Jika dilihat ramai ibu bapa hari ini selesa merancang untuk menunaikan umrah bersama keluarga di musim cuti sekolah. Walau pun harga pakej yang ditawarkan agak tinggi, namun itu semua tidak menghalang tujuan tersebut.
Pun begitu, tidak dinafikan ada juga ibu bapa masih teragak-agak untuk membawa anak yang masih kecil menunaikan umrah kerana bimbang kesukaran yang bakal dihadapi sepanjang berada di sana. Umpamanya membayangkan anak meragam, menangis, demam dan macam-macam hal di sana sudah cukup membantutkan niat untuk membawa si kecil bersama.
Meredakan gusar di hati, cubalah baca tip dan cara yang dikongsikan oleh Puan Sabrina ini yang telah pun melalui pengalaman membawa anaknya mengerjakan umrah, bukan seorang tapi tiga orang yang masih kecil iaitu berumur 5 tahun, 3 tahun dan Setahun.
Semoga melalui perkongsian ini akan memberi inspirasi untuk ibu ayah yang lainnya membuat keputusan terbaik dalam mengerjakan Umrah di masa akan datang.
UMRAH JOURNEY : 2 TIPS PENTING PERLU IBU BAPA TAHU BAWA ANAK KECIL SEUSIA 1,3 DAN 5 TAHUN
Alhamdulillah, Subhanallah, Allahuakbar
“Eh tak susah ke bawa anak anak ni datang sini”
“Payah kan bawa budak budak”
Ads
“Budak budak ni tak meragam ke”
Ini di antara kata kata yang kaksab hadap dari mula nak pergi dan sepanjang dalam flight yang mengambil masa 8 jam dari Kuala Lumpur ke Jeddah
Dengar dari pengalaman orang lain, kita perlu cari yang memberi pandangan positif sahaja, sebab dari situ minda kita akan di set kan, alhamdulillah dari mula nak buat keputusan daftar nama untuk menunaikan umrah kaksab dah sungguh-sungguh positif
“Boleh ni bawa depa, nanti umi nak angkut Muhammad Ismail Mahdi pi tawaf dan masuk hijr ismail, nak bawa iffat Mifzal bergambar depan Kaabah, nak bawa isma Madihah di raudhah masjid nabawi
Ads
Alhamdulillah mudahnya lahai, apa yang telah di set dalam minda dari mula betul-betul terjadi tau… Sebab itu visualisasi dibawah pemikiran separa sedar, fikiran yang positif, kata kata baik dan doa itu perlu
Alhamdulillah hari pertama dari Malaysia terus ke Jeddah selama 8 hari di Makkah segalanya dipermudahkan Allah, berpeluang masuk selama sejam di kawasan hijr ismail di kala kesesakan jemaah yang sangat ramai, maklumlah musim sejuk/musim cuti sekolah yang semestinya menjadi pilihan jemaah untuk turun menunaikan umrah di Makkah.
Baki 4 hari di Madinah pula diuji dengan demam yang melanda namun, Allah permudahkan perjalanan kaki menjejak raudhah bersama anak anak dengan sangat sangat mudah dan lapang perjalanannya
Alhamdulillah banyak sangat Allah mudahkan, macam nak cerita banyak lagi, tapi tak pe sesiapa yang nak detail tentatif dan tip boleh je pm InsyaAllah nanti kaksab kongsikan ya secara detail, semoga sedikit perkongsian ini dapat memberi manfaatnya dan Bolehlah kita bantu mereka mereka yang mencari cari tips ini
Ada 2 tips yang penting kaksab nampak sesuai di praktikal kan bila nak travel jauh dan bagi menyesuaikan anak anak dengan keadaan untuk terbang dalam tempoh yang lama
Ads
1) Sebelum terbang beri masa untuk anak anak menikmati masa masa mereka seperti bawa ke taman di sekitar KLIA (beri mereka ruang berlari lari, bergelak ketawa, makan kenyang-kenyang)
2) Selesai cukupkan yang pertama, bawa ke tandas, tukar lampin, cuci muka dan beri mereka pakaian bersih (tips iffat, isma dan ismail lena di sepanjang penerbangan 8 jam)
Ekstra tip
Lain-lain tips pastikan anak anak kenyang dan gembira bagi memastikan mereka tidak meragam, jadi perjalanan yang kita rancang pasti berjaya huheeee senang kata lebih mudah bawa anak anak yakni “rezeki” kita ini bersama.
“Sebaliknya jika tidak bawa sangat sangat lah rugi tau.. Tiada istilah bawa anak anak susah, sebaliknya kalau kita seorang diri lagi susah uiiii bermacam ujian akhlak kau akan di uji (ini yang kaksab perhatikan terjadi) okay lah semoga bermanfaat tau”-Sabrina
Apa jua pekerjaan sekali pun andai kita gigih dan berusaha pasti akan menampakkan hasil. Demikian juga dengan anak muda bernama Solihin Yasin ini.
Mengambil keputusan untuk memulakan bisness menjual cendawan tiram, pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains Marin dari Universiti Malaysia Terengganu ini bersama gtiga lagi rakannya mula mengorak langkah.
Kisah Solihin tular di laman Twitter Solihin baru-baru ini. Perkongsiannya di mediam tersebut telah mendapat lebih 3 ribu tanda suka dan telah diulang kicau lebih daripada 10 ribu pengguna.
Solihin, 25, memberitahu, dia mahu menjaga kedua-dua orang tuanya di kampung yang semakin uzur, di samping peluang pekerjaan yang terhad di kawasan tempat tinggalnya.
“Kebanyakan pekerjaan yang berkaitan bidang saya beroperasi di daerah-daerah besar. Saya terpaksa keluar daripada Batu Pahat, namun saya pilih untuk tinggal di sini demi orang tua saya.”
Kerja sambil jaga ibu dan bapa
soli
“Empat tahun dulu saya bergelut untuk mencari pekerjaan akhirnya saya dan mengambil keputusan untuk bergiat dalam bidang baharu iaitu pertanian.
“Tidak sukar untuk memulakan bisnes cendawan kerana cukup mudah. Malah, cendawan boleh hidup jika ditanam di dalam bangsl. Memandangkan saya tinggal di kampung, saya juga boleh berbakti kepada orang kampung untuk jana pendapatan sampingan,”ujar anak bongsu dari lima beradik ini.
Bisnes online
Sehari 50 bongkah tempahan
Hasil titik peluh dan semangat Solihin sememangnya menampakkan hasil sejak dia memulakan perniagaannya pada tahun lalu.
“Awalnya memang tidak untung, malah setahun kami usahakan bisnes ini, kami terpaksa menanggung kerugian. tapi selepas nampak perkembangan sedikit, saya beranikan diri untuk iklankan secara atas talian. Antaranya termasuklah di Shopee dan e-dagang.
“Tak sangka baru sehari saya iklankan di shopee, dah dapat tempahan 50 bongkah cendawan. Harga bagis ebongkah cendawan tiram ini adalah RM3 dan rata-rata pelanggan tempah 3 bongkah untuk sekali penghantaran,”ujarnya lagi.
Dalam pada itu, turut menasihati golongan mahasiswa atau graduan supaya tidak ‘manja’ ekoran keadaan ekonomi di negara ini yang tidak menentu.
“Dalam keadaan sekarang, kita tidak boleh memilih pekerjaan sebaliknya kita cuba mencipta pekerjaan. Beranikan diri mencuba bidang baru yang di luar cabang bidang pengajian kita,”ulas Solihin lagi.
Lawak bersahaja Jep Sepahtu memang diakui dapat membuatkan kita semua tak kering gusi dibuatnya. Malah dengan bakat melawak tersebut membuatkan Jep yang juga merupakan penyampai radio Sinar.FM, mempunyai ramai peminat di pelbagai peringkat usia. Lantaran itu, memang tidak hairanlah apa sahaja gerak gerinya sering mencuit hati dan menjadi tumpuan umum.
Malah pagi tadi penyampai radio tersebut buat hal dengan tampil luar biasa di Konti Sinar. FM sebagaimana yang dikongsikan Jep di instagramnya.
Lagak dan gayanya seperti penyanyi rock dulu-dulu. Kepala diikat dengan kain, berjeket kulit dan paling menonjol Jep dilihat mengenakan seluar ketat bercorak zibra, hitam putih!
Melihat penampilan ‘berani’ Jep hingga ada peminatnya berseloroh dengan menanyakan mungkinkah kesan daripada bubur yang disuap oleh Sari Yanti beberapa hari lalu?
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Malah tidak kurang juga mengusik Jep dengan mengatakan seluar ketat yang dipakai nampak seperti legging wanita dan sekali gus membuatkan peminatnya lucu melihat imajnya itu ketika berada dikonti Sinar. FM.
Manakala meninjau entri terbaru Instagram isterinya pula, nyata perkongsian Sari Yanti mencuri tumpuan warganet. Apa tidaknya seakan Sari Yanti meminta agar suaminya segera memulangkan semula seluar yang dipakainya itu.
Sari Yanti memuat naik foto corak kuda belang yang kelihatan sama dengan corak seluar yang dipakai Jep sambil memasukkan lagu Pulangkan dendangan penyanyi, Misha Omar.
Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di SINI
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Benar dan tepat sekali! Terkadang kita tak perasan cara dan percakapan kita untuk memulakan komunikasi bersama anak kecil jauh tersimpang hinggakan bertanyakan soalan tak sepatutnya.
Banyak lagi cara dan soalan yang lebih baik boleh ditanyakan pada anak-anak kecil ketika memulakan bicara. Orang ramai patut peka dengan hal ini.
Ini yang dikongsikan oleh Penulis Keibubapaan, Mohd Fhais Salim menerusi media sosialnya. Bertindaklah prihatin dengan anak-anak orang lain.
Antara soalan tak senonoh dan tak berfaedah di tanya kepada kanak-kanak. Elakkan la soalan begini walaupun untuk secebis content.
1. Ada boyfriend tak?
2. Siapa nama girlfriend?
3. Dekat sekolah ada crush?
4. Ada kawan lelaki yang hensem?
5. Cantik tak kawan perempuan sekolah?
6. Ada suka sesiapa kat sekolah?
7. Pernah jatuh cinta?
Macam dah tak ada benda lain nak borak dengan budak budak, soalan macam ni di tanya.
Tak ada faedah soalan begini, seolah olah kita mengalakkan pulak mereka buat perkara begini.
Hal ini turut disokong oleh segelintir ibu bapa yang tidak senang hati dengan persoalan yang nampak remeh tetapi memburukkan minda anak kecil kita.
Jadi bertimbang rasa dan jadi insan yang lebih baik dengan anak kecil. Cakaplah yang baik-baik dengan mereka. Biar minda mereka terjaga dari pertanyaan yang kurang memberi ilmu.