Anak bukanlah ukuran kebahagiaan bagi pasangan suami isteri kerana setiap orang mempunyai gaya dan matlamat hidup yang berbeza. Isu ada atau tiada anak dalam sebuah keluarga ini sememangnya hangat dan masih ada yang mempertikaikan perkara ini.

Turut terpalit dengan isu ini, pelakon Izzue Islam yang telah mendirikan rumah tangga bersama isteri tersayang Awin Nurin selama 9 tahun ini walaubagaimanapun masih belum dikurniakan anak. Melalui temubual bersama wartawan Keluarga, Izzue berkongsi beberapa tip yang boleh digunakan buat pasangan yang menghadapi masalah sama.

“Jauhkan Diri Dari Orang Toksik, Suka Tanya Bila Nak Dapat Baby” Izzue Islam Jawab Isu Anak

Tambahnya lagi, niatnya juga adalah untuk memberikan semangat kepada para pasangan yang mungkin sedang berusaha untuk mendapatkan zuriat dan tertekan disebabkan kata-kata orang sekeliling.

IKLAN

“Cuba sibukkan diri dengan benda-benda yang best, dengan pasangan masing-masing atau perkara yang boleh buatkan korang tak fikir sangat tentang benda lain dan boleh fokus untuk korang punya kerjaya atau kerja”.

Selain itu, dia juga mengingatkan untuk cuba menjauhkan diri dengan orang yang toksik sama ada yang jauh mahupun dekat dengan sekeliling kita. Jika ditanya dengan soalan yang negatif pula, Izzue sebolehnya mahu memberikan respon yang positif untuk elakkan daripada terus terasa hati.

IKLAN

“Toksik ni maksudnya yang suka datang dekat kita kalau tanya bila nak dapat baby ni? Korang ni bila nak ada anak ni, semua orang dah dapat, itu contoh-contoh ayat toksik”.

“Bila berkahwin mesti menginginkan anak, setiap pasangan pun. Sama juga macam kami dan sebenarnya kami pun sudah mencuba dan belum lagi ada rezeki untuk ada anak”.

IKLAN

Penjelasan lanjut boleh lihat dalam video di bawah.

@keluarga.my PART1: Semoga Izzue dan isteri dikurniakan zuriat🤲 #izzueislam #anak #fyp ♬ Instrumen Sedih – Yuda pratama

 Sama seperti orang lain, Izzue dan isterinya juga menginginkan anak dan sudah berusaha selama 9 tahun ini. Tapi sekarang, dia juga tidak mahu terlalu memikirkan tentang perkara ini dan bersyukur dengan rezekinya yang lain.

Sumber: @keluarga.my

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI