Membaca perkongsian daripada doktor Ahmad Samhan bagaimana keadaan sukarnya bernafas bagi pesakit covid-19 yang berada di ICU, turut mengundang pilu dihati.
Apatah lagi bila ada insan yang kita kenali yang kini sedang berjuang di ICU. Marilah kita sama-sama doakan agar dimudahkan segala urusan pesakit-pesakit covid-19 dan diharapkan kembali sembuh. Amin.
Ini perkongsian.
Bila diubah ke posisi meniarap, membuak-buak keluar kahak dari tiub pernafasan. Tak ubah seperti gam kasut.Pekat dan melekat.
Kahak terhasil dari tisu paru-paru yang telah mati amat sukar untuk disedut.
Ads
Begitu siksanya untuk bernafas dengan kahak pekat memenuhi paru-paru. Pesakit bukan saja batuk kahak tapi batuk tisu paru-paru yang telah reput.
Pesakit covid diletakkan dalam posisi meniarap. Mengapa?
Di dalam artikel New England Journal of Medicine menyatakan pesakit yang diletakkan dalam keadaan meniarap menunjukkan peningkatan kandungan oksigen dari 85% hingga 98%.
Ini kerana lebih banyak oksigen yang boleh masuk dengan mudah. Ada bahagian paru-paru tak terbuka jika diletakkan dalam posisi terlentang disebabkan tekanan graviti pada tubuh.
Ads
Inilah yang dihadapi oleh pesakit di ICU yang diceritakan oleh salah seorang sahabat saya.
Sekarang kalian tak merasa betapa siksa bernafas tapi bila dijangkiti inilah yang bakal kalian hadapi.
Agak kecewa melihat semakin ramai yang keluar rumah tanpa alasan kukuh,hingga sesak lalulintas.
Ads
Adakah PKP dah tamat? Adakah kita dah berjaya putuskan rantaian jangkitan? Jawapan berada pada kalian. Kami hanya membantu kalian setelah kalian dijangkiti.
Kongsikan keadaan pesakit ini sebab ramai tak sedar pentingnya duduk dirumah dan putuskan rantaian jangkitan ini.
sumber : Dr Ahmad Samhan
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sebaik anak lahir bukan bermakna ibu telah pun kembali sihat dan pulih dengan baik dan pantas. Proses penyembuhan ini mengambil tempoh tertentu terutamanya kepada ibu yang bersalin secara pembedahan.
Sebaiknya selepas berpantang, ibu berikan perhatian sewajarnya untuk kembali sembuh dengan cepat. Ketika berada di dalam pantang, jika ibu berasa tidak sihat sebaiknya bertemu segera dengan doktor.
Ini panduan dan tanda aras bahaya yang bakal ibu perlu tahu selepas bersalin.
Simptom dan tanda masalah selepas bersalin
Jika anda mengalami mana-mana kondisi selepas bersalin, segeralah berjumpa doktor:
1. Faraj bengkak/nanah
Keadaan ini boleh berlaku kepada wanita yang bersalin secara normal. Biasanya disebabkan oleh jangkitan kuman pada jahitan selepas beranak.
Elakkan memicit bisul pada faraj kerana ia akan memburukkan lagi jangkitan pada faraj. Selain itu, kurangkan bergerak dan gunakan seluar dalam longgar supaya bengkak tidak bertambah sakit. Segera dapatkan nasihat doktor untuk rawatan yang betul.
2. Jangkitan luka pembedahan
Ada banyak kesan sampingan selepas bersalin czer, anda perlu berwaspada tentang parut perut. Ini kerana ia boleh menjadi petanda keradangan pada luka pembedahan.
Sentiasa berunding dengan doktor selepas pembedahan dan maklumkan jika mengalami keadaan seperti:
* Kesakitan yang teruk pada luka pembedahan
* Parut pembedahan berdarah, bengkak atau keluar cecair
* Perut kembung dan rasa kenyang
* Demam
3. Keluar nanah dari faraj
Satu lagi tanda bahaya perlu anda perhatikan ialah nanah keluar dari faraj. Keadaan ini mungkin menunjukkan jangkitan pada perut atau peritonitis.
Jangkitan ini boleh berlaku sama ada selepas bersalin normal atau ketika anda sedang sakit selepas bersalin czer.
Peritonitis adalah keadaan yang sangat berbahaya. Sekiranya tidak dirawat dengan segera, jangkitan boleh merebak ke buah pinggang, usus dan hati.
4. Pendarahan berlebihan
Dalam tempoh nifas atau pendarahan lochia, anda akan mengeluarkan sejumlah darah seperti haid yang berlangsung sehingga 6 minggu atau 42 hari.
Namun, jika darah yang keluar terlalu banyak maka anda harus sedar tentang keadaan bahaya ini.
Segera dapatkan nasihat doktor jika pendarahan berlebihan disertai dengan gejala seperti:
* Menggigil
* Kulit pucat
* Pening dan sakit kepala
* Jantung berdebar
* Sakit teruk bahagian bawah abdomen
* Bau busuk pada faraj
Keadaan ini adalah tanda rahim bengkak selepas bersalin atau terdapat sisa-sisa plasenta yang tertinggal di dalamnya.
5. Kerap berasa dahaga tetapi kurang kencing
Anda juga perlu berhati-hati jika sering berasa dahaga tetapi kurang membuang air kecil. Lebih-lebih lagi jika anda mengalami kesakitan dan kesukaran kencing.
Segera dapatkan nasihat doktor jika mengalami masalah selepas bersalin ini kerana ia boleh menjadi tanda jangkitan.
6. Loya, muntah dan hilang selera makan
Pada trimester pertama kehamilan, keadaan ini mungkin semula jadi untuk dialami. Tetapi jika ia berlaku selepas melahirkan anak, anda perlu berhati-hati. Loya, muntah dan hilang selera makan juga merupakan masalah lepas bersalin, seperti jangkitan pada rahim.
7. Tekanan darah tinggi (preeklampsia)
Selepas beranak, keadaan tubuh perlu dipantau secara berkala oleh doktor dan jururawat – seperti memeriksa suhu badan dan tekanan darah.
Ia untuk mengelakkan jangkitan dan preeklampsia. Walaupun jarang berlaku, keadaan ini boleh membawa maut. Preklampsia adalah keadaan tekanan darah meningkat secara drastik selepas bersalin. Jika tidak dirawat dengan segera, ini boleh menyebabkan risiko strok, sawan dan juga kematian.
8. Sakit kepala atau migrain teruk
Anda berisiko mengalami sakit kepala pada minggu pertama selepas bersalin. Ini biasanya berlaku disebabkan oleh perubahan hormon, tekanan dan keletihan.
Walau bagaimanapun, berhati-hati jika anda mengalami sakit kepala atau migrain teruk kerana ia boleh menjadi tanda preeklampsia.
Segera dapatkan nasihat doktor jika sakit kepala disertai dengan gejala seperti:
* Penglihatan kabur
* Tekanan darah tinggi
* Bengkak muka, tangan dan kaki
* Peluh berlebihan
* Pening dan muntah
* Tanda meroyan selepas bersalin
9. Sesak nafas
Keadaan ini boleh berlaku jika terdapat penyumbatan pada saluran darah di paru-paru (embolisme pulmonari). Ini disebabkan oleh air ketuban yang masuk dalam saluran darah, dibawa ke paru-paru dan menyebabkan penyumbatan. Ia berbahaya dan boleh berisiko untuk kematian.
10. Payudara bengkak
Jika tidak menyusukan bayi dengan segera, payudara yang bengkak akan menyebabkan demam dan mengurangkan bekalan susu anda pada hari-hari berikutnya. Berhati-hati jika bengkak ini disertai dengan rasa terbakar dan permukaan kulit menjadi merah – tanda jangkitan pada payudara (mastitis).
11. Baby blues
Jika mengalami tanda meroyan selepas bersalin seperti baby blues, anda akan sukar mengawal emosi dan mudah menangis atau marah kerana perkara kecil. Dalam kes lebih teruk, ia boleh menyebabkan perkara seperti:
*Sakit pada bahagian badan tertentu tanpa sebab
* Mudah lupa
* Hilang semangat untuk hidup
* Mahu mencederakan diri sendiri atau bayi baru lahir
Sekiranya anda berada dalam situasi di atas atau mempunyai kebimbangan tentang petua hilangkan sakit badan selepas bersalin, berjumpa dengan doktor untuk lebih kepastian.
Menyebut G6PD mungkin ada diantara kita kedengaran bunyinya begitu asing. Pun begitu, hakikatnya G6PD pada dasarnya tidaklah perlu bahaya dan tidak perlu dirisaukan andai tahu pantang larangnya. Namun jika tersalah langkah, boleh undang bahaya. Oleh itu, nak tahu lanjut, ikuti perkongsian daripada doktor ini untuk info bersama.
G6PD dan Pengambilan Ubat-ubatan
Ramai ibu bapa yang risau apabila mengetahui anak mereka menghidap penyakit kekurangan enzim G6PD. Sebenarnya apakah penyakit ini dan adakah ia sesuatu yang berbahaya?
Glucose-6-phosphate dehydrogenase (G6PD) ialah sejenis enzim yang terdapat di dalam sel darah merah. Fungsinya adalah untuk menstabilkan membran sel darah merah. Paras enzim G6PD yang rendah merupakan satu penyakit bawaan genetik yang ditentukan oleh bahan baka yang dibawa oleh kromosom X. Oleh itu, kebanyakan pesakit yang mempunyai kekurangan enzim G6PD adalah lelaki, manakala perempuan pula biasanya adalah pembawa.
Kekurangan enzim G6PD adalah keadaan seumur hidup dan tiada rawatan khas yang dapat menyembuhkan G6PD kerana rawatan biasanya tidak diperlukan sekiranya penghidap tidak menunjukkan sebarang komplikasi yang lebih buruk.
Pesakit kekurangan enzim G6PD ini amat mudah mengalami keadaan kekurangan sel darah merah atau dikenali juga sebagai anemia apabila mereka terdedah kepada ubat-ubatan tertentu, makanan dan bahan-bahan tertentu atau jangkitan. Apabila terdedah kepada unsur-unsur ini, pemecahan sel-sel darah merah atau dikenali juga sebagai hemolisis akan berlaku seterusnya menyebabkan anemia.
Pada kebiasaanya, kebanyakan pesakit yang mempunyai kekurangan enzim G6PD ini jarang menunjukkan sebarang gejala atau komplikasi. Jika berlaku hemolisis anemia atau krisis sel darah merah pecah, dapatkan rawatan di hospital dengan segera. Antara gejala penyakit anemia adalah seperti sesak nafas, pucat, sakit dada, tidak bermaya, pening, degupan jantung yang laju, penyakit kuning (jaundice) dan pembesaran limpa.
Semua bayi baru lahir akan disaring untuk mengenalpasti penyakit kekurangan enzim G6PD dengan menggunakan darah daripada tali pusatnya. Bayi-bayi baru lahir yang dikesan mempunyai kekurangan enzim G6PD ini perlu diperhatikan di dalam wad untuk suatu jangka masa tertentu kerana mereka boleh mendapat penyakit kuning (jaundice) yang serius dengan cepat, akibat daripada hemolisis berlebihan.
Paras bilirubin pada tahap tertentu boleh memindahkan toksin ke otak dan menyebabkan risiko terencat akal. Bayi yang mendapat penyakit kuning (jaundice) perlu diletakkan di bawah lampu (fototerapi) untuk menurunkan tahap bilirubin dalam darah. Walau bagaimanapun ibu bapa tidak perlu terlalu risau kerana keadaan kekurangan enzim G6PD ini biasanya tidak menjejaskan perkembangan dan tumbesaran kanak-kanak.
Bagi kanak-kanak dan orang dewasa yang kekurangan enzim G6PD, mereka perlu berhati-hati terhadap pemakanan dan ubat untuk mengelakkan berlakunya hemolisis. Pesakit perlu mengetahui jenis ubat-ubatan dan bahan-bahan makanan yang perlu dielakkan.
Pesakit yang menghidap kekurangan enzim G6PD perlu mengelakkan bahan-bahan yang boleh menyebabkan sel darah merah pecah. Antara contohnya adalah elakkan perkara-perkara yang berisiko tinggi seperti makan kacang parang, terdedah kepada ubat gegat, mengambil sesetengah antibiotik yang mengandungi sulfur, ubat tradisional, ubat anti-malaria, udara yang mengandungi bahan kimia dan ubat nyamuk yang mengandungi pyrethium.
Terdapat ubat-ubatan alternatif yang selamat dan boleh digunakan oleh pesakit kekurangan enzim G6PD dalam rawatan penyakitnya. Namun, semua ubat-ubatan yang diambil haruslah atas nasihat doktor atau ahli farmasi. Selain daripada itu, pesakit kekurangan enzim G6PD dinasihatkan untuk memaklumkan kepada doktor setiap kali sebelum menerima apa-apa rawatan di hospital atau klinik kesihatan bagi memastikan ubat-ubatan yang diterima adalah selamat untuk mereka.
Jika pesakit kekurangan enzim G6PD termakan ubat-ubatan yang boleh menyebabkan hemolisis akut atau syaki mengalami gejala hemolisis, pesakit hendaklah berhenti ambil ubat tersebut serta-merta dan mendapatkan rawatan daripada doktor segera. Dalam keadaan hemolisis akut yang serius, pemindahan darah mungkin akan diberikan. Namun, ibu bapa juga perlu tahu bahawa apabila ubat atau makanan yang terlibat dihentikan, proses hemolisis akan berhenti dan pemulihan secara spontan berlaku. Kesan sampingan berpanjangan dan berterusan jarang berlaku.
Selain daripada menjaga pemakanan, ibu-ibu yang menyusukan bayi yang kekurangan enzim G6PD pula perlu berhati-hati kerana terdapat juga ubat-ubat yang diambil boleh memasuki susu ibu. Walaupun begitu, tidaklah bermaksud ibu ini tidak boleh menyusukan bayi mereka, mereka hanya perlu berbincang dahulu dengan doktor atau ahli farmasi agar jenis ubat yang sesuai diberikan.
Pesakit yang mengalami penyakit kekurangan enzim G6PD boleh menjalani kehidupan secara normal dengan mengambil perhatian yang serius terhadap diet dan ubat. Pesakit digalakkan untuk berbincang dengan doktor atau pegawai farmasi terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang ubat-ubatan untuk memastikan ubat yang diterima selamat untuk pesakit dan tidak akan menyebabkan hemolisis berlebihan berlaku.
Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan ubat-ubatan, pesakit atau orang awam boleh menghubungi Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (NPCC) melalui talian 1 800-88-6722.
Disediakan Oleh
Melinda Kwan
Pegawai Farmasi
Hospital Queen Elizabeth, Sabah
Senggugut adalah kesakitan yang dialami di bahagian bawah perut atau pelvis semasa datang haid. Ia dikenali sebagai “dysmenorrhoea” dalam bahasa inggeris.
Ada antara kaum wanita yang mengalami masalah senggugut yang serius setiap bulan. Sehinggakan ada yang tidak larat nak bangun dan ada yang berguling-guling di atas katil sambil menahan kesakitan. Paling teruk sampai boleh muntah-muntah sehingga pengsan.
Selain pengambilan ubat oleh doktor, anda yang mengalami masalah senggugut boleh mencuba petua yang menggunakan bahan-bahan semula jadi ini.
Bahan-bahan
* 8 batang serai dan diketuk-ketuk
* 1 ketul halia sebesar ibu jari
* 1 sudu besar habatussauda
* 1-2 sudu besar madu
* 4 gelas air
Cara- cara:
♦ Satukan kesemua bahan tadi kecuali madu ke dalam periuk. Kemudian rebus sehingga mendidih dengan api yang perlahan.
♦ Tapis rebusan tadi dan biarkan sejuk. Kemudian masukkan madu dan kacau rata. Sedia untuk diminum. Minum sekali sehari pada permulaan haid dan seeloknya pada waktu malam.
KHASIAT SERAI
Bersifat antiseptik, anti depresi, anti mikrobial, anti fungal serta astringen. Membantu memecahkan angin serta melancarkan darah haid.
KHASIAT HALIA
Bersifat antacid, antibakterial serta anti fungal. Terkenal dengan alternatif untuk melancarkan peredaran darah dan memecahkan angin dan toksin dalam badan.
KHASIAT HABATUSSAUDA
Bersifat antioksidan, anti depresi, anti bakterial, antiseptik, anti aging serta anti fungal. Berupaya untuk merawat masalah peranakan termasuk melancarkan pengeluaran darah haid. Ia juga memelihara keseimbangan dan kekuatan sistem hormon serta melambatkan proses penuaan.
Rasa rebusan teh serai ini sedikit pedas dan mint-mint gitu. Amat berkesan untuk redakan senggugut.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.