Biasanya kabinet dapur menjadi tempat penyimpanan barang-barang dan perkakasan dapur. Namun apa yang merungsingkan, sering kali juga apabila kita membuka pintu kabinet untuk mencapai barang-barang atau perkakasan dapur tersebut, pasti akan ada lipas merayap. Keadaan ini memang sukar untuk dielakkan.
Namun jika dibiarkan, membimbangkan kita pula takut menjadi sarang untuk lipas membiak. Untuk itu, ikuti beberapa petua ini untuk pastikan lipas dapat dihalau.
SABUN MANDI
-Ambil sebuku sabun mandi dan potong kecil. Letak dekat kawasan yang banyak lipas.
PELAGA
Ads
-Biji pelaga juga berkesan. Korang ambil beberapa biji pelage dan letak di kawasan lipas membiak.
LEMON
-Buah lemon? Ya, lemon juga petua untuk menghalau lipas. Caranya senang, ambil sebiji lemon dan hiris. kemudian letak di kawasan lipas selalu muncul.
Ads
TIMUN
-Ada juga yang mengatakan, bila diletakkan hirisan bahagian hujung timun atau pangkalnya akan membuatkan lipas mati? Kalau tak percaya, cuba letak di kawasan yang banyak lipas.
-Ambil kentang dan rebus sampai masak. Kemudian lenyekkan dan campur serbuk penaik, gaul sebati. Jadikan adunan itu berbentuk bulat dan letak di kawasan yang ada lipas.
DAUN PANDAN
-Daun pandan harus dihiris terlebih dahulu dan letak dalam uncang , jangan lupa untuk tebuk uncang tersebut. Atau pun masukkan sahaja di dalam bekas dan letakkan di dalam kabinet. Bukan sahaja lipas tiada malah kabinet berbau harum semerbak.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bagi yang mengikuti drama bersiri Biniku Ninja yang bersiaran sepanjang Ramadhan yang lalu di Astro Oasis mungkin mengetahui kisah perjalanan pasangan ini.
Watak yang dilakonkan semula oleh Jihan Musa dan suaminya Engku Haris, merupakan satu perjalanan travelog yang cukup menarik.
Kini Azlan Shah Andi, 26 tahun dan isterinya Sabatini Mohd Dzuehairullah Duno, 25 tahun sudahpun memiliki dua orang anak kembar, Adam Qowiy dan Adwin Qowiy yang kini berusia 1 tahun 6 bulan.
Pasangan yang viral hanya selepas tiga minggu perkenalan mereka ini kini meneruskan misi mereka untuk menjelajah dunia. Namun menariknya kali ini, pasangan ini turut membawa dan membiasakan anak kembar mereka untuk melihat dunia ciptaan Allah SWT.
Sama seperti mereka, Azlan dan Sabatini juga mahu anak-anaknya kuat dan kental serta didedahkan dengan dunia luar, sebagai persediaan untuk menjadi manusia yang lebih berdikari. Membiasakan anak-anak mereka dengan berbagai jenis ragam ketika percutian adalah misi mereka kini.
“Disebabkan kami berdua gemar travel, jadi sejak mereka berusia 6 bulan lagi kami sudah biasakan mereka untuk ikut kami travel dan merasai situasi yang berbeza. Kami mencuba pelbagai jenis kenderaan termasuklah udara, laut dan darat untuk mengelakkan mereka berasa kekok atau mabuk kenderaan.
“Kami mulakan dengan perjalanan jarak pendek seperti penerbangan 2 jam sehinggalah 13 jam dengan waktu yang berbeza, siang atau pun malam.
Kami juga biasakan mereka untuk merasai pelbagai musim dari kawasan bersalji sehingga kawasan yang panas terik. Tujuannya adalah untuk membiasakan mereka mengikuti rentak pergerakan kami yang selalu bergerak ke destinasi berbeza.
Sehingga kini antara negara yang telah kami bawa adalah Jepun, Korea, Singapura, Brunei, Indonesia, Bangkok, London, Amsterdam dan Perancis,” katanya lagi.
Kembara Ke Eropah
Orang kata agak sukar melancong dengan membawa anak-anak kecil. Namun bagi Azlan dan Sabatini yang lebih senang membahasakan dirinya Saba, mereka langsung tidak menampakkan kesukaran. Malah mahu anak-anak mereka biasa dengan situasi di negara orang.
Pasangan ini baru sahaja pulang daripada menjelajah ke Eropah selama 20 hari dengan anak kembar mereka. Baik Azlan mahupun Saba, walaupun dilanda masalah dengan cuaca seperti hujan dan sebagai, mereka tidak meletakkan ianya sebagai satu kesukaran.
Malah membiasakan anak-anak kecil mereka dengan pelbagai aspek ketika travel adalah sesuatu yang harus dipuji.
“Hardcore travellers betul anak – anak saya dua orang ni. Alhamdulillah ini dah negara ke – 9 yang mereka pergi dalam usia 1 tahun 6 bulan. Selepas Germany, kami akan ke Amsterdam, Holland so cukup lah 10 negara, kita balik Malaysia sekejap ya anak – anak ? Setakat ini mereka dah pergi Singapore, Indonesia, Thailand, Brunei, Jepun, Oman, South Korea, France, Belgium, Germany, next Holland, Pastu, ikut Mommy balik sekolah ya kat UK.
“Soleh anak – anak saya ni insyallah. Kecik – kecik dah ikut nak solat even time travel. Actually kalau kami time travel, kami akan elakkan dari terpaksa solat dalam kenderaan bergerak sambil duduk. Tu kira last option lah kan of course. Selalu even kalau dalam flight pun Lan akan minta kat stewardess or steward nak pinjam ruang dekat belakang untuk solat or kalau tak, cari ruang tersembunyi dan bersih untuk solat. Tapi semalam punya cari takde, pastu dekat Cologne Station tu ramai polis ronda-ronda tak bagi solat. Kawasan tersembunyi banyak kena kencing etc sebab train station 24hrs so banyak homeless stay sana. Macam – macam cara, ambil air wuduk sampai berapa kali terbatal ? akhirnya sis cakap solat dalam train kami dr German – Amsterdam jelah nampak gayanya.
Dalam bermusafir semasa travel ni, macam-macam juga yang kami belajar, kena ambil tahu etc. Byk benda kena belajar lagi, endless. Semua ni Lan ada story dlm ‘Biniku Ninja 2’ dengan lebih details insyallah. Harini last kami di Eropah, malam nanti flight pulang Malaysia,” cerita Azlan dan Saba di instagram peribadi mereka.
Sedikit perkongsian kisah kembar mereka, Azlan dan Saba mengakui teruja dan sangat bersyukur kala dikurniakan Allah dengan anak kembar.
“Alhamdulillah bila dikurniakan anak kembar keriangan jadi berganda tapi perkara lain seperti tenaga dan kos juga berganda. Dari segi penjagaan, saya dan isteri masing-masing memainkan peranan berbeza. Saya sedikit tegas manakala isteri pula lebih manja dengan anak-anak.
“Salah satu kebaikan mempunyai anak kembar ialah mereka jarang untuk merasa bosan kerana ada teman sepermainan. Jadi walau di mana dan apa jua keadaan walaupun tanpa alat permainan, mereka masih boleh bermain sesama sendiri.
Walaupun mereka kembar kami biasakan mengajar mereka untuk berkongsi contohnya ketika makan, bersugi, dan berkongsi selimut ketika tidur,” kata graduan daripada University Of Wales, England ini lagi.
Kredit Foto: Instagram Sabatini
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bagi ibu bapa yang berjauhan dengan anak-anak yang tinggal di asrama, pasti sedih dengan situasi sekarang. Kalau sebelum covid-19 melanda, anak-anak boleh pulang ke rumah atau sesekali ibu bapa membuat lawatan ke asrama.
Bagi yang tidak dapat pulang ke rumah, pastinya situasi ini cukup memilukan. Demikian juga yang berlaku kepada pengacara, Amin Idris semalam.
Dia yang bertindak sebagai pengacara dan program kendaliannya, Borak Dulu #baruberbuka yang bersiaran secara langsung di RTM jam 7 malam itu mengundang beberapa selebriti jemputan untuk sama-sama bertukar pandangan.
Terbaru satu video tular di media sosial mengenai sedutan program berkenaan benar-benar menyentuh hati warganet apabila pengacaranya, Amin Idris menitiskan air mata.
Dalam perkongsian tersebut, pihak studio memaklumkan menerima panggilan dari seseorang bernama Wardah. Ketika Amin memberikan salam, ia dijawab dengan “Daddy apa khabar? Daddy rindu akak tak?” sehingga pengacara tersebut bingung.
Keadaan talian yang agak terganggu itu membuatkan Amin tertanya-tanya perihal soalan yang diajukan. kemudian, barulah dia menyedari pemanggil tersebut rupa-rupanya anaknya sendiri yang berada di sekolah berasrama.
Waktu itu, kelihatan dia menitiskan air mata dan anaknya yang dikenali sebagai Qistina turut terdiam seribu bahasa serta hanya mampu menangis merindui bapanya.
Amin Idris juga sempat memuat naik momen hiba itu di ruangan Instagramnya dengan mengakui langsung tidak menyangka bahawa panggilan itu dari anaknya.
Dia mengucapkan terima kasih kepada pihak produksi kerana memberikan kejutan yang bermakna buat dirinya kerana dia memang merindui Qistina yang kini tinggal di asrama.
Melihat daripada perkongsian tersebut, rata-rata warganet mulai faham kenapa panggilan berkenaan sedikit delay kerana Amin Idris tidak memandang monitor dan baru menyedari pemanggil itu anaknya setelah menjeleng sedikit monitor ditepi.
Rata-rata yang menonton tidak dapat menahan sebak dan menitiskan air mata melihat situasi antara anak dan ayah yang berlaku secara spontan.
Bahkan, ada diantara mereka turut mengalami situasi yang sama di mana terpisah dengan anak-anak yang belajar jauh dari rumah.
Jangan ingat bila kita tidak berkerja itu bermakna tidak mampu melakukan tabungan untuk diri sendiri. Apa yang dikongsikan oleh Pakar Hartanah, Dr Azizul Azli Ahmad ini boleh dijadikan panduan. Ada cara dan trik yang boleh dilakukan oleh isteri dan untuk mengetahui lanjut, jom semak perkongsian penuh daripadanya.
SURI RUMAH MESTI MENABUNG
Jika kita suri rumah sepenuh masa, kerja jaga anak dan suami tercinta. Minta suami berikan nafkah secara tetap dan konsisten, lebih bagus jika dapat buat potongan gaji terus kedalam bank kita. Tentera dan askar dah lama lakukan ini. Potongan berdasarkan pangkat dan gaji.
Bahagikan simpanan ini kepada dua bahagian, satu untuk belanja dan satu untuk simpanan. Jika suami cakap duit tak cukup, buatlah rayuan dengan penuh ‘godaan’. Potong apa yang patut janji ada simpanan. Takkan goda suami nak ajarkan.
Bantu suami jana pendapatan dan buatlah simpanan. Duit yang dapat masukkan dalam akaun yang tiada kad ATM, agar susah nak keluarkan.
Buat tabungan segera selagi suami ada kerja, mereka mungkin lalai untuk menyimpan sebab semua belanja atas bahu mereka.
Jadilah isteri yang bantu suami yang budiman ini. Jika suami ada kecemasan atau bencana datang kita ada simpanan sendiri dan boleh berdikari.
“Suami gaji besar, buat apa nak menabung?”. Bersedialah untuk hidup berkabung.
Zaman ini zaman susah, buat simpana sebanyak yang ada sebelum datangnya bencana.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.