Bila dah PKP, sudah tentu ramailah yang tak balik kampung. Raya tetap raya, kena juga meraikan. Jadi kita kena belajar masak sendiri untuk hidangan di pagi hari raya. Ia termasuk kuah kacang untuk makan dengan nasi impit.
Biasanya kacang ini dibuang kulitnya dengan cara tampi. Ia bertujuan supaya kuah kacang kelihatan cantik selepas di masak. Namun untuk membuang kulit kacang cara tampi agak remeh.
Bagaimana pun cara wanita ini amat mudah. Hanya menggunakan penapis jarang, kulit kacang mudah ditanggalkan. Caranya memang berkesan. Ikuti lanjut cara ini dengan melihat video yang dikongsi beliau.
Perasan tak bila kita hendak sediakan makan malam mesti sekali sekala kita rasa buntu.
Hendak cari ide memasak pun makan masa dan ditambah pula dengan pelbagai proses penyediaan bahan harus dilakukan sebelum kita dapat memulakan proses memasak.
Hal ini menjadikan waktu yang diperlukan untuk menyajikan hidangan makan malam memakan masa yang panjang dan cukup melecehkan.
Masalah ini khususnya dihadapi oleh buat ibu yang bekerja, balik daripada pejabat pun sudah lewat petang. Mana mungkin sempat untuk menyediakan hidangan makan malam. Sudahnya, ramai antara ibu-ibu terus ambil keputusan mudah dengan membeli sahaja di kedai.
Walhal, kita sendiri tahu dengan membeli makanan di luar kita tidak dapat pastikan kebersihan dan khasiat makanan yang dibeli.
Oleh itu, ketahui tip dan trik mudah ini boleh membantu anda agar dapat memasak dengan pantas dan terancang.
1.Rancang menu makan malam untuk seminggu. Bukan sehari.
Pada hujung minggu boleh merancang dengan lebih awal menu-menu yang akan disediakan pada minggu berikutnya. Sebagai contoh, Isnin-Ayam Masak Lemak Cilipadi, Selasa- Asam Pedas Ikan Kembung, Rabu-Sambal Udang dan sebagainya.
2.Beli barang basah mengikut keperluan menu yang dirancang
Ketika membeli barang basah dipasar, buat anggaran jumlah yang diperlukan untuk seminggu. Contohnya: Ayam satu kilo, Ikan kembung 1 kilo, Udang setengah kilo.
3.Bersihkan bahan basah ini dan asingkan jumlah yang diperlukan.
Bersihkan ayam,udang, siang ikan, potong sayur,potong bawang, cili kering dan sebagainya mengikut keperluan untuk sekali masak pada hari tersebut. Contohnya,Asingkan 4 ekor ikan selar dalam plastik,kemudian potongkan lengkuas, bawang putih, merah, bendi, kunyit hidup dan letak dalam plastik container lain.
4.Labelkan menu mengikut hari pada bekas yang ingin disimpan.
Kemudian, bahan yang sudah siap dipotong/siang, simpan elok-elok dalam bekas dan LABEL mengikut hari dan menu.Contohnya labelkan “KHAMIS-IKAN SINGGANG”.
5.Mudahkan proses defrost sebelum pergi Kerja.
Simpan didalam peti sejuk biasa yang memiliki 2 bahagian, 1 untuk sejuk beku dan satu lagi untuk biasa.Sebelum pergi kerja pindahkan bekas barang basah dari bahagian sejuk beku ke bahagian biasa untuk memudahkan proses defrost nanti. Jadi bila hendak dimasak malam nanti,tidak memerlukan masa yang lama. Mudah bukan.
TIP EKSTRA:
1.Sediakan cili dan bawang kisar anggaran untuk seminggu, masukkan ke dalam bekas-bekas kecil.Ia bagi memudahkan dan mempercepatkan lagi penyediaan memasak.
2.Namun, pastikan sudu benar-benar bersih dan tidak mencampurkan bahan-bahan lain ketika mencedok cili atau bawang. Ia bagi memastikan bahan kisar ini tahan lebih lama dan tidak mudah rosak.
3.Ikan atau ayam untuk digoreng boleh juga diperap awal, simpan dalam beg plastik atau bekas,masa hendak digoreng, defrost sekejap selepas keluarkan dari freezer, rasanya lebih sedap sebab meresap ke isi.
4.Guna atau beli bekas plastik yang boleh digunakan di dalam ketuhar gelombang mikro. Ia juga mempercepatkan lagi kerja-kerja memasak ini.
5.Buat untuk setiap hari satu resepi, selama 1 minggu atau hari bekerja.Selain dapat jimatkan masa, peti ais pun nampak kemas. Bila pulang dari bekerja , cuma sediakan bahan-bahan kering masukkan dalam periuk atau kuali. 5 minit sudah siap untuk dimakan panas-panas.
Selamat Mencuba, semoga tip ini bermanfaat buat anda, Ibu superbusy!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Cuaca sekarang memang tak menentu dan pastinya mencabar nak mengharungi bulan puasa. Tapi jangan risau, agar-agar kelapa ni dapat melegakan tekak dan badan anda selepas seharian berpuasa.
Bukan setakat sedap je, menu ini juga boleh dibuat untuk makan beramai-ramai bersama keluarga dan kawan-kawan. Rugi kalau tak cuba resipi yang dikongsikan ini.
Agar-Agar Kelapa
Bahan-bahan:
Lapisan Pertama:
Lapisan Kedua:
Cara Penyediaan:
Lapisan Pertama:
– Dalam keadaan api tertutup, masukkan 1 setengah cawan air + 1 cawan air kelapa + 70g gula dan 5 gram agar-agar serbuk.
– Kacau sebati bahan diatas. Dah sebati baru hidupkan api. Perlahan saja dan acau dalam 2-3 minit.
– Masukkan 60gram santan kotak. Masukkan 1 sudu kecil garam. Kacau hingga mendidih.
– Bila dah mendidih jangan kacau selama 2-3 minit. Lepas tu baru matikan api.
– Tuangkan dalam loyang.
– Biarkan ia mengeras pada suhu bilik je maksudnya letak dekat luar je. Pastikan persekitaran anda bersih.
Lapisan Kedua:
– Masukkan kesemua bahan untuk lapisan kedua.
– Kacau sebati baru hidupkan api. Perlahan saja kacau sampai naik wap.
– Tapiskan.
– Ambil agar-agar yang dah keras tadi. Cucuk sebanyak mungkin. Step ni penting supaya lapisan melekat. Kena cucuk banyak-banyak tau supaya lapisan melekat dengan kuat.
– Tuang sikit demi sedikit. Dah habis adunan masukkan pula isi kelapa. Ikut kreativiti anda.
– Biarkan diluar selama 40 minit, baru sejukkan selama 2-3 jam.
Menjelang Tahun Baru Cina, The Westin Kuala Lumpur mengalu-alukan kedatangan anda dengan perayaan gastronomi yang penuh kemeriahan di The Living Room.
Diterajui oleh Chef Masakan Cina terhebat, Chef David Poh, bufet istimewa ini menawarkan variasi hidangan tradisional yang melambangkan kekayaan dan kesejahteraan, sesuai untuk dinikmati bersama keluarga dan rakan-rakan.
Dari hidangan mewah seperti Abalone Truffle Paste Yee Sang hingga ke pencuci mulut klasik seperti Nian Gao, semuanya direka khas untuk memastikan sambutan Tahun Baru Cina anda lebih bermakna.
Antara tarikan utama ialah Eternal Prosperity Yee Sang yang boleh dibawa pulang bermula 6 Januari hingga 12 Februari 2025. Tersedia dalam empat perisa menarik iaitu Abalone Truffle Paste, Salmon, Prosperity Smoked Duck dan versi vegetarian Eat Well.
Setiap pilihan menjanjikan pengalaman menggaul yee sang yang mengujakan! Hidangan ini bukan sahaja lazat tetapi turut dipenuhi dengan bahan-bahan berkualiti premium yang melambangkan keberuntungan dan tuah.
Untuk mereka yang ingin menikmati makan malam penuh rasa mewah, Bufet Malam Tahun Baru Cina adalah pilihan yang tepat.
Bufet ini menampilkan pelbagai stesen masakan, termasuk Carving Station dengan ayam panggang lima rempah dan daging BBQ kimchi yang berjus, serta stesen Yakitori dengan pelbagai jenis satay seperti ayam, daging, dan sayuran.
Tidak ketinggalan stesen tempura dan kaunter mi yang menawarkan hidangan seperti Sup Mi Daging dan Sup Mi Wantan untuk melengkapkan pengalaman kulinari anda.
Pada malam Tahun Baru Cina, anda juga akan dihidangkan dengan pelbagai hidangan utama seperti Mi Hong Kong ‘Ee Fu’ dengan Itik Salai, Ikan Merah Kukus dengan Sos Istimewa Chef, dan Timun Laut Rebus dengan Cendawan Cina.
Setiap hidangan dipersembahkan dengan teliti untuk memberikan rasa autentik masakan Cina yang tidak dapat dilupakan. Bagi pencinta makanan manis, pelbagai pencuci mulut klasik seperti Pancake Lotus Rangup, Dumpling Kulit Salji, dan Kuki Tuah sedia untuk memuaskan selera.
The Westin Kuala Lumpur tidak hanya menumpukan kepada rasa tetapi juga pengalaman menyeluruh. Dengan suasana mewah dan layanan mesra, makan malam di sini bukan sekadar hidangan tetapi juga satu perayaan budaya yang akan meninggalkan kenangan manis bersama yang tersayang. Jangan lepaskan peluang untuk merasai pengalaman unik ini dan mulakan tahun baharu anda dengan penuh kemakmuran dan kegembiraan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di