Cukup mengkagumkan. Itu yang boleh diungkapkan pada dekorasi rumah flat yang berkeluasan 680 kaki persegi bertukar wajah. Tampak mewah, elegan dan eksklusif.
Bijak memilih warna serta kesesuaian susun atur perabot memainkan peranan. Barulah kediaman nampak lebih menyerlah. Tak perlu rumah yang luas atau mahal, tetapi andai bijak dan kreatif bab dekorasi, itu pasti akan membantu.
Seperti yang dikongsikan oleh Shazwani Ismail ternyata dia bijak menggunakan ruang yang terhad sepenuhnya untuk menukar kediamannya seolah-olah banglo mewah.
Salam Aidiladha warga kkd. Second time share rumah kos sederhana rendah saya dengan keluasan 680sqt, walaupun ruang rumah yang agak kecil saya gunakan ruang yang ada sebaik mungkin untuk mendeco.
.
“Bestnya Macam Tengok Bola!” Satu Keluarga Bersorak Tengok Result SPM Dekat TV, Tak Sangka Straight A!
Sudah pastinya sekarang laman media sosial dibajiri posting daripada bekas calon SPM 2020 yang mempamerkan slip keputusan masing-masing bagi berkongsi kegembiraan.
Penat lelah berjuang demi kejayaan berbaloi akhirnya apabila mendapat keputusan yang cemerlang. Malah dapat membanggakan ibu bapa dan keluarga.
Apa yang menarik salah satu posting menerusi tiktok menarik perhatian ramai apabila sebuah keluarga menyaksikan penuh debar keputusan SPM. Namun akhirnya bersorak bagaikan menyaksikan ‘game’ bola apabila keputusan diketahui.
Ketika artikel ini ditulis, video itu telah mendapat 308.3K tontonan dan 44.8K tanda suka perkongsian di TikTok
Perkongsian video daripada Amir Ashman, ia memaparkan ahli keluarganya sedang menunggu keputusan SPM adik perempuannya yang terpampang di skrin TV.
Meluahkan kata tidak percaya kecemerlangan adiknya yang mendapat straight A’s.
“Omg am I even her brother, pandai bongok,” .
Kelihatan ibu dan ayahnya memeluk adik perempuannya tanda bersyukur atas kecemerlangan adik perempuannya.
@amirashmanCongratulations for the straight As Balpopo 💯💯 #spmresults2020 #fyp #esekeli #tiktokmalaysia♬ Demons (Imagine Dragons Cover) – Gavin Mikhail
“Dah macam tengok bola.”
Meninjau di ruangan komen ramai yang mengucapkan tahniah atas kejayaan. Namun apa yang mencuit hati ada yang menyifatkan cara keluarga ini melihat keputusan peperiksaan SPM ahli keluarganya bagaikan melihat permainan bola sepak. Bahkan ada yang memuji melihat keharmonian keluarga bahagia.
Sumber: @amirashman (TikTok)
Belian menarik di sini
Jom sertai E-Keluargagader BELAJAR BUAT ROTI UNTUK KELUARGA secara online, daftar segera! Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520
“Demi Anak, Apa Pun Sanggup.” Duduk Berjauhan, Kisah Ibu Frontliner Ni Pos Susu Guna Bas Untuk Anak Undang Sebak!
Pengorbanan seorang ibu, terpaksa berjauhan dengan bayi yang masih kecil dek tuntutan tugas sebagai frontliner. Kisah wanita musa ini cukup berinspirasi buat ibu-ibu yang bekerjaya tetapi punya anak kecil.
Kisah ini dikongsikan oleh seorang wanita, Amirah Mohd Shakri melalui akaun TikToknya, di mana dia yang merupakan seorang jururawat berkongsi cabaran yang terpaksa ditempuhinya.
Dia terpaksa berjauhan dengan suami dan anak-anaknya yang masih kecil kerana komitmen kerja dan larangan untuk merentas negeri yang dikeluarkan oleh kerajaan.
Amirah menceritakan bahawa dia terpaksa menghantar stok susu badan untuk anaknya. Dengan kemudahan yang ada, dia mengambil inisiatif menggunakan khidmat bas ekspres supaya bekalan tersebut cepat sampai ke destinasi.
“Buat masa sekarang, anak-anak dibawah jagaan suami. Sebelum ni saya memang balik tiap minggu bawak balik susu. Bila start lockdown dan susu dah surut kat sana. saya tanya kawan-kawan yang berpengalaman. Biasa hantar susu guna bas, tu yang saya usahakan jugak hantar dan kebetulan memang ade trip bas ke sana.
“Sebelum ini PJJ boleh balik tiap minggu wajib saye hantar, tapi bila tak boleh balik, saya hold dulu.. lepas 2 minggu baru hantar,” ujar Amirah lagi tatkala ditemubual penulis.
Walaupun sedih kerana terpaksa berjauhan dalam tempoh yang lama, Amirah menzahirkan rasa syukur kerana suaminya selalu menolong menguruskan kedua-dua anak yang sulung kini 3 tahun manakala yang bongsu baru 8 bulan.
Menyentuh mengenai penyusuan susu ibu, akui Amirah anak pertama , dia tidak berpeluang berbuat demikian.
“Waktu anak sulung, saya tak pandai nak jaga emosi. Pertama kali berjauhan dengan anak tambahan pula anak sulung kan. Jadi susu pun drop. Tapi bila masuk anak kedua, saya dah pasang niat nak menyusukan. Sebab itu saya cuba pastikan stok susu tak berkurang.
“Saya syukur kerana suami banyak main peranan. Video call dengan suami dan anak-anak boleh dikatakan hari-hari. Selain suami, mak juga banyak bantu jaga anak-anak. jadi saya kuat sebab adanya mereka yang banyak bagi sokongan.
“Kalau down ke atau sebagainya, saya akan teringatkan anak. Cepat- cepat positif balik. Saya tak nak jadi drop susu lagi.. so kekuatan saya sekarang memang nak menyusukan anak. Sebab saya fikir tu je yang boleh betulkan emosi saya balik,”ujar Amirah lagi.
Sumber: Amirah Mohd Shakri
Tawaran harga menarik daripada Zalora, Klik di sini.
Nak Tegangkan & Kemaskan Bucu Cadar Macam Hotel 5 Bintang, Mudah Je Rupanya. Lelaki Ni Kongsi Cara Boleh Praktik!
Tempat tidur biasanya adalah tempat yang paling selesa untuk beristirehat dan oleh sebab itu juga perlu diberi tumpuan untuk pastikan sentiasa kemas dan rapi. Jadikan rutin di awal pagi selepas bangun daripada tidur, perkara pertama dibuat adalah kemas dan tegangkan cadar katil. Ini penting agar tempat tidur nampak rapi dan kemas.
Pun begitu, ada juga yang tidak ambil berat tentang hal ini disebabkan rasa renyah untuk mengemas katil tambah-tambah nak pastikan bahagian bucu cadar terlipat kemas.
Pun begitu tahukah anda jika tahu cara dan tekniknya, tidak sampai beberapa minit pun anda boleh tegangkan cadar katil kemas persis macam hotel 5 bintang gayanya.
Nak tahu caranya boleh lihat video yang dikongsikan oleh pemilik akaun tiktok @riopardico yang berkongsi cara yangs angat mudah dan praktikkal untuk pastikan cadar dibahagian bucu katil terlipat kemas. Video ini mendapat 3.7 Juta tontonan dengan mendapat 370.1 ribu tanda suka setakat ini.
@riopardicoBed Making##CapCut ##bedmaking♬ original sound – Rio Pardico
Langkah demi langkah kemaskan bahagian bucu katil
- Selitkan hujung cadar ke bahagian bawah tilam.
2. Kemudian tarik bahagian lipatan dan dibawa ke sisi tilam. Perkemaskan dengan selitkan sebahagian cadar tersebut ke bawah tilam.
3. Bawa hujung cadar ke arah sisi dan pastikan lipatan pada bahagian bucunya ‘tajam’, kemas dan rata.
Nampak mudah bukan? Jadi tiada alasan lagi dan bolehlah dipraktikkan. Ajar anak-anak teknik ini agar mereka boleh lakukan sendiri ini. Tidak ada lagi alasan untuk mereka bermalas-malas untuk kems katil setiap pagi.
Sumber : @riopardico
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club