Pernah dengar tak Bell’s palsy? Bagi yang tak tahu ia adalah suatu keadaan apabila wajah menjadi senget sebelah secara tiba-tiba.
Menurut Dr Ezairy, ramai pesakitnya bertanya mengenai hal ini apabila melihat muka tiba-tiba sahaja menjadi senget sebelah.
Ikuti perkongsiannya.
Kes seperti ini bukanlah jarang untuk ditemui di klinik ENT.
Bell’s Palsy adalah satu keadaan kelemahan otot muka disebabkan oleh inflamasi pada urat muka. Urat saraf kranial nombor tujuh.
Ads
Ia berlaku secara tiba-tiba, biasanya di sebelah muka. Faktor penyebabnya masih kurang jelas. Majoriti pesakit pulih dalam tempoh beberapa minggu ke 2-3 bulan.
Sesiapa sahaja boleh mendapat Bell’s palsy dan kesannya kepada kedua-dua lelaki dan wanita adalah sama.
Apa rawatannya?
✅ Kebiasaannya, pesakit bell’s palsy akan sembuh dengan bantuan fisioterapi pada kawasan muka.
Ads
✅ Apabila pesakit dirujuk kepada saya, saya akan segera memberikan ubat sesuai kepada pesakit.
✅ Pada masa sama, rujukan kepada fisioterapi perlu dilakukan juga.
✅ Latihan ini bukan sahaja dilakukan semasa di hospital, bahkan juga ketika di rumah.
Ads
✅ Kaedah urutan muka seperti yang disaran oleh doktor dan fisioterapi boleh juga dilakukan.
✅ Selain itu, pesakit juga akan dinasihat untuk menutup bahagian mata dengan kain ketika tidur bagi mengelakkan komplikasi lebih buruk pada mata.
TAK ADA KAITAN DENGAN STROK
Strok ialah masalah pada salur darah di bahagian kepala. Sebelah anggota biasanya mengalami kelemahan termasuk kaki atau tangan. Bell palsy adalah hanya pada saraf nombor tujuh sahaja di kawasan muka. Doktor yang merawat akan berjaya kenalpasti.
Sumber: Dr Ezairy M.Sallih
Klinik Hidung, Telinga & Tekak (ENT)
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ketuhar gelombang mikro atau microwave antara peralatan moden yang popular digunakan. Ianya begitu mudah digunakan dalam menyediakan makanan untuk keluarga.
Microwave ini amat popular digunakan kerana kecekapannya memanaskan makanan dalam sekelip mata.
Pun begitu, timbul juga kekeliruan berkenaan penggunaannya dan kesan pada kesihatan.
Pelbagai tanggapan dan persepsi kita dengar, dan untuk lebih jelas adalah lebih baik kita dengar pandangan doktor bila menyentuh tentang kesihatan.
Ini sebagaimana yang dijelaskan oleh Dr Zubaidi untuk panduan bersama.
Ini perkongsiannya.
DOKTOR, ADAKAH PENGGUNAAN OVEN MIKROWAVE BERBAHAYA BAGI KESIHATAN ?
1. Penggunaan oven microwave sangat mudah dan ringkas untuk memanaskan makanan dalam waktu yang singkat.
2. Oven microwave merupakan peralatan masak elektronik yang menghasilkan gelombang elektromagnetik kecil (mikro) untuk memanaskan makanan. Tidak seperti alat masak biasa, oven microwave tidak menggunakan api untuk memasak. Gelombang pada oven dihasilkan oleh pipa elektron dari dalam mesin, kemudian dipancarkan oleh interior oven yang dibuat dari besi.
3. Radiasi gelombang tersebut akan diserap oleh makanan dalam bentuk haba, sehingga menyebabkan partikel di dalam makanan bergerak dan menghasilkan lebih banyak energi panas.
4. Namun gelombang dari oven microwave hanya dapat menembusi bekas kaca, kertas, seramik, atau plastik dan tidak dapat menembusi bekas yang dibuat dari besi.
5. Anggapan bahawa oven microwave merosakkan makanan dengan sinaran radioaktif adalah tidak benar, kerana gelombang yang dikeluarkan adalah dalam bentuk tenaga panas.
6. Beberapa bahan makanan yang mengandung banyak air akan menjadi lebih cepat panas ketika dimasak atau dipanaskan dengan oven microwave.
7. Gelombang pada oven microwave juga tidak dapat memasak makanan dari dalam ke luar, dan makanan yang tebal atau padat memerlukan waktu yang lebih lama untuk dipanaskan.
8. Selain itu, ia tidak mengurangkan kandungan nutrisi makanan, tetapi suhu terlalu panas pada oven ketika memasak dapat merosakkan vitamin, mineral dan antioksida yang terdapat pada makanan.
9. Oleh itu makanan yang terdiri daripada sayuran dan buah yang seharusnya dipanaskan sebentar sahaja. Kerosakan nutrisi juga boleh terjadi ketika memasak dengan peralatan lain jika menggunakan suhu terlalu panas.
10. Oleh itu oven microwave selamat digunakan untuk memasak makanan jika digunakan dengan cara yang betul. Ini kerana radiasi gelombang elektromagnetik yang dihasilkan oven microwave bersifat non-ionizing dan tidak menyebabkan perubahan DNA atau mutasi genetik, berbeza dengan radiasi nuklear dan radiasi yang digunakan di hospital (dalam mendiagnosa dan merawat pesakit) yang bersifat ionizing.
11. Beberapa peralatan dalam rumah juga memiliki sifat radiasi yang sama dengan oven microwave seperti alat pemanas, henfon, komputer dan TV.
12. Meskipun pendedahan kepada gelombang elektromagnetik tertentu boleh menyebabkan kanser, namun radiasi oven microwave belum terbukti dapat menyebabkan kanser. Ini kerana pendedahan radiasi bukan ioninzing yang relatif kecil dan penggunaan dalam masa yang singkat.
13. Bekas logam menyerap dan makanan dalam bentuk cairan seperti telur dan air menyerap haba dengan lebih banyak. Ini boleh menyebabkan kecederaan luka pada tangan ketika memindahkan makanan dari oven mikrowave.
14. Antara petua menggunakan oven microwave dengan selamat adalah :
✅ Baca dan ikuti arahan penggunaan yang terdapat pada pamplet yang disertakan.
✅ Pastikan pintu oven tertutup rapat.
✅ Jangan berdiri berhadapan dengan oven mikrowave yang sedang beroperasi dalam waktu yang lama.
✅ Jangan menggunakan air berlebihan ketika memasak atau memanaskan menggunakan oven mikrowave.
✅ Tutupkan penutup bekas ketika memasak dengan oven mikrowave agar tidak cepat kotor.
✅ Elakkan menggunakan bekas plastik biasa dan besi.
Gunakan bekas dari gelas atau seramik.
15. Secara kesimpulannya penggunaan oven mikrowave tidaklah berbahaya jika digunakan dengan cara yang betul.
Walaupun bukan seorang perawat perubatan, tetapi memiliki ilmu perubatan secara asas itu perlu lebih-lebih lagi bila berdepan dengan situasi kecemasan.
Baru-baru ini Public Health Malaysia telah memuat naik status di laman Facebooknya berkenaan betapa pentingnya ilmu bantuan pernafasan yang dikenali sebagai Cardiopulmonary Resuscitation (CPR).
Disamping itu, laman tersebut berkongsi kisah yang pernah dihadapi oleh oleh Doktor Malar Santhi Santherasegapan yang bertugas di Jabatan Kecemasan sebuah hospital di negara ini berkenaan kes CPR salah seorang pesakitnya. Jom ikuti perkongsian ini dan ambil pengajaran yang sewajarnya.
“Saya CPR dari rumah…dia tak sedar, dia tak sedar. Tolong toloong suami saya!” Itu lah laungan dari kereta. Berlari-lari kami tolak trolley ke arah kereta BMW X7.
Suaminya memang pesakit jantung, setiap hari kena makan ubat, setiap bulan kena follow up. Darah tinggi, kencing manis, kolesterol tinggi, semua pun ada.
Dari kereta SATU DUA TIGA, atas trolley! No pulse, no spontaneous breathing…sebab saya paling kecil, maka saya lah naik atas trolley dan start CPR!!
Sampai ke Redzone, staffnurse take over, sambung CPR, tekan 1,2,3,4…..30. Pernafasan diberi melalui bag valve mask 1, 2!! Sambung CPR, 1,2,3……30. Dua kali pernafasan, lepas tu sambung 30 kali tekan dada. Lengkapkan 5 pusingan sebelum check nadi di tengkuk (carotid pulse).
Pasang wayar di dada, nampak garisan atas monitor menunjukkan flat line, “Asystole, sambung CPR, re-check pulse at 5th cycle. Sister tolong alert after 2 minutes. Line dah masuk ke? IV Adrenaline 1mg every 3minutes, push dengan 10mls normal saline.”
Lepastu saya sambung lagi. Prepare intubation, ETT Size 7.5, standby size 8.0.
Sementara tu saya check biji mata, takda response terhadap lampu, size dah 5mm (terbeliak).
“Takpa, kita cuba all out, patient nampak muda ni, lagipun family CPR dari rumah, high chances ni, lets try our best guys”, saya seru team saya.
Nasib baik nampak vocal cord dengan senang, ETT size 7.5 dimasukkan, sambung dengan bag valve mask, saya pass kepada staff untuk plaster dan sambung bagging.
“Takpe team, kita teruskan, beb continue high quality CPR, CPR kau sahaja yang boleh bantu patient ni.” Saya jerit sikit kat male nurse saya yang tengah buat tekanan dada.
MENERANGKAN KEADAAN PESAKIT KEPADA WARIS
Saya melangkah ke waris pesakit yang duduk di luar langsir. Saya dah pesan kat staff front desk siap-siap, jangan bagi waris pergi mana-mana. Kena tunggu depan Redzone.
Itu memang style saya. Bukan apa, bila waris pesakit kritikal macam ni pergi parking lah, pergi toilet lah…iaitu menghilang sekejap sementara kita tengah bagi rawatan kecemasan. Nanti bila dia kembali, dia orang akan bagi reaksi “Ehh ehh, tadi okay je, elok je, sihat je, dia siap bercakap dengan saya.”
Ni yang saya tak gemar dalam situasi kecemasan macam ni iaitu wujudnya kesangsian dalam rawatan yang diberi. Sebab tu, saya akan suruh waris terdekat dan seorang peneman kena berdiri betul-betul di depan Redzone dan saksikan semua dari luar langsir.
Sambil prepare ayat saya melangkah ke waris, “Kamu siapa kepada pesakit ya?”
“Saya isteri dia doktor.”
“Ok, saya nak bagitahu dengar baik-baik dan sabar ya. Sekarang jantung suami puan tidak berdegup. Dia tak bernafas, tiada tanda-tanda yang menunjukkan dia masih hidup.
“Bacaan jantung ketika mula-mula sampai menunjukkan asytole, iaitu garisan flat. Kami tengah memberi bantuan nyawa, iaitu Full Cardiopulmonary Resuscitation, itu rawatan terbaik untuk keadaan suami puan sekarang.
Saya minta Puan doa banyak-banyak untuk jantung dia kembali berdegup. Saya dah masukkan tiub pernafasan dalam tekak (trachea) supaya dia dapat oxygen maximum. Sekarang doa puan sahaja boleh bantu dia.”
ISTERI PESAKIT MERAUNG DAN…
Si isteri meraung dengan kuat “Doktor, tolong selamatkan dia. Saya tak sempat mintak maaf lagi doktor. Tolong lah doktor…tolonglah!!”
Saya jenguk masuk Redzone balik. Sebagai doktor iaitu team leader dalam resuscitation, saya tak boleh tinggal patient lama sangat.
PERTANYAAN DITERUSKAN UNTUK DAPATKAN BUTIRAN LANJUT DARIPADA WARIS
Saya sambung tanya dari isteri.
Saya: “Apa yang berlaku sebenarnya puan?”
Isteri: “Dari pagi dia kata angin sangkut kat dada. Makan tak cerna sangat katanya. Dah pergi jumpa doktor klinik ambil ubat gastrik, tengah hari tu dah ok sikit. Lepastu, lepas makan malam dia kata angin sangkut balik.
“Saya sapu minyak angin dan urutkan. Dia kata lega sikit. Sampai pukul 1 pagi kami berborak. Saya terlelap sekejap je doc. Saya terjaga lebih kurang 1.30 pagi, nampak mulut dia berbuih, mata terbeliak ke atas, saya terus bagi CPR.
“Saya tiup berterusan dalam mulut dia.”
Saya (rasa pelik sikit): “Puan tekan dada dia lah untuk CPR?”
Isteri: “Tak doktor, saya tiup bagi pernafasan dalam mulut. Sebab saya takut dia tak boleh bernafas, jadi saya tiup. Lepastu baru saya terfikir dia makan tak habis waktu dinner. Jadi saya lari pergi ambil air gula, masuk dalam mulut. Saya takut dia hypo.”
Hadooiiiiiii!!! Saya tak dapat nak explain perasaan saya waktu tu. Ini ke yang dia maksudkan CPR?!
Kenapa bagi air kalau patient tak sedar? Hadooooiiii!! Tapi saya tak boleh bagitahu si isteri sekarang, not the best time, jadi saya teruskan.
Doktor: “Ok Puan, itu jam 1.30. Puan sampai hospital dah 2.30 pagi ni. Apa berlaku dalam sejam tu?”
Isteri: “Saya call kakak saya suruh datang rumah, sebab saya rasa nervous sangat nak bawak kereta ke hospital. Sementara tu saya gosok kaki dia, saya gosok belakang tengkuk, sekali-sekala saya tiup dalam mulut bagi pernafasan. Dia masih bernafas waktu tu doktor.”
Doktor: “Kamu check nadi tak?Kamu ada tekan dada tak?”
Isteri: “Saya rasa ada 2-3 kali waktu dalam kereta saya tekan tekan dada dia, panggil nama, tapi dia langsung tak sahut. Sambil tu saya gosok-gosok muka dia jugak.”
RUPANYA CPR YANG BETUL TAK DIMULAKAN DI RUMAH…
Kekecewaan yang saya rasa waktu tu memang tak terkira. Rakyat Malaysia ni kan, kalau video viral kat Tiktok laju je tengok. Insta live artis wajib tengok, tapi pengetahuan basic macam CPR ni tak pernah ambil endah nak tahu.
Jantung berhenti dah hampir sejam, tangan dan kaki dah sejuk, tiada degupan jantung, tidak bernafas, mata dah terbeliak. CPR langsung tidak dimulakan di rumah ataupun dalam perjalanan.
Depan pintu kecemasan, baru lah kami tergesa-gesa start CPR. Walau apa pun, resuscitation diteruskan mengikut protocol iaitu selama 30minit, disambung lagi 15 minit atas permintaan si isteri, disambung lagi 15 minit atas permintaan si anak lelaki, disambung lagi 15 minit atas permintaan si anak perempuan.
DAN SUAMI TAK DAPAT DISELAMATKAN LAGI…
Lepas tu dah tak boleh sambung. Saya terpaksa stop. Sorry puan, setelah 1 jam full resuscitation, kami tak dapat selamatkan suami puan, dia sudah meninggal dunia.
Makin kuat suara si isteri meraunng “Tolooong lah doktor, saya tak sempat minta maaf dengan dia. Bangun lah bang, maafkan dosa saya.” Bersambung-sambung tangisan memenuhi ruang kecemasan.
Doktor Malar yang sememangnya hati tisu ni, berlinang jugak lah air mata saya. “Allow grieving, then baru start last office,” saya cakap dekat staff nurse sambil berlalu pergi nak mula tulis clinical notes dengan perasaan sangat kecewa. Saya masih tak faham, tak boleh terima sampai ke hari ni.
AMBIKLAH INISIATIF MELIHAT VIDEO CPR UNTUK KEBAIKAN DIRI SENDIRI
Dah sah-sah si suami pesakit jantung, risiko tinggi sebab ada penyakit 3 serangkai, kenapa tak pernah ambil inisiatif untuk tengok video CPR, tahu prinsip asas pun cukup.
Kalau tengok pesakit tak sedar, cari nadi di bawah tengkuk. Kalau takda nadi, mulakan tekanan dada. Kalau tak pasti, takpa mulakan juga tekanan dada.
Kalau sebenarnya dia sedar, pesakit akan bangun dan bagi sebijik penampar kat kamu. Sebab kalau masih sedar tekanan dada ni sakit sebenarnya. Terima je penampar tu, takpa. Kalau dia memang tak sedar dan tiada nadi, kamu tengah bantu jantung dia mengepam darah ke seluruh badan.
Adakah CPR menyelamatkan nyawa? Yes, CPR is life saving.
Adakah CPR memanjangkan usia? Tidak, ajal maut di tangan Tuhan, kita hanya berusaha. Tapi kena usaha betul-betul dengan ikhlas, sehabis baik lepas tu baru boleh berserah.
**Nota kaki : Jangan beri apa-apa makanan atau minuman kalau seseorang tu tak sedar atau tidak bernafas, dia boleh tersedak. Yakni makanan masuk dalam paru-paru.
**Sesiapa sahaja boleh tidak sedarkan diri di sekeliling kamu sekarang, dah ready nak CPR ke?
Mengalami masalah sakit lutut menjadi antara penyakit yang biasa di alami sebilangan antara kita. Hendak dikatakan terlalu aktif atau lama berdiri, mungkin tidak juga. Apatah lagi bila pekerjaan yang kita lakukan tidak memerlukan waktu berdiri yang lama malah kebih banyak duduk. Begitu juga bagi seorang surirumah, sering juga terjadi dek kerana terlalu lama berdiri untuk menyediakan hidangan untuk keluarga, lutut mula terasa sakit-sakit. Sebenarnya apa yang menyebabkan lutut kita boleh rasa begitu ya?
Menjawab pertanyaan ini, Kementerian Kesihatan Malaysia ada berkongsi info diakaun fb mereka tentang hal ini. Jom semak untuk memberi pemahaman bersama bukan sahaja menegtahui kenapa ia terjadi malah dalam masa yang sama digalakkan untuk mencuba teknik senaman khusus untuk lutut. Diharapkan denganc ara ini, kesihatan kita lebih positif.
Ini perkongsiannya.
Sambil berehat di rumah, cuba pratikkan senaman ini bagi menguatkan lutut anda.
Lutut adalah sendi penting. Jika rosak, tak ada 'spare part'. Semua aktiviti harian pun terjejas. Nak berdiri pun seksa.
Golongan berusia berisiko tinggi mengalami sakit lutut. Namun, ramai orang muda hari ini sakit lutut dan dianggap 'tua sebelum waktunya' kerana:
1. Berat badan berlebihan/obes
2. Kurang bersenam
3. Bersenam berlebihan
Jaga lutut, jaga berat badan, jaga makan, dan kerap bersenam mengikut kemampuan tetapi jangan berlebihan.
Manakala ini pula perkongsian kisah daripada Ibah d'aina via mahn yang ada juga kaitannya dengan masalah sakit lutut. Menurutnya, dengan mengamalkan petua lama ini akan dapat manfaat kesihatan dan bolehlah dijadikan alternatif disamping mendapatkan rawatan daripada pakar perubatan. Jom semak perkongsiannya ini.
Tiap-tiap pagi hubby akan petik 5 helai daun kari untuk akak kunyah-kunyah dan telan…emmm dapnya. Inilah xtvt baru kami, banyak khasiat rupanya daun kari ni cuma kita ja tak tahu.
Fungsi utamanya untuk kuatkan tulang kita, yang paling best untuk masalah sakit lutut.
Al-kisahnya… Ada mcik ni dah bertahun sakit lutut sampai nak ke tandas pun kena pimpin. Suatu hari belum sempat anaknya pimpin dia kuar tandas, tengok-tengok dia dah kuar sendiri.
Ya Allah…so si anak pun tanya dengan maknya, dah tak sakit ka lutut mak?.
Mak dia jawap…entah mak tak rasa apa-apa pun, subhanallah… alhamdulillah. Rupanya dia bagitau dah 2 minggu ++ dia bagi mak dia makan daun kari tiap-tiap hari.
Dengan izin Allah..Jom amalkan
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.