Gelagat Aqeef Anaqi, anak pasangan Amyra Rosli Dan Amar Baharin ini sentiasa menjadi perhatian ramai. Apatah lagi wajah comelnya membuatkan ramai geram melihatnya.
Anak sulung daripada dua beradik ini bakal memasuki usia 5 tahun pada bulan Oktober nanti, namun telatahnya sering membuatkan ramai terhibur.
Terbaru, Amyra memuatnaik sepotong video gelagat Anaqi ketika berada di rumah.
Dia yang memakai sehelai t-shirt bersama kain pelikat cukup comel. Apa yang membuatkan ramai geli hati adalah apabila dia menyebut dengan cukup yakin sekali bahawa itu adalah kain ‘kelipat’.
Berkali-kali ditanya oleh Amyra kain apakah yang dipakainya, jawapan Anaqi tetap sama kain ‘kelipat’. Bukan itu sahaja, Anaqi siap menyanyi lagu Kain Pelikat lagi namun sebutan kainnya membuatkan ramai kelucuan.
Walaupun berkain pelikat, Namun anak sulung pasangan ini sempat lagi buat aksi stunt ala-ala Spiderman. Mujur tidak terlucut kain pelikatnya, aktif betul anak teruna sorang ni.
Khasiat bunga telang diketahui umum memang banyak. Sesuai dijadikan sebagai minuman berkhasiat dan menjadi bahan utama untuk menyediakan nasi kerabu agar berwarna ungu.
Menyedari banyak kegunaannya, pokok bunga telang ini juga ramai yang cuba untuk menanamnya. Bahkan tidak dinafikan bunga telang yang berwarna ungu itu juga begitu cantik bunganya. Boleh juga dijadikan tanaman penyeri laman.
Bila anda ingin menanam pokok bunga telang di dalam pasu, itu tiada halangannya walapun pokok bunga telang ini cirinya pokok menjalar.
Oleh itu, apa kata anda sediakan pasu yang boleh dibeli di sini secara online dan hasilkan sendiri sebagaimana yang dikongsikan oleh Syafiq Scelcedo untuk info bersama.
Assalammualaikum dan salam sejahtera… Boleh lah ni. Duk pusing sana ikat sini, belit sana.. Yang minat berkebun tapi tak ada tanah boleh cuba cara ni untuk cantikkan laman. Macam rumah saya tak ada tanah untuk bercucuk tanam. Jadi pasu lah harapan saya.
Ni modal tak sampai RM10 pun. Semua dekat Mr.DIY.. Pasu RM3, Tali RM2, Batang tengah tu RM3.
Saya buat untuk pokok yang jenis menjalar…
InshaaAllah tak lama lagi pokok bunga telang saya nak berpindah tempat…
Mohon doakan dia menjalar cantik dekat tempat baru ni lepas ni siapa nak bunga telang saya bagi free je.
Berkebun ni selain aktiviti yang menyihatkan badan dan minda, ianya juga memupuk sifat sabar dan bersyukur serta mampu jadikan kita pekebun yang kreatif.
Apa yang penting jangan takut untuk mencuba, kalau orang lain boleh kita pun mampu good luck!
Sumber : Syafiq Scelcedo via Berkebun Untuk Beginner
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Berbanding dulu, anak-anak kita sekarang menerima daya rangsangan cukup berbeza. Jika dulu, kanak-kanak teruja bermain kejar-kejar, lompat getah, atau main cop tiang pun seronok. Sekarang?
Mereka duduk diam, terpaku pada skrin. Ketawa bila tengok video, marah bila gadget diambil. Kenapa?
Inilah yang cuba dikongsikan oleh Public Health Malaysia mengenai kebimbangan anak kecil kita yang semakin membimbangkan. Bantu anak kita untuk menikmati hidupnya.
Kanak-kanak yang terlalu banyak bermain gadget sering mengalami kelebihan rangsangan dopamin, menjadikan aktiviti biasa seperti bermain di taman, membaca buku, atau bersembang dengan rakan terasa TIDAK MENARIK.
Dopamin ialah bahan kimia dalam otak yang memberi rasa seronok dan ketagihan. Apabila anak-anak terlalu kerap mendapat ledakan dopamin dari skrin—sama ada melalui game, video pendek, atau media sosial—mereka mula kehilangan minat terhadap perkara yang lebih sederhana tetapi penting untuk perkembangan mereka.
Perhatikan anak-anak kita. Jika mereka mula cepat bosan, sukar fokus, atau hanya gembira bila ada gadget—mungkin mereka sudah terlalu bergantung pada skrin.
Apa yang boleh kita buat?
✅ Hadkan masa skrin secara perlahan.
✅ Galakkan aktiviti luar, biar mereka berpeluh & berimaginasi.
✅ Libatkan diri—baca buku bersama, bermain, berbual.
Awalnya, mungkin mereka mengamuk, bosan, merajuk. Tapi jika kita bertegas dengan penuh kasih sayang, mereka akan kembali menikmati dunia sebenar.
Bantu mereka merasai semula kegembiraan yang sebenar ❤️
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tentunya Hari Raya yang bakal disambut tidak lama lagi, sudah terasa bahang kemeriahannya. Semua ahli keluarga kita akan pulang ke kampung untuk beraya bersama ibu dan ayah.
Tentu gamat suasananya dan moment ini jugalah yang seronok dan membahagiakan yang dapat kita rasa.
Pun begitu, bagi menjamin ibu dan ayah berasa bertambah bahagia, kita sebagai anak atau menantu, bolehlah buat sebagaimana apa yang disarankan oleh Pak Utih ni. Jom semak.
TIP UNTUK ANAK MENANTU YANG ADA ANAK DUA TIGA GERABAK NAK HIBURKAN MAK / MERTUA BERAYA DI KAMPUNG
Buat grup baru ( Whatsapp atau Telegram) khas keahlian semua anak-anak menantu yang balik dan yang tak balik kampung raya kali ini.
1. Pakat-pakat dengan semua anak menantu yang nak pulang ke rumah itu, bergilir menyediakan (sama ada beli atau masak) juadah pagi dan petang, makan pagi tengahari dan malam untuk seisi rumah. Mak rehat aje walaupun anak menantu berstatus “tetamu” Mak di kampung.
2. Berpakat dengan anak menantu untuk pastikan bilik dan atau kawasan tiduran masing-masing keluarga siap kemas sebelum jam 8 pagi, melainkan ada bayi yang memerlukan layanan istimewa. Mak tentukan sahaja sempadan dan kawasan tiduran masing-masing.
3. Anak memantu berpakat untuk minta kebenaran Mak jadikan satu bilik atau kawasan tertutup tempat mainan anak-anak atau nursery yang kawasan itu bebas kelintang pukangannya. Pastikan anak masing-masing tidak gunakan ruang tamu sebagai gelangan gusti,
4. Pakat-pakat anak menantu bawa sendiri kain cadar atau toto untuk alas tidur, kelambu igloo dan selimut kegunaan masing-masing dan bawa pulang untuk dibasuh di rumah sendiri. Untuk pakaian, buat sistem giliran atau “washing pool” bersama menggunakan mesin basuh. Jangan lupa bawa sendiri sabun basuhan masing-masing.
4.1 Kalau ada yang terpaksa tidur kat homestay atau hotel ( tak cukup bilik) jangan lepak lama-lama kat situ. Jangan datang ke rumah untuk makan sahaja dan jangan sembang sakan bilik hotel ada aircond sejuk giler. Menambah dosa raya je. Cepat-cepat datang ke rumah tolong kerja rumah tu ikut jadual yang ditetapkan.
5. Pakat anak menantu bersistem melayani, menyediakan makanan-minuman dan membasuh pinggan mangkuk untuk tetamu yang datang beraya. Tugas Mak dan Ayah hanyalah melayan tetamu sahaja.
6. Pakat-pakat anak menantu semua diberikan taklimat oleh suami masing-masing siapa mahram siapa bukan mahram yang akan ada di rumah itu nanti untuk bersedia menutup aurat masing-masing dan kawalan batas bersalam salaman pada bila-bila masa.
7. Pakat-pakat anak menantu untuk menentukan hanya satu sahaja handfon yang high end (tinggi pixel camera) untuk digunakan bergambar hari raya sekeluarga. Selepas itu diwassapkan sahaja gambar-gambar itu. Bergambar sekeluarga hanya dibenarkan selepas solat raya sahaja.
8. Mak dan Ayah tentukan jadual waktu sekeluarga untuk beraya di rumah jiran dan juga saudara mara di kampong itu.
9. Boleh juga pakat-pakat suami masing-masing sediakan sikit duit-duit raya untuk diedarkan kepada anak-anak jiran atau saudara mara yang datang beraya di rumah.
10. Sebelum meninggalkan rumah itu, pakat-pakat anak menantu buat semakan bilik tidur dan bilik air (pampers busuk di buang) bersuasana bersih seperti mana keadaan mula mula sampai.
11. Jangan lupa unjuk duit raya kepada Mak dan Ayah sebelum kembali ke tempat masing-masing.
Gerenti Mak menangis bila anak menantu dan cucunya melambai-lambai meninggalkan mereka berdua.
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...