Bukan calang-calang orang boleh diterima masuk menyambung pengajian ketenteraan di luar negara apatah lagi bagi seorang wanita.
Bagaimanapun, beberapa bulan yang lalu graduan wanita Malaysia, Bala Krishnan Muthiah sudah menamatkan pengajian dan latihan ketenteraan di Akademi Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) yang bertempat di Annapolis, Maryland.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Sekali gus, beliau melakar sejarah menjadi pegawai wanita pertama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang berjaya menamatkan program Ijazah Pengajian dan Latihan Ketenteraan di USNA.
Di atas pencapaian ini kita sebagai rakyat Malaysia tumpang berasa bangga dengan pencapaiannya. Bahkan kerajaan negeri Pahang, bersetuju memberi sumbangan berjumlah RM20,000 beserta sijil penghargaan kepada Pegawai Kadet Kanan (PKK) Janusha a/p Bala Krishnan Muthiah dari Tentera Laut Diraja Malaysia.
Janushaa merupakan bekas pelajar asasi di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Kuala Lumpur bertolak ke AS pada 2018.
Ads
Sebelum itu, beliau juga merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Sultan Ahmad Shah, Pekan ini mendapat inspirasi untuk menjadi seorang tentera daripada datuknya yang berjaya menerbangkan helikopter Nuri semasa pemberontakan berlaku pada 1980-an di utara Malaysia.
Anak kelahiran Kuala Lipis, Pahang ini terpilih setelah melepasi ujian-ujian yang ketat seperti saringan kecergasan, kecerdasan dan temu duga.
“Terdapat banyak lapisan temu duga yang perlu kami lalui untuk disenarai pendek.
“Salah satunya adalah pengesanan kecergasan calon (CFA). Ketika CFA kami perlu melalui ujian fizikal seperti tekan tubi, berenang dan berlari,” katanya.
Info
Malaysia mula menghantar pelajar ketenteraan ke akademi tentera prestij AS sejak 1971, namun Janushaa menjadi wanita pertama berjaya diterima masuk untuk menyambung pengajian di sana.
Ads
Menyentuh mengenai latar belakang Janusha, beliau merupakan anak bongsu daripada tiga beradik yang dilahirkan pada 9 April 1999 di Hospital Lipis.
Dua orang kakaknya iaitu Chandralehkah dan Shamilaa telah berkhidmat sebagai doktor di Hospital Segamat, Johor. Janusha memulakan pendidikan sekolah rendah dari darjah 1 hingga 3 di Sekolah Kebangsaan Paya Pulai, Temerloh dan kemudiannya di Sekolah Kebangsaan Clifford, Kuala Lipis dari darjah 4 hingga 6.
Kemudian beliau menyambung pelajaran ke peringkat menengah di Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5 sebelum melanjutkan pelajaran di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Peribahasa ini begitu tepat sekali untuk dikaitkan dengan usaha Amiereo Adipati, penyewa sebuah rumah kampung.
Tiada yang mustahil untuknya merialisasikan rumah idaman walaupun dengan bajet yang rendah.
Akhirnya, lihatlah sahaja kini rumah papan yang disewa 4 bulan lalu telah berubah wajah menjadi rumah yang cukup selesa dan cantik untuk dihuni.
Ikuti perkongsian lanjut daripadanya agar dapat menyuntik inspirasi buat anda memiliki rumah idaman dengan konsep peribadi.
Siang tadi sementara menunggu waktu berbuka…kita kemas apa yang patut..nak raya kan..ha..ha…puasa baru dua hari dikk…
4 bulan dulu.. masa mula-mula menyewa rumah ni sangat-sangat teruk…memang menangis dalam hati…
Ramai kawan-kawan yang kurang setuju bila saya nak menyewa rumah ni…tapi nak buat macam mana takda pilihan..
Kebetulan keadaan sangat mendesak…sebab tempat saya menyewa dulu telah dibeli oleh seseorang..hanya ada masa seminggu je untuk pindah..
Dengan keadaan kewangan pun kurang….lagi pun sewa rumah ni kira mampu lah untuk saya..takda lah mahal sangat…
Tapi tak kan kita nak duduk dalam keadaan macam tu kan…stress bak hang….so kita tuch up sikit-sikit bagi lawa..
Modal pun tak berapa ada sgt..aircond tu ambik kat kedai lama…
Walau pun guna barang2 diy..kedai Rm2…dan cowboy je lampu gantung tu beli kat shopee murah..budget uolzz…lagi pun rumah sewa kan…
Kerusi pulak ambik kerusi lama..lebih 30 tahun dah ambik kat rumah arwah mak…just spray putih…langsir beli kat kamdar time promsi rm2.80 semeter…ikut kan modal cat ada lah dalam rm300..jumlah keseluruhan bawah seribu sebab saya beli sikit2..
.
“Kami tak kaya tapi kami ingin hidup selesa”…Kredit Qaseh Aduka gigih mengemas.
Walau pun raya thn ni tiada acara kunjung mengunjung covid 19 masih berluasa…ingat stay at home.
💕…duduk rumah jangan merayau jangan melilau..kita jaga kita….💖
Ada banyak sampah plastik di rumah? Manfaatkan untuk membuat bunga yang cantik untuk hiasan di rumah. Ini dia cara membuat bunga dari plastik yang mudah diikuti!
Memandangkan ada yg minta tunjukkan cara utk buat bunga plastik sampah viral eco..di sini saya tunjukkn caranya step by step… semoga anda semua fhm dgn tutorial ringkas ni dan Selamat mencuba
Bahan-bahan
plastik sampah wangi eco
cotton bud
dawai bunga
lidi sate
pelilit hijau
salotape
benang utk mngikat
span bunga dan bunga hiasan serta pasu
Cara membuat:
lipat 4 plastik..potong
potong lgi hingga jdi 4 segi sama. ceraikan plstik sehelai2
bulatkn dawai..sy guna botol chilli flakes
dawai yg bulat tdi letak tgh2 plastik biar bucu plstik atas n bawah
tangkup plstik dan ikat guna benang
potong 3 cotton bud ..biar jdi 6 atau kalo suka lebih buat lebih
Dah siap..lilit dgn pelilit hijau. bila nk gubah..kalo pendek btg bunga..boleh ditambah lidi
bunga tak perlu daun..sbb masa nk gubah tu kita letak daun n bunga2 hiasan
kalo daun trlampau bnyk nnti akan nmpk semak gubahan tu
Berasal dari keluarga yang mana rata-ratanya berkhidmat sebagai doktor sedikit sebanyak mendorong personaliti ini untuk memilih bidang yang sama. Dari sehari ke sehari beliau meletakkan sasaran untuk menjadi seorang pakar bedah terkemuka di negara ini.
Angan-angan sahaja tanpa disulami dengan usaha gigih pasti akan tinggal impian semata-mata. Namun itu tidak berlaku kepada Tan Sri Dr Yahya Awang, lelaki yang cukup berkarisma dan penuh motivasi.
Berpeluang menemu bual ikon dalam dunia pembedahan jantung cukup bermakna buat penulis. Biarpun tampak sedikit tegas, namun dia cukup bersahaja, soft spoken dan punya aura tersendiri. Setiap persoalan diajukan dibalas dengan jawapan yang cukup ringkas namun padat dan bermakna.
“Saya lahir dalam keluarga yang boleh dikatakan semua doktor. Termasuklah ayah, adik, abang dan pak cik saya. Jadi, apabila masuk universiti, secara tak langsung minat dalam bidang tersebut mula bercambah. Malah, cita-cita untuk menjadi pakar bedah jantung mula tersemat dijiwa kerana waktu itu sukar nak dapat pakar jantung di negara ini.
“Selepas berkhidmat selama 12 tahun di Institut Jantung Negara (IJN), saya kemudiannya bersara tetapi menyambung khidmat di Damansara Specialist. Ketika itulah, terdetik idea untuk mengumpul pakar jantung di satu tempat. Saya memujuk rakan-rakan supaya berkongsi dan berkhidmat di Cardiac Vascular Sentral Kuala Lumpur (CVSKL).
“Daripada situ tertubuhlah pusat pakar jantung swasta ini yang diharap dapat membantu lebih ramai pesakit terutama bagi mereka yang mempunyai masalah jantung. Alhamdulillah setakat ini saya berpuas hati bahkan berasa cukup gembira dan bersyukur kerana ini adalah satu legasi yang dapat ditinggalkan untuk negara ini selain IJN,” ujar Tan Sri Yahya yang merupakan pengasas bersama 5 lagi rakannya untuk menubuhkan pusat berkenaan.
Akui empunya diri, bukan mudah untuk menjadi pakar bedah memandangkan banyak perngorbanan perlu dilalui termasuklah latihan yang lama, terpaksa dedikasi dan sabar kerana ia bukan sesuatu yang mudah.
“Syukur kerana saya berjaya mengharungi semua cabaran tersebut. Bahkan, mentor saya juga merupakan seorang pakar jantung di hospital di London dan dialah yang mengajar saya untuk menjadi doktor bedah jantung.
“Kebanyakan doktor muda tak nak pilih bidang ini kerana terpaksa mereka terpaksa berkorban lebih termasuklah latihan yang terlalu lama dan lebih intensif membuatkan mereka memilih untuk berkhidmat di bahagian lain,” ulas Tan Sri Yahya sambil mengakui tidak ramai yang memilih bidang ini kerana di Malaysia pada masa itu tiada pakar. Malah dia serta kawan saya dan juga rakan kongsi sekarang iaitu Datuk Rozali antara yang terawal bergelar pakar jantung di Malaysia.
Tan Sri Yahya juga meletakkan sasaran untuk menjadikan CVSKL sebuah pusat jantung yang baik di Asia. Baginya tiada yang mustahil untuk mencapai sasaran tersebut memandangkan mereka memiliki ramai pakar jantung di situ.
“Saya percaya ia boleh dicapai kerana banyak pakar di dalam bidang masing-masing. Ketika pelancaran pusat ini, saya sudah beritahu pusat ini bukan saja menjadi sebuah CSR hospital yang mana bukan sahaja berkhidmat untuk golongan yang berkemampuan bahkan kami mahu ‘pulang balik’ pengalaman dan ilmu yang ada kepada kerajaan dan rakyat Malaysia semua.
“Ramai pakar di sini yang telah berkhidmat untuk memajukan bidang sakit jantung. Bukan itu sahaja, CVSKL tidak boleh dikategorikan hanya untuk golongan swasta semata-mata,”ujar Tan Sri Yahya lagi.
Diminta menceritakan pengalaman pertama kali menjadi doktor dan menguruskan kes pembedahan jantung, akui bapa kepada 4 anak ini tidak menafikan cukup gabra dan jantung pun ikut sama berdebar.
“Saya masih ingat, kes tersebut mengambil masa yang agak lama lebih kurang 4 jam untuk selesaikan kes tersebut. Lepas selesai, saya berkongsi cerita dengan isteri. Malah dia juga mengikut saya ke London ketika saya menjalani latihan di sana. Isteri juga merupakan doktor dan dia menjalani latihan pakar kulit. Bukan sahaja saya dan isteri, bahkan anak kami juga turut terbabit dalam bidang yang sama.
“Kalau diikutkan masa saya banyak dihabiskan di hospital kerana pembedahan jantung bukan mudah tetapi saya akan pastikan saya pulang ke rumah setiap hari. Jadi, isteri yang lebih banyak dengan anak-anak. Dua anak saya berkhidmat di Hospital Kuala Lumpur manakala dua lagi sedang menjalani latihan di Australia. Saya tidak memaksa jauh sekali menggalakkan mereka memilih bidang yang sama. Minat tersebut datang dari diri mereka tanpa dipaksa baik oleh saya mahupun ibu mereka.
“Bahkan, saya selalu cakap di dalam rumah kita sepatutnya ada doktor, peguam, akauntan tetapi semua nak jadi doktor. Saya pernah cakap dalam keluarga kita ni ‘boring’ kerana waktu makan pun bercakap hal yang sama, balik balik tentang pesakit dan sebagainya.
“Adakalanya cuba juga ‘pusing cerita’ hal lain tetapi pasti akan balik semua tentang hal di hospital. Nak tak nak kenalah dengar dan terima,” seloroh Tan Sri Yahya tentang gelagat mereka sekeluarga apabila berkumpul.
Biarpun tidak menggalakkan mereka memilih bidang yang sama, Tan Sri tetap berbangga dengan pencapaian anak-anaknya.
“Setakat ini belum ada yang memilih menjadi pakar jantung seperti saya, walaupun sekarang ini dua dah jadi pakar dan dua lagi masih dalam latihan untuk menjadi pakar. Saya berharap lepas ini mereka akan berkhdimat di negara kita.
“Walaupun masing-masing sibuk dengan urusan kerja selain sudah memiliki keluarga sendiri, tetapi ada waktunya kami akan pergi bercuti satu keluarga. Itu sudah saya terapkan sejak dahulu lagi. Sekarang ini saya punya masa yang lebih dengan keluarga memandangkan saya punya 7 orang cucu,“ jelas Tan Sri yang gemar berenang dan bermain golf selain melancong.
Biarpun sudah boleh ‘cuci tangan’ dan berehat dari bidang tersebut, namun Tan Sri Yahya belum puas lagi mencurahkan khidmat bakti kepada mereka yang memerlukan.
“Sewaktu bersara dari IJN, saya ingatkan kerjaya sudah tamat. Namun umur bukan satu halangan kerana kesihatan diri dan mental semua okey. Lagipun kemahiran saya dalam pembedahan masih lancar tanpa masalah. Jadi apa salahnya saya meneruskan usaha saya ke arah membantu mereka yang memerlukan,”ungkap Tan Sri Yahya sebelum menutup perbualan bersama penulis.
Sumber: Majalah Keluarga Edisi Sept-Oct 2018
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.