Sedapnya bila dapat layan Jelly kelapa ni, simple je rasanya tapi pekena waktu cuaca panas memang layan sangat. Nak-nak lagi baru keluar peti sejuk. Memang terbaik.
Biasanya kalau beli boleh tahan harganya kan. Apa kata cuba buat sendiri di rumah. lagi berbaloi terutama anda yang ada anak ramai. Tak cukup satu ni kalau start makan. Jom cuba cara yang dikongsikan saudara Ibrisam Wossali.
Menariknya, dia siap buat dua versia, putih dan juga hijau. Tetapi rasanya tetap sama. Nka cuba, jom tengok caranya di sini.
Pagi tdi isteri sya kata teringin nak makan jeli kelapa. Apa lgi sya terus pergi kait 5 biji kelapa pandan. Sya kata biar sya buatkan…. Isteri kata ‘tahu ke abg nak buat jelly kelapa? ‘. Sya kata skrg tak boleh komen. Dah siap nnti baru boleh komen ya….. 🤣🤣🤣🤣 Alhamdulillah siap juga akhirnya. Isteri sya suka, sedap katanya….. 😍😍😍😍 Ada dua warna jelly kelapa sya buat warna putih dn hijau. . Tapi rasanya sama jer…..🤣🤣🤣🤣 Kat bawah ni sya sertakan gambar dan resepinya sekali. Selamat mencuba ya kawan2…😀
Bahan-bahan :
1. Agar2 tali seberat 10gm
2. Air Kelapa muda 1.5 lit
3. Air 1.5 lit
4. Gula pasir 10 sudu besar ( tahap kemanisan ikut cita rasa masing2 )
5. Secubit garam
6. 2 helai daun pandan
Ads
Caranya :
1. Masak agar2 bersama 1.5 lit air + daun pandan + garam + gula pasir sehingga mendidih dan agar2 larut.
2. Masukkan pula 1.5 lit air kelapa sehingga mendidih sekali lgi.
3. Pada masa ini jika kita mahu warnakan jeli tu dh boleh masukkan sedikit pewarna.
4. Masukkan jeli ke dlm bekas.
5.Masukkan isi kelapa yg telah dihiris nipis2 ke dlm jeli tdi.
6. Sejukkan kemudian simpan dlm peti ais.
Isi kelapa di hiris nipis2.Jeli kelapa tanpa pewarna.Jeli kelapa berwarna hijau nampak lebih menarik dan menyelerakan…..
Dua warna berbeza, tapi rasanya sama shj. Mana satu pilihan kawan2?
Mendidik dan membesarkan anak-anak bukan satu tugas yang mudah. Apatah lagi jika ibu bapa bekerjaya, menyebabkan anak-anak diletakkan di bawah jagaan pembantu.
Begitu pun, tidak bermakna ibu bapa boleh lepas tangan. Kena ambil tahu dan bagi ibu dan ayah, masalah anak-anak adalah patut dijadikan keutamaan. Terutama sekali apabila berhadapan dengan anak- anak degil dan tidak mahu dengar cakap.
Inilah antara masalah yang sudah terlalu sinonim dalam kehidupan mereka yang bergelar ibu bapa.
Namun cara wanita bernama Aya Chalo di blognya ini berkongsi tip mendidik anak cukup menarik perhatian dan boleh dicontohi oleh ibu ayah lain.
Dia yang berkongsi segala ilmu daripada Seminar Kepimpinan yang dihadirinya sememangnya baik untuk kita semua dalam mendidik anak-anak. Jom ikut panduan dan cara yang dikongsikannya.
Kak nak kongsi sikit tips parenting yang kak dapat dalam Seminar Kepimpinan semalam. Tulisan ini agak panjang, tapi kalau rasa nak ILMU, yang mungkin mengubah untuk kita jadi ibu bapa yang lebih baik, teruskan baca sampai habis…
Walaupun namanya Seminar Kepimpinan, tapi penceramah, Tn Hj Hushim Salleh (Pakar Motivasi & Parenting) banyak kaitkan dengan parenting.
So, long story cut short, adalah beberapa Tips Parenting yang kak dapat, yang mana ianya simple dan kerana simple ia seringkali dilupakan, tidak dibuat, dianggap tak penting.
Bila penceramah share yang jumlah penagih dadah sekarang ni ada dalam 1.6 juta orang, agak-agak mengapa benda ni terjadi? Tu belum lagi kes kerana ejek habis dibakar sehingga kehilangan nyawa. Marah sikit, habis ditikam, dikelar ibu, bapa, nenek. Salah siapa?
Semuanya bermula dari rumah, peranan ibubapa saaaaangat penting. Terutamanya pemimpin keluarga iaitu BAPA. Kadang bapa ni ego. Lagi teruk kalau mak pun ego sama. Jangan… sebab masa tidak boleh dikembalikan.
Anak-anak bersama kita tak lama. Jadi sementara masih ada peluang, jom kita amalkan tips ni agar anak-anak dekat dengan kita, anak-anak dengar kata-kata kita dan hatinya terpaut dengan ibubapa, bukannya dengan kawan-kawan, bukan dengan orang lain. Kita semua mau anak kita macam tu kan?
So jom kita baiki beberapa perkara…
1. Sentiasa PELUK CIUM anak sehingga besar. Bukan peluk cium time baby ja, tapi sehingga besar. Mungkin mak memang selalu buat, tapi ajaklah bapa buat sama. Tak kira anak lelaki ka perempuan.
Semai dari sekarang iaitu peluk cium anak. Paut hatinya. Pedulikan kata orang lain, ya la sebab sudah besar pun peluk cium lagi. Ramai antara kita terutama lelaki, just salam ja dengan ibu bapa, peluk jarang (yang langsung tak nak salam pun ada)! Inilah yang kita perlu baiki.
Kalau family kita tidak pernah amalkan benda ni, why not kita start dulu. Ia akan beri perubahan perhubungan yang besar. Try lah.
2. Bila peluk usap belakang bahu (anak lelaki) atau belakang kepala (anak perempuan) Lagi tips yang bernilai buat kak Aya. Tips ni kak pernah baca di FB ni juga, selepas baca tu kak amalkan, memang nampak anak lebih mendengar kata berbanding sebelum ni dan semalam Hj kongsikan semula.
Bila anak buat silap atau sedih atau perlukan nasihat, kita peluk dia, usap bahu (anak lelaki) dan bisikkan kata-kata nasihat buat dia. Kalau anak perempuan, peluk dan usap kepala (bahagian belakang kepala) dan nasihatkan dia.
Jiwanya akan tenang, bila tenang, mudah untuk dia mendengar nasihat dan insyaallah masuk ke hatinya. Perubahan pun kita boleh tengok. Kalau tantrum, try peluk dan buatlah usapan tu, insyaallah lebih cepat tenang berbanding peluk biasa.
3. Jangan cakap KASAR, ia akan bentuk Karektor Anak umur 1-7 tahun: Fasa awal kanak-kanak Anak umur 8-12 tahun: Fasa kanak-kanak Anak umur 13-17 tahun: Remaja (Peringkat yang paling mencabar)
Pembentukan karektor anak bermula pada zaman kanak-kanak. Kalau kita sebagai ibu bapa bercakap kasar ketika tempoh tu, ia akan kekal sampai besar. Bila kita terlepas tempoh tu, susah hendak diubah. So, kita kena beringat-ingat la ya.
4. Hati-hati dengan kata-kata Kata-kata yang keluar dari mulut ibu adalah doa. Jadi, hati-hati keluarkan kata-kata. Parents kita zaman dulu kalau anak nakal ka apa, akan cakap “Anak bertuah”, etc.
Tapi zaman sekarang, ramai ja parents yang suka maki-maki dengan kata-kata kesat, atau tidak menjaga perkataan yang keluar dari mulut cth: Bod*h, Nakal, etc… Dan tengoklah hasilnya, anak jadi apa, makin bod*h, makin nakal, makin teruk…
Itu bukan salah anak, tapi itu doa yang keluar sendiri dari mulut ibu. So, sama-samalah kita beringat ya.
5. Ibu bapa tunjuk contoh yang baik Bagi anak nampak benda yang baik, jangan sesekali kata penat depan anak-anak, jangan gaduh depan anak-anak. Sebab anak-anak belajar dari pemerhatian.
Kids lebih banyak belajar daripada melihat dan mendengar. Lagi satu jangan sebut PENAT depan anak-anak.
Mama PENAT kerja Mama PENAT masak Mama PENAT jaga kamu etc
Sebab, semua itu tanggungjawab kita sebagai ibu bapa. Memang tanggungjawab so jangan sebut depan anak-anak. Nanti anak-anak seolah-olah diajar untuk jadi orang tidak bertanggungjawab.
Kena sentiasa perbaiki diri, tapi sebab benda ni selalu dilupakan. Kita perlu ingat-mengingati kannn.
“To be in your children’s memories tomorrow, you have to be in their lives today.”
Kredit: Aya Chalo
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Penyanyi Ainan Tasneem memaklumkan bayi kembar yang dikandungnya itu kini mengalami sedikit masalah apabila kedua-duanya tidak mempunyai saiz yang seimbang.
Ainan atau nama sebenarnya Ainan Tasneem Redzuan, 28, berkata, doktor bimbang keadaan tersebut boleh mengakibatkan dirinya melahirkan bayi pramatang.
“Sekarang usia kandungan dah 31 minggu. Tadi, saya pergi buat pemeriksaan, doktor cakap salah satu bayi kembar tu kecil sikit.
“Sorang baru 1.1kg, sorang lagi 1.5kg dah. Risau terbersalin awal tu yang doktor suruh cucuk dexa (dexamethasone),” katanya menerusi satu entri di Instagram.
Menurut Ainan lagi, dia kini perlu menjalani pemeriksaan susulan dua minggu lagi bagi melihat perkembangan selepas perlu mengambil dua dos suntikan berkenaan.
“Subhanallah sakit yang amat ya kena cucuk dexa tu. Esok kena cucuk lagi untuk dos kedua
“Lagi 2 minggu kena pantau lagi, kalau berat bayi tu masih statik atau tak berapa memberangsangkan, memang saya kena bersalin awal je,” katanya.
Pada masa sama, Ainan turut memohon doa orang ramai agar proses kehamilannya kali ini dipermudahkan.
“Allah.. Ainan tak bersedia lagi. Tak boleh bayangkan bayi masuk NICU dan kena berpantang tanpa bayi di sisi.
“Sekarang nak terus positif je. Harapnya bayi membesar dengan baik dalam perut dan dapat bersalin cukup bulan. Mohon sangat doa daripada kalian semua ya,” luahnya.
Ainan berkahwin dengan Mohammad Ariffudin Mohammad Swaimi pada tahun 2017.
Pasangan itu kemudiannya dikurniakan seorang anak perempuan, Ainan Salsabiela pada 2 Mac 2018.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Banyak petua dan tip bagaimana nak pastikan pokok kesum hidup subur dan membesar merimbun. Tapi tak semuanya menjadi, ada yang berjaya, tak kurang yang kecewa melihat pokok layu dan akhirnya mati. Kali ini admin kongsikan pula kaedah mudah dengan menggunakan bawang merah. Jom praktikkan tip yang dkongsikan oleh puan Noridah Tahiryang menggunakan air bawang merah untuk membolehkan akar pokok kesum membesar dan rimbun. Guna air bawang merah baru la ciksom keluarkan akar yang banyak. Potong 2 batang dan semai dalam botol mineral. Harap membesar dan rimbun.
Resipi air bwg merah :
Kisar 5 biji bwg merah beserta kulit dgn sedikit air paip, tapis utk amik air bwg n campurkn dgn 1.5 liter air paip.
Peram 1 ke 2 hari. Campurkan dgn air paip 1:5 n jirus pd pokok utk byk kn akar atau sembur pd pokok utk byk kn pucuk.
.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di