Pelakon dan penerbit, Intan Ladyana yang kini sedang hamil anak keduanya mengakui kehamilannya kini agar sukar berbanding sebelumnya.
Ujar Intan lagi yang kini sudah pun berada di trimester kehamilannya, dia mengalami alahan yang agak teruk lebih-lebih lagi di awal trimester hamil.
“Kandungan saya sudah berusia enam bulan, dan saya mempunyai alahan yang teruk sedikit berbanding kehamilan saya yang pertama,” kongsinya.
Ads
Malah kata Intan lagi, dia kini cepat merasa letih ditambah pula dengan anak sulungnya, Evie Khadeeja, yang sukar untuk berenggang dengannya.
“Bagi anak kedua ini, ia agak memenatkan.
“Selain perlu menjaga kandungan saya juga kena jaga anak yang pertama kerana jenis tak nak berenggang langsung,” katanya berkongsi.
Ads
Intan yang hadir ketika sidang media Tayangan Perdana Filem Banglo Seksyen 12 tidak mendedahkan jantina bayi yang bakal dilahirkan namun kelihatan cukup cantik dan berseri-seri dengan perut yang kini semakin membesar.
Terdahulu, Intan dan Harris mendirikan rumah tangga pada 5 Februari 2022. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Evie Khadeeja yang kini berusia dua tahun.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Anak-anak adalah amanah yang perlu dijaga dengan penuh kasih sayang dan tanggungjawab. Pun begitu, sebagai ibu ayah kita juga faham, setiap anak punya ragam dan perangainya yang tersendiri yang perlu kita fahami dalam mendidik mereka.
Berdepan dengan pelbagai situasi dalam membesarkan anak-anak, pernah juga kita dengar cerita ada ibu bapa suka membanding-bandingkan anak kepada umum hingga membuka aib anak tanpa sedar atau sengaja. Hal ini tentunya boleh membuatkan anak jauh hati dengan ibu dan bapa mereka sendiri.
Menyedarkan hal ini adalah tidak wajar dilakukan oleh ibu ayah, Ahmad Saifuddin Yusof, penulis buku tafsir yang sering berkongsi ilmu di media sosial berkongsi pandangannya dan menyifatkan ibu ayah yang suka mengumpat anak sendiri seumpama ‘makan daging’ anak sendiri.
Ini perkongsiannya dan bersama kita ambil pengajarannya.
‘Makan Daging’ Anak Sendiri
Ada satu perangai ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang sudah dewasa ialah mengumpat anak-anak sendiri.
Mengumpat anak sendiri?
Ya, sama ada menceritakan perihal buruk anak kepada orang luar atau kepada anak-anak yang lain.
Paling buruk kesannya apabila mengumpat anak dengan anak yang lain.
Contohnya, katakanlah Angah berjaya dalam karier sehingga ada pendapatan yang baik. Manakala Along kurang berjaya sehingga terpaksa meminta bantuan kita sebagai ibu ayah dengan berhutang dan sebagainya.
Ada perangai ibu ayah sekarang yang suka bercerita perihal Along itu kepada adik-adik. Kesan buruknya, hilang rasa hormat adik-adik kepada Along. Ditokok tambah macam-macam. Sedangkan keadaan Along itu yang terdesak menyebabkan terpaksa berhutang dengan ibu ayah.
Mengapa berlaku begitu?
Perangai kita ibu bapa yang suka mengumpat membawang orang lain dengan kawan-kawan. Jadi perangai itu terbawa-bawa apabila bercerita hal ehwal anak sendiri. Dia tidak sedar yang diumpatnya itu anak sendiri dengan orang lain atau anak sendiri.
Solusinya, hentikan perangai suka mengumpat dan membawang orang lain macam Mami Jarum. Memang seronok rasa bila membuka aib. Seronok itu datang dari syaitan.
Apabila dua orang lelaki telah mengumpat satu kumpulan orang yang banyak makan sehingga mereka berdua ketawa.
Rasulullah Sollahu ‘Alayhi wa Sallam yang mendengar perbualan dua orang itu. Wajah Nabi berubah, lalu Nabi berkata, “Sesungguhnya saya ternampak daging saudara tuan-tuan itu melekat di celah gigi tuan berdua.” – Sahih al-Bukhari
Daripada ucapan itu ia membawa maksud;
+ Daging saudara seagama sendiri telah masuk ke dalam mulut.
+ Daging itu telah digigit, dimamah, dikunyah.
+ Daging itu telah ditelan sehingga tertinggal cebisan di celah gigi.
Kita berhenti mengumpat sekarang, supaya tidak terumpat anak sendiri.
Tetapi, ada pengecualiannya.
Ibu terpaksa berkongsi perihal anak-anak sesama anak yang lain untuk sama-sama membantu.
Contohnya kes Along berhutang dengan ibu itu dalam jumlah yang banyak. Maka ibu terpaksa minta pandangan adik-adik Along itu untuk sama-sama membantu dan tidak diperincikan jumlah hutang dan sebagainya. Cukuplah untuk menimbulkan kerisauan adik-adiknya.
Bagi seorang ibu yang baik, mereka sangat faham garis halus antara mengumpat anak atau mahu membantu anak. Sangat berbeza caranya.
Orang kata, apabila sudah duduk serumah tidur sebantal barulah kenal luar dan dalam pasangan kita. Kalau waktu bercinta, belum tentu dia menunjukkan sepenuhnya perangai sebenar. Jadi, jangan terkejut lepas berkahwin lain pula perangainya.
Sebab itu orang kata, hanya isteri yang lebih memahami perangai dan sikap suaminya. Baik buruk dan kelakuan kita, hanya isteri sahaja yang tahu.
Baca perkongsian Saudara Mohd Fhais kenapa suami kena dengar nasihat isteri lebih dari orang lain?
Kerana nasihat seorang isteri adalah satu-satunya nasihat yang tepat, betul dan sesuai dengan kita (suami). Tiada yang lebih mengenali suami melainkan isterinya.
Bahkan lebih kenal daripada mak sendiri !u Buruk baik diri kita ni isteri sahaja yang tahu. Dia hadap setiap hari 1001 kelakuan kita tanpa mengeluh. Walaupun dia nampak kelemahan kita tapi masih tetap setia dengan kita.
Patah perkataan yang keluar dari mulut isteri tak lain tak bukan hanya untuk kebaikan keluarga sendiri. Ini confirm!
Dengarlah kawan-kawan bila isteri masih ada hati memberi nasihat. Di saat isteri dah tak ada hati nak bagi nasihat, nescaya kita dah tersangat rugi.
Kita baru kehilangan “Penasihat” terbaik yang telah di cipta untuk kita !
Tiada yang lebih baik memberi nasihat daripada isteri bahkan lebih baik dari nasihat mak ayah kerana ada mak ayah tak berapa kenal pun anak dia yang dah dewasa.
Tiada yang lebih jujur memberi nasihat daripada isteri bahkan adik beradik sekalipun ada masa tak sampai hati nak tegur takut kita berkecil hati.
Tiada yang lebih tepat memberi nasihat berbanding isteri bahkan kawan-kawan sekalipun akan berat sebelah sebab mereka pasti utamakan keluarga mereka dahulu.
Dengan orang lain kita boleh berlakon tapi dengan isteri tidak. Dia tahu semuanya. Dari busuknya bau kentut kita sampai la ke busuknya perangai kita, semua dia dah hadap!
Tak usah bangga sangat kalau ada kawan-kawan duk puji kita baik, rajin, dan puji kita ni calon suami mithali kononnya.
Selagi kata pujian ni tak keluar dari mulut isteri sendiri, maknanya pujian tu tak 100 peratus benar!
Tiada yang lebih ikhlas puji suami sendiri melainkan isterinya.
Oleh itu, nasihat saya kalau nak dapatkan nasihat yang paling ikhlas dan paling berniat baik orang pertama yang anda kena cari ialah isteri sendiri.
Wallahu A’lam,
Saya Mohd Fhais tak malu minta nasihat dari isteri tapi malu bila menyusahkan isteri dengan masalah yang kita cipta sendiri.
#notakekeluargaanfhais
Channel ➡️ t.me/CoretanFhais
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Menjalani kehidupan sebagai suami isteri agar bahagia selamanya selain kita suami isteri perlu bertolak ansur, perkara paling penting ialah tidak lupa memohon doa kepada Allah seperti dianjurkan dalam al-Quran dan disebut dalam hadis agar kita sentiasa mendapat pertolongan, perlindungan dan kekuatan rohani daripadaNya.
Apa yang pasti, semua kita mahukan sebuah kehidupan dalam berumahtangga yang mawaddah, rahmah dan sakinah. Moga-moga Allah SWT menganugerahkannya kepada kita semua. Amin!
Menurut perkongsian Ustaz Khairul Anuar Basri ada menyebut hidup bersuami isteri ni kata Al-Quran mesti ada 2 rasa [Surah Ar-Rum, ayat 21] :
Dengan rasa cinta akan saling menyayangi.
Dengan rasa cinta kita tak sanggup untuk berpisah.
Dengan rasa cinta kita akan merindu bila berjauhan.
2. Rahmah – rasa belas kasihan.
Dengan rasa belas kasihan kita akan memahami.
Dengan rasa belas kasihan kita akan bertolak ansur.
Dengan rasa belas kasihan kita akan saling memaafkan.
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.