Setiap ibu bapa sudah tentu mahu memberikan yang terbaik kepada anak. Lantaran itu, memastikan anak didik dengan sempurna.
Selain mendapat panduan keibubapaan daripada orang tua, ada juga yang mendapatkan info mendidik anak melalui sumber bacaan melalui buku dan internet.
Namun setiap info dan tip keibubapaan ada yang sesuai atau sebaliknya.
Seterusnya ikuti perkongsian terapis ini, Norzi Malek akibat tersalah pilih info mendidik anak-anak.
Tak guna ayat ‘JANGAN’
Saya ada menerima kes untuk anak Hyperactive yang berusia 6 tahun. Setelah beberapa kali sesi rawatan, saya tersedar sesuatu apabila si ibu kerap kali memaklumkan saya yang beliau menggunakan kaedah parenting Jepun dalam mendidik si anak.
Awal-awal sesi saya rasa bagusnya ibu muda ni, rajin membaca untuk menjadi ibu yang baik. Lama kelamaan saya rasakan si ibu mula taksub dengan kaedah Jepun. Salah satu yang sering disebut-sebut Time-Out.
Ads
Semasa sesi education selepas habis sesi therapy, si anak memanjat meja dan saya spontan menegur “Eh abang, jangan panjat meja. Nanti jatuh. Turun turun. Bahaya”. Si ibu terus menegur saya “Cikgu, kalau ikut kaedah Jepun, kita tak boleh menegur macam tu.
Tak boleh guna perkataan JANGAN. Kita kena bagi ayat positif. Ayat negatif kena elakkan. Nanti anak jadi pemikiran negatif dan buruk”. Saya memang tercengang dengar jawapan tu. Saya pun bertanya “Siapa bagitau ibu macam tu? “. Si ibu pun membalas, “saya guna kaedah Parenting Jepun”. Jadi dipendekkan cerita, saya pun memberi ‘parent education’ gaya Malaysia. Hahaha. Panjang lebar saya ceramah.
“Ibu, kenapa nak guna cara Parenting Jepun atau luar Malaysia? Cara parenting kita pun bagus, sebab anak kita dibesarkan di Malaysia. Kawan-kawannya juga orang Malaysia yang dididik cara orang kita. Dan sudah tentu di sekolah juga cara didikan Malaysian akan digunakan.
Saya tak berapa pandai bab ulasan agama. Tapi ibu boleh lihat dan baca tafsir Al-Quran di dalam surah Luqman. Bagaimana Luqmanul Hakim mendidik anaknya. Terdapat perkataan ‘JANGAN’ digunakan untuk menegah anaknya daripada melakukan perkara tidak baik dan dilarang Islam.
Ads
Perkataan JANGAN bukanlah perkataan negatif. Dan itu juga bukanlah suatu doa. Tadi ayat saya, ” Jangan panjat meja. Nanti jatuh. Bahaya”. Kita perlu memberi tahu dengan jelas kesan dan akibat sesuatu perbuatan. Itulah gaya Parenting Malaysia.” Si ibu menjawap “kaedah Parenting kita tak berapa sesuai. Tak soft dan agak traditional. Saya nak ajar cara lembut dan moden”. Saya diam. Dan bagi jawapan ini.
” Parenting gaya Jepun tak semuanya baik ibu. Yang baik kita ambil. Tapi jangan terlalu ikut sangat semua kaedah. Ada yang tidak sesuai untuk anak-anak kita. Untuk makluman ibu juga, kes bunuh diri di Negara Jepun adalah antara yang tertinggi di dunia. Kenapa mereka bunuh diri sedangkan kaedah Parenting mereka diagungkan di seluruh dunia? Bukankah mereka dibesarkan dengan cara Parenting Jepun yang BAGUS?” Tamat kisah ni.
Dah tiga bulan si ibu tak mai therapy kat saya. Merajuk agaknya. Nota kaki : terlalu banyak tips-tips parenting di Media Sosial. Ambil yang baik dan mampu kita ikuti sahaja. Parenting adalah satu proses pembelajaran dari pengalaman. Jangan jadikan ia satu penanda aras untuk menentukan kita sebagai ibu bapa yang baik atau tidak.
Ads
Meninjau di ruangan komen netizen juga setuju penggunaan ‘jangan’ dalam mendidik anak.
Kala seramai 440,743 murid tahun enam menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), seorang anak sulung yang juga merupakan ketua pengawas, tidak mampu berbuat demikian sebaliknya menunggu rawatan lanjut buat dirinya setelah disahkan mengidap barah otak.
Sesiapa sahaja yang bergelar ibu atau bapa, tentu meruntun jiwa apabila anak disahkan begitu dalam sekelip mata sahaja dan cita-cita untuk menduduki UPSR terpaksa dibatalkan atas nasihat doktor.
Doa mengiringi buatmu adik, Mohd. Rusyaidi Mohd. Ridzuan moga kembali sembuh seperti sedia kala. Pasti setiap penyakit ada ubatnya dik! InsyaAllah.
Menurut laporan dari Kosmo Online, murid ini dari Sekolah Kebangsaan (SK) Jerantut di sini terpaksa melupakan hasrat menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang diadakan hari ini apabila disahkan mengidap barah otak.
Mohd. Rusyaidi Mohd. Ridzuan, 12, yang juga ketua pengawas di sekolah berkenaan kini menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur.
Bapanya, Mohd. Ridzuan Abdul Manaf, 41, berkata, anak sulungnya daripada lima beradik itu tidak dapat menduduki UPSR setelah menerima nasihat doktor.
“Along (Mohd. Rusyaidi) nak ambil UPSR di hospital, tetapi doktor mahu dia berehat kerana masih lagi menjalani rawatan untuk mengetahui tahap kanser yang dihidapi,” katanya.
Berat bahu memandang berat lagi bahu yang memikul. Sebak dengan berita ini, kaum keluarga,saudara mara dan rakan-rakan sentiasa memberi sokongan tanpa henti.
Merujuk kepada laman facebooknya bapa murid ini Mohd Ridzuan Abdul Manaf yang juga merupakan guru di sebuah sekolah di daerah Jerantut, perkongsiannya telah mendapat perhatian rakan-rakan yang sentiasa memberikan doa dan kata-kata semangat. Malah beliau sendiri turut berkongsi rasa hatinya di laman facebooknya.
Lama menyepi daripada berkongsi tentang kehidupan peribadinya, pelakon dan penyanyi, Fattah Amin kini mencuri perhatian ramai apabila memuat naik gambar terbaharu bersama anak tunggalnya, Fatima.