Akibat tersalah mengambil makanan yang tidak bersih, pelakon Fasha Sandha mengalami keracunan makanan sehingga muntah-muntah.
Malah Fasha juga menepis tanggapan ramai yang mengatakan dirinya kini sedang hamil.
Kongsi Fasha lagi menerusi Insta Storynya, masalah keracunan makanan tersebut berpunca daripada membeli makanan yang dijual di gerai tepi jalan.
“Sekejap sahaja sakit dan muntah. Bukan hamil tau, salah makanan atau minumam yang beli di tepi jalan.
“Selalunya okey sahaja, mungkin nasib tidak baik pada hari tu.
“Makanan atau minuman tersebut terkena kuman atau air yang digunakan tak masak. Hati-hati ya semua,” katanya berkongsi.
Ads
Pun begitu, kongsi Fasha lagi keadaan dirinya kini sudah semakin pulih dan akan lebih berhati-hati sekiranya ingin membeli makanan yang dijual di gerai tepi jalan.
“Alhamdulillah semakin pulih dan terima kasih kerana ambil berat tentang saya, maklumlah, jarang sakit.
“Pengajarannya, jangan makan sesuka hati pada ‘cheat day’. Kadang-kadang nasib tidak baik, kena keracunan makanan jua.
Ads
“Terima kasih suami sebab jaga saya ketika sakit. Sakit manja-manja,” ujarnya.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Kieda Crepe bersalin anak lelaki, satu berita yang pastinya membuatkan ramai pengikut setia pempengaruh dan usahawan ini turut rasa sebak serta tumpang bahagia. Selepas melalui pelbagai ujian dalam hidup, detik indah ini menjadi satu momen yang sangat bermakna buat dirinya dan keluarga.
Kieda Crepe bersalin anak lelaki selepas hampir tujuh tahun menanti kehadiran cahaya mata ketiga. Dalam keadaan kos emosi dan fizikal yang mencabar, khabar gembira ini benar-benar menyentuh hati ramai.
Menerusi perkongsian di Insta Story, Kieda atau nama sebenarnya Siti Nur Khalieda Yusra, 28, memaklumkan dia selamat melahirkan bayi lelaki secara normal pada 27 Mac 2026, jam 12.06 tengah malam.
Apa yang lebih istimewa, bayi seberat 3.7 kilogram itu dilahirkan pada tarikh yang sama dengan ulang tahun kelahiran Fia. Menurut Kieda, proses bersalin berjalan dengan baik walaupun berdepan sedikit situasi sangkut bahu ketika melahirkan.
“Salam, selamat semuanya. Yang pasti hero, tarikh 27 Mac 2026, jam 12.06 tengah malam.
“Sama birthday Fia. Baby besar 3.7 kilogram. Saya bersalin normal, ada jahitan sedikit kerana sangkut bahu. First degree sahaja jahitannya.
“Terima kasih kepada semua yang mendoakan, Kieda sayang semua,” kongsinya.
Dalam pada itu, Kieda turut meluahkan rasa syukur atas kelahiran cahaya mata ketiganya itu. Bagi dirinya dan suami, Muhammad Hilmi Mohd Zaki, kehadiran bayi tersebut adalah anugerah terbesar yang cukup bermakna buat keluarga mereka.
Kieda Crepe bersalin anak lelaki bukan sekadar berita kelahiran biasa, tetapi simbol kepada doa yang akhirnya dimakbulkan selepas penantian panjang.
Malah doa yang dititipkan Kieda untuk si kecil juga cukup menyentuh hati. Dia berharap anak yang baru dilahirkan itu menjadi penyejuk mata, pembawa kebahagiaan buat keluarga serta sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat Allah.
“Masya-ALLAH, tabarakallah, bayi yang sempurna ini adalah anugerah terbesar Amy dan Kieda.
“Semoga anak ini menjadi penyejuk mata dan pembawa kebahagiaan buat abah dan ibu. Ya ALLAH lindungi bayi ini dan berikan didikan yang terbaik buatnya, curahkan rahmat dan kasih sayang kepada si kecil yang baru lahir.
“Selamat datang wahai si kecil yang diberkati. Semoga menjadi anak yang baik dan dirahmati Allah. Semoga bayi ini menjadi penyeri keluarga dan sumber kebahagiaan,” titipnya.
Kelahiran bayi lelaki ini pastinya hadir dengan kisah perjuangan yang bukan sedikit. Sebelum ini, Kieda pernah mengalami keguguran kandungan kembar pada Ogos 2024 ketika usia kandungan baru mencecah 10 minggu.
Lebih meruntun hati, Kieda juga pernah berkongsi mengenai keadaan dirinya yang mengalami Sindrom Ovari Polisistik atau PCOS. Ujian tersebut menjadikan perjalanan untuk menimang cahaya mata ketiga bukan sesuatu yang mudah.
Kieda Crepe bersalin anak lelaki selepas melalui episod duka yang panjang, sekali gus menjadikan detik ini lebih bermakna buat dirinya.
Selepas hampir tujuh tahun menanti, akhirnya doa pasangan ini dimakbulkan juga. Penantian panjang, episod duka dan rasa hampir putus harapan kini berganti dengan tangisan bahagia menyambut kelahiran ‘hero’ yang dinanti.
Untuk rekod, Kieda dan suami sebelum ini telah dikurniakan dua anak lelaki. Kehadiran seorang lagi putera pastinya menambah seri dalam keluarga kecil mereka.
Kieda Crepe bersalin anak lelaki menjadi satu kisah inspirasi buat ramai wanita yang sedang berjuang mendapatkan zuriat, terutamanya mereka yang berdepan cabaran kesihatan seperti PCOS.
Semoga bayi ini membesar dengan sihat, menjadi anak soleh dan terus menjadi penyejuk mata buat ibu ayah serta seluruh keluarga.
Kisah Kieda Crepe bersalin anak lelaki ini membuktikan bahawa setiap ujian pasti ada hikmah, dan setiap penantian yang panjang akan hadir dengan kebahagiaan yang tidak ternilai.
Buat kita ibu ayah yang lahir pada zaman antara tahun 70an hingga 90an, jika ingin diimbau kenangan bermain di zaman kanak-kanak tentu ianya menjadi antara momen terindah dan paling menyeronokkan dalam hidup. Bahkan tidak dinafikan, mengingati saat tersebut membuatkan kita berasa rindu untuk kembali ke zaman silam.
Jadi apa kata kali ini kita throwback kembali antara permainan zaman kanak-kanak yang pernah kita main. Kalau boleh, kita wariskan pula pada anak-anak zaman ini agar mereka dapat merasai keseronokkan zaman kanak-kanak seperti apa yang pernah kita lalui.
Bahkan tahukah anda, bahawa permainan kanak-kanak zaman dahulu ini sebenarnya mempunyai manfaatnya yang tersendiri kepada perkembangan kanak-kanak. Ini seperti mana yang dikongsikan di facebook Hello Doktor.
Jadi ini manfaat permainan tradisional untuk anak anda.
Game 1: Galah panjang
Galah panjang merupakan permainan yang memerlukan kerjasama ahli kumpulan untuk memenangi perlawanan dan memerlukan strategi dilakukan untuk memenangi perlawan tersebut.
Hasilnya melalui permainan ini, kanak-kanak akan menjadi lebih aktif dan menggunakan otak mereka dengan cara yang lebih baik.
Ia bukan sahaja menggalakkan kerjasama antara ahli kumpulan, tetapi juga merangsang motor kasar otak anak dan melatih mereka untuk lebih fokus ketika melakukan sesuatu.
Selain itu juga, ia boleh meningkatkan perkembangan kemahiran komunikasi dalam diri anak.
Game 2: Teng-teng
Permainan teng-teng mungkin lebih digemari oleh anak perempuan berbanding kanak-kanak lelaki kerana ia lebih mudah dan kurang mencabar untuk dimainkan.
Melalui permainan teng-teng, ia boleh membantu anak anda membina kekuatan tubuh badan mereka.
Selain itu, ia juga boleh membantu koordinasi mata, tangan dan badan anak yang lebih baik.
Jika anak anda boleh berdiri atau melompat dengan sebelah kaki, ini petanda baik kerana ia merupakan satu pergerakan yang kompleks sewaktu perkembangan kanak-kanak.
Game 3: Tarik upih
Berbanding permainan teng-teng, permainan tarik upih ini mungkin lebih banyak dimainkan oleh kanak-kanak lelaki berbanding anak perempuan.
Maklumlah permainan ini memerlukan lebih tenaga dan banyak menggunakan kekuatan tubuh badan untuk menarik upih kelapda atau upih pinang.
Permainan tradisonal ini mengajar anak untuk bertoleransi dalam membuat keputusan kerana ia akan menentukan siapakah yang perlu menarik upih dan siapakah yang akan duduk di atas upih tersebut.
Game 4: Main congkak
Siapa sahaja yang tidak mengenali permainan congkak. Dahulu, papan congkak hanya boleh didapati dalam bentuk kayu sahaja. Namun kini, ia boleh didapati dalam bentuk plastik yang lebih ringan dan tidak mudah rosak.
Congkak melatih kanak-kanak untuk berfikir dengan kaedah strategi secara kreatif bagi memenangi perlawanan.
Bukan itu sahaja, ia melatih kemahiran mengira kanak-kanak kerana permainan ini melibatkan aktiviti tambah dan tolak sepanjang ia dimainkan.
Game 5: Konda-kondi
Permainan konda-kondi merupakan antara jenis permainan yang paling mudah tetapi sudah semakin lenyap daripada budaya masyarakat Malaysia.
Permainan ini melatih kanak-kanak untuk memberikan fokus yang tinggi selain membantu koordinasi tangan dan mata sewaktu ia dimainkan.
Selain itu juga, ia menggalakkan kanak-kanak untuk menjadi lebih aktif kerana melibatkan larian sepanjang ia dimainkan.
Permainan ini memberikan kanak-kanak peluang untuk mereka mengatur strategi secara kreatif dan mengasah kemahiran motor halus otak.
Game 6: Main guli atau biji getah
Permainan ini sering dimainkan oleh kanak-kanak zaman dahulu walaupun pada waktu sekolah (sewaktu rehat).
Penulis sendiri amat menggemari permainan ini walaupun hanya menggunakan biji getah sahaja, dan bukannya guli. Ini kerana biji getah boleh diperoleh dengan mudah dan tidak melibatkan sebarang modal.
Permainan ini memerlukan pelaksanaan strategi dan juga tumpuan yang baik untuk memastikan guli atau biji getah yang dilontarkan itu mengenai sasaran.
Permainan ini juga secara tidak langsung melatih koordinasi mata dan tangan kanak-kanak sewaktu ia dimainkan.
Game 7: Bermain layang-layang
Permainan layang-layang agak sukar untuk dimainkan di kawasan bandar atau taman perumahan.
Namun, ibu bapa boleh mengajak anak ke taman permainan atau di tepi pantai untuk sesekali bermain layang-layang bersama-sama.
Jika anak anda membuat layang-layang mereka sendiri, ia secara tidak langsung melatih anak-anak kemahiran memilih bahan yang betul untuk membuat layang-layang.
Selain itu, ia juga memupuk minat anak anda terhadap ilmu sains kerana ia akan mengajar si kecil mengenai pergerakan angin dan juga tarikan graviti agar layang-layang dapat terbang tinggi dan tidak mudah jatuh.
Game 8: Lompat getah atau zero point
Ada yang menyebutnya sebagai zero point dan ada juga yang memanggilnya lompat getah. Ia boleh dimainkan dengan menggunakan rantaian getah yang dibuat sendiri atau menggunakan tali skipping.
Permainan ini memberikan kebaikan yang lebih kurang sama dengan permainan teng-teng.
Ini kerana ia melatih anak untuk melompat setempat dan memberi fokus agar tidak terkena tali yang dihayunkan.
Ia membina kekuatan fizikal dan juga kemahiran motor halus yang sangat baik untuk perkembangan kanak-kanak.
Game 9: Baling selipar
Permainan ini juga boleh dikatakan agak seronok kerana ia akan melibatkan aktiviti kejar-mengejar antara ahli dua kumpulan.
Ia menjadikan otak anak lebih kreatif kerana melatih si kecil untuk membuat strategi dan pelan bagi mengalahkan pihak lawan. Disebabkan permainan ini banyak melibatkan aktiviti berlari, mengelak, mengacah dan juga melompat, ia membuatkan anak anda lebih gembira dan juga aktif sepanjang bermain.
Cukup kreatif dan nampak real ‘kecederaan’ yang dialami oleh pelajar sekolah. Itu yang boleh diungkapkan pada hasil kerja tangan seorang cikgu prasekolah.
Hafizah Abdul Rani Shafi berkongsi cerita apabila hasil kreativitinya mekap pelajar sekolah untuk sesi fire drill di sekolah menjadi tular baru-baru ini.
Saya sebenarnya guru prasekolah je. Awalnya saya dilantik menjadi AJK untuk mekap mangsa je. Masa yang diberi pun 30 minit. Jadi saya pun cuba google macam mana nak buat nampak real terbakar. Tengok youtube dia buat terus kat kulit orang tu tapi makan masa 1 hingga 2 jam.
Saya pun fikir cara lain. Saya cuba ambik tisu kat tandas sekolah kemudian buat pada plastik. Esok pagi nya tu baru saya tampal dan letak foundation dan water colour pada tempat yang konon2 melecur tersebut,” Ujar hafizah lagi sambil mengakui tiada basic dalam bidang seni, sebaliknya hanya google kemudian terus apply.
Dia yang sememangnya sangat berminat dalam bab-bab seni sedemikian tidak menyangka hasil yang dilakukan itu menarik perhatian pihak lain termasuklah anggota bomba.
“Saya bukanlah kreatif sangat pun, mungkin kerana saya ni minat tengok-tengok video orang buat conteng-conteng. Lagi-lagi yang nampak real ni. Kebetulan dapat pula tugas ini jadi saya pun terus cuba praktikkan.
“Awalnya mereka sangka biasa-biasa sahaja, sekali tengok semua terkejut termasuklah bomba yang hadir dalam program tersebut,”kongsinya lagi ketika ditanya oleh pihak Majalah Keluarga.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.