Penerbit terkenal Datuk Ziela Jalil menjalani pembedahan pintasan usus (bariatrik) di sebuah pusat perubatan pada hujung Mei lalu.
Berita tersebut dimuatnaik empunya diri menerusi satu perkongsian di media sosial miliknya.
Ziela atau nama penuhnya Norzilah Abdul Jalil menjalani prosedur tersebut bagi meningkatkan lagi tahap kesihatannya.
“Inilah hasil daripada pembedahan saya pada 31 Mei lalu. Selepas pembedahan saya juga melakukan follow up untuk memastikan semua simptom berkurangan.
“Sehari selepas pembedahan saya rasa sangat baik dan boleh berjalan dengan mudah,” katanya.
Ads
Menerusi video yang dikongsi di laman Instagram miliknya itu, Ziela dilihat menggunakan khidmat doktor sama yang merawat penyanyi Datuk Aishah dan Ziana Zain sebelum ini.
Dalam tempoh sepuluh hari selepas pembedahan bariatrik itu, Ziela juga mengikut nasihat doktor tersebut mengamalkan diet bagi proses pemulihan.
“Saya sudah mula makan makanan lembut yang mengandungi protein tinggi. Rejim diet yang diberikan oleh doktor adalah untuk membantu proses pemulihan selepas pembedahan.
Ads
Sementara itu, Ziela turut berkongsi tahap kolestrol badannya tinggi ketika menjalani pemeriksaan sebelum prosedur pembedahan.
“Bayangkan bacaan kolestrol saya adalah 10. Kalau bukan kerana pembedahan ini saya tidak akan memeriksa dan akan tahu berisiko mendapat komplikasi seperti jantung atau strok! Naudzubillahiminzalik. Paras gula pun borderline tinggi sudah. Semua masalah ini disebabkan sindrom metabolik,” ujarnya.
Bukan semua orang suka makan mi goreng. Baik anda sendiri, apa lagi anak-anak kecil kita. Punca adalah kerana rasa kapur yang terdapat di dalam bahan membuat mi ini. Rasa ini bukan sahaja tidak enak, malah buat hilang selera untuk menyuap kali kedua.
Walaupun direndam dan dibasuh berkali-kali, bau kapurnya masih lagi kuat. Inilah yang menyukarkan ibu-ibu untuk menyediakan mi. Justeru, anda boleh mencuba petua yang diberikan ini.
BAHAN-BAHAN:
Mi Kuning
Gula pasir
Caranya mudah sahaja. Selepas mi dikeluarkan daripada plastiknya, basuh mi kuning kemudian taburkan gula pasir di atasnya. Ratakan ke seluruh kawasan dan biarkan mi direndam selama 30 minit. Kemudian bilaslah dengan air yang bersih.
Selain itu, cara lain untuk menghilangkan bau kapur ini adalah dengan cara merebus mi itu sendiri. Jangan hanya mencelurnya tetapi merebuskan seketika selepas di basuh bersih. Selepas merebus, angkat dan toskan kemudian bilas sekali lagi dengan air bersih.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Memiliki anak ramai itu rezeki. Namun ada juga sesetengah pihak yang memandang sinis. Kononnya tidak pandai merancang, malah ada yang bergurau tapi menusuk ke kalbu
“Amboi ramainya anak, meriah betul dah macam satu team bola sepak, Macam mana jaga anak ramai-ramai ni ye? Tak penat Ke? itu antara ayat sinis yang dilemparkan kepada ibu beranak ramai. Tidak cukup dengan itu, ada yang menunjukkan ketidakselesaandengan kehadiran anak-anak tersebut.
Hanya ibu yang mengalami dan merasai tahu apa rasanya di hati dengan pandangan sinis dan kata-kata negatif sesetengah masyarakat. Baik suri rumah mahupun ibu yang bekerja, dua-dua penat. Namun, anak menjadi sumber kekuatan untuk mereka kuat mengharungi dugaan dalam rumah tangga.
Perkongsian Intan Dzulkefli ini mungkin dapat membuka mata kepada masyarakat di luar sana yang suka melemparkan pandangan negatif dan sinis kepada ibu beranak ramai. Bagi yang belum berkahwin atau memiliki anak mungkin tidak rasa perasaan tersebut.
Jadi bersangka baiklah, jangan ingat ibu beranak ramai tidak pandai menjaga penampilan tetapi mungkin ada sebab yang membuatkan mereka tidak betah memikirkan hal yang satu ini. Ada yang lebih penting iaitu keperluan suami dan anak-anak.
Itulah pengorbanan seorang wanita bergelar isteri dan ibu. Patut HORMAT dan TABIK dengan insan begini yang sanggup bersusah payah demi keluarga. Bukan semua mampu melaluinya! SALUTE dengan WANITA KUAT begini…
Secara peribadinya saya tak berapa berkenan kalau orang kutuk-kutuk ibu yang beranak ramai ni nampak aging, nampak tak terurus, pengotor rumah tak berkemas. Tambahan kalau komen pedas itu datangnya dari insan yang belum berkahwin, mahupun yang belum ada anak.
Kadang rasa sebak pun ada.
Seriously you are clueless, didn’t know what they were dealing with.
Awak tak tahu apa rasanya anak nak melekap 24jam. Awak cabut susu badan, dia jaga. Awak gerak sikit dia pun merengek menangis.
Awak tak faham penat bila anak berdukung walau da pandai jalan, berat dah 10-15kg sampai sakit pinggang kesan cucuk ubat masa bersalin, sampai sakit luka perut kena belah masa bersalin.
Awak tak tahu apa rasanya bila baru nak mandi anak dah menangis macam kena pukul. Baru nak lepaskan hajat anak dah meraung depan pintu jamban.
Awak tak tahu macam mana rasanya tidur selang sejam sebab bangun susukan anak. Pedih perit luka sebab menyusukan anak tak mahu berenggang. Tak tahu betapa tingtong kepala & stress rasa bila anak taknak tidur, ajak main sampai 2-3 pagi, menangis semua serba tak kena tanpa diketahui apa punca.
Awak tak tahu rasanya bila kemas rumah pun tetap akan bersepah dengan macam-macam benda yang anak tak bagi sentuh pun. Awak tak tahu macam mana rasa lapar terketar badan lepas susukan anak-anak. Sakit kepala sebab lambat makan, sakit pinggang.
Demam? Sakit? Life must go on. Anak tetap macam tu minta dilayan. Tak ada cuti sakit..
Bukan merungut. Saya cuma beritahu tipikal life mak-mak ni awak..
Jangan cakaplah.. biarkan ajelah anak tu menangis, buat ajelah macam biasa. Uruskan diri tu. Uruskan rumahtangga. Jangan… awak belum rasa.
Yang melaluinya entah berapa banyak kali menangis awak… sebab rasa hidup macam bukan untuk diri sendiri lagi. Masa untuk diri sendiri pun dah tak ada. Apatah lagi privacy & me-time. Seolah-olah lifeless awak tau..
Sayyidatina Fatimah pun menangis tersedu mengadu pada ayahandanya nakkan pembantu sebab penat sangat uruskan rumahtangga, jaga anak-anak. Hingga Rasulullah SAW ajarkan baginda zikir Fatimah.
Itu anak Rasulullah SAW, wanita yang dijamin masuk syurga. Apatah la lagi kita semua yang iman senipis kulit bawang yang hidup di akhir zaman.
Kadang kita ni memang sedap aje mulut bercakap, sebab belum kena batang hidung sendiri. Agaknya kalau kita ditempat orang yang kita kata itu, kita malah lebih teruk lagi.
Belajarlah dari kesilapan saya. Saya dulu pun suka salah faham ingatkan mudah je jadi isteri solehah, didik anak2 & jadi ibu rumahtangga ni. Yelah baca dalam buku & dengar ceramah macam senang sangat je wanita nak masuk syurga. Realitinya mahar syurga itu terlalu mahal.
Kadang terlalu penat tu tak tertanggung mengalir juga air mata, hanya Allah tempat mengadu. Itupun alhamdulillah, suami dah sangat banyak bantu. Bagaimana pula bagi wanita yang suami lepas tangan & yang PJJ dengan suami? MasyaAllah, tak terbayang bagaimana kuat ujian mereka.
Tak perlulah zalim sangat menuduh ibu-ibu yang meluahkan perasaan mereka ni sebagai mengeluh, tak bersyukur. Mereka juga manusia biasa. Mereka bukannya robot. Bila mereka memendam, jadi murung, meroyan… itu lebih tak sihat untuk anak-anak.
Samada stay at home mother, work at home mother atau ibu yang bekerjaya, saya pernah rasa semua title. Jujurnya, semua pun penat. Jadi, tak perlulah rajin sangat nak calculate pengorbanan siapa lagi banyak, siapa lagi penat.
Buat ajelah tugas kita masing-masing & biarkan Allah sahajalah yang menilai segalanya. Tak perlulah kita jadi hakim untuk judge sesiapa. Kita pun bukan hebat mana.
Beras adalah makanan utama buat keluarga. Setiap hari akan memasak nasi untuk menjamu selera bersama keluarga.
Namun tahukah anda, sebenarnya membasuh beras juga adabnya menurut agama Islam agar beras yang dibasuh bersih dengan doanya sekali.
Nak tahu caranya ikuti petua ini untuk dijadikan amalan harian keluarga.
Ini caranya.
1. Semasa basuh beras, bacalah selawat ke atas Baginda Nabi Muhammad SAW.
2. Bila anda sudah masukkan air untuk sukatan bacalah:
i) Surah Al-Insyirah (Alam Nasyroh) – Ini pesanan beberapa ustaz, tujuannya adalah sebagai doa untuk mengelak penyakit kronik kepada orang yang makan nasi tersebut, dengan izin dari Allah SWT.
ii) Surat Al Kauthar (Inna a’ Toina kal kauthar) – Sebagai penerang hati, belajar cepat dapat, dengan izin dari Allah SWT.
iii) Surah Al-Qadr – ( Inna anzalna hufi lailatil qadr) – Ini pesanan yang saya baru dapat dari seorang ustazah di sekolah tahfiz anak saya. Surah ini akan memudahkan ahli keluarga membetulkan diri dan memperbaiki amal, dengan izin dari Allah SWT.
iv) Zikirkan Ya Kareem , Ya Raheem- Beberapa kali dan hembus dalam nasi. Ini untuk menguatkan kasih sayang dalam kalangan ahli keluarga.
Buatlah puan-puan, InsyaAllah dengan beristiqamah kepada satu amalan, akan memberi kekuatan untuk beramal dengan amalan yang lain. Wallahua’lam
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.