Puasa yang masih berbaki lagi dua hari ini bukan alasan untuk anda lemah dan tak bermaya. Bosan menunggu waktu berbuka apa kata anda rajinkan diri untuk membuat kudapan raya.
Tak perlu kudapan yang sukar sebaliknya pilih sahaja kudapan yang mudah nak disediakan. Popia Stick antara paling mudah hendak disediakan. Paling menarik, kosnya tersangatlah jimat.
Bukan sahaja budak-budak, orang tua pun pasti suka rasa dan kerangupannya yang krup krap krup krap. Mesti tak sedar dah habis sebalang. Jom kita cuba.
Guna 4 Bahan Sahaja
Bahan-Bahan:
Kulit Popia (dipotong jadi 6 bahagian)
Minyak Masak
Coklat Masakan (Beryl’s/Le bourne atau Selborne)
Ads
Nestum
Caranya:
1. Gulung kulit popia yang telah dipotong dengan kemas dan sapukan air pada bahagian hujungnya untuk mengelakkan kulit popia terbuka.
Ads
2.Rehatkan gulungan popia sebentar agar ia keras sedikit supaya mengekalkan bentuk gulungan tadi.
3.Gorengkan ia didalam api sederhana sehingga kekuningan. Angkat dan toskan, biarkan ia sejuk seketika.
4.Double boil coklat masakan ikut pilihan jenama yang disukai.
Ads
5.Celup gulungan popia yang telah digoreng tadi ke dalam coklat yang telah dicairkan.
6.Kemudian salut pula dengan nestum.
7.Biarkan ia keras seketika dan masukkan didalam bekas kedap udara.Simpan dalam peti sejuk seketika.
Selamat Mencuba!
Kredit: Humaira Harith
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bercerita tentang pilihan juadah sekeluarga, selain lauk pauk yang enak akan dipastikan terhidang di atas meja. Begitu juga sama pentingnya menghidangkan menu pencuci mulut, andai dapat disediakan akan bertambah lengkap untuk dinikmati seisi keluarga.
Jadi apa kata kali ini kita masak agar-agar lumut gula melaka yang comel ini. Resipi penyediaannya telah dikongsikan oleh puan Roshima dan bolehlah dicuba.
Agar-Agar Lumut Cute.
Mari saya kongsi cara membuatnya….
Bahan-bahannya:
1 bungkus agar2 tali 25 mg
4 cawan air biasa
1 cawan santan pekat
1 cawan air gula melaka / gula merah
1/4 gula pasir
1 biji telur
2 helai daun pandan
Sedikit garam jika suka
Cara memasaknya…
1. Panaskan 4 cawan air ke dalam periuk.
2. Basuh agar2 dan masukan ke dlm air yang mendidih. Biarkan agar2 hancur.
3. Masukan gula pasir. Biarkan hingga mendidih. Masukan daun pandan.
4. Kemudian masukan air gula melaka ke dalam agar-agar, masak seketika.
5. Masukan santan ke dalam mangkuk dan masukan telur. Pukul seketika.
6. Tuangkan ke dalam periuk. Masak hingga hingga mendidih apabila bancuhan telur dan santan dimasukan. Masukan sedikit garam jika suka. Kena kacau selalu.
7. Tutup api dan boleh dituang ke dalam acuan kuih lompang. Kalau tak ada acuan lompang boleh tuang dalam loyang atau bekas plastik. Bila sejuk boleh dihidangkan.
# Selamat mencuba. Saya sangat-sangat suka makan agar-agar Lumut ni. Nak-nak lagi kalau sejuk-sejuk. Dulu-dulu pun saya tak pandai buat. Nak makan harapkan jiran je bagi. Sekarang…. kita beri kepada jiran pula ya.
Ruang laundry kini menjadi satu ruang yang tidak hanya menempatkan mesin basuh semata-mata tanpa diberi sentuhan dekorasi oleh pemilik kediaman.
Bahkan untuk menampakkan ruang mencuci pakaian lebih selesa dan teratur, perletakkan bahan-bahan pencuci pakaian juga turut diberi tumpuan.
Contohnya seperti perkongsian daripada Nadzirah Azlan yang begitu kreatif dan praktikal dalam menghasilkan laundry dispenser dengan menggunakan balang kuih dan kepala paip.
Walaupun menggunakan bahan-bahan yang biasa-biasa sahaja, namun hasilnya memang hebat.
Buat anda yang ingin hasilkan laundry dispenser dengan cara jimat, bolehlah baca perkongsian penuh daripadanya di sini.
Ekzema adalah penyakit kulit di mana proses radang menyebabkan gejala seperti kulit gatal, menebal dan merah-merah. Ia membuatkan penghidapnya akan menggaru untuk melegakan rasa gatal.Malah ada yang menggaru sehingga berdarah.
Bagi anak kecil yang menghidap ekzema tentunya ia sesuatu yang amat mencabar buat ibu bapa. Ia memerlukan penjagaan yang teliti untuk mengelak ia menjadi lebih teruk.
Begitulah pengalaman yang dilalui oleh pasangan suami isteri ini apabila anaknya seawal usia dua bulan telah mengalami ekzema. Namun istiqomah merawat masalah itu, akhirnya anaknya bebas dari penyakit kulit itu.
Sebagaimana perkongsian saudara, Mohd Yazid Ismail bercerita tentang kisah anaknya menghidap ekzema dan isterinya yang banyak bersabar untuk menguruskan anaknya itu hingga berat badan pernah turun hingga 11kg!
Ikuti kisah inspirasi ini. Moga menjadi manfaat buat ibu bapa yang turut mengalami masalah yang sama.
Tadi ada orang tanya tentang proses penyembuhan eczema anak saya, Saeed. Alhamdulillah dia sembuh sepenuhnya dari eczema ketika umur 1 tahun 5 bulan. Sekarang umurnya dah 5 tahun. Tak pernah datang semula eczemanya. Saeed mula naik eczema masa umur 2 bulan.
Kami jumpa beberapa doktor pakar kulit. Macam-macam ubat dah cuba. Sanggup habis banyak duit untuk Saeed.
Yang kelakarnya ada doktor pakar A menyalahkan doktor pakar B sebab bagi ubat yang tak sesuai, katanya bayi tak elok guna ubat tersebut, bahaya. Dua-dua doktor pakar kulit. Ubat steroid yang kami dapat dari doktor pakar, mula-mula berkesan untuk buatkan kulit Saeed halus mulus, tapi lama-lama makin kurang effect.
Kena tambah kekuatan steroid tu baru berkesan balik. Ubat steroid memang ada banyak level. Begitulah yang biasanya berlaku kepada pesakit eczema, sentiasa kena naikkan dos steroid.
Yang peliknya, doktor kata ubat steroid tak elok guna lama lebih dua minggu, tapi setiap kali appointment dengan doktor yang sama, dia bagi ubat steroid bersambung-sambung. Ada orang dah guna steroid bertahun-tahun.
Bila rawatan hospital didapati hanya berkesan sekejap sahaja malah lebih teruk selepas itu, maka kami cuba rawatan aliran natural. Hanya guna ubat natural sahaja dan jaga pemakanan. Kami dah baca bila berhenti ubat steroid eczema akan mengamuk jadi sangat teruk. Kami bersedia.
Kalau tengok gambar Saeed yang eczema teruk ni berlaku selepas kami ambil keputusan untuk hentikan ubat steroid secara beransur-ansur.
Guna kaedah pemakanan rawat ekzema
Isteri saya Widyana Ali ada terbaca kisah pengidap eczema dewasa yang dah guna ubat steroid dalam tempoh masa yang lama, hingga steroid paling tinggi. Kemudian doktor cakap eczemanya dah tak boleh sembuh. Tapi dia tak putus asa, dia berhenti steroid dan guna kaedah pemakanan. Alhamdulillah sembuh.
Bila baca kisah orang sembuh eczema dengan jaga pemakanan dan kaedah ubat natural, Widyana bertekad untuk guna kaedah yang sama. Banyak artikel-artikel pemakanan yang dia baca, sangat banyak.
Walaupun dia jumpa banyak “mazhab” pemakanan tapi dia fokus dengan satu mazhab. Bacalah sendiri ye di fb dia pasal cara pemakanan yang diamalkan. Widyana banyak share, hampir setiap hari pada tahun 2018 dan 2019.
Saya tak pandai nak explain detail pasal mazhab pemakanan dia. Tapi yang utama dia dan Saeed jauhi makanan dan minuman bergula, dan banyakkan makan ubi keledek dan pisang.
Ubi keledek kalau nak yang sedap kena beli keledek Cilembu dari Indonesia. Manis dan juicy. Honey sweet potato, kena cari yang ada perkataan honey, bukan “sweet potato” je.
Pasal pisang pula, walaupun ramai bagitau tak elok untuk penghidap eczema sebab histamin tinggi dan boleh menyebabkan eczema makin teruk, tapi dia kata pisang bagus untuk kuatkan struktur kulit saeed, ni saya tak faham. Memang saya nampak setiap kali bagi pisang, Saeed akan menggaru. Tapi alhamdulillah makin lama makin ok.
Ada doktor kata pemakanan ibu yang menyusu tak memberi kesan kepada anak eczema. Malah doktor perli kami sebab amalkan diet gluten free. Dia kata tak perlu lah ikut trend. Nasib baik kami tak ikut nasihat nasihat doktor tu.
Walaupun sangat mencabar untuk sentiasa jaga pemakanan, tapi Mama Saeed tetap istiqamah. Berat turun dari 63kg ke 52kg.
Hehe.. tiba-tiba dapat capai impian yang dah lama terkubur iaitu nak turun berat jadi macam berat dia masa mula-mula kawin dulu, 52kg. Alhamdulillah berjaya, saya suka .
Banyak hikmah yang kami dapat dari ujian eczema Saeed. Dapat banyak ilmu dan network.
Selain pemakanan dan guna ubat natural kami juga selalu jemur Saeed bawah cahaya matahari setiap pagi. Alhamdulillah setiap pagi saya berjemur bersama Saeed tanpa gagal.
Yang sedihnya ramai yang kami dapati anak mereka tak sembuh eczema dah bertahun-tahun. Malah kami dulu pun ada doktor bagitau “tak apa jangan risau nanti eczema akan sembuh bila anak dah sekolah rendah”
Ya Allah eczema seminggu pun dah nampak azabnya. Tak kan lah nak tunggu anak umur lebih 8 tahun baru sembuh, lagi terseksa.
Sekarang sangat ramai anak-anak yang kena eczema. Semoga Allah menyembuhkan eczema mereka semua. Sangat ramai yang PM Widyana hingga tak sempat nak reply. Saya letak gambar-gambar perkembangan eczema Saeed dari umur 4 bulan hingga sembuh. Alhamdulillah ‘ala kulli haal
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.