Jodoh di Pak Mat Western! Siapa sangka pendakwah Ahmad Mohd Yusof atau lebih dikenali sebagai Beymad raih perhatian ramai apabila menamatkan zaman bujangnya dengan pempengaruh, Nurina Izzayani atau Izz.
Hari bahagia pasangan ini berlangsung di Pulau Pinang dengan mas kahwin RM2,000. Siapa sangka, pertemuan mereka bermula dengan menjadi duta produk Pak Mat Western! Mesti ramai yang tak sabar nak tengok bagaimana hubungan ini berkembang, lebih-lebih lagi selepas Beymad memaklumkan dia akan “berehat” dari live di TikTok.
Dalam satu perkongsian di akaun
PakMatWestern, Beymad meluahkan rasa syukur dan bahagia selepas disatukan dengan pilihan hatinya yang dikenali ketika menjadi duta kepada produk makanan sejuk beku tersebut.
Ads
“Alhamdulillah, syukur. Terima kasih juga kepada Pak Mat Western yang menjadi asbab dan perantara saya dan pasangan, Izz.
“Terima kasih semua. Saya tak tahu nak cakap apa cuma bersyukur (dengan perkahwinan),” ujarnya dalam satu hantaran dikongsikan di TikTok.
Ads
Ads
Ramai yang mendoakan kebahagiaan mereka dan ada juga yang berseloroh pasal buat drama “Cinta Pak Mat Western.” Cute kan? Netizen memang kreatif bab-bab macam ni.
Dengan pengikut 1.2 juta di TikTok, tak hairanlah ramai yang tertarik dengan Beymad—lebih-lebih lagi dengan persona ‘ustaz soft spoken’ yang sering memberikan motivasi dan dakwah dengan tenang dan penuh hikmah. Harapnya perkahwinan mereka diberkati dan dapat inspirasi ramai anak muda dalam mendirikan rumah tangga yang bahagia.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tiga beradik bergelar doktor: Kisah inspirasi kejayaan. Berbekalkan semangat dan usaha gigih, tiga beradik membuktikan latar belakang keluarga yang kurang berkemampuan bukan penghalang untuk mengejar impian.
Dr Muhammad Haznil Abdul Rahman Raja dan kembarnya, Dr Muhammad Hazril, 30 tahun, serta adik mereka, Dr Hani Hazreen, 29 tahun, kini bergelar doktor dan cemerlang dalam bidang perubatan masing-masing.
Dr Muhammad Haznil, yang sudah lima tahun dalam bidang perubatan, kini menguruskan Klinik Leela di Jalan Ipoh. Beliau berkongsi bahawa latar belakang keluarga yang sederhana menjadi dorongan kuat untuk mereka adik-beradik belajar bersungguh-sungguh dan mendapat biasiswa.
“Saya memang suka seni lukisan abstrak dan penulisan, tetapi saya sedar bidang perubatan adalah peluang terbaik untuk mengubah nasib keluarga. Walaupun lebih gemar seni, saya suka jadi doktor kerana dapat membantu orang dan melihat pesakit kembali sihat,” katanya.
Sementara itu, kembarnya, Dr Muhammad Hazril bertugas di Jabatan Anestesiologi dan Rawatan Intensif, Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Dr Hani Hazreen pula, yang merupakan anak ketiga daripada lima beradik, kini bergelar doktor gigi dan bertugas di sebuah klinik pergigian.
Menurut Dr Muhammad Haznil, walaupun mereka bertiga bergelar doktor, pengalaman dan cabaran mereka berbeza. Beliau pernah bertugas selama dua tahun di Hospital Umum Sarawak (HUS), Kuching, dan sering bertukar ilmu dengan kembar serta adiknya.
“Kami sentiasa rujuk satu sama lain dan saling membantu. Saya bersyukur kerana kami bertiga dapat menggunakan ilmu untuk membantu masyarakat dan keluarga,” katanya yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana Muda Pembedahan (MBBS) daripada Universiti Kuala Lumpur Royal College of Medicine Perak (UniKL RCMP).
Kembarnya, Dr Muhammad Hazril, turut berkongsi bahawa cita-citanya berubah daripada veterinar kepada bidang perubatan selepas terinspirasi dengan pengalaman semasa kecil ketika menjalani pemeriksaan kesihatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
“Mak cik dan pak cik pernah belikan mainan doktor, dan tanpa disangka, kini saya jadi doktor bius. Saya bercita-cita menjadi pakar anestesiologi dan pensyarah suatu hari nanti. Klinik ini adalah langkah awal, dan mungkin kami bertiga akan bekerja bersama suatu hari nanti,” ujarnya.
Dr Hani Hazreen, yang rapat dengan kedua-dua abangnya sejak kecil, mengakui tidak pernah merancang untuk menjadi doktor. Namun, usaha mereka bertiga membuahkan hasil, membuktikan kejayaan boleh dicapai dengan tekad dan kesungguhan.
“Kami bukan daripada keluarga senang. Jadi, menjadi doktor adalah peluang untuk kami membantu masyarakat. Saya bersyukur kerana dua abang saya menjadi mentor, walaupun bidang pengkhususan kami berbeza,” katanya.
Dr Hani Hazreen, lulusan Ijazah Sarjana Muda Pembedahan Pergigian dari Kolej Universiti Manipal Malaysia (MUCM), juga merancang untuk menjalankan program komuniti bersama abangnya pada masa akan datang.
Kisah tiga beradik ini bukan sahaja inspirasi kepada keluarga mereka tetapi juga kepada masyarakat. Kejayaan mereka membuktikan bahawa latar belakang bukanlah halangan jika disertai dengan usaha gigih dan semangat yang tidak berbelah bahagi.
Dengan kerjaya masing-masing, Dr Muhammad Haznil, Dr Muhammad Hazril, dan Dr Hani Hazreen terus berkhidmat untuk masyarakat dan berharap dapat bekerjasama dalam projek yang lebih besar pada masa hadapan.
Semoga kejayaan mereka menjadi motivasi kepada generasi muda untuk berani bermimpi dan bekerja keras untuk mencapainya.
Bila hujung minggu inilah kita ada masa untuk mengemas rumah. Tapi yang geramnya, baru je kemas sudah bersepah kembali.
Tak sampai 30 minit bahkan penat mengemas pun belum hilang dah kita kena kemas semula. Lebih-lebih lagi bab barang-barang mainan.
Jadi ini ada cara dan tip yang boleh dipraktikkan untuk pastikan mainan anak-anak tidak lagi bersepah dan mudah pula untuk diurus dikongsikan oleh Barely Super Ummi.
Tips Mengemas Mainan Anak
allahu lepas subuh tadi secara tiba tiba datang kerajinan untuk mengemas mainan yumna dan aathif #alhamdulilah.
Mengucap panjang tengok rumah bersepah dgn mainan ni kan haha tapi ni tak teruk sangat, pernah lagi teruk.
Rumah bersepah ada anak yang bijak kan.
ok here’s the tips,
1. RAJIN! hahaha
2. buang mainan yang dah rosak tak boleh guna tu
3. asingkan ikut kategori contoh mcm lego, puzzle, mainan masak masak, crayon dll
4. letak dalam plastik zip lock.
5. simpan dalam box
6. box tu simpan dalam stor. keluarkan sehari satu or dua plastik. supaya anak tak cepat bosan.
7. utk buku buku pula, susun kat rak buku kemas kemas, sehari keluar 2 atau 3 buku je. supaya tak penat ummi mengemas.
sumber : Barely Super Ummi
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Menyimpan beras di dalam bekas tanpa ditutup atau terlalu lama boleh menyebabkan kutu beras ini membiak di dalamnya. Bubuk atau kutu beras ini sememangnya menjadi kepantangan kepada suri rumah. Paling menyakitkan hati apabila beras tersebut menjadi kurang enak, lembik dan mudah basi. Ia juga boleh mendatangkan ketidakselesaan selain mengurangkan kualiti beras.
Oleh itu, kena segera lakukan cara ini untuk elak daripada ‘serangan’ kutu beras ini. Caranya mudah dan cukup efektif.
6 Petua Beras Bebas Bubuk
1. Daun limau purut
Aroma herba yang kuat daripada daun limau purut bukan sahaja kutu beras tidak menyukainya malah sekali gus mampu menghilangkan bau beras yang hapak. Untuk lebih efektif, letakkan daun limau purut ini di tiga lapisan beras, iaitu bahagian bawah bekas, tengah dan atas.
2. Daun pandan
Kutu beras juga tidak suka dengan bau aroma daun pandan. Jadi ambil sehelai daun pandan dan simpulkan ia sebelum dimasukkan ke dalam bekas penyimpanan beras. Bukan sahaja kutu beras dapat dihilangkan malah beras menjadi lebih wangi.
3. Cili kering
Menggunakan cili kering juga amat efektif untuk menghindari adanya kutu beras. Caranya cukup mudah, cili kering dipotong dua dan letakkan di dalam bekas penyimpanan beras.
4. Jemur
Teknik ini sering dilakukan oleh ibu-ibu kita dahulu. Letakkan beras yang telah di’huni’ oleh kutu beras di dalam dulang atau bekas terbuka. Kemdian jemur di bawah sinaran matahari sehingga kutu beras tiada.
5. Daun belimbing buluh
Sebaiknya simpan beras bersama dengan dua tiga helai daun belimbing buluh yang telah dikeringkan. Daun belimbing buluh dikatakan cukup berkesan menghapuskan kutu beras.
6. Kulit kayu manis
Selain bermanfaat digunakan untuk menghalau semut, kulit kayu manis juga boleh digunakan untuk menghindar atau menghalau kutu beras. Aroma khasnya itu membuatkan kutu beras berasa tidak selesa.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.