Gelagat Aqeef Anaqi, anak pasangan Amyra Rosli Dan Amar Baharin ini sentiasa menjadi perhatian ramai. Apatah lagi wajah comelnya membuatkan ramai geram melihatnya.
Anak sulung daripada dua beradik ini bakal memasuki usia 5 tahun pada bulan Oktober nanti, namun telatahnya sering membuatkan ramai terhibur.
Terbaru, Amyra memuatnaik sepotong video gelagat Anaqi ketika berada di rumah.
Dia yang memakai sehelai t-shirt bersama kain pelikat cukup comel. Apa yang membuatkan ramai geli hati adalah apabila dia menyebut dengan cukup yakin sekali bahawa itu adalah kain ‘kelipat’.
Berkali-kali ditanya oleh Amyra kain apakah yang dipakainya, jawapan Anaqi tetap sama kain ‘kelipat’. Bukan itu sahaja, Anaqi siap menyanyi lagu Kain Pelikat lagi namun sebutan kainnya membuatkan ramai kelucuan.
Walaupun berkain pelikat, Namun anak sulung pasangan ini sempat lagi buat aksi stunt ala-ala Spiderman. Mujur tidak terlucut kain pelikatnya, aktif betul anak teruna sorang ni.
Masih belum reda lagi tentang isu yang sedang diperkatakan di sosial media tentang poligami. Tidak ketinggalan, baru-baru ini Suhaimi Saad turut berseloroh dengan isterinya, Ina Naim untuk berkahwin lagi.
Pertanyaannya untuk menambah isteri itu dimuat naik dalam laman tiktok miliknya sendiri dan yang paling mencuri hati pengikutnya apabila belum sempat Suhaimi bertanyakan soalan, Ina terus memotong suaminya membeli mesin basuh dahulu jika mahu menambah ‘isteri’ lagi diikuti muka tergamam Suhaimi di hujung video.
Namun video tidak berakhir di situ apabila Suhaimi sekali lagi memuat naik video baru di mana dia mengatakan akan membeli mesin basuh keesokan hari namun isterinya berseloroh mahu meminta dua mesin basuh pula!
Bagai menambah ‘perasa’, lakonan mereka tidak terhenti di situ apabila satu lagi video baharu telah dimuat naik di mana Suhaimi yang kelihatan segak bergaya mahu keluar membeli mesin basuh. Ina yang mengingatkan suaminya untuk membeli dua mesin basuh pula tergamam apabila Suhaimi mendakwa bukan dua mesin basuh, malah akan beli empat mesin basuh mengikut kuota empat isteri!
Meninjau di ruangan komen, perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang terhibur dengan gurauan pasangan suami isteri itu. Dalam pada itu, ada yang mengatakan lucu melihat Suhaimi setepek kena dengan isteri. Tidak kurang juga, ada yang berseloroh mengatakan jangan lupa untuk belikan mesin pengering sekali.
Lazimnya pada akhir tahun ramai orang mengambil kesempatan bercuti bersama ahli keluarga sempena cuti sekolah. Biasanya cuti pekerja dikumpulkan semata-mata untuk mencari kesempatan terbaik untuk bersama keluarga atau menjalankan aktiviti bersama. Inilah masa ’emas’ bercuti bersama keluarga. Keseronokan percutian ini akan menjadi momen indah.
Salah satu tempat percutian yang menjadi tumpuan ramai adalah LEGOLAND Malaysia Resort. Taman teman ini yang telah telah dibuka secara rasmi pada tahun 2012 tidak putus-putus menerima kunjungan ramai. LEGOLAND Malaysia Resort yang unik dan kreatif iaitu menggabungkan taman tema, taman tema air (Water Park), Sea Life dan pusat penginapan seperti Hotel di dalam satu lokasi berlatar belakangkan pemandangan LEGO®.
Bagi yang gemar bermain air inilah lokasi pilihan seisi keluarga. Bayangkan bermain air dalam taman tema LEGO dengan lebih daripada 20 gelongsor,, pertunjukan dan permainan air. Bunyinya seperti impian yang menjadi kenyataan untuk kanak-kanak (dan orang dewasa) yang gemar dengan blok LEGO.
Taman Air Legoland Malaysia adalah salah satu tarikan paling popular di Legoland Malaysia Resort, destinasi mesra keluarga yang menawarkan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan untuk semua peringkat umur. Jom kita teroka apa yang ada di Taman Air Legoland Malaysia!
Ciri-ciri Taman Air Legoland Malaysia
Taman Air Legoland Malaysia bukanlah taman air biasa. Ia adalah taman air yang terinspirasi oleh brick LEGO dan direka untuk membangkitkan imaginasi dan kreativiti anda. Taman air ini mempunyai lebih daripada 20 ciri yang memenuhi pelbagai peringkat umur dan minat.
1.LEGO Wave Pool
Ia merupakan kolam ombak terbesar dalam taman air ini, di mana anda boleh menikmati ombak dan berehat di kerusi pantai. Kolam ini juga mempunyai model LEGO gergasi yang menambahkan suasana yang seronok.
2.uild-A-Raft River
Ini adalah ciri unik yang membolehkan anda membina rakit anda sendiri menggunakan brick LEGO yang lembut dan mengapung sepanjang sungai yang tenang. Anda juga boleh menyesuaikan rakit anda dengan warna dan bentuk brick yang berbeza.
3.Joker Soaker
Ini adalah taman permainan yang menyeronokkan dan interaktif yang mempunyai baldi air besar yang membuang air setiap beberapa minit, serta landasan, meriam air, pancuran air, dan jet. Anda juga boleh mencuba untuk membasahkan rakan-rakan dan keluarga anda dengan kepala joker yang melepaskan air pada selang-selang masa.
4.DUPLO Splash Safari
Ini adalah ciri yang sempurna untuk kanak-kanak kecil, yang boleh menikmati air cetek dan haiwan DUPLO yang berwarna-warni yang menyemburkan air. Ciri ini juga mempunyai landasan kecil dan kawasan bermain untuk kanak-kanak berseronok.
5.Brick Blaster
Ini adalah ciri yang mengasyikkan yang melibatkan tiga orang naik dalam tiub melalui terowong gelap dengan belokan dan pusingan. Ciri ini juga mempunyai kesan khas seperti lampu, bunyi, dan semburan air yang membuatkan anak-anak teruja!
6.Wave Rider
Salah satu gelongsor yang tertinggi di taman tema air ini, permainan ini akan membuatkan anda teruja di sepanjang tub terbuka setinggi 240 kaki. Cabar diri anda untuk bermain disini lagi dan lagi.
Ini hanya beberapa daripada ciri-ciri Taman Air Legoland Malaysia. Terdapat banyak lagi ciri yang boleh anda terokai dan nikmati, seperti Red Rush, Splash ‘N’ Swirl, Tidal Tube, Twin Chasers, Splash Out, LEGO Slide Racers, Imagination Station, dan banyak lagi.
Taman air ini juga mempunyai langkah-langkah keselamatan dan peraturan yang perlu anda ikuti, seperti sekatan ketinggian dan umur, pengawal keselamatan, tempat penyimpanan, dan lain-lain. Boleh dapatkan maklumat lanjut mengenai ini di laman web rasmi.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sebenarnya ada banyak cara untuk kita menghilangkan bau hapak, busuk, kepam dan sebainya itu. Selain cara mudah dengan menggunakan alat penyegar udara, kita juga sering dengar kemampuan arang dalam mengatasi masalah bau. Hal ini memang tidak perlu disangkal lagi.
Pun begitu, andai kita sekadar meletakkan arang di sebahagian sudut rumah, tentu akan sedikit sebanyak mengganggu dekorasi kediaman. Apatah lagi jika ada anak kecil, bimbang juga akan dibuat main pula bila ternampak.
Untuk itu, apa kita kita ikut cara Yatie Eimra ini dalam menggunakan arang di setiap sudut ruangan kediamannya tanpa tidak menampaknya fizikal nyata arang tersebut. Menarik bunyinya bukan, dan jom semak perkongsian ini.
Tip Hilangkan Bau Busuk, Hapak & Kedap
Sekarang ni walaupun musim panas tapi petang-petang kerap jugak hujan. Kasut pun selalu je lembap..Salah satu masalah orang duduk rumah takde tanah ni, pintu utama dan rak kasut tak kena cahaya matahari. Kalau kena panas matahari tu, boleh gak kasut yang lembap kering dengan sekata. Ni paham-paham ajelah macam mana baunya bila kasut selalu lembap.
Walaupun guna pewangi udara, bau hapak tu tetap ada dan sesekali terhidu juga bila angin sepoi-sepoi bahasa gitu. Heheh.. Banyak bahan-bahan boleh diguna untuk kurangkan bau-bauan yang tak menyenangkan ni seperti soda bikarbonat, serbuk kopi, cuka, dan lain-lain.
Saya gunakan arang biasa je sebab murah dan boleh dapat banyak. Boleh gak gunakan arang untuk bakar-bakar (briquette) tapi harganya lebih mahal dan ia gak cepat berkulat. Bila berkulat kena bersihkan (kikis & buang bahagian berkulat dan jemur matahari) sebab tak elok untuk kesihatan nak-nak kalau anak ada eczema, asthma, masalah pernafasan atau alergi.
Arang Mengurangkan Masalah Bau
• Bau hapak/kasut lembap
Simpul arang dalam stokin lama (yang nipis) dan masukkan ke dalam kasut atau simpan arang dalam bekas. Jika guna penutup, pastikan ia berlubang-lubang.
• Bau kedap di dalam kereta/rumah/almari
Bergantung pada tujuan penggunaan, korang boleh gunakan bekas atau hancurkan sedikit arang agar jadi serpihan kecil dan bungkus dalam uncang kecil untuk digantung. Boleh juga gunakan arang dalam hiasan bunga/pasu. Titiskan essensial oil jika suka. Arang juga boleh kurangkan bau durian yang kuat dalam kereta/rumah.
• Bau makanan (yang dah bercampur baur) dalam peti sejuk
Sebaik-baiknya masukkan arang ke dalam bekas supaya tak mengganggu ruang penyimpanan. Kalau korang rajin, lap peti sejuk dengan kain lembap yang sudah dititiskan esen vanila untuk bau yang segar.
• Bau busuk dari tong sampah
Letakkan bekas berisi arang berdekatan tong sampah (terutamanya sampah basah & berbau). Yang ada anak kecik yang masih poo² dalam pampers pun elok la guna arang ni haa..
• Bau hancing tandas
Letak bekas berisi arang atau gunakan arang untuk hiasan bunga di dalam tandas. Kesannya lebih efektif lagi kalau gunakan bersama homemade spray serbaguna (boleh tengok post saya yang lama)
• Bau najis kucing/haiwan peliharaan
Letakkan bekas berisi arang berdekatan bekas pasir kucing/cat litter untuk mengurangkan bau
Sambil-sambil gunakan arang untuk serap bau busuk, boleh jadi idea dekorasi jugak tau. Ni saya kongsikan beberapa idea cara guna/dekorasi dari arang dan bahan-bahan recycle je.