Selalunya orang kata, bercuti ke luar negara itu ‘orang kaya’. Sebenarnya tidak jika kita mempunyai pengurusan kewangan yang betul.
Asingkan duit percutian siap-siap untuk membawa keluarga. Bak kata pakar kewangan ini, Azizul Azli Ahmad bahawa jangan tunggu kaya baru nak pergi berjalan di luar negara.
Katanya dalam point ke 4, ramai pengembara mewujudkan tabung khas untuk mereka berjalan
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Ads
JANGAN TUNGGU KAYA BARU BERJALAN.
1. Dalam buku Otak Power saya pernah tulis. Jangan tunggu kaya baru berjalan, berjalanlah dan kita akan menjadi kaya.
2. Dengan berjalan, kita akan kaya dengan pengalaman dan impian baru. Pengalaman ini tiada nilainya. Malah ia lebih bernilai dari duit yang kita belanjakan.
Kata orang Kedah ‘Priceless’
3. Saya pesan buat anak dan jumpa banyak buku sampaikan pesan yang sama.
Jika kita malas membaca, berjalanlah dan lihat dunia. Ada banyak yang kita boleh belajar diluar sana.
4. Saya jumpa ramai pengembara memang sediakan tabung khas buat mereka jalan jalan.
5. Dengan berjalan kita akan jumpa idea perniagaan baru, budaya baru, dan kawan baru.
6. Tan Sri Jeffey Chea ketika pulang dari Las Vegas terus bangunkan Sunway Pyramid sebagaimana Hotel Di Vegas yang dia lihat dan berkunjung sebelumnya.
7. Ketika berkunjung ke The Palace of Lost City Hotel di Afrika, beliau tertawan dengan senibina yang sama dan bangunkan Sunway Resort Hotel dengan gaya yang sama.
Kawan kawan,
Ada kesempatan berjalanlah
lihatlah dunia.
Dunia adalah buku, dan mereka yang tidak berjalan hanya membaca satu halaman.
Kata Gustave Fluarbert,
Berjalan boleh membuatmu menjadi rendah hati. Kau akan menyadari bahawa kau hanyalah satu titik kecil di alam semesta. Berjalan Bina Pengalaman
Ads
#Jalan dengan Pemilik Two Travel sahabat saya Tuan Khairul Anuar
Jika kita tanya mengenai perkahwinan, semua inginkan rumahtangga itu bahagia hingga ke anak cucu malah ke hujung nyawa.
Siapa yang tak nak rumahtangga itu penuh keindahan. Suasana rumah pun ceria je dengan gelak tawa dan pasangan yang saling santuni antara satu sama lain.
Pelbagai rahsia rumahtangga untuk diterokai. Begitu juga dengan perkongsian penceramah terkenal Ustaz Datuk Kazim Elias.
Apa pun nak bahagia kena kenalpasti punca kenapa perkahwinan tu tak bahagia. Bila dapat tahu, baru kita selesaikan, barulah kebahagian dapat dicapai.
1. Punca pertama ialah sebab semua benda isteri buat. Basuh baju isteri, kemas isteri, masak isteri. Sedangkan isteri ni cuma dituntut untuk layan suami je. Jadi, tak perlu ke isteri buat semua tu? Isteri solehah dia TOLONG buat kerja. Bantu sama membantu. Masing-masing kena faham erti tanggungjawab.
Ustaz siap cakap, semakin suami rasa senang rileks tak buat apa-apa, lagi senang dia lupa tanggungjawab dia. Bukanlah balik ni hang pi kabo kat laki hang “Awak, start harini saya taknak basuh baju masak apa semua.”
Tak tak.
Benda susah akan senang bila buat sama-sama. Jangan senang je bersama. Bila susah pas kat pasangan pulak. No no
2. Punca kedua sebab kita tak faham PERANGAI pasangan masing-masing.
Nak jaga laki ni senang je bak kata Ustaz Kazim.
1- Bagi makan kenyang-kenyang. Zahir dan batin. Semoga segalanya dikira ibadah. Aamiin ya Rabb.
2- Mana suami tu pergi, ikut ! Hahaha 😂
Selagi hang boleh ikut, ikut.
3. Punca ketiga sebab kita TAK REDHA itu pasangan kita. Ramai orang hanya menghargai seseorang lepas seseorang tu meninggal. So tak best la nak tunggu laki ke bini hang mati pastu baru nak cakap, “takde yang sama macam laki/bini aku dulu.”
Kita memang takkan kenal pasangan kita selagi kita tak share serumah, sekatil, sebantal dengan dia. Hat mak pak dia pun takkan kenal dia sedalam kita kenal dia. Sebab tu kabo, bini lagi kenal laki dia dari mak dia kenal dia.
Tapi orang bijak, lelaki soleh, wanita solehah akan selalu menganggap bahawa pasangan itu adalah ANUGERAH.
Ada pasangan tu, bersyukur. Sebab ada ramai lagi yang masih Allah tak kabulkan doanya untuk berpasangan. Jadi, bersyukurlah.
Bukan senang zaman sekarang, nak dapat pasangan yang solat, yang mengaji, yang nafkah tak culas apa semua. Jadi kalau kita dapat pasangan hat gitu, belajar menghargai walaupun dia tak cantik ke boroi ke apa.
Hat boroi, tak lawa, tak comey ke apa, kat situ Allah nak uji kita, siapa antara kita yang paling BERTAQWA. Memilih yang beragama, mengatasi segalanya.
4. Yang last sekali, punca dia ialah bila seseorang tu tak jadi yang saling menyenangkan. Ye, belajar jadi seorang yang menyenangkan pasangan masing-masing.
Kalau pasangan kita suka sekian-sekian, so kita usahalah untuk memberi sekian ataupun lebih. Yang penting usaha ye, yang lain tu biar Allah yang tentukan. Insyaa Allah.
Ustaz tu share lagi, musibah ni dia mai dalam 3 bentuk :
•UJIAN
•TEGURAN
•BALA
Kalau kita rasa dalam kahwin ni asyik musibah je, meh kita tengok hat tiga ni. Mana satu sebenarnya yang Allah nak tunjuk.
Yang ujian tu adalah untuk orang-orang beriman. Dia bagi contoh, Asiah yang solehah bersuamikan Firaun yang zalim. Tu ujian untuk dia.
Hat yang Allah uji seseorang tu soleh solehah, solat tak tinggal, mengaji tak miss, puasa penuh tapi bertahun-tahun tak dapat anak. Itu ujian namanya. Dan ujian ini tak lain adalah untuk angkat darjat taqwa dan iman kita lebih tinggi. Bersabarlah dan bergembiralah dengan ujian Allah bagi.
Yang kedua, musibah yang mai dalam bentuk teguran. Yang ni Allah hantar sebab Allah nak tegur suruh kita balik semula kepada kebaikan.
Contoh, kita dok leka kejar duit sana sini, kaya sana sini, papppp Allah bagi accident. Takleh dah carik punca rezeki. Tu teguran namanya. Mungkin kita solat tak khusyuk. Kita buat ibadah tapi banyak culasnya. Jadi, Allah nak jentik sikit nak bagi teguran. Nak bagi kita kembali balik pada Dia. Jadi, jangan melatah dok mengata Allah. Allah tak buat benda sia-sia.
Yang last pulak musibah ni mai dalam bentuk bala atau azab.
Dalam kahwin ni, kalau kita nak ketenangan, kita kena belajar untuk REDHA. Redha apa yang Allah bagi. Redha itu pasangan kita. Redha atas segala ujian Allah.
Kalau satu detik nanti Allah uji takde rezeki jodoh panjang, takde rezeki nak bersama.
“Kalau masih mampu, pegang elok-elok, kalau tak mampu, lepaskan elok-elok.”
Selalulah belajar untuk curi hati suami/isteri. Belajar rebut segala pahala yang Allah nak beri dalam perkahwinan. Belajar jadi orang yang dahagakan pahala
Kredit: Ustaz Kazim Elias via Keluarga Bahagia Selamanya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tahukah anda bahawa kasih sayang seorang suami kepada isteri mempengaruhi kederasan rezeki itu sendiri? Hakikatnya ia benar. Rezeki akan melimpah ruah apabila rumahtangga itu bahagia dan saling melengkapi.
Berikut 4 perkara yang harus seoang suami ambil peduli agar lebih mencintai isterinya, supaya rezeki akan mengalir deras!
Kawan-kawan yang disegani, apabila kita sayang dan jatuh cinta kepada seseorang, maka semakin besarlah rasa tanggungjawab kita kepada orang itu. Dan begitulah bagaimana indeks kasih sayang ini mempengaruhi rasa tanggungjawab seorang suami untuk memberikan yang terbaik buat isterinya.
Suami yang mencintai dan menyayangi isteri sepenuh hatinya akan bekerja keras, luar biasa keras dan rajin semata-mata untuk membuatkan isterinya bahagia. Jangan salah faham. Si isteri bukan mata duitan, tetapi itulah untuk mencukupkan segala keperluan rumahtangga itu sendiri. Oleh sebab harga barang yang melambung-lambung tinggi dan sebagainya, lebih banyak wang yang diperlukan. Kan?
Berbeza pula dengan suami yang rasa sayangnya kurang terhadap si isteri (mungkin dipaksa kahwin?), mencari rezeki untuk keluarga dirasakan sebagai satu beban yang tidak diingini. Dan sebanyak mana pun rezeki yang diberi Tuhan, si suami seringkali tidak mahu berkongsi untuk keperluan ahli keluarganya.
Kawan-kawan, saya ada satu soalan. Siapa yang memberikan kita rezeki? Ya, tepat sekali! Allah! Maka untuk melancarkan kederasan rezeki, apa yang kita perlukan cuma lah kasih sayang dan rahmat Allah.
Apabila suami mencintai isteri dan isteri mencintai suami dengan sepenuhnya, bukankah itu akan mendatangkan rahmat Allah untuk menyelimuti rumahtangga itu? Bahkan nilai gaji yang sedikit pun akan dirasa cukup malah melimpah ruah untuk sebuah keluarga apabila mendapat kasih sayang Allah.
Apabila si suami pergi bekerja, mereka sebenarnya memerlukan daya fokus yang tinggi untuk menjadi produktif. Dan bagaimana mungkin dia menjadi produktif di tempat kerja atau pejabat apabila dia membawa hal-hal peribadi dan rumahtangga ke dalam pejabat.
Bayangkan sahaja, konsentrasi terganggu disebabkan pertengkaran, pergaduhan dan perkelahian dengan pasangan. Apabila daya produktiviti si suami menurun, berkemungkinan besar majikan tidak menyukainya dan akan memberhentikannya.
Bagaimana untuk mendapatkan ketenangan ini? Mudah sahaja. Apabila si suami benar-benar mencintai isteri, banyak perkara-perkara dan pertengkaran kecil yang remeh dapat dielakkan. Justeru, produktivitinya di tempat kerja tidak terganggu.
Sebenarnya, inilah perkara yang paling penting untuk merasakan derasnya aliran rezeki. Rezeki tidak terasa banyak apabila gaji bertambah, tetapi rezeki akan terasa banyak apabila kita merasa cukup.
Apabila seorang suami itu benar-benar menyayangi isterinya, maka dia akan mudah untuk merasa cukup dengan apa yang dimiliki olehnya. Dia tidak akan mencari kebahagiaan yang lain, kerana dia tahu, isteri dan keluarganya sudah cukup membahagiakannya.
Anak adalah anugerah dan amanah Allah SWT kepada ibubapa. Setiap ibu bapa pastinya keterujaan untuk mendidik anak supaya membesar dengan cemerlang.
Terdapat pelbagai cara dilakukan oleh ibu bapa bagi memastikan anak menjadi seorang yang pandai. Ikuti perkongsian Pengiran M. Nizam Rahman yang menyentuh mengenai amalan kakaknya agar anaknya menjadi seorang yang bijak.
Hajat pada anak…
Aku ada seorang kakak. Akak aku ni biasa-biasa je tapi Alhamdulillah anak-anak dia bijak bijak. Selalu terima anugerah kat sekolah.
Pagi tadi dia reveal satu petua. Sangat simple. Cuma tinggal rajin ke tak rajin je nak buat. Kau malas memang tak kemana laa.
Caranya:
Setiap pagi kau baca ayat ke 82 surah Yaasiiin. “INNAMA AMRUHU IZA ARA DA SHAI AN AYYAQUULALAHU KUN FAYA KUUUN”
*Ni aku galakkan kau baca yang jawi ye. Supaya sebutan tak lari.
Bila sampai part “KUN” (berhenti sekejap dan niatkan dalam hati kau apa sahaja hajat kau untuk anak kau. Nak cerdik ke nak pandai ke nak apa sahaja). Kemudian baru sambung “FAYA KUUN”.
Lepas tu kau tiup la atas ubun-ubun anak kau. Buat setiap pagi. Insya Allah.
Kalau kau rasa tips ni bermanfaat, silakantekan butang share tu ya. Mudah-mudahan kita sama-sama dapat pahala amal. Aameeen.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Setiap ibu bapa pasti mengimpikan yang terbaik buat anak-anak. Selain kejayaan akademik dan sahsiah yang baik, tidak kurang juga ramai menyimpan hasrat melihat zuriat...