Namanya meniti di bibir masyarakat dek caranya berdakwah lebih moden dan terbuka terutama dalam menangani isu LGBT. Pencetus Ummah ( PU) Mohammad Amirul Amin Maula LokmanHakim, 28 tahun kini bertugas sebagai pendakwah bebas.
Jujur mengakui sangat sibuk dengan aktiviti dakwahnya menyebabkan masanya agak terhad dengan anak-anak. Begitu pun, PU Amin bijak ‘mencuri’ masa supaya anak-anak dan isteri tidak terabai.
“Biasanya saya memang sangat menitikberatkan disiplin masa pada anak-anak. Awal pagi saya akan peruntukkan bersama anak-anak. Selepas pulang dari bersenam, anak-anak sudah bangun, jadi saya habiskan masa dengan melayan mereka. Saya mengajak mereka bermain. Sama ada melukis, main bola dan sebagainya.
“Ada masa kami makan depan televisyen ramai-ramai sambil tengok kartun atau sebagainya, ada masa makan di meja. Tetapi satu yang saya amalkan adalah terapkan pada anak-anak, dahulukan orang tua untuk mengambil makanan dengan pelawa ibu bapa terlebih dahulu. Itu yang dipraktikan oleh ibu bapa saya dulu dan kini diturunkan pula pada anak-anak saya. itu cara kita mendahulukan orang lain.
“Kebiasaannya jika ada perkara yang mereka buat saya marah, saya akan denda mereka. manakala jika mereka berbuat baik saya akan bagi ganjaran dengan memberikan bintang. Selepas itu, saya berikan hadiah supaya ada sifat bersaing untuk membuat baik dan disiplin selain mereka rasa pendidikan itu saya benda yang membebankan,”jelas PU Amin sambil memberitahu peranan isteri sangat besar dalam mendidik anak selain ibu bapa yang menjadi mata dan telinga untuk anak-anaknya.
Ads
Mengakui pernah meninggalkan isteri dan anak-anak 2-3 bulan sewaktu melakukan penggambaran program, dia cukup berterima kasih dan bersyukur dengan peranan yang dimainkan oleh isterinya sewaktu ketiadaannya.
“Pernah dulu saya terbabit dengan penggambaran berbulan-bulan sehinggakan anak yang kedua dari kecil sudah besar, tetapi mereka berada dalam keadaan yang baik berkat asuhan isteri. Walaupun isteri sibuk dengan kerja, tetapi dia masih boleh memainkan peranan yang besar dan boleh dikatakan mampu menguruskan anak-anak. Sekarang ini dia bakal menyambung pengajian dalam bidang pendidikan untuk mendapat taraf tetap dalam kerajaan.
“Walaupun bebanan kerja dan tanggung jawab yang besar, tapi anak-anak berada dalam kawalan dan jagaan yang baik. Dalam keluarga isteri juga bantu menjadi tulang belakang dalam membina anak-anak.
Ads
Sesebuah keluarga tidak akan dibina dengan baik jika suami isteri tidak saling memainkan peranan masing-masing,” tegas PU Amin lagi sambil memberitahu dia dan isterinya berkahwin dalam usia yang masih muda dan ketika itu sedang menuntut di universiti.
Beliau yang bertemu jodoh ketika masih belajar mengakui berkahwin pada tahun 2012 dalam tahun kedua di Universiti Al-Azhar.
“Kami dikurniakan anak sulung ketika saya berada di tahun 4 dan menariknya sewaktu mengambil keputusan untuk berkahwin, keluarga tidak bersetuju. Mereka bimbang pengajian kami terabai sementelah waktu itu belum ada yang berkahwin ketika belajar. Jadi, kami buat satu janji akan dapat keputusan yang cemerlang dalam pengajian. Kebetulan kami memperoleh biasiswa dari pihak zakat Selangor.
Ads
“Selepas berkahwin, kami tinggal dan belajar bersama-sama sehingga dapat mencapai kejayaan yang cemerlang. Itu menjadi motivasi kepada pelajar lain yang ingin mendirikan rumah tangga. Untuk pasangan lain, elakkan dari menggunakan alasan berkahwin kerana mahu menghalalkan pergaulan, seks dan sebagainya.
“Sebaliknya kenal pasti terlebih dahulu pasangan sebelum serius. Kena ada ilmu rumah tangga, disiplin diri, dan sahsiah diperelok terlebih dahulu. Bila kahwin wajib keluar nafkah,. Justeru kena ada wang dan simpanan dan tidak menganiayai isteri mahupun keluarga kita.
“Itu benda yang wajib iaitu ilmu dan kewangan yang kukuh. Kena usaha untuk naik taraf kehidupan dengan memberi kesempurnaan dan kelengkapan yang membawa kita dekat dengan Allah. Jika kaya dan berjaya itu boleh dekatkan kita dengan Allah, maka kena berusaha ke arah terserbut.
“Jangan guna alasan elak maksiat sedangkan nafkah tidak diberi dan tidak pandai melayan pasangan dengan baik. Bebanan yang perlu ditanggung bukan sekadar menanggung masalah sebaliknya dia perlu menanggung ilmu yang banyak sebelum menanggung manusia,”tegas PU Amin sebelum menutup perbualan bersama penulis.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kipas bila kerap digunakan sepanjang hari akan menyebabkan banyak habuk dan debu mudah melekat.
Kita pula bukanlah banyak masa dan rajin sangat nak mencuci kipas selalu, sementelah nak mencucinya pula agak renyah. Kena buka satu persatu bahagian, jejaringnya juga perlu dibersihkan sempurna.Betul tak?
Kami kongsikan cara mudah dan paling senang untuk elak habuk melekat sekaligus, tak perlulah nak cuci kipas selalu.
Bahan-bahan:
1 penutup Cecair Pelembut Pakaian
Span
Cara Membuat:
Basuh kipas terlebih dahulu hingga tiada habuk.
Tuangkan pelembut pakaian dalam penutup botol dan jangan campurkan dengan air.
Celup span ke dalam cecair pelembut tersebut dan sapu pada permukaan dan jarring-jaring kipas.
Biarkan selama 5 minit dan bilas dengan air.
Lap dan pasang kipas seperti biasa kembali.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Fauzi Nawawi rasa bersyukur berjaya tamat pengajian diploma, mahu jadi inspirasi kepada anak-anak. Ternyata kesibukan kerja bukan penghalang buat pelakon Fauzi Nawawi menyambung pengajian ke peringkat diploma dalam bidang Koordinasi Pengarahan Filem di Meatech Creative Academy.
Fauzi Nawawi Rasa Bersyukur Berjaya Tamat Pengajian Diploma
Memetik laporan mStar, Fauzi yang kini meniti usia 51 tahun itu meluah rasa syukur. Dalam masa sama juga, dia berasa sangat terharu kerana isterinya, Lisdawati sentiasa memberi semangat. Kejayaan itu juga secara tidak langsung dapat memberi contoh terbaik buat anak-anaknya atas kejayaan tersebut.
Saya menyambung pelajaran kira-kira dua tahun lalu. Apabila anak-anak sudah besar, saya rasa perlu buat sesuatu untuk bagi contoh yang baik buat mereka semua.
“Isteri juga adalah penyokong saya mencapai kejayaan ini. Jadi saya harap dapat menjadi contoh agar anak-anak terinspirasi untuk mendapatkan segulung ijazah dalam hidup mereka.
Ujar bapa kepada lapan cahaya mata itu, dia berharap keputusannya menyambung pelajaran dapat menutup tanggapan segelintir pihak berkaitan selebriti tidak mementingkan akademik.
“Ramai artis berjaya dalam pelajaran mereka. Saya juga mahu merasa seperti itu. Walaupun sibuk berlakon, pelajaran tak pernah tinggal.
“Mungkin ramai anggap orang yang tidak berjaya dalam pelajaran lebih memilih menjadi artis. Saya mahu perbetulkan tanggapan sebegitu dan menjadi bukti golongan artis juga berpelajaran,” ujarnya.
Fauzi juga mengakui perjalanan untuk menghabiskan dua tahun pengajian bukanlah sesuatu yang mudah memandangkan ada cabaran yang perlu dihadapi.
“Biasalah bila usia semakin meningkat, rasa malas nak belajar itu memang ada. Itu perlu saya lawan selama tempoh pengajian ini.
“Dalam masa sama saya juga sibuk dengan penggambaran dan jadual kerja lain. Perlu susun masa dengan betul supaya dapat seimbangkan semua perkara,” jelasnya.
Melipat dan mengemas pakaian satu kerja yang mengambil masa terutama bagi anda yang mempunyai ramai anak. Itu belum masuk bab mahu memastikan pakaian yang disimpan itu kekal teratur. Jika ada banyak tangan, pasti akan bersepah semula.
Bagi membantu kaum ibu menangani masalah ini, cuba praktikkan cara yang dilakukan Fadzielah Ayub ini.
Ilah nak share #housewife_hacks untuk ibu-ibu yang tak sempat nak lipat baju yang makin hari makin menggunung.
Suami memang lerr takkan komplen sebab tahu ibu-ibu sibuk kan.. Tapi apa salahnya senangkan hati suami bila nak cari baju nak pakai.
.
Taknak lipat, atleast asingkan siap-siap mana baju suami, mana baju ibu, mana baju anak. Kan senang nak cari kan? kan?
Ni time nak pakai, stresss cari baju dalam bakul tak jumpa. Ibarat cari jarum dalam jerami.
Opsss.. bakul ilah sentiasa kosong. Kekadang tu jerr ada tak sempat nak lipat. haha
P/s: Bakul sama supaya senang nak susun dan jimat ruang bila kosong.
Selain kaedah di atas, anda juga boleh mencuba cara yang dilakukan oleh wanita dari Jepun Marie Kondo ini. Dia telah mengetengahkan kaedah yang digunakan dalam mengatur pakaian dalam almari supaya kekal kemas dalam jangka masa panjang.
Teknik ini dinamakan sebagai teknik mengemas KonMari. Walaupun ada yang diajar berbunyi karut seperti teknik beliau menyayangi pakaian, tetapi cara melipat dan menyusun pakaian beliau sangat-sangat berguna untuk diikuti.
Berikut adalah asas kepada teknik melipat pakaian mengikut teknik KonMari.
Stoking
Kita selalu menggumpalkan sahaja stoking menjadi bola. Teknik ini berkesan dalam memastikan tidak terpisah pasangan stoking tetapi tidak cukup dalam menjimatkan ruang.
Pakaian Dalam
Rasanya cara melipat ini lebih kurang sama dengan apa yang diamalkan.
Baju T
Perbezaan cara beliau melipat adalah pada lipatan terakhir di mana tujuannya adalah untuk memastikan baju itu mampu berdiri tegak tanpa sebarang bantuan
Seluar
VERA CHINESE PHOTO
Sama juga cara melipat cuma pada lipatan terakhir itu, dilipat lebih kecil supaya seluar itu tidak memerlukan ruang yang besar untuk disimpan.
Sebenarnya teknik ini nampak mudah tetapi yang agak sukar adalah untuk mengubah cara kita melipat pakaian yang mungkin sudah sebati dengan kita sejak sekian lama.
Kaedah ini sebenarnya sesuai digunakan untuk menyusun baju anak-anak kerana ia memudahkan kerja ibu. Sebabnya :
Anak-anak lebih mudah memilih pakaian
Anda tidak lagi perlu menyusun banyak jika pakaian ditarik keluar, kerana jika disusun bertindan, sekali tarik, banyak yang akan bersepah.
Kita nampak semua pakaian yang ada kerana apabila disusun bertindih, pasti ada yang tersorok di celah-celah.
Sumber: Iluminasi
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bekas isteri Safee Sali syukur dapat hak penjagaan Anak, selesai dengan persetujuan bersama. Perasaan syukur dan kelegaan menyelubungi Fitria Elfina Maharip, 44, apabila mahkamah memutuskan hak penjagaan anak diberikan kepadanya.