“Tahun Lepas Datang Pening, Mabuk & Muntah. Kali Ni Bawa Yusoff Dalam Keadaan Sihat. DS Nur Shahida Kongsi Pengalaman Umrah Ketika Mengandungkan Anaknya.
Bukans emua orang bertuah untuk menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah. Pengalaman yang cukup manis untuk dikenang. Bagi Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid, pemergiannya kali ini untuk menunaikan umrah lebih manis dan bermakna kerana ditemani si kecil Yusoff Al-Qardawi.
Dalam perkongsiannya menerusi laman instagram, isteri kesayangan Dato Seri Aliff Syukri ini memberitahu, sebelum ini dia pernah menunaikan umrah ketika Yusoff masih dalam kandungan.
Menurut Datin Seri Nur Shahida lagi, ketika hamil, dia sudah mendaftar untuk menunaikan umrah. Namun hatinya berbelah bahagi sama ada mahu pergi atau tidak.
“Waktu mama baru pregnant yusoff tahun lepas 2017….kebetulan dah daftar umrah….berbelah bahagi antara nak pergi atau tidak….sbb nak tunggu @yusoffalqardawi lama baru dapat lepas last bersalinkan abg @baem_adham 6 tahun lepas,”tulisnya di kapsyen.
Namun, dek kerana tidak mahu melepaskan peluang tersebut, Datin Seri Shahida percaya jika sudah rezeki maka Allah pasti akan bagi.
Ads
“Tapi kan mama fikir kalau tuhan nak bagi rezeki Insya Allah ada…kadang kalau kita terlalu risau dan terlalu berjaga2 kalau dan Allah kata bukan rezeki kita x dapat juga… . “So pergilah mama ke sini dgn pening mabuk,muntah dan mcm2 simpton mama bawa ke mekah dan madinah ni…Sekarang mama datang lagi bawa yusoff pula kan…..dalam keadaan sihat ceria,”ujar Datin Seri Shahida lagi.
Pelakon Anzalna Nasir akhirnya mengumumkan berita gembira apabila dia kini hamil anak kedua.
Isteri kepada ahli perniagaan Mohamad Hanif Zaki ini berkongsi berita itu di laman sosial Instagramnya.
Katanya, jika diizinkan Allah SWT, mereka bakal menimang cahaya mata baru pada Aidilfitri nanti
“Salam Ramadan. Alhamdulillah, bersyukur kerana diberi peluang untuk bertemu lagi di bulan yang mulia, bulan penuh keampunan dan rahmat daripada-Nya.
“Alhamdulillah Eidrees bakal dapat adik hari raya nanti. Another “Eid” baby. InsyaAllah..
Pelakon Memori Cinta Suraya itu turut memohon agar semua menitipkan doa agar proses kelahiran bayi keduanya itu nanti dipermudahkan dan diberikan kesihatan yang baik.
“Untuk itu, mohon doa semua agar dipermudahkan urusan melahirkan nanti dan semoga kita semua terus diberikan kesihatan yang baik. Amin..
Selalunya orang akan tunggu cuti panjang untuk pulang ke kampung, barulah rasa puas hati duduk lama-lama ziarah ibu ayah. Kan? Kalau balik hujung minggu sahaja, masa terlalu terhad belum kira masa yang diambil di atas jalan untuk sampai.
Namun lain pula cerita dengan anak jiran yang seorang ini, apabila dia kerap pulang menziarahi ibu bapanya di kampung tanpa perlu menunggu cuti yang panjang.
Mari ikuti kisah yang dikongsikan semula oleh saudara Zairi Ibrahim daripada perkongsian Cikgu Abd Ghani Haron untuk sama-sama kita renung sebagai satu tauladan.
AJAIB KERAP BALIK KAMPUNG!
Sebuah renungan untuk kita.
Semasa membeli kuih untuk menyorok (bahasa Kedah untuk sarapan), saya terlihat seorang anak jiran saya yang tinggal di Seremban manakala orang tua masih di kampung.
Saya menegurnya, “Kerap balik kampung, tak menunggu raya atau cuti sekolah?”
SERIBU AMAL JARIAH DILAKUKAN TIDAK AKAN SAMA DENGAN SATU KUNJUNGAN…
Dia berkata, “Cikgu, walau seribu rakaat solat sunat saya kerjakan, walau beribu sedekah jariah saya berikan, walau seribu kebaikan saya tunaikan ketika saya berjauhan dari orang tua saya,
“tidak akan sama dengan satu kunjungan melihat emak ayah saya yang telah tua, tak akan sama dengan senyuman mereka berdua bila melihat saya melangkah ke pintu rumah,
“tak akan sama dengan renungan puas emak saya melihat saya menyuap nasi berlauk asam pedas, gulai batang pisang yang dimasaknya.
“Kepenatan, keletihan meredah hujan dan panas dalam perjalanan yang jauh, ratusan ringgit terkorban untuk petrol dan tol adalah pengorbanan yang tak ternilai pada sisi Allah hanya kerana untuk menggembirakan mereka berdua.
“Itu saya rasa lebih baik dari berehat di rumah di depan TV, memenuhi hobi dan sukan atau melangut di kompleks perniagaan di hujung minggu.”
SubhanALLAH…
JANGAN BERKIRA WANG RINGGIT UNTUK MENZIARAHI IBU BAPA
Jawapannya bagai satu tazkirah yang cukup bermakna untuk menjelas betapa besarnya ganjaran bagi pengorbanan seorang anak, bahkan ia melebihi jihad.
Pada anda yang berjauhan dengan ibu bapa, ambillah iktibar dari hal ini.
Jangan berkira wang ringgit, penat lelah untuk balik berziarah ibu bapa. Jangan tunggu raya, jangan tunggu cuti sekolah tetapi carilah ruang sekerap mungkin.
Jika tidak pun, buatlah panggilan untuk bercakap sepatah dua sebaik ada kesempatan.
LEBIHKAN ZIARAH IBU BAPA BERBANDING ORANG LAIN
Lebihkanlah memberi keutamaan untuk berziarah ibu bapa dari ziarah yang lain. Bagi anak yang tinggal dekat pun, kunjungilah ibu bapa seketika.
Emak saya dahulu yang tinggal berdekatan dengan rumah saya, akan bertanya jika satu hari saya tidak mengunjunginya.
Maka setiap hari saya In Shaa ALLAH, akan ke rumahnya walau sekadar berpusing motor di laman rumahnya dan dia mendengar bunyi motor saya, cukuplah.
Hanya orang yang telah tua akan merasai betapa mereka merindui anak-anak yang tidak terzahir dengan cara memeluk cium seperti zaman mereka kanak-kanak, tetapi memadailah dengan mengisi pandangan di mata tuanya.
RENUNG-RENUNGKAN LAH…
Saya bentangkan kepada anda untuk memikirkan dan mungkin anda boleh menyelami lebih jauh dengan membaca nukilan saya.
Pada yang masih ada ayah bonda, ziarahlah mereka sekerap kesempatan yang ada sementara kamu boleh melihat mereka.
Kepada ibu bapa kita yang telah pergi meninggalkan kita untuk selamanya, maka basahkan lidah mu dengan Zikrullah dan niat hadiahkan kepada mereka.
Semoga bermanfaat.
*Terima kasih kepada penulis asal,
Almarhum Cikgu Abd Ghani Haron yang memberi kesedaran kepada kami. ~Al-Fatihah~
Sumber: Facebook Zairi Ibrahim / Abd Ghani Haron
Dapatkan Telaga Biru Pakej Kenal Jawi Kenal Al Quran Set dengan kos diskaun RM5, dengan menggunakan kod KELGST5 di sini
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Simpan dan bebas hutang sebelum bersara. Pastinya semua mahu menjalani kehidupan dengan tenang apabila usia persaraan hampir tiba.
Menurut laporan Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun 2011, jangka hayat penduduk Malaysia dianggarkan selama 72.0 tahun untuk lelaki dan 77.1 tahun untuk perempuan.
Oleh itu, sama ada yang bercadang untuk bersara pada usia 55 tahun atau lebih awal lagi, apa yang penting adalah perlu melengkapkan diri dengan perancangan kewangan yang dapat menjamin kehidupan yang lebih selesa tanpa masalah kewangan dan liabiliti lain.
Nak tahu caranya, jom ikuti perkongsian penasihat kewangan ini, Mohd Shukur
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
“KALAULAH BOLEH DIUNDUR MASA, SAYA SEPATUTNYA MERANCANG KEWANGAN & MASA PERSARAAN BEGINI.” – Mohd Shukur
10 CARA RANCANG KEWANGAN SEBELUM BERSARA
1) Tak perlu rumah yang besar & Tak perlu 2 tingkat apatah lagi 3 tingkat. Keperluan hanya sebuah rumah yang kecil untuk masa tua @ masa persaraan yang simple. Panjang rumah sekarang ni dah terbuat 145 kaki. Setiap kali duduk kat depan, malas nak gi dapur. Setiap kali gi dapur, fikir 3X apa nak bawa ke depan. Kawan sebaya yang duduk banglo 3 tingkat pun cakap, aku nak naik atas …kena fikir dulu apa nak bawak. Bila di tingkat atas nak turun, kena fikir dulu apa nak bawa turun
2) Tak perlu kereta-kereta berjenama ni. Sekarang nak jual pun sayang, harga memang jatuh teruk tak kiralah brand apa pun. Spare part ori pula mahal2. Kalaulah duit kos pembelian tu, kos interest, pembaikian, kos wear & tear ni sejak dulu lagi di sedekahkan ke surau, tahfiz, palestine dll lebih tinggi manfaatnya dan pahala mengalir walaupun dah tiada nanti. Saya tidak memerlukan dilihat memandu kereta mahal sebagai tanda sudah berjaya, ianya adalah mesej yang salah kepada generasi muda. Cukuplah pakai Vios atau City sahaja. Bila drive Vios anak tadi gi kedai, terfikir juga kenapalah tak pakai Vios sahaja. Macamanalah boleh terjebak kat kereta2 branded yang lebih menguntungkan pengeluar2 kereta di luar negara tu sedangkan fungsinya sama sahaja.
3) Pendidikan anak-anak sebaiknya first degree sahaja atau diploma pun cukup. Yang penting ialah survival skill. Bila tengok life graduate yang kerja makan gaji ni ( kecuali yang jadi Top Management ), saya beritahu kepada anak-anak, jangan kerja makan gaji. Mari kita berniaga. Buka syarikat sendiri. Kita mula dari bawah dahulu. Modal dah ada. Tapi kita belajar manage dengan modal yang kecil supaya minimumkan risk.
4) Alangkah baiknya jika ada Pusat Tahfiz sendiri. Tengok kehidupan rakan seorang ustaz yang ada Maahad Tahfiz ni hidupnya ceria penuh semangat. Dia ada taska/tadika, kedai mini market, jadi pemborong / supplier…..keuntungan perniagaannya digunakan untuk membiayai maahad tahfiz tu. Hidupnya bermotivasi dengan ganjaran akhirat, kejar award akhirat jadi MDRT di sana. MasyaAllah.. Inspired hm…masih belum terlambat…sekurang2nya kolaborasi
5) Property for investment, tak perlu beli yang mahal2. Cukuplah rumah teres setingkat sahaja sepatutnya tapi tingkatkan bilangan. Sementara tunggu anak2 dewasa dan bagi kat dorang, boleh sewakan kepada orang lain. Ramai kini yang tak mampu sewa rumah yang mahal2 , mereka mencari yang mur mur untuk meneruskan kehidupan. Jika beri discount boleh membantu mereka yang dalam kesukaran.
6) Tak perlu nak main saham, private mandate atau unit trust. Tak perlu nak ambik tau berapa harga atau nilai sekarang. Simpan sahaja duit dalam Tabung Haji. Tak yah ada apa2 emosi, tak yah nak ambik tau atau nak fikir. Apa pun berlaku di dunia kini takde kaitan. Dapat 3.2% pun dah banyak dan bersyukur. Kalau 1M dah dapat 32K….bertambah lagi. Itu dah di zakatkan. Hanya tumpukan kepada bisnes, fokus ini sahaja. Bekerja dan buat keuntungan dalam bisnes. Ini lagi tenang dan menyeronokkan.
7) Tak perlu melanggan Astrok. Mengarut betul dulu. Nasib baik dah stop cepat2 dulu. Lebih BEST tengok anak mengaji menghafal surah dari tengok astrok entah apa2 tu.
8.) Tak perlu bekerja sampai lewat petang, malam atau weekend. Budaya kerja di Malaysia ni sampai ke malam malah weekend. Kita terlalu mengejar wang.
Di Australia contohnya, tepat jam 5.00pm dah tutup. Saya dah sampai dah kedai tu dan barang tu pun depan saya , peniaga tu baru nak berkemas tutup, tapi disuruhnya datang esok sebab dah pukul 5.00pm. Malam bersama keluarga. Weekend berehat dan bercuti, yang banyak duit tu mereka ada bot laju atau yacht sendiri, takyah nak fikir urusan kerja time weekend.
9) Tak perlu nak lama sangat makan gaji. Jika kerja kerajaan ambiklah pencen awal sebelum umur 50. Makin lambat buat akan makin susah nak buat sebab dah terliur gaji makin meningkat.
Antara keputusan yang memberi kepuasan kepada saya ialah saya kerja makan gaji sekejap sahaja, pelbagai kerja tetapi cukup untuk dapat pengalaman. Pernah kerja kilang rokok sekejap masa lepas sekolah dulu bahagian QC. Penatlah QC ni jalan sana sini dahlah kilang besar. Ada beza rokok murah dan rokok mahal. Rokok ni asasnya mesti ada rasa tembakau sahaja, so rokok murah tu segala batang pokok malah akar pokok dicampur sekali dengan tembakau yang sedikit dalam mesin pengisar. Nasiblah sape hisap rokok murah janji ada rasa tembakau kan
Pernah kerja di Bank bahagian Hire Purchase, tapi bahagian apa pun sama jer. Kerja di bank ni semua pakai lawa-lawa…. side baju & seluar tajam-tajam iron mau luka kalau kena
Habis duit dek pakaian dan gaya hakikatnya pening dek hutang credit card yang main swipe. Yang bayar minimum jer lama2 terciduk betul, naik kesian tengok interest jer lebih 1k sebulan…. kan bagus jika amount tu yang disimpan dalam tabung haji… simpan 1500 sebulan bukannya interest credit card. Tapi kalau yang dalam Top Management tu memang best lah.
Bila buat part-time ejen insurans tahun 1992 ( dah 31 tahun ) barulah saya nampak peluang buat full-time bisnes jadi ejen ni pada awal tahun 1996. So dah 25 tahun berhenti makan gaji dan full-time in business based on komisen bukannya gaji tetap. So jika ada yang takut-takut nak berhenti makan gaji untuk join full-time bisnes, saya dah advanced 25 tahun dari pemikiran anda.
10) Kahwin 2, bila dah berumur ni rasa senang hati tak beristeri dua. Tengok life orang kahwin 2 ni tak sesuai dengan jiwa saya. Nak post check-in stay hotel dengan wife pun takut. Mula2 hairan juga, bila tanya baru faham. Dia kata, kalau wife lagi satu tahu dia pun nak juga. Kalau dengan 2nd wife stay 5-Star hotel dia pun nak juga 5 Star.
Lor……benda2 kecik camtu pun kau ada masalah. Dulu ada sorang lagi kawan ni gi Ho Chi Minh dgn 1st wife dia..sekali dgn saya. Dia kata lepas ni aku kena gi lagi ni, nasib baik kau dah ajar cara jimat gi cuti & shopping sini. Adoiii kesian pulak kena datang lagi tempat yang sama.
Tak boleh ke belikan jer kain-kain ni dan bagi kat wife lagi satu. Pompuan mana boleh camtu, kena bawak dia jugak lepas ni. Adoii kalau 3 wife penat la camtu. Kalau gi London ulang 3X, gi Italy ulang 3X, Gi Umrah & Haji tentu juga camtu
Aku tak boleh buat swimming pool kat rumah macam kau. Kalau buat nanti, wife lagi satu nak jugak swimming pool. Ahh sudah.. kereta pulak camna la tu, kalau 1st wife pakai bmw takkan 2nd wife pakai Viva
Rupa-rupanya banyak benda tak boleh buat dan banyak benda kena buat Tapi ada sorang kawan yang kahwin 2 ni kalau group whatsapp suka tunjuk hero. Pakar melucah dialah abang jaguh.
Bab melekehkan isteri pertama tu lah keje dia, suka kutuk dah tua lah. Agaknya lepas tulis kat grup whatsapp mesti dia delete la tu. Kalaulah tiba2lah meninggal dunia, isteri pertama dia terbaca apa yang dia tulis kat grup whatsapp tu tentulah dia kecewa. Rupa-rupanya dia dikutuk dah tua lah itulah dll.
Ada yang tegur, itu bukan ikut sunnah nabi. Juga tegur, kalau orang bukan Islam baca tujuan kau kahwin 2 ni buat malu jer kau yang hina tujuan poligami. Terus dibalasnya, kau yang penakut, takut bini …., lepas tu terus mencarut. Yea tak semua macam ni, tapi bila tengok FB dan falsafah dia kat FB boleh gelak sendiri Panjang betul menulis lak .ni semua PKP punya pasal. Tapi dulu saya memang seorang penulis https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3325723697446276&id=100000260344434
TIPS BACA PERKONGSIAN SAYA Jika ianya tidak sesuai untuk anda, mungkin ianya sesuai untuk orang lain. Jika tidak manfaat kepada anda, mungkin manfaat kepada orang lain. Ada yang kita sama, ada yang kita berbeza. Camtulah
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.