Bagi anda yang pernah merasa tertusuk selumbar pastu tahu apa rasanya, walaupun serpihan kayu atau duri itu sangat kecil saiznya, namun kesakitan yang ditanggung memang terasa selagi tidak dikeluarkan. Kadang-kadang jika dibiarkan beberapa hari, akan menyebabkan bengkak dan bernanah.

Ada pelbagai cara yang dipraktikkan untuk mengeluarkan selumbar tersebut, dan paling biasa kita dengar adalah dengan menggunakan pengetip kuku. Iaitu  dengan cara kita cuba untuk kepit dan keluarkan secara perlahan-lahan.

Namun cara ini kadang-kadang menyakitkan juga kerana tersilap kepit berdarah pula jadinya.

Oleh itu, apa kata anda cuba cara yang dikongsikan oleh Rose Ramli ini bila mana jarinya tertusuk dengan duri pokok Jarum Tujuh Bilah, begini yang dia lakukan untuk keluarkan duri tersebut. Menurutnya, teknik yang digunakan cukup mudah dan yang penting tidak menyakitkan.

Nak tahu lanjut, ikuti perkongsiannya di sini.

Petua yang baik kena kongsi.
Baru-baru ni saya sibuk menanam tetiba jari saya terkena pokok jarum tujuh bilah. Apalagi durinya melekat masuk dalam jari. Saya cuba keluarkan guna kepit kuku tapi gagal.
2 ke 3 hari ni jari dah mula bengkak sakit, saya taruh ivmist pun kejap jer ilang sakitnya.

Saya pun tengok youtube cara untuk keluarkan duri/selumbar.

Jari Terkena Selumbar, Buatkan Air Ni Untuk Keluarkan Dengan Mudah & Tidak Menyakitkan!

1.Caranya ambil air suam campur garam (saya buat 3 sudu plastik kfc untuk secawan air) 2. Kemudian rendam jari.

Saya pun rendam jari sambil tengok tv. Rasanya tak sampai 30 minit. Saya cuba tekan jari yang bengkak tu. Senang jer duri meluncur keluar. Tak sakit lansung.

Sebelum ni saya cuba picit keluar, dah la tak boleh, sakit pulak tu.

IKLAN

Jari Terkena Selumbar, Buatkan Air Ni Untuk Keluarkan Dengan Mudah & Tidak Menyakitkan!

Tu yang saya bulatkan merah tu durinya. Memang kecil tapi sangat berbisa. Ada yang saya baca duri jarum tujuh bilah penah bergerak ikut aliran darah dan mencederakan organ lain. Risau wei!

Alhamdulillah. Berjaya jugak petua ni.
Harap-harapnya sesapa ada masalah macam saya ni boleh la cuba petua rendam air garam ni. Selamat mencuba!

Sumber : Rose Ramli 

 

IKLAN

ARTIKEL MENARIK: Rupanya Banyak Perkara Boleh ‘Settle’ Bila Ada 2 Rumah. Perunding Kewangan Ni Listkan, Rugi Tak Buat!

LAGI ARTIKEL MENARIK :Pakar Jelaskan Punca Kemerosotan Tulang & Otot, Serta Tips Pemakanan Yang Baik. Sila Take note, Rugi Kalau Tak Tahu!

Baca Ini Juga : Umur 40an Aim Nak Badan Langsing. Pakar Dietitian Ni Kongsi Caranya Perlu Praktik!

Jari Terkena Selumbar, Buatkan Air Ni Untuk Keluarkan Dengan Mudah & Tidak Menyakitkan!

Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual untuk anda merasai seperti berada di Ripleys Believe It or Not Adventureland Genting Highlands! Bahkan  anda juga layak menerima 2 tiket Ripleys Believe It or Not Adventureland Genting Highlands secara PERCUMA untuk merasai sendiri pengalaman di sana.

Bukan itu sahaja malah banyak lagi aktiviti menarik yang boleh dilakukan bersama-sama sepanjang program ini. Jadi jangan tunggu lagi, tempat terhad! Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520

IKLAN

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Jari Terkena Selumbar, Buatkan Air Ni Untuk Keluarkan Dengan Mudah & Tidak Menyakitkan!

 

 

 

 

 

 

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI