Tentu masih banyak lagi stok tempoyak yang dihasilkan sepanjang musim durian yang lalu. Jika ditanya, menu apa agaknya yang telah anda sediakan untuk famili ye dengan tempoyak tersebut?
Selain biasanya enak dijadikan sambal tempoyak atau buat masak gulai Ikan Patin Tempoyak, sebenarnya macam-macam lagi menu boleh kita sediakan dengan menggunakan stok tempoyak yang ada.
Jadi apa kata kali ini anda sediakan resipi Sambal Udang Tempoyak yang dikongsikan oleh Azlina Ina di group masakan.
Ujar Azlina Ina, kalau tempoyak arwah mak suka buat sambal udang macam ni. Memang balik sekolah tengok lauk ni happy sangat sebab dulu-dulu nak dapat udang susah sangat. Memang lawan kan nasi panas, ulam-ulam segar dengan ikan masin gelama ke, Allah lupe diet mentar.
Turut dikongsikan resipi untuk anda mencuba rasa keenakan sambal udang yang dimaksudkan olehnya. Selamat mencuba.
Sambal tempoyak udang petai
Bahan-bahan:
Udang 10 ekor
Tempoyak 4-5 sb
Cili padi ikut keperluan- kalau suka pedas desing letak la lebih lagi sedap kalau pakai cili padi kampung
Ikan bilis halus ( wajib) tujuan dia bagi lg sedap lemak kat sambal dan masa tumbuk cili cepat halus dan tak melompat ke mata
Tidak menggunakan bawang ya. Jangan bubuh bawang nanti bunuh rasa dan bau tempoyak kita.
Serai 2-3 batang di titik
Cara-caranya :
1.Tumbuk cili dengan bilis tadi
2. Bila agak lumat tumis kan dengan minyak sederhana, sampai agak garing
3. Masukkan 3-4 sb gula( ikut tempoyak kalau baru die manis kurangkan gula) tapi biasa rasa last nanti korang ejas la
Ads
4. Tempoyak dan air lesung dalam 1/4 atau kalau suka berkuah letak separuh lesung tuang kedalam. Kata orang petua masak sedap biar mendidih dan naik minyak
5. Ok masukkan udang dan sudah betukar merah letak garam dan perasa serta masukkan petai
Kat sini boleh tengok kalau rasanya dah balance dan korang suka dia tak bekuah sangat tak yah letak kuah kalau nak bekuah siket letak air siket. Tutup api dah hidangkan,
ya Allah nikmat dunia alhamdulilllah.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Pengorbanan seorang isteri. Demi untuk keluarga tersayangs egala kepayahan ditanggung tanpa keluhan. Demikianlah juga dengan pengasas Rina Salleh Clothing yang terpaksa memikul tanggung jawab sebagai ketua keluarga buat sementara waktu selepas suaminya menjalani pembedahan di kedua-dua bahagian lututnya. Ketabahan dan semangat kental yang ada dalam diri Rina Salleh itu menarik perhatian pengikutnya. Sementelah dia kini sedang berbadan dua.
Baru-baru ini menerusi laman instagramnya, Rina memuat naik perkongsian tentang keadaan suaminya yang baru menjalani pembedahan lutut dan kini sedang berehat sambil menjalani rawatan fisio sepenuhnya. “Dah lebih sebulan suami operation dua-dua lutut. AlhamdulILLAH Thumma AlhamdulILLAH sekarang semakin baik namun masih dalam rawatan fisio sepenuhnya.
“Cepat sangat semuanya sampai tak sempat nak fikir macam mana lepas ni. Kak Rina ambil alih tugas-tugas suami sementara suami dalam proses rawatan. Jadual memang penuh setiap hari dari pagi sampai ke malam.
“Urus anak-anak sekolah, urusan rumah, masak, kemas, grocery shopping, sesekali suami ikut juga di kereta nak ambil angin luar. Dengan urusan @rinasallehclothing lagi. Lepas tu bersambung PKPB pula di Selangor ni. Urusan lain memang Kak Rina pause kejap. InshaALLAH lepas ni kita usahakan. Akui Rina lagi, dia seolah-olah tidak percaya dapat menguruskan segala-galanya sendiri, sementelah diri sedang berbadan dua dan alahan yang teruk.
Penat? Rasa macam tak percaya dapat buat semua ni. Sampai terlupa kadang yang diri sendiri tengah pregnant. Cabaran pregnant kali ni lain pula. Alahan alergi yang SubhanALLAH hebat.
. AlhamdulILLAH banyak ALLAH mudahkan. ALLAH bagi peluang Kak Rina nak khidmat untuk suami dan keluarga. Walau tak sempurna namun tanggungjawab yang lopong-lopong sebelum ni dapat juga topup dengan sediakan keperluan dan teman suami.. Ps: masa di hospital dapat khabar gembira YM ABUYA ABU ASWAD IBNU ZAKARIA ALKUBRA buat kejutan. Tiba-tiba bagitau nak datang. MasyaALLAH dari Kelantan datang untuk ziarah, bagi nasihat dan kata semangat. Tersenyum lebar @afiqiskandar1 sampai hari ni. Berkat doa seorang guru, insiden ni dapat kami ambil kekuatan dan hikmah luar biasa darinya,” tulisnya dikapsyen.
Rumah adalah tempat dimana anda berehat dan menikmati masa lapang. Oleh itu, pentingnya persekitaran dalam rumah bebas dari pencemaran termasuklah habuk dan juga alergen.
Ia termasuk memastikan penghawa dingin atau aircond dalan keadaan selamat digunakan. Namun kebanyakan orang tidak cara untuk membersihkan penapis penghawa dingin ini.
Nak tahu caranya bagaimana mencuci sendiri filter ikuti step by step oleh saudara Ahmad Syahril Mohd.
Bila aircond rasa kurang sejuk, filter tu penuh habuk dah tu.. kite belajar-belajar bersihkan sendiri. Ramai dah tahu dalam ni, cume mungkin masih ramai yang belum tahu.
Mudahnya cuci filter aircond berhabuk
1. Buka Filter
Cara nak buka filter tu, mula-mula tarik di bahagian ini, dekat kedua-dua belah kiri dan kanan aircond.
2. Keluarkan Filter
Lepas tu keluarkan filter di depannya. Caranya tarik je perlahan-lahan. Macam ni rupa filter tu.
3. Bersihkan Habuk
Kemudian sapu habuk tu bagi bersih.
Nak bersihkan atau basuh guna air pun boleh. Tapi lepastu pastikan kering dulu baru pasang semula.
4. Pasang Semula
Cara nak pasang balik pun sama lebih kurang macam buka tadi. Cuma tolak masuk semula ke tempatnya.
Tolak filter sampai ia masuk ke senggatan ni.
5. Tutup Semula
OK dah siap pasang macam ni, tutup kembali penutupnya. Mudahkan apabila anda tahu cara untuk bersihkan filter aicond sudah berhabuk ini.
Selamat mencuba!
Sumber :Ahmad Syahril Mohd
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Jika sebelum ini, kuih cekodok mengunakan tepung gandum, apa kata kali ini, kita menggunakan cekodok nasi pula. Jika nasi yang berlebih tak habis, boleh cuba resipi.
Paling menarik jika ada anak yang ekzema. Yang alah kepada tepung gandum. Jadi dengan menggunakan nasi ini sebagai bahan asas yang bebas gluten membantu anak yang menghadapi masalah ekzema.
Apa pun, resipi ini sesuai untuk seisi keluarga. Rasanya pun sedap dan lembut. Menarik perkongsian oleh puan Widyana Ali yang mengunakan resipi oleh Noor Sarra Kamarudin sebagai hidangan seisi keluarganya.
KUIH CEKODOK NASI
Cekodok nasi (tiada tepung gandum digunakan). Rasa macam cucur udang. Lembut gebu. Senang sangat caranya.
Boleh buat kalau ada nasi lebih semalam.
SENANG NAK BUATNYA
Kisar satu cawan nasi sejuk/semalam menggunakan 1/2 cawan air bersama sebiji telur. Saya guna air panas.
Tuang adunan ke dalam mangkuk.
Masukkan:
Bawang kecil yang dihiris.
Carrot yang dipotong dadu/disagat.
Kentang kecil Australia yang dipotong dadu.
Daun bawang dipotong. (Boleh juga daun sup)
Garam pink himalaya secukup rasa.
1 cawan potato starch (kanji kentang)/boleh guna tepung jagung non gmo.
ADUNAN LEMBUT
Kacau sebati semua bahan.
Jika adunan terlalu pekat tambah sedikit air.
Jika terlalu cair tambah sedikit potato starch.
Adunan mesti tak terlalu pekat atau cair.
Sudukan semasa menggoreng dalam minyak.
SIAP!
Sedapnyaaaaa. Masha Allah.
Terima kasih Noor Sarra Kamarudin atas resepi.
Diganggu ketika solat, tiga wanita terima pampasan RM331,000. Tiga mahasiswi beragama Islam di Amerika Syarikat menerima bayaran pampasan sebanyak AS$75,000 (kira-kira RM331,000) selepas menjadi mangsa gangguan semasa menunaikan solat, menurut laporan Fox News baru-baru ini.