Sekembalinya ke tanahair bersama anak dan suami, Dayah Bakar menjalani kuarantin sebelum dapat bertemu keluarganya. Usai tamat tempoh tersebut, dia tidak sabar untuk bertemu keluarga terutama ayahnya.
Isteri kesayangan Kapten Hanif sebelum ini pernah berkongsikan tentang status kesihatan ayahnya, Hj Abu Bakar Bin Johar yang menjadi mangsa covid-19. Memandangkan ketika itu dia berada Di Australia, hanya doa mampu dititipkan.
Meninjau akaun Instagram Dayah Bakar, telah dimuatnaik video yang memaparkan pertemuan kembali Dayah bersama ayahnya. Secara kebetulan, ayah Dayah juga keluar daripada hospital.
Cukup sebak dan gembira bercampur baur perasaan tersebut tatkala dapat bertentang mata, terlerai segala kerinduan yang sudah lama dipendam selama ini. Dalam perkongsian tersebut, Dayah memaklumkan ayahnya ini sudah banyak improvement dan tidak perlu lagi memakai alat bantuan oksigen sepenuhnya.
Reunited ❤️ “Alhamdulillah , abah keluar hospital sama hari dengan kami habis kuarantin . Buat masa ni, alhamdulillah abah dah tak perlu fully pakai oxygen dan dah boleh duduk . Allahuakbar, tak tahu nak cakap mcmana. Teringat doc pernah cakap “ Its only a matter of time , Im sorry 🥺.
Ads
“Sekarang, banyak sangat improvement masha Allah. Bila sampai rumah , dia yang cakap “ tangkap gambar, tangkap gambar” sambil senyum comel . Terima kasih nurses dan doctors yang pernah jaga abah, selalu tanya khabar dan doakan abah . Saya appreciate sangat2 . Terima juga utk kalian yang turut concern and mendoakan abah saya ❤️
Gayanya cukup bersahaja dengan loghat Utaranya yang cukup pekat mengundang tawa sesiapa sahaja yang melihat videonya di laman sosial. Inilah kelebihan yang dimiliki wanita bernama Bella yang cukup tular di laman facebook. Video solekan yang dilakukan secara live mendapat puluhan ribu tontonan pengunjung laman sosial berkenaan.
Anak sulungnya mula menampakkan bakat menjadi seorang model. Menurut Bella, anaknya itu memang banyak mengikut jejaknya lebih-lebih dalam meminati bidang seni solekan.
“Saya dan suami tidak pernah meletakkan sasaran tertentu supaya anak-anak kami memilih bidang yang sama. Sementelah mereka masih kecil dan jauh lagi perjalanan. Kalau boleh kami mahu mereka berjaya dalam pelajaran terlebih dahulu. Tetapi jika besar kelak mereka ingin memilih bidang yang sama seperti apa yang saya lakukan sekarang, saya dan suami tidak menghalang.
“Cuma kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa akan datang, sebagai ibu bapa kami hanya mampu memberi ‘guideline’ selebihnya terserah pada pilihan masing-masing. Kalau diikutkan anak sulung saya ini memang suka memakai mekap. Pantang nampak barang-barang mekap saya ada sahaja yang dia nak cuba. Mungkin kerana dia sudah dibiasakan dengan situasi begini, yelah ke mana sahaja pergi, saya akan angkut semua sekali termasuk suami dan anak-anak. Jadi, tidak timbul isu saya abaikan mereka kerana setiap masa anak-anak berada di samping saya dan suami. Malah, Airis walaupun masih kecil, dia pandai bawa diri dan berdikari.
“Waktu awal-awal saya terjun dalam bidang solekan, suami tengok pelik, tetapi lama-lama dia boleh terima. Malah, saya tidak sangka sambutan hangat dari orang ramai membuatkan permintaan untuk saya adakan kelas mekap diterima dari merata tempat. Suami yang sebelum ini bekerja makan gaji kemudiannya memilih untuk berhenti kerja.
“Jadi, sekarang ini suami hanya bekerja sampingan di pejabatnya selebihnya dia akan mengikut saya. Ini memudahkan kami untuk menguruskan anak-anak dan secara tidak langsung kami berempat sentiasa bersama ke mana saja. Selain membawa ketika mengadakan kelas solekan, kami berempat juga selalu bercuti atau hujung minggu keluar makan atau jalan-jalan,”ujar Bella atau nama sebenarnya Nor Nabilah Zulyadaini yang berasal dari Negeri Jelapang Padi.
Bella yang dulunya aktif dalam bidang bakery, kemudian beralih arah kepada solekan setelah mempunyai anak. 2013 adalah permulaan untuknya terjun dalam bidang solekan dengan membuat live di facebook. Tidak sangka, personaliti media sosial ini mendapat sambutan hangat sehinggakan berjaya mengumpul sejumlah besar penonton setiap kali bersiaran secara live. Lebih membanggakan, jumlah pengikutnya kini sudah melebihi sejuta sejak aktif di laman sosial itu tiga tahun lalu
Kahwin muda
Memiliki dua cahaya mata Airis Alisha, 4 tahun dan Aidil Mikhail, 4 bulan hasil perkongsian hidup bersama Anuar Ahmad, 28 wanita anggun ini mengakui sangat bersyukur dan gembira kerana dalam usianya menjangkau 25 tahun sudah memiliki keluarga yang lengkap.
“Walaupun berkahwin awal, namun saya dan suami tidak menyesal kerana keluarga kami sudah lengkap dengan kehadiran Airis dan Aidil. Walaupun mungkin wanita seusia saya masing enjoy ke sana ke mari, namun saya tidak cemburu, bahkan saya bersyukur kerana Tuhan anugerahkan saya keluarga yang cukup harmoni. Bukan mudah melayari alam rumah tangga dalam usia muda. Banyak cabaran dan dugaan yang harus ditempuhi. Tetapi saya berpegang kepada ‘sabar’ dalam semua hal.
“Dalam rumah tangga kena banyak sabar, kena yakin jika nak buat sesuatu kerja, sibuk macam mana sekali pun kena ada masa untuk anak-anak dan suami, sentiasa bertolak ansur dengan pasangan jika nak mudahkan hidup. Yang lebih penting, jika berlaku pergeseran atau perselisihan faham, dengan pasangan, jangan mudah naik angin. Tahan amarah tu dan selalu berbincang,”ujar Bella yang namanya kini sudah terkenal bukan sahaja di Malaysia, bahkan Brunei dan Singapura kerana pernah dijemput mengendalikan bengkel solekan wajah di sana.
Ajar anak kenal huruf
Sementara itu, Anuar yang sedikit pemalu dan tidak banyak cakap memberitahu, keselamatan isteri dan anak-anak antara sebab kenapa dia memilih untuk mengikut ke mana sahaja isterinya pergi.
“Memandangkan sekarang ini macam-macam kes berlaku, rasanya tidak salah jika saya mengambil langkah berjaga-jaga. Lagipun anak-anak kami masih kecil dan sekurang-kurangnya apabila Bella sibuk dengan kelas solekan, saya boleh jaga anak-anak. Sekarang ini mereka masih kecil, tetapi kami tidak mahu memanjakan mereka. Soal pendidikan baik saya mahupun Bella sendiri sudah setuju memang itu yang menjadi keutamaan.
“Walaupun sekarang Airis belum bersekolah, insyaAllah tahun depan kami akan menghantarnya ke Sekolah tadika. Sekarang pun, kami sudah belikan dia buku-buku yang bermanfaat dan sesuai untuk pembacaan dengan tahap usianya sekarang. Yang penting ajar benda asas terlebih dahulu supaya Airis kenal huruf jadi mudah apabila masuk sekolah kelak,” ulas Anuar yang juga merupakan anak kelahiran Negeri Kedah.
Sumber: Majalah Keluarga Nov-Dis 2017
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bibir merah bak delima itu yang menjadi idaman setiap wanita. Nak bibir sihat dan merah merona, kena lebih perhatian memandangkan ia sangat sensitif dan memerlukan penjagaan rapi. Lebih-lebih lagi jika anda jenis bermasalah kulit mengelupas. Elakkan mengopek kulit bibir jika tidak mahu terkoyak atau terluka.
Ini cara paling selamat merawat bahagian bibir yang diketahui sangat lembut dan sensitif. Hanya gunakan bahan-bahan semula jadi sahaja:
Serum Lemon Madu
Anda hanya perlukan satu sudu makan air perahan lemon dan madu yang dicampur dan dioles merata di bibir.
Lemon akan mencerahkan pigmen bibir dan madu akan menutrisi bibir dan melembapkan sehingga bibir kelihatan merah alami.
Topeng Buah Beet
Buah beet juga boleh mengembalikan warna semula jadi bibir. Caranya sangat mudah, hanya potong nipis ataupun haluskan beet dan oles merata di bibir.
Biarkan hingga kering dan bilas, Lakukan rutin setiap hari agar warna bibir kembali cerah.
Minyak Badam
Cukup ambil satu titis minyak badam dan oles merata di bibir. Lakukan rutin setiap kali tidur. Bukan hanya akan mencerahkan bibir malah minyak badam tersebut akan melembabkan secara semula jadi.
Jus Timun
Ambil sepotong timun dan haluskan. Oles ke bibir untuk mencerahkan bibir yang hitam. Biarkan hingga kering dan bilas. Boleh juga dilakukan ketika nak tidur, biarkan semalaman.
Skrub Kunyit
Ambil 1 sudu teh serbuk kunyit (haluskan 1 ruas kunyit) campur dengan 1 sudu teh tepung sehingga jadi pes. Sapu dan biarkan sehingga kering.
Kemudian urut dan skrub merata bahagian bibir untuk mengangkat sel-sel mati supaya bibir lebih bersih dan cerah.
Bagi anda yang berdepan masalah bibir gelap, kering serta merekah, masker ini sesuai dipraktikkan.
Bagi anda yang berdepan masalah bibir gelap, kering serta merekah, masker ini sesuai dipraktikkan. Ia cara paling selamat merawat bahagian bibir yang diketahui sangat lembut dan sensitif.
Ia boleh diamalkan setiap hari. Tiada kesan sampingan bahkan tidak memudaratkan jika termasuk di dalam mulut atau termakan.
Bahan-bahan:
30 gram gula tebu organik (dikisar)
10 ml ekstrak prun
5 ml madu
5 ml minyak zaitun
0.5 ml minyak vitamin E
Cara membuat:
Campurkan kesemua bahan-bahan di atas dan kacau sebati.
Ambil sedikit sahaja menggunakan jari dan ratakan pada bibir.
Urut perlahan pada bibir dalam turutan membulat selama satu hingga dua minit
Kemudian bersihkan dengan tuala yang telah dibasahkan.
Simpan lebihan skrub dalam bekas yang sesuai.
Tip:
Skrub ini boleh digunakan dalam tempoh tiga hingga enam bulan (jika dibuka bekasnya) dan jika tidak dibuka ia boleh digunakan dalam tempoh lapan bulan hingga setahun.
Fungsi madu adalah untuk memerahkan kembali bibir manakala prun pula berfungsi untuk merawat bibir pecah.
Selain prun, ia boleh digantikan dengan delima. Delima berfungsi untuk memerahkan kembali bibir.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kebiasaannya daun-daun hijau seperti ketumbar, daun kunyit, limau purut dan sebagainya jenis sayuran hijau yang mudah busuk dan tidak bertahan lama. Tapi ada cara jika ibu-ibu mahu sayuran ini tahan lebih lama.
Jom ikut petua yang dikongsikan oleh Nik Hazifah jika mahu kekalkan kesegaran dedaun. Tak perlu lagi nak ke kedai beli yang baru jika mahu menggunakannya.
“Aiskrim” ketumbar, daun kunyit dan daun limau purut.
Guna plastik aiskrim, masukkan daun-daun tu, masukkan air paip dan ikat. Masukkan dalam freezer. Jimat space dalam freezer.
Ni adalah cara untuk kekalkan kesegaran daun-daun ni.. Kadang beli nak pakai sikit, yang lain kering layu dalam peti sejuk.
Nak defrost pun kejap je..keluarkan dari plastik tu, Lalukan bawah air paip, setel.
Satu batang tu untuk sekali guna.
Kredit: Nik Hazifah
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.