Anak-anak yatim merupakan antara indvidu yang perlu dikasihi, disayangai dan dihargai kerana mereka hanya menumpang kasih sayang dan bergantung dengan ‘orang luar’ selepas ketiadaan keluarga mereka.
Ada di antara mereka langsung tidak pernah merasai kasih sayang dari ibu bapa malah zaman kanak-kanak mereka hanya menumpang kasih dari insan-insan yang sudi menggembirakan mereka.
Atas dasar keprihatinan, ramai yang mengambil inisiatif untuk meraikan mereka. Malah ada yang meraikan mereka dalam satu majlis yang besar. Tidak kurang juga, ada yang bermurah hati dengan memberikan juadah makanan, pakaian dan kelengkapan lain.
Ads
Namun begitu, seorang wanita meluahkan rasa sedih dan kecewa dengan pemberian orang ramai ke rumah anak yatim.
“Bukan nak buka aib. Tapi patut ke anak-anak mendapat makanan seperti ni? Lebihan nasi lemak dan kerak, nasi himpit dan lemang dan seminggu dalam peti ais.
Ads
“Rendang, sambal dan daging paprik yang dah dipanaskan hingga kering yang dijadikan serunding,” tulisnya.
Selain daripada sisa-sisa makanan, anak-anak yatim ini juga diberikan tilam lama yang sudah digunakan. Kelihatan juga, beberapa tilam yang sudah koyak juga diberikan.
Rata-rata netizen mengecam tindakan si pemberi yang didakwa tidak berhati perut dan sisa makanan yang diberikan pula seperti memberi makanan kepada haiwan-haiwan.
Sumber : Ella Osman
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kini mesin basuh sudah menjadi keperluan bagi setiap rumah. Malah pelajar-pelajar pun sudah tidak membasuh baju dengan tangan sebaliknya menghantarnya ke dobi.
Walaupun harganya yang tinggi, namun ianya akan cepat rosak jika tidak digunakan dengan betul.
Kebanyakan orang selalu melakukan perkara-perkara ini tanpa mengetahui bahawa ianya akan membebankan mesin basuh dan membuatnya akan cepat rosak.
Sebenarnya cara kita menggunakan mesin basuh itu juga memainkan peranan penting terhadap jangka hayatnya. Oleh itu, jom ikuti perkongsian penulis mengenai tips jaga mesin basuh supaya jangka hayatnya lebih lama.
1. Jangan bebankan mesin dengan terlalu banyak pakaian setiap kali membasuh. Ikut cadangan pengeluar mesin.
2. Matikan suis soket sesekali selepas digunakan. Ini kerana apabila terlalu lama dalam keadaan standby, computer board akan menjadi semakin panas. Selain itu, selepas mengeluarkan baju, tutuplah suit soket.
3. Masukkan air panas kira-kira 5 minit dijerang ke dalam tub mesin dalam sebulan sekali. On mesin dalam jumlah mode basuhan minima untuk mencuci tub dan saluran buang air. Elak tersumbat yang boleh merosakkan injap buang.
4. Jika putaran mesin semakin lemah dari sebelumnya, ini bermakna belting telah longgar. Kalau pandai, ambil spanar tegangkan di bahagian bawah mesin. Jika tid
5. Andai kata air masuk semakin slow, buka bahagian paip air masuk. Mungkin ada filter tersumbat di situ.ak reti, upahlah sesiapa. Kos upah biasanya dalam lingkungan RM 10 – 20.
6. Namun, jika air masuk ok tapi air keluar tak boleh, ini bermakna valve buang air tersekat mungkin kerana tersangkut duit syiling, objek keras atau sebagainya. Jika semakin lama dibiarkan, ia boleh merosakkan computer board.
Jadi, cuba amalkan 6 tips di atas jika anda ingin menjimat duit daripada membeli mesin basuh baru hanya selepas beberapa tahun diguna. Penggunaan mesin basuh perlulah cermat supaya ia tahan lebih lama. Semoga Bermanfaat!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pengorbanan ibu bapa, memang tidak boleh dibalas walau dengan berjuta wang ringgit sekali pun. Walaupun diberi segala kemewahan namun apa yang mereka lakukan dari kita kecil sehingga kini tetap tidak mampu dibalas.
Mereka juga tidak pernah meminta apa-apa selain mahu melihat kebahagiaan dan kejayaan anak-anak.
Namun sebagai anak, sudah pastinya apabila dewasa kita mahu membalas segala pengorbanan ibu bapa walaupun tanpa dipinta.
Inilah yang dilakukan oleh adik-beradik ini. Mereka telah menghadiahkan sebuah kereta kepada bapa demi untuk memudahkan urusan orang tuanya yang telah banyak berbakti.
Dalam video yang tular di aplikasi TikTok ini, seorang pemuda bernama Joy telah membuat kejutan apabila dia dan adik beradiknya telah membelikan sebuat kereta untuk bapanya, Rodi yang kini berusia 66 tahun.
Menurut Joy, dia dan adik beradiknya sepakat uruk membelikan ayahnya kereta memandangkan kereta lama kepunyaan ayahnya sudah rosak.
“Sebelum ini ayah bawa Perodua Kelisa tapi asyik rosak. Dia dah tak larat nak jaga, jadi jual murah dekat bengkel.
“Saya dan adik-beradik rasa kesian aoabila tengok ayah dengan mak pergi hospital atau masjid naik motorsikal. Bahaya pun satu hal, lepas tu kena redah hujan panas lagi.
Joy memberitahu dia dan adik-beradiknya membuat pemilihan kereta yang bersesuaian dengan keperluan ayah mereka dalam lingkungan bajet yang tersedia.
“Kami ukur baju di badan sendiri, dana yang kami bagi setiap seorang pun tak banyak mana. Kami mahukan kereta yang terbaik untuk mak ayah, tak banyak maintenance dan pada masa yang sama kena dengan bajet kami.”
Menceritaka detik kejutan yang diberikan kepada kedua ibubapanya itu, Joy berkata,
“Kami dan beli kereta tu dua minggu awak tapi semua sibuk. Mula-mula plan nak ramai-ramai pergi buat suprise dekat ayah. Apabila dah lama sangat, saya jadi wakil adik-beradik lain untuk buat suprise dekat ayah.
“Sebab kalau biar lama sangat kesian pula dekat ayah, tak ada kenderaan nak pergi hospital. Mak ayah setiap bulan memang ada appoiment check-up, kena pergi sana.”
“Saya call ayah dulu suruh datang ke Kentucky Fried Chicken (KFC) dekat depan rumah kami. Beritahu dia nak makan tengahari sekali sebab dah lama tak jumpa.
“Jadi ayah pun datang sengan mak naik motorsikal. Lepas makan tu, saya bagi kunci kereta dekat ayah untuk dia cari sendiri hadiah dia. Isteri saya tolong rakam supaya adik-beradik yang tak dapat hadir boleh tengok sekali momen ini.
“Apabila jumpa kereta tu, tak sangka ayah terus peluk saya dan menangis. Kalau nak tahu, ayah saya ini bukan jenis yang senang menangis. Dia selalunya happy-go-lucky dan gelak sana-sini.
“Sekali terkeluar air mata dia, terkejut saya. Adik-beradik saya masing-masing terharu sebab jarang nampak ayah emotional macam tu.Yang paling tak tahan, anak buah saya umur 5 tahun pun ikut menangis sekali. Ini kenangan berharga untuk saya dan keluarga.”
Joy juga turut memuatnaik destinasi pertama ayahnya selepas mendapat hadiah kereta dari anak-anaknya itu adalah menziarahi kubur rakan baiknya.
Setiap ibu bapa pasti mengimpikan yang terbaik buat anak-anak. Selain kejayaan akademik dan sahsiah yang baik, tidak kurang juga ramai menyimpan hasrat melihat zuriat mereka membesar sebagai hafiz atau hafizah Al-Quran yang menjadikan kalam Allah sebagai panduan hidup.
Namun, dalam usaha merealisasikan impian tersebut, ramai ibu bapa berdepan cabaran untuk mencari sistem hafazan yang benar-benar tersusun, mempunyai pemantauan berterusan serta mampu membantu anak kekal istiqamah dalam menghafaz Al-Quran.
Menyedari keperluan itu, Akademi Al-Quran Amalillah (AKMAL) tampil sebagai antara institusi tahfiz yang memberi penekanan kepada pembangunan huffaz Al-Quran menerusi sistem pembelajaran yang berstruktur dan berpandukan sasaran yang jelas.
AKMAL memperkenalkan AKMAL Speed Tahfiz Program (STP), sebuah program yang dirangka bagi membantu pelajar memberi tumpuan sepenuhnya kepada misi menghafaz 30 juzuk Al-Quran dalam tempoh setahun, tertakluk kepada kemampuan serta komitmen setiap pelajar.
Pendekatan yang digunakan bukan sekadar memberi penekanan kepada hafalan baharu, sebaliknya melibatkan proses pengukuhan hafalan secara berterusan agar setiap ayat yang dihafaz dapat dipelihara dengan baik.
Antara sistem yang menjadi tunjang kepada kaedah pembelajaran di AKMAL ialah konsep Sabaq, Sabqi dan Manzil. Sabaq merujuk kepada hafalan baharu, Sabqi pula melibatkan ulang kaji hafalan terkini manakala Manzil memberi fokus kepada pengulangan hafalan lama bagi memastikan ia sentiasa kukuh dan lancar.
Selain itu mereka turut menerapkan sistem gamification yang meningkatkan lagi minat pelajar untuk berlajar kerana ia menyeronokkan dan dekat dihati, bahkan AKMAL turut menerapkan elemen tiga segi keramat iatu komitmen yang ada bersandarkan 70 peratus daripada guru-guru, 20 peratus daripada ibu bapa dan 10 peratus daripada pelajar itu sendiri.
Melalui pendekatan ini, pelajar bukan sahaja dibimbing untuk menghafaz Al-Quran, malah dilatih mengekalkan hafalan secara konsisten dari pelbagai sudut. Jika sistem ini bersatu dengan baik, target pelajar untuk menjadi hafiz dan hafizah dalam tempoh setahun boleh dicapai dengan realistik.
Apa yang menarik, AKMAL turut menetapkan lima penanda aras atau benchmark yang menjadi sasaran pembangunan setiap pelajarnya. Penanda aras ini bukan sahaja menumpukan kepada pencapaian hafazan, malah turut memberi perhatian kepada pembentukan sahsiah dan kepimpinan berteraskan Al-Quran.
Lima benchmark tersebut ialah:
Menurut AKMAL, kelima-lima benchmark ini menjadi asas penting dalam usaha melahirkan generasi huffaz yang bukan sahaja mampu menghafaz 30 juzuk Al-Quran, malah memiliki keperibadian unggul dan mampu menjadi seorang pemimpin masyarakat yang baik pada masa akan datang.
Menurut AKMAL, kejayaan seorang pelajar dalam bidang hafazan tidak hanya bergantung kepada kemampuan mengingat ayat-ayat Al-Quran semata-mata, sebaliknya turut dipengaruhi oleh disiplin, pengurusan masa serta keseimbangan emosi.
Justeru, institusi itu memberi tumpuan kepada enam elemen utama iaitu modul pembelajaran yang mudah diikuti, pengurusan masa yang sistematik, pemantapan hafalan secara berterusan, bimbingan psikologi oleh murabbiah terlatih, pemakanan sihat dan rehat yang mencukupi.
Selain itu, pelajar turut dibimbing oleh guru-guru Al-Quran yang berpengalaman dalam suasana pembelajaran yang kondusif menerusi kelas berskala kecil bagi memastikan setiap pelajar mendapat perhatian yang sewajarnya.
Bagi memenuhi keperluan ibu bapa yang berbeza, AKMAL menawarkan pilihan pembelajaran secara fizikal dan dalam talian.
Untuk program fizikal, AKMAL mempunyai beberapa cawangan di seluruh negara termasuk di Terengganu, Shah Alam, Rawang atau Bukit Beruntung, Batu Pahat, KLIA, Pasir Mas, Maran dan Tasek Gelugor.
Sementara itu, bagi keluarga yang memerlukan fleksibiliti, AKMAL turut menyediakan program Tahfiz Online Premium (Full Time) dan Tahfiz Online Elite (Part Time).
Program Tahfiz Online Premium terbuka kepada pelajar lelaki dan perempuan berusia 10 tahun ke atas dengan kelas berlangsung enam hari seminggu dalam kumpulan halaqah kecil sekitar 10 hingga 12 pelajar bagi setiap guru. Program ini menyasarkan pelajar menamatkan hafazan 30 juzuk dalam tempoh setahun atau kurang.
Bagi Tahfiz Online Elite pula, pelajar akan mengikuti sesi pembelajaran secara one-to-one selama satu jam setiap minggu dengan fokus kepada tasmik hafalan dan modul murajaah. Ia sesuai untuk keluarga yang mahukan pendekatan lebih fleksibel tanpa menjejaskan perkembangan hafazan anak-anak.
Keberkesanan sistem yang diamalkan di AKMAL turut dapat dilihat menerusi kejayaan para pelajarnya.
Antara kisah yang sering menjadi inspirasi ialah pasangan suami isteri, Wan Azuadi Wan Yusoff, 49, dan Normajan Ahmad, 47, yang menghantar kesemua anak mereka mengikuti program di AKMAL. Hasil bimbingan yang diterima, keempat-empat anak pasangan itu berjaya menjadi hafaz Al-Quran dalam tempoh setahun.
Kisah tersebut membuktikan bahawa dengan sistem yang tersusun, bimbingan guru yang berpengalaman serta sokongan berterusan daripada ibu bapa, impian melahirkan generasi huffaz bukanlah sesuatu yang mustahil.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif AKMAL, Mohd Saifullah Hussin berkata, akademi berkenaan meletakkan sasaran untuk melahirkan seramai 3,000 huffaz secara konsisten setiap tahun.
Menurut beliau, peningkatan jumlah pelajar yang berjaya menamatkan hafazan Al-Quran menjadi petunjuk bahawa sistem pembelajaran yang berfokus dan mempunyai hala tuju jelas mampu membantu lebih ramai anak-anak mencapai impian menjadi hafiz dan hafizah Al-Quran.
Bagi ibu bapa yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai program yang ditawarkan, maklumat lanjut boleh diperoleh menerusi laman web rasmi AKMAL di www.hafizsetahun.com atau hubungi pihak pentadbiran AKMAL di talian 011-1987 4963 untuk mendapatkan khidmat nasihat mengenai pilihan kelas yang bersesuaian dengan keperluan anak masing-masing.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di