Art Market, mahal! Sila beli di Krisna Oleh-Oleh Khas Bali
✔️ Kalau yang nak pergi dengan kawan-kawan boleh juga ikut itinerary diatas, harga tiket semua sama je
✔️ Wajib beli ‘kek pisang versi Bali’ di Bali’s Banana. Memang sedapppp! Kami beli flavor blueberry ( IDR 35,000) & choco ( IDR 35,000)
✔️ Last day di Bali, kami memang taknak kemana-mana sebab sayang nak tinggal Zoe Villa Canggu. Recommended sangat untuk sesiapa nak merasa duk villa siap ada private pool
✔️ Cari supir yang orang lain dah bagi review bagus. Ohhh yaa, supir kami memang terbaikkkk dan pandai ambil gambar! Dan harga servis dia antara yang termurah ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️ kalau tak caya boleh survey dulu sebabnya saya pun buat benda yang sama sebelum booking.
Kalau kita ada menanam pokok labu bila nampak sudah berbunga mesti kita rasa teruja, maklumlah tidak lama lagi bolehlah kita merasa buah labu yang ditanam sendiri. Tapi jangan sangka, sering juga terjadi ada bunga tapi tak jadi buah!
Bila sudah beberapa kali jadi begitu, boleh mengeluh panjang kita dibuatnya.
Sebenarnya masih ada cara untuk kita bantu pokok labu yang berbunga itu mengeluarkan hasilnya dengan cara kita ‘kahwinkan’ bunga jantan dan bunga betina. Ini seperti mana yang dikongsikan caranya oleh Ashraf Shuib.
Cara ‘Kahwinkan” Bunga Labu Untuk Jadi Buah
Ni bunga labu. Kalau biar saja bunga labu tu jadi buah, besar kemungkinan buah tu tak jadi. Jadi, saya kahwinkan bunga labu tu. Kena kahwin waktu pagi, dalam jam 8 pagi hingga 10 pagi. Masa ni bunga baru kembang.
Boleh tengok step yang saya buat untuk kahwinkan bunga labu pada setiap gambar.
Masa pokok sedang membesar, pokok akan keluarkan bunga jantan dulu, kena tunggu sampai bunga betina keluar, baru boleh kahwinkan bunga tu.
Langkah 1 : Ni bunga labu betina. Nampak tak bahagian bawah kelopak bunga tu, macam bentuk bulat. Bahagian tu dipanggil ovul.
Langkah 2 : Ni pula bunga jantan. Bawah kelopak bunga tu takda bulat. Berbeza dengan bunga betina.
Langkah 3 : Cara nak kahwinkan bunga labu ni, kena petik bunga jantan.
Langkah 4 : Buang kelopak bunga jantan, nanti dapat bahagian tengah.
Langkah 5 : Sapu debunga bunga jantan pada bahagian tengah bunga betina.
Ni rupa bahagian dalam bunga betina.Belum sapu dengan debunga jantan lagi.
Ni bahagian dalam bunga jantan yang dah sapu debunga kat bunga betina.
Ni bahagian dalam bunga betina yang dah disapu dengan debunga jantan.
Langkah 6 : Tunggu beberapa hari. Kalau bunga betina tak kuning, maksudnya perkahwinan bunga labu tu menjadi.
Teknik ‘kahwinkan’ seperti ini boleh juga dilakukan kepada pokok sayuran berbuah yang lain seperti petola, timun, peria dan sebagainya. Semoga bermanfaat.