Keracunan makanan, remaja 17 tahun, kanak-kanak perempuan 2 tahun meninggal dunia. Polis mengesahkan remaja 17 tahun dan seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun maut dipercayai akibat keracunan daripada makanan yang disediakan di sebuah sekolah di Gombak.
Memetik laporan Harian Metro Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, pihaknya menerima laporan daripada keluarga kedua-dua mangsa berhubung kejadian itu semalam.
Mangsa pertama berusia 17 tahun memakan makanan yang dibawa balik oleh ibunya daripada satu program di sebuah sekolah. Mangsa serta ibu dan bapanya mengalami cirit-birit selepas memakan makanan itu kelmarin.
“Jam 1.30 tengah hari semalam mangsa mula tidak sedarkan diri lalu bapanya menghubungi talian kecemasan MERS 999 dan mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, mangsa kedua adalah anak kepada seorang pengawal keselamatan yang bertugas di sekolah berkenaan.
“Jam 10.45 semalam mangsa mengalami demam, muntah-muntah dan cirit-birit lalu dibawa ke Hospital Selayang oleh ibunya.
“Mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital. Mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Selayang bagi tindakan lanjut,” katanya.
Katanya, siasatan setakat ini diklasifikasikan sebagai laporan kematian mengejut (SDR).
Menurutnya, sebarang maklumat berkaitan boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat Inspektor Khalpna Rajandhiran di talian 01250118901, atau Ketua Balai Gombak, Inspektor Heirme Che Mad 0142389151.
Terdahulu, Harian Metro melaporkan seorang remaja maut selepas dipercayai memakan tiga biji telur mata yang dibawa pulang oleh ibunya daripada satu program di sekolah.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, beliau mengesahkan menerima laporan berhubung kes keracunan makanan itu.
Menurutnya, sekolah rendah agama di Sungai Cincin terbabit menganjurkan program Amal Islami sebagai tuan rumah.
Keracunan Telur: Gejala, Punca, dan Cara Mengatasi
Keracunan makanan adalah masalah kesihatan yang serius dan boleh berlaku akibat pengambilan makanan yang tercemar. Salah satu sumber keracunan makanan yang biasa ialah telur. Artikel ini akan membincangkan gejala, punca, dan cara mengatasi keracunan telur.
Gejala Keracunan Telur:
Ads
Keracunan telur boleh menyebabkan pelbagai gejala, yang biasanya muncul dalam beberapa jam hingga beberapa hari selepas pengambilan telur yang tercemar. Antara gejala yang sering dialami termasuk:
Mual dan Muntah
Rasa mual yang disertai dengan muntah adalah gejala yang paling biasa.
Cirit-birit
Najis cair dan kerap buang air besar.
Sakit Perut dan Kekejangan
Sakit perut yang mungkin disertai dengan kekejangan.
Demam
Suhu badan yang meningkat.
Kelesuan
Rasa letih dan tidak bermaya.
Sakit Kepala
Sakit kepala yang berterusan.
Punca Keracunan Telur:
Keracunan telur biasanya disebabkan oleh bakteria yang terdapat dalam telur mentah atau kurang masak. Bakteria yang paling kerap dikaitkan dengan keracunan telur ialah Salmonella. Bakteria ini boleh mencemari telur melalui:
Kulit Telur yang Kotor
Kulit telur yang tercemar dengan kotoran atau najis ayam.
Ads
Pengendalian yang Tidak Bersih
Penyediaan makanan yang tidak mengamalkan kebersihan seperti tidak mencuci tangan atau peralatan memasak.
Penyimpanan yang Tidak Betul
Menyimpan telur pada suhu yang tidak sesuai atau terlalu lama.
Memasak yang Tidak Sempurna
Telur yang dimasak tidak mencapai suhu yang cukup untuk membunuh bakteria.
Cara Mengatasi dan Mencegah Keracunan Telur:
Berikut adalah beberapa langkah yang boleh diambil untuk mengatasi dan mencegah keracunan telur:
Memastikan Kebersihan
Cuci tangan dengan sabun sebelum dan selepas mengendalikan telur.
Bersihkan semua peralatan memasak dan permukaan kerja dengan betul.
Memasak dengan Sempurna
Pastikan telur dimasak sehingga kuning dan putih telur keras sepenuhnya.
Penyimpanan yang Betul
Simpan telur di dalam peti sejuk pada suhu yang sesuai.
Jangan menyimpan telur terlalu lama. Gunakan telur sebelum tarikh luput.
Elakkan Telur Mentah
Hindari makan atau minum makanan yang mengandungi telur mentah seperti mayonis buatan sendiri atau adunan kek mentah.
Pemantauan Gejala
Jika mengalami gejala keracunan makanan, segera dapatkan nasihat perubatan. Minum banyak air untuk mengelakkan dehidrasi.
Ads
Keracunan telur adalah masalah yang boleh dicegah dengan mengamalkan kebersihan dan langkah-langkah keselamatan makanan yang betul. Memahami gejala dan punca keracunan telur adalah penting untuk mengambil tindakan segera dan mencegah kes keracunan yang serius. Sentiasa pastikan telur yang dimakan bersih dan dimasak dengan sempurna untuk melindungi kesihatan diri dan keluarga.
Kerajaan akan meneruskan Bayaran Bantuan Tunai Rakyat 2023 Fasa 1 dengan pembayaran diawalkan pada Januari ini berbanding Mac.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pembayaran Fasa 1 akan memanfaatkan hampir sembilan juta penerima dengan peruntukan RM2 bilion.
“Bayaran Fasa 1 ini akan memanfaatkan hampir sembilan juta penerima dengan peruntukan RM2 bilion melibatkan kadar RM300 bagi setiap isi rumah dan RM100 untuk penerima bujang.
“Saya berharap, penyaluran awal ini membantu meringankan beban yang ditanggung rakyat pada waktu ini,” kata Perdana Menteri hari ini.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan usul Rang Undang-Undang (RUU) Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Wang Masuk) 2022 bagi bacaan kali kedua di Dewan Rakyat hari ini.
Dalam masa sama, Perdana Menteri berkata kerajaan juga bersetuju untuk menyalurkan Bantuan Awal Persekolahan sebanyak RM150 kepada semua murid tanpa mengambil kira had pendapatan ibu bapa.
Bayaran berkenan yang akan disalurkan pada Januari, adalah penting untuk mempersiapkan anak-anak dengan kelengkapan sekolah yang sewajarnya, tambah Anwar.
“Selain keperluan perbelanjaan bagi Rancangan Makanan Tambahan dan pembelian buku teks, kerajaan bersetuju untuk menyalurkan Bantuan Awal Persekolahan sebanyak RM150 kepada semua murid tanpa mengambil kira had pendapatan ibu bapa pada bulan Januari 2023,” ujar Perdana Menteri.
Selain itu, Anwar berkata, kerajaan juga bercadang untuk menyalurkan Bantuan Tambahan sebanyak kepada pekebun kecil getah pada Januari ini.
Langkah tersebut, kata Perdana Menteri, bagi memastikan kebajikan para pekebun kecil getah sewaktu musim tengkujuh ini.
“Setakat ini, kerajaan telahpun menyalurkan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) bagi bulan November dan Disember dengan bantuan keseluruhan RM600 kepada hampir 320,000 pekebun kecil getah,” kata Anwar lagi.
Penjawat Awam
Sementara itu, Anwar berkata, Kenaikan Gaji Tahunan Tambahan Khas 2023 sebanyak RM100 kepada semua penjawat awam Gred 11 hingga 56 akan diteruskan.
Perdana Menteri, berkata Bantuan Khas Kewangan turut disalurkan kepada 1.3 juta penjawat awam gred 56 ke bawah sebanyak RM700, manakala dan sebanyak RM350 kepada satu juta pesara kerajaan.
Seseorang seringkali bermimpi ketika mereka sedang tertidur lena, namun ada sebahagian dari orang-orang telah bermimpi bertemu dengan orang-orang terdekat mereka yang telah meninggal dunia dan ternyata ada makna mimpi bertemu orang yang sudah meninggal dunia.
Mengapa kita boleh bermimpi bertemu dengan orang yang sudah meninggal? Dan apakah makna disebalik mimpi itu?
Ramai orang yang menganggap mimpi hanyalah mainan tidur semata sehingga tidak ada maksud di dalamnya, namun ada sebahagian orang yang percaya bahwa setiap mimpi memiliki maksud dan malah sebagai pertanda adanya hal baik atau buruk. Salah satu mimpi yang dipercaya memiliki maksud tertentu adalah mimpi bertemu dengan orang yang telah meninggal dunia.
Berikut adalah maksudnya :
#1 Sebagai pertanda kerinduan
Erti mimpi bertemu orang yang sudah meninggal adalah sebagai pertanda bahawa orang itu sangat merindukan orang yang telah meninggal tersebut seperti orang tua, saudara, dan teman. Setelah bermimpi maka tidak perlu difikirkan sangat dan sebaiknya segera mendoakan orang yang telah meninggal dalam mimpi tersebut agar mendapat ketenangan dan jangan lupa sekali-kali mengunjungi kubur mereka.
#2 Petanda adanya pesan dari arwah
Ada beberapa orang yang berpendapat bahwa bermimpi bertemu dengan orang yang sudah meninggal bererti bahwa arwah ingin menyampaikan pesan kepadanya kerana semasa hidupnya masih ada urusan yang belum terselesaikan.
#3 Petanda akan mendapat pertolongan
Pendapat lainnya mengatakan bahawa bermimpi bertemu dengan orang telah meninggal dunia adalah pertanda akan mendapat pertolongan dari seseorang yang akan menyelesaikan masalah yang dihadapi orang tersebut.
Namun, ketiga maksud tersebut belum dapat dibuktikan kebenarannya dan hanya berkembang sebagai mitos yang dipercayai oleh ramai orang.
Selain mimpi bertemu dengan orang yang telah meninggal, malah ada pula mimpi becakap dengan orang meninggal. Mimpi itu juga sebenarnya mempunyai makna yang tersembunyi di dalamnya iaitu sebagai pertanda bahawa semua yang diusahakan oleh orang tersebut akan sia-sia dan tidak berhasil.
Namun sebagai makhluk yang beriman, sebaiknya tidak langsung percaya dengan pertanda tersebut kerana makna yang terkandung dalam mimpi tersebut merupakan penafsiran dari manusia saja dan belum terbukti kebenarannya.
Mimpi tersebut dapat mendekati nilai kebenaran jika orang yang bermimpi berperilaku baik dan jujur dalam kehidupannya dan sebelum tidur selalu membersihkan diri terlebih dahulu dan mengambil air wuduk.
Selanjutnya adalah mimpi tentang anggota keluarga yang telah meninggal seperti datuk-nenek, ayah-ibu, dan adik-kakak. Menurut penelitian spiritual yang telah dilakukan, ternyata banyak orang yang memimpikan anggota keluarganya yang telah meninggal oleh kerana alasan psikologi seperti kerisauan terhadap kehidupan arwah di akhirat dan rasa bersalah yang ditimbulkan oleh kurangnya waktu bersama dengan arwah sewaktu masih hidup. Ada beberapa maksud tentang mimpi bertemu dengan anggota keluarga yang sudah meninggal, diantaranya adalah:
#4 Merindukan arwah
Anggota keluarga seperti datuk-nenek, ayah-ibu, dan adik-kakak merupakan orang-orang yang sangat dekat dengan kehidupan seseorang, sehingga wajar bila orang yang telah ditinggal mati oleh keluarganya masih sangat merindukan orang tersebut. Rasa rindu yang besar dapat memicu seseorang untuk memimpikan orang-orang yang telah meninggal tersebut sebagai ubat kerinduan mereka.
#5 Arwah mengharapkan kiriman doa
Maksud lain adalah arwah mengirimkan pesan kepada anggota keluarganya yang masih hidup untuk mengirimi mereka doa agar mendapat ketenangan di akhirat. Sehingga sebaiknya setelah bermimpi hal tersebut langsung mendoakan arwah yang telah dimimpikan.
Itulah beberapa maksud mimpi bertemu orang yang sudah meninggal yang dipercayai oleh sebahagian besar orang dan telah tersebar dalam masyarakat.
Alangkah gembiranya hati setiap pasangan suami isteri apabila disahkan bakal bergelar ibu dan bapa tidak lama lagi. Terutamanya si bakal ibu yang akan merasai satu pengalaman baru, perbezaan terhadap bentuk badannya, merasai denyut nadi si anak dan melihat sendiri gerakan-gerakan kecil si comel di dalam perut.
Sudah pasti setiap pasangan ibu bapa mahukan anak yang dilahirkan kelak sihat, riang, soleh, bijak dan comel. Sebagai umat Islam, berikut adalah surah-surah untuk ibu mengandung amalkan sepanjang proses kehamilan supaya mendapat bayi yang seperti kita inginkan.
1. Surah Al-Fatihah
Untuk menerangkan hati dan menguatkan daya ingatan.
2. Surah Maryam
Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat.
3. Surah At-Taubah
Untuk membersihkan jiwa dan memelihara daripada maksiat.
4. Surah Yusuf
Agar anak yang dilahirkan cantik rupa dan cantik akhlaknya.
5. Surah Al-Fatihah, 3 Qul Iaitu Surah Al-Ikhlas, An-Nas dan Al-Falaq, Ayat Kursi
Bacakan kepada kandungan setiap malam sebelum tidur agar kandungan dilindungi.
6. Surah Yaasin
Untuk ketenangan jiwa dan semoga anak tak mudah terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.
7. Surah Al-Hujurat
Sebagai doa untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati.
8. Surah Luqman
Agar memperolehi anak yang cerdik akal dan terang hati.
9. Surah Al-Nahl (Ayat 78)
Agar anak yang dilahirkan bersikap rajin dan berdisiplin.
Ramai yang impikan rumah besar, luas, dan mewah. Tapi tahukah anda, semakin besar rumah, semakin tinggi kos penjagaannya? Bukan sekadar bayar bil utiliti, tapi...