Berbudi pada tanah, banyak manfaatnya. Bila sudah dapat hasilnya, hilang segala penat lelah Kan.
Seronoknya apabila kebun sayur yang diusahakan ini dibuat bersama-sama. Bak kata pepatah yang berat sam dipikul, ringan sama dijinjing.
Komuniti kejiranan kawasan Persint 17, Putrajaya ini mengusahakan kebun sayur bersama-sama. Selain menjadi aktiviti kecergasan, ini juga salah satu cara mengeratkan hubungan sesama jiran.
Ads
Berbudi pada tanah. Hasilnya sumber makanan dan pelbagai lagi. Komuniti PPAM Pudina di Presint 17 berasa gembira dengan hasil cucuk tanam. Petang ini mereka beramai-ramai menuai hasil tanaman.Kebun komuniti Putrajaya kini menjadi program sumber rantaian makanan komuniti setempat dan juga tempat interaksi sosial komuniti dengan jiran sambil berkebun yang merupakan aktiviti kecergasan fizikal.
Wajahnya sering menghiasi kaca TV menerusi drama sejak dahulu lagi, pemilik nama Zulkifli Ismail ini sememangnya cukup berbakat dalam dunia lakonan.
Jika segelintir artis memilih untuk tidak berkongsi kisah berkenaan keluarga, Berbeza dengan pelakon senior ini.
Sebelum ini, Zulkifli berkongsikan perihal kejayaan anak perempuannya, Zulfati Izazi yang berjaya mendapatkan PhD di Pusat Bahasa, Literasi dan Terjemahan Universiti Sains Malaysia dan membawa gelaran Dr.
Terbaru, dia memuatnaik khabar gembira apabila anak gadisnya itu selamat diijabkabulkan.Menurut Zulkifli, anak perempuannya itu mendapat tawaran sebagai pengajar di Hankuk University of Foreign Studies.
Setelah setahun tidak bertemu, Zulfati kembali ke Malaysia awal Januari yang lalu dan pada 29 Januari lepas telah melangsungkan pernikahannya.
Dalam perkongsian menerusi akaun Instagramnya, Zulkifli memuatnaik beberapa keping gambar sepanjang majlis ringkas di Masjid Negara.
Apabila berlaku sesebuah kemalangan, pasti kita akan diserang panik nak-nak lagi bagi kaum wanita yang pertama kali mengalami situasi begini. Apakah yang harus dilakukan dan siapa yang patut dihubungi. mungkin waktu ini ada akan blur seketika.
Yang penting tenangkan hati dan jangan panik. Jom ikut tip atau nasihat ini dikongsikan oleh Pengasas Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HartaGuam), Salkukhairi Abd Sukor .
Cukup bermanfaat terutama kepada kaum wanita yang memandu keseorangan atau hanya ditemani anak kecil. Kena berhati-hati supaya tidak ditipu atau diambil kesempatan oleh orang lain.
1 . Jika ada orang langgar kereta anda dari belakang, jangan panik dan bawa bertenang
2. Berhentikan kereta anda di tepi jalan di kawasan yang lapang dan selamat. Ini untuk mengelakkan berlakunya kesesakan lalulintas
3. Selepas anda lihat kenderaan yang melanggar anda juga memberhentikan kenderaannya, ambil telefon bimbit anda yang ada kemera dan keluar daripada kereta anda Ingat! Jangan ambil sebarang alatan yang merbahaya seperti steering lock, parang, peralatan yang di perbuat daripada besi dan sebagainya, kerana anda mungkin boleh di tuduh cuba untuk melakukan serangan dan kecederaan kepada orang lain dan harta benda awam.
4. Ambil gambar plat dan cukai jalan kenderaan yang langgar anda tadi
5. Apabila pemandu kenderaan yang langgar anda tadi keluar daripada kenderaannya, sapa lah dia dengan baik. Kalau pun anda tidak mampu nak senyum padanya, tetapi janganlah terus memaki hamun kepadanya
6. Tanyakan kepadanya dengan baik kenapa dia langgar kereta anda tadi? Kebiasaannya dalam situasi sebegitu masing – masing akan cuba menyalahkan satu sama lain. Kawal kemarahan anda, jangan bertengkar, bergaduh dan berbalah di situ kerana ianya tak akan menyelesaikan masalah tetapi hanya akan menyebabkan kesesakan lalu lintas dan mengganggu pengguna jalan raya yang lain
7. Kalau boleh minta tengok daripada pemandu yang langgar kereta anda tadi kad pengenalan atau lesen memandunya. Ambil gambar kad pengenalan atau lesen memandunya
8. Jika dia tidak mengaku bersalah melanggar kereta anda, jangan paksa dia mengaku atau paksa dia bayar wang kepada anda. Just bagitahunya, dari segi undang – undang, sekiranya sesuatu kenderaan melanggar kenderaan lain daripada belakang, kecuaian adalah di sebabkan oleh kenderaan yang melanggar itu
9. Jika dia mengaku bersalah, minta dia menanggung kos pembaikan kereta anda. Sekali lagi di ingatkan, tak perlu minta wang daripadanya. Terus ajak dan bawa dia ke bengkel yang anda biasa berurusan untuk menilai berapakah kerosakan kereta anda Kalau boleh terus pergi, jangan tangguh – tangguh walaupun anda ada urusan lain. Lagi cepat anda selesaikan perkara tersebut lagi bagus.
10. Jangan lupa ambil nombor telefonnya atau bisnes kadnya supaya mudah anda menghubunginya nanti
11. Jika dia berkeras tidak mahu mengaku bersalah dan tidak mahu tanggung kos pembaikan kereta anda, tidak mengapa, jangan serang atau melakukan sesuatu yang boleh di anggap sebagai kesalahan jenayah terhadapnya. Biarkan saja dia pergi. Ini kerana anda telah dapat segala info berkenaan kenderaan dan dirinya
12. Terus pergi buat report polis di balai polis berhampiran
13. Dengan report polis tadi pergi ke JPJ dan lakukan carian kenderaan untuk mengetahui syarikat insurans kenderaan yang langgar kereta anda tadi
14. Pergi terus ke bengkel panel syarikat insurans tersebut dan minta 3rd parti claim untuk membaiki kerosakan kereta anda tersebut
Mudah bukan ? Tak perlu gaduh – gaduh dan melakukan sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah anda dan boleh mendedahkan anda kepada perlakuan jenayah. Negara kita kan ada undang – undang. Patuhilah undang-undang.
Moga informasi ini dapat memberikan manfaat buat kita semua.
Buat keluarga penggemar menu laksa mahu pun masakan asam pedas, dirasakan perlu kiranya menanam sepasu dua pokok kesum. Bukan apa, andai teringin menyediakan menu tersebut, mudahlah kiranya dipetik segar daripada hasil tanaman di laman rumah.
Pun begitu selalu juga kita mendengar orang mengeluh bab menanam kesum ini. Katanya bukan senang, apatah lagi kalau jenis ‘tangan panas’ memang tidak pernah berhasil usaha menanam dilakukan.
Pun begitu, usah putus asa apa kata ikut teknik tanaman yang dikongsikan oleh Euis Maemunah ini, katanya hanya ada satu syarat sahaja nak pastikan tanaman kesum ini dapat hidup subur. Jom semak perkonsiannya itu.
Hari ni nak kongsi cara tanam kesum yang paling mudah, dan Insya Allah hidup. Syarat utama guna keratan batang yang fresh. Jadi tiada istilah tangan panas untuk tanam pokok, bila tau ilmunya.
Ok, ini adalah media tanam. Saya guna tanah nursery biasa dan digaul lagi dengan cocopeat 1:1. 1 kampit tanah nursery dan 1 kampit cocopeat. Tambah lagi sedikit baja tahi ayam. Siram bagi basah.
Potong bahagian pucuk kesum ±4-5 inchi.
Buang daun bahagian bawah. Tinggalkan beberapa helai daun saja.
Semai dalam pasu. Buat banyak sikit.
Ini adalah setelah 3 hari ditanam. Daun akan menguning. Jangan risau, ini adalah perkara biasa. Jangan pandai-pandai nak buang pula.
Setelah 6 hari.
Setelah sebulan lebih. Dah boleh ambil atau bila tak guna, potong dan semai lain.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.