Dapat memiliki kabinet dapur yang lengkap di rumah adalah antara satu kegembiraan besar buat semua wanita bergelar isteri.
Apa lagi kabinet ini dipasang sebaik memasuki rumah baru. Rasa hari lebih lengkap dan sempurna. Satu kejayaan besar buat diri sendiri.
Maklum sahaja hendak memasangnya bukan hanya perlukan keinginan semata-mata tetapi memerlukan kos yang tinggi.
Kabinet dengan material biasa-biasa sahaja paling kurang menelan belanja 5 ribu dan ke atas, inikan pula lengkap dengan segala fungsi serta menggunakan material yang tahan lasak. Tidak hairanlah ada kabinet yang dipasang dengan harga berpuluh ribu.
Kalau begini harganya, dapur pastinya menjadi ruang yang cukup disayangi. Perlu dijaga sebaiknya supaya ia kekal lebih lama. Soalnya bagaimana?
Sebenarnya tidak sukar menjaga permukaan kayu kabinet dapur kita. Anda patut cuba dua cara ini. Mudah sahaja!
Ads
Cuka + Air
Guna dua bahan ini yang cukup murah dan mudah untuk jaga kabinet kita. Campurkan sedikit cuka ke dalam air dan kacau hingga sebati. Kemudian ambil kain atau tuala pengelap dan mulakan menyental seluruh permukaan kayu kabinet dapur. Sental lebih sikit pada permukaan yang kehitaman. Biarkan kering. Lakukan cara ini setiap kali kabinet nampak kotor.
Sapu Minyak Zaitun
Selain menyental dengan cuka, cara lain untuk memastikan kabinet terjaga dengan cantik adalah dengan cara menyapukan minyak zaitun pada permukaan kayu kabinet dapur.
Ads
Selepas pembersihan menggunakan cuka dan air, biarkan kering sebentar kemudian sapukan sedikit minyak zaitun di seluruh permukaannya. Hasilnya kayu akan lebih berkilat dan terlindung daripada dimamah usia. Insyaallah kayu kabinet akan tahan lama. Lakukan proses ini setiap 6 bulan sekali.
Tip Lindungi Kabinet Dapur
1. Apabila terdapat kesan resapan air di ruang kabinet terutama bahagian sinki, ini menandakan silikon yang digunakan sebagai penebat air sudah terbuka atau rosak. Cepat-cepat perbaiki sebelum merebak permukaan hadapan kabinet.
Ads
2. Cahaya matahari yang berlebih-lebihan pada kabinet kayu juga kurang sesuai. Sifat kayu yang bertindak balas dengan kepanasan buat kabinet akan terjejas. Jadi perlu langsir dan kesan cahaya yang minima, kabinet pasti tahan lama.
3. Kesan minyak tumisan daripada proses memasak juga sangat meninggalkan kesan pada kabinet dapur. Jika tak pasang hud perangkap minyak, sentiasalah bersihkan permukaan kayu yang terkena minyak. Kesan minyak yang melekat lama kelamaan akan menebal dan meninggalkan kesan pada tekstur kayu.
4. Suhu dan kelembapan juga banyak mainkan peranan pada kabinet dapur kayu. Keadaan kering dan kepanasan suhu akan menyebabkan kayu mengecut kerana kekurangan kelembapan. Sebaliknya jika terlebih lembap, kayu akan mengembang, retak dan merekah.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sambutan ulang tahun kelahiran pertama anak angkat kepada Abby Abadi dan suaminya, Muhammad Faizal berlangsung meriah dan mencuri perhatian ramai dengan tema ocean.
Kemeriahan majlis hari jadi Maisara Dayana Fathia dan Muhammad Daiyan Fayyadh dikongsi menerusi Instagram.
Majlis ulangtahun kelahiran
Ini antara foto yang dikongsi kepada pengikutnya:
Tema ocean
Terdahulu, Abby dan suaminya, Muhammad Faizal telah mengambil dua orang anak angkat pada tahun lepas iaitu Maisara Dayana Fathia dan Muhammad Daiyan Fayyadh.
Abby sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Norman Hakim dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Mohamed Danish Hakim, 15, Marissa Dania Hakim, 13, dan Maria Danisha Hakim, 10.
Tip mengalih atau memindahkan anak pokok dari tempat semaian pun ada caranya. Ini dikongsikan untuk info bagi memudahkan kita yang baru berjinak-jinak menanam di laman rumah.
Ketahui caranya sebagaimana yang dikongsikan ini.
CARA-CARANYA
1. Pastikan Media Tempat baru untuk mengalih anak pokok telah di gembur dan disuburkan..
2. Lembabkan media/tanah anak pokok yang hendak dialihkan..siram dengan air..
3. Bila Berdaun 4…Tarik anak benih perlahan-lahan atau bersama media/tanahnya sekali..Pastikan tidak memutuskan akar..Jika putus..Anak pokok akan stress dan lambat membesar atau mati.
4. Masukkan anak pokok ke dalam media/tanah baru yang telah di suburkan tadi…timbus akar dan tekan pelahan-pelahan media supaya mampat sedikit..Tujuannya untuk akar tidak mempunyai ruang kosong dalam tanah..kalau ada ruang kosong..pokok akan Stress..bantut dan mati juga..
5. Terus siram anak pokok dengan air selepas menanam..
Tanam satu..siram..Tanam satu..siram..jangan tunggu selepas habis tanam kesemuanya..baru nak siram..Tujuannya bagi menghidari pokok stress..
PERINGATAN
Waktu yang paling afdal ialah seawal pukul 4.30 petang hingga menjelang senja..
Nak tanam pada awal pagi atau tengah hari.. tanpa ikut masa di atas…Boleh..Tapi…Bersedialah dengan pokok yang akan stress dan layu..
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang menanggungnya. Diuji dengan ujian yang cukup berat, namun anak muda ini cukup positig orangnya.
Kisah anak muda bernama Fahmi ini dikongsikan oleh wanita bernama Natipah Abu menerusi laman facebooknya baru-baru ini.
Fahmi lahir dan membesar dengan normal seperti kanak-kanak lain. Namun ketika usianya 7 tahun .. pembesarannya mula menunjukkan tanda-tanda ada masalah bila selalu saja terjatuh. Menginjak usia 8 tahun .. Fahmi akhirnya sudah tidak boleh berjalan lagi hinggalah ke hari ini. Otot-otot kaki semakin mengecil, hilang deria rasa dan fungsi.
Sungguh pun dalam keadaan serba kekurangan .. Fahmi berjaya menamatkan persekolahan di sekolah aliran biasa dan menduduki SPM.
Sepanjang zaman persekolahannya … samada ketika di sekolah rendah atau menengah .. Fahmi mendapat kerjasama yang baik dari pihak pentadbir sekolah. Dia selalu ditempatkan di kelas tingkat bawah.
Dengan motosikal .. ayah menghantar Fahmi berulang alik ke sekolah setiap hari. Fahmi duduk di atas raga motosikal… depan ayah.
Di sekolah, dia mengurus sendiri diri tanpa mengharapkan bantuan . Perasaan malu juga tak pernah wujud di dalam hatinya .
Dia tidak pernah meletakkan dirinya di bawah berbanding rakan sebaya lain kerana baginya .. kekurangan dirinya adalah satu anugerah yang tidak harus dipersoalkan.
Ketika itu .. Fahmi menyimpan impian untuk berjaya sama seperti orang lain . Hendak membantu dan membalas segala pengorbanan dan kasih sayang emak dan ayah.
Namun apa daya .. dia ternyata terpaksa melupakan impiannya untuk mengikuti kursus kemahiran kerana perlu tinggal jauh dari rumah sebaik tamat SPM kerana bedsorenya perlu di cuci dan dirawat dengan sempurna oleh keluarga.
Ketika usia 18 tahun juga .. buah pinggang Fahmi mulai ada masalah dan dia terpaksa menjalani dialisis. Selama menjalani dialisis .. ayahlah yang paling banyak berkorban dalam soal menguruskan Fahmi.
Kini … ayah telah tiada. Pergi mengadap Illahi sejak tiga tahun lalu. Sejak ayah pergi .. Fahmi merasakan terlalu kehilangan .
Anak ke empat ini dari lima beradik ini , masih menyimpan cita-cita untuk bekerja dan mempunyai pendapatan sendiri walaupun dia tahu … segala itu sudah tidak mungkin lagi. Mujurlah ada wang bantuan JKM .. dapatlah meringankan ibu menguruskan keperluan Fahmi.
Selain barang dapur , lampin pakai buang dan wang tunai, kita juga telah menyumbang sebuah “ mini cooper biru “ menggantikan kereta tuanya yang sudah tinggal tiga selinder itu.
Besarlah harapan .. semoga satu hari nanti ada cara untuk membantu Fahmi menjana pendapatan sendiri walau dari rumah kerana dia seorang anak muda yang berfikiran positif.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.