Dalam keadaan ekonomi yang sedang gawat, ramai masyarakat cuba untuk mengurangkan perbelanjaan bagi menempuhi cabaran harga barangan yang semakin meningkat.

Senang kata, apa yang boleh jimat, pasti akan dipakai dengan sebaik mungkin.

Seperti sabun basuh pinggan, mungkin ramai yang tidak tahu bahawa sabun pencuci yang kini dipakai boleh digandakan kepada 5 kali lebih lama.

Baru-baru ini, seorang wanita telah berkongsi cara untuk menggandakan sabun pencuci pinggan kepada 5 kali ganda dengan hanya menggunakan beberapa bahan yang kosnya tidak begitu tinggi.

Menerusi video seorang penguna TikTok @ohmybunda, seorang wanita telah berkongsi tip mudah untuk memanjangkan jumlah stok sabun basuh pinggan anda.

Berdasarkan video tersebut, tip ini dikatakan dapat menjimatkan sabun sebanyak lima kali ganda.

IKLAN

Dalam video tersebut, wanita tersebut hanya menggunakan tiga bahan iaitu :

  1. Sebotol cecair pencuci pinggan
  2. Air
  3. Sepaket garam.

Botol besar kosong dan besen/jag besar pula antara peralatan yang digunakan untuk menghasilkan cecair pencuci yang lebih lama.

Pertama sekali, anda perlu memasukkan satu paket garam di dalam besen/jag yang kosong. Tuangkan sehingga tiada sisa garam yang tertinggal di dalam paket.

Selepas itu, masukkan air panas ke dalam besen/jag yang berisi garam tadi. Kacau larutan air panas dan garam itu sehingga larut dan sebati.

IKLAN

Kemudian, masukkan air biasa sebanyak lima liter berserta satu liter cecair pencuci pinggan ke dalam besen dan kacau sehingga sebati.

Jimat Sehingga 5 Kali Ganda! Rupanya Satu Botal Pencuci Pinggan Boleh Jadi 5 Botol Besar Dengan Cara Ini

Jimat Sehingga 5 Kali Ganda! Rupanya Satu Botal Pencuci Pinggan Boleh Jadi 5 Botol Besar Dengan Cara Ini

Apabila larutan sabun tersebut sudah pun sebati, sabun pencuci pinggan mangkuk ‘tahan lama’ sudah pun siap dan boleh di simpan di dalam botol besar.

IKLAN

Mudah bukan?
Selamat Mencuba!

@ohmybunda Tips jimat sabun #ohmybunda #fyp ♬ original sound – Syarifahkhyra✨ – Aurakhyra shop

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

Jimat Sehingga 5 Kali Ganda! Rupanya Satu Botal Pencuci Pinggan Boleh Jadi 5 Botol Besar Dengan Cara Ini

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI