Baru-baru ini viral di media sosial berkenaan kebimbangan orang Islam sebagai pencarum KWSP berkenaan wang mereka digunakan untuk melabur dalam institusi yang tidak halal.
Rentetan itu, menurut Dr Zaharudin Abd Rahman ramai yang tag namanya untuk memberikan penjelasan berkenaan pinjaman beberapa bank konvensional yang dikaitkan dengan pegangan oleh beberapa institusi besar.
Menurut Dr Zaharudin Abd Rahman, 84.9 peratus pencarum Muslim masih dalam KWSP Konvensional.
Jawab saya begini, KERANA itulah WAJIB umat Islam tukar ke KWSP Simpanan Shariah. Kerana duit pelaburan dari EPF Simpanan Shariah TIADA yang dilabur ke bank-bank Konvensional. HANYA duit pencarum simpanan konvensional yang support bank konvensional dan berikannya pinjaman ke genting HK. Adapun berkenaan dua institusi lain itu, saya tiada info dan sila rujuk kepada pihak mereka.
Malangnya, mengikut data, lebih 84.5% pencarum Muslim di KWSP masih duduk dalam KWSP konvensional.. secara tak langsung sokong bank konvensional melalui pegangan majoritinya dan termasuklah pinjaman-pinjaman itu.
Justeru, bising di media sosial sahaja tidak guna JIKA diri masih duduk dalam simpanan konvensional. Mulakan dengan apa yang dalam kuasa terdekat kita. Penukaran ke akaun Shariah boleh dibuat menerusi i-akaun secara online sahaja.
Perkongsian dan ulasan ini telah menarik perhatian warganet hingga dikongsikan 6.2K dan apabila meninjau diruangan komen nyata pelbagai riaksi diberikan oleh netizen.
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.
Berita gembira telah disahut dengan rasa syukur setelah akhirnya rakyat Malaysia dibenarkan merentas negeri bermula semalam (11.10. 2021). Sebagaimana yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Ahad petang lalu.
Sudah pastinya destinasi yang mahu dituju adalah pulang ke kampung berjumpa orang tua yang sudah lama ditinggalkan. Biarpun kelonggaran ini diberikan, namun Perdana Menteri memberi nasihat supaya tidak alpa dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan untuk mengelak penularan wabak ini.
Di samping menziarahi ibu bapa di kampung, sudah tentu ada yang merancang membawa anak-anak ke tempat menarik yang setelah sekian lama tidak berlibur bersama keluarga.
Biasanya jika melancong kita akan membawa anak dengan menggunakan kereta atau kapal terbang, namun apa kata kali ini menggunakan pengangkutan keretapi untuk menuju ke destinasi pilihan sambil menikmati pemandangan nan menghijau serta kabus waktu pagi.
Suasana ini boleh dirasai jika anda menggunakan pengangkutan keretapi yang dikenali sebagai ‘Keretapi Shuttle Pantai Timur. Bagi yang sukakan perjalanan yang relaks dan santai, inilah pilihan yang sesuai untuk membawa keluarga bercuti cara lama. Pastinya menggamit nostalgia.
Nak tahu lanjut mengenai pengangkutan ini, ikuti perkongsian saudara Mohd Radzi Jamaludin
Keretapi Shuttle Pantai Timur
Selain dari membawa sahabat dan kenalan, saya juga pernah membawa 2 orang pelancong dari Eropah menaiki Keretapi Shuttle Pantai Timur ini. Saya pecahkan perjalanan mereka kepada 5 hari sebab hendakkan mereka bermalam di beberapa lokasi, bagi merasa juadah dan bergaul dengan rakyat tempatan.
Mereka betul betul gembira dengan perjalanan tersebut. Walaupun keretapi kami bertolak lewat 5 jam, walaupun tidak mewah, tetapi mereka memang suka sangat. Ada seorang tu bagitahu, “you know Radzi, this trip is an absolute gem. Thank you for showing us your country this way.” Cumanya, mereka hairan kenapa produk ini tidak pernah langsung ada di dalam brosur atau bahan promosi pelancongan Malaysia. Langsung tiada apa apa maklumat berkenaan Keretapi Shuttle ini.
Yang sedihnya, jangan kata pelancong luar negeri, ada rakyat kita sendiri pun yang tidak tahu kewujudan Keretapi Shuttle Pantai Timur ini. Apa yang mereka tahu hanyalah tentang Ekspress Timuran yang hanya berhenti di beberapa stesyen. Keretapi Shuttle ini pula berhenti di semua pondok dan stesyen.
Pendek kata, Keretapi Shuttle ini lebih mendekatkan kita dengan orang tempatan, boleh berborak borak macam kawan yang dah lama tak berjumpa. Pernah sekali, seorang mak cik meminta saya menghantar beberapa bungkus durian ke Stesyen Pasir Mas. Dia kata, nanti ada orang yang akan mengambilnya dari saya, walaupun saya langsung tidak kenal orang tersebut. Sebelum keretapi bertolak, dia memberi saya sebungkus durian sebagai upah menjaga penghantaran tersebut.
Saya berharap, sesiapa yang berkenaan di Kementerian Pelancongan, Perbadanan Aset Keretapi dan KTMB sendiri silalah ambil maklum. Sayang sungguh melihat produk sebegini tidak dimanafaatkan dengan sebaiknya. Dengan banyaknya kekangan untuk melancong ke luar negara, inilah masa yang terbaik untuk mempromosikan pelancongan keretapi tempatan. Faedah ekonomi pun banyak. SANGAT BANYAK!!
Saya juga berharap, dengan perkongsian gambar gambar ini ia akan dapat membuka hati sahabat sahabat untuk meneroka, menjelajah dan melancong ke Pantai Timur melalui Keretapi Shuttle. Warga emas dan anak anak pun boleh ikut sekali.
Keretapi Shuttle ini bergerak ulang alik di antara Kualai Lipis dan Tumpat.
Keretapi Shuttle ini bergerak ulang alik di antara Kualai Lipis dan Tumpat. Disebabkan oleh PKP, berkemungkinan ada perubahan dengan jadual semasa. Keretapi ini bukan hanya setakat pengangkutan awam. Ianya adalah “blood vein” bagi banyak penduduk yang tinggal jauh dari jalan utama.
Kepentingannya sangatlah tinggi. Saya nasihatkan jangan ambil perjalanan terus dari mula sampai tamat. Pecahkan kepada dua atau tiga hari. Bermalamlah di kampung atau pekan kecil di sepanjang laluan.
InsyaAllah, bila sudah boleh merentas negeri nanti, Keretapi Keliling Semenanjung adalah di antara perjalanan yang akan saya buat secepat mungkin. NOTA: Tahukah sahabat sahabat semua, pada tahun 2018, Laluan Keretapi Pantai Timur telah dipilih sebagai LALUAN KERETAPI TERBAIK DI ASIA oleh akhbar The Telegraph UK? https://www.telegraph.co.uk/…/asia-best-train-journeys/
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual! Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Puding kastard dengan kuah susu dan koktail buah-buahan campuran ini seringkali menjadi pilihan hidangan pencuci mulut untuk hidang seisi keluarga mahupun ketika menjamu tetamu yang berkunjung ke rumah.
Rasa pudingnya yang enak, kuah susunya yang manis berlemak di samping buah-buahan yang berwarna warni mampu membuka selera sesiapa sahaja, terutamanya anak-anak. Apa kata sesekali cuba buat puding istimewa ini.
Cara-cara membuatnya tidaklah sesukar mana, anda pasti berpuas hati dengan hasilnya.
Bahan-Bahan (Puding):
1 tin susu cair jenama IDEAL
1 tin tepung kastard Bird Custard (ikut sukatan tin susu)
4 tin air
Setengah tin gula pasir
Cara Membuat:
1.Larutkan semua bahan didalam kuali.
2.Setelah larut, barulah letakkan kuali tersebut diatas dapur dan buka api.
3.Guna api yang paling perlahan dan kacau selalu adunan tersebut sehingga ia nampak pekat dan berkilat.
4.Kemudian,masukkan ke dalam bekas-bekas kecil atau boleh juga masukkan ke dalam loyang.
5.Biarkan puding sejuk seketika dan simpan didalam peti sejuk.
Bahan-Bahan (Kuah Susu):
2 tin susu cair jenama (IDEAL)
1 tin susu pekat
1tin @ 3/4 tin gula pasir (ikut kemanisan)
1/2 tin air
1 tin buah-buahan koktail
Cara Membuat:
1.Campurkan semua bahan-bahan tersebut ke dalam periuk kecuali buah-buahan koktail didalam tin.
2.Kacau sebati atas dapur dengan menggunakan api yang paling kecil, cukup sekadar memanaskan kuah susu dan tidak perlu sehingga kuah susu mendidih.
3.Setelah suam,masukkan air dan buah-buahan koktail dan simpan didalam peti sejuk.
Tip ekstra:
Simpan semalam didalam peti sejuk semalaman dan jangan letak ais pada kuah susu kerana ia akan membuatkan kuah susu cair.
Boleh juga campurkan dengan buah-buahan segar seperti strawberi, kiwi, peach dan sebagainya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bagi semangat WFH & online school anak-anak. Total kos RM288, benda boleh buat sendiri, kita try buat..tak cuba tak tahu kan!
Deko asal ruang bawah tangga dijelmakan dengan konsep hipster (2018-2020)
Pun begitu, demi memberi keselesaan anak-anak menjalani pembelajaran PdPR, keluarga ini mengambil keputusan untuk melakukan transformasi ruang dengan bermodalkan RM288.
Difahamkan juga, projek ini berjaya diselesaikan selama 14 hari dan ternyata memang wow hasilnya.
Semoga perkongsian ini, akan dapat memberi inspirasi buat ibu ayah yang tercari-cari idea untuk mewujudkan ruang belajar yang selesa untuk anak-anak.
Turut dikongsi beberapa fasa projek bawah tangga yang dilakukan untuk info bersama.
Step 1
Step 2
Step 3
Step 4
Step 5
Step 6
Siap
Sumber : Tina Rozubi
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pemergian anak comel, Muhammad Al Fateh Amri Mohd Fikry Amri di sebuah taman asuhan kanak-kanak (Taska) di Alor Gajah, Melaka pada 6 September lalu meninggalkan kesan yang cukup mendalam buat kedua ibu dan ayahnya.