Sesetengah keluarga dalam masyarakat kita, ada yang sayang anak lelaki melebihi anak perempuan. Sebab tu mereka tak perlu buat kerja rumah kerana  itu kononnya tugas kaum wanita. Tipikal budaya sejak dahulu lagi.

Bahkan, ada ibu bapa yang sudah menerapkan di rumah kerja-kerja rumah hanya anak perempuan yang buat. Hakikatnya cara yang dipraktikkan itu salah.

Bak kata pepatah, nak melentur buluh biarlah dari rebungnya. Nak ajar anak kena bermula sejak mereka kecil lagi. Sebab itu, tidak kira jantina anak, mereka patut diajar berdikari dan tahu akan tanggungjawab mereka.

Bahkan, Ustazah Isfadiah Mohd Dusuki dalam perkongsiannya mengatakan, jangan manjakan anak-anak lelaki kita di rumah dan wajib ajar mereka dengan pengurusan rumah tangga supaya senang untuk dia menguruskan rumah tangganya kelak.

Malah cara ini dapat mengajar anak lelaki lebih bertanggungjawab pada keluarganya. Saudara Taufiq Razif berkongsi pandangan tentang aspek  yang perlu ibu bapa ajar pada anak lelaki.

Jangan manjakan anak lelaki

Ada sebabnya kita tak boleh manjakan anak lelaki. Mereka ini lah nanti bakal menjadi ketua keluarga.

Ada 7 sebab kenapa tak boleh manjakan anak lelaki secara melampau walaupun kita sayang pada anak kita

Kena ajar anak lelaki berdikari kerana tak selamanya kita ada di sisi.

Jangan manjakan  anak lelaki melampau. Didik mereka bahawa ibu bapa bukan orang suruhan.

Jangan manjakan anak lelaki sehingga menjadi ‘spoiled adult’.

Sumber: Taufiq Razif

IKLAN

ARTIKEL MENARIK: “Jiran Sepakat Membawa Berkat.” 8 Keluarga Ni Ubah Lorong Terbiar Jadi Kebun Taman. Bukan Je Cantik Dapat Rasa Hasilnya!

Sebelum Bercuti Atau Balik Kampung Kena Letak Duit Syiling Dalam ‘Freezer’, Ini Sebabnya Yang Ramai Tak Tahu!

Guna Hormon Air Kelapa, Rahsia Pekebun Thailand Nak Pokok Subur & Berbuah Lebat. Ini Caranya!

IKLAN