Apabila membina rumahtangga, sudah tentu tidak akan terlepas mengalami pelbagai masalah. Onak duri yang mendatang kadang buat diri rasa down.

Namun, jika kita abaikan masalah yang mendatang, tapi fokus kepada untuk membahagiakan keluarga pasti ia memberi sinar.

IKUTI PERKONGSIAN INI

Kecilkan Fokus Untuk Keluarga Lebih Bahagia

Apabila masalah melanda dan keadaan menjadi tertekan. Kecilkan fokus.

Anda ada masalah dengan keluarga, adik beradik bergaduh sesama sendiri, ibu dan bapa bertelagah dan tidak sehaluan.

Ada yang mentuanya tidak suka. Di awal perkahwinan sudah memaklumkan yang anda bukan menantu pilihan.

IKLAN

Ipar-duai pula jenis mengata. Apa sahaja yang anda buat, semuanya tak kena. Sering dihasut orang lain supaya membencikan anda.

Ada pula yang jiran tetangga tidak henti-henti berdengki. Sentiasa ada mata tajam memerhati setiap gerak geri dan mengumpat dan mencaci apa sahaja yang anda lakukan.

Kawan-kawan ada agendanya tersendiri. Sehinggakan ada yang bertepuk tangan apabila anda dilanda masalah.

Jika anda sedang lalui salah satu atau semua perkara di atas, nasihat saya ialah, kecilkan skop dan fokus hanya pada keluarga anda. Sama ada suami atau isteri dan, atau anak-anak.

IKLAN

Pedulikan semua benda yang bermasalah. Biarkan mereka mengata, biarkan mereka mengeji, biarkan mereka membenci.

Fokuskan segala tenaga anda untuk menggembirakan keluarga sendiri.

Bukan orang luar itu yang akan bersama anda tatkala susah. Bukan mereka yang akan menghulurkan tangan di saat anda kelemasan.

Bukan bermaksud memutuskan hubungan, tetapi setiap masalah yang berlaku, jangan penatkan diri cuba mengubah apa yang kita tidak boleh ubah, tetapi fokuslah pada apa yang boleh menggembirakan kita, iaitu keluarga sendiri.

IKLAN

Dengan cara ini, anda akan tidak kelesuan melawan hinaan atau masalah orang, tetapi anda sentiasa bertenaga kerana anda gembira di dalam bulatan kegembiraan kecil anda. Pilih siapa yang layak untuk berada di dalam bulatan itu dan hiduplah dengan gembira tanpa dipengaruhi anasir luar yang mendatangkan masalah.

Berkomunikasilah, selesaikanlah masalah di dalam bulatan itu dengan baik dan cepat. Lebih kecil bulatan itu, lebih mudah masalah dan ujian dapat dihadapi serta diselesaikan dengan baik.

Berhenti cuba mengubah apa yang tidak boleh diubah. Ada manusia memang tidak akan berubah walau apa juga yang kita buat atau cakap.

Kongsikan penulisan ini jika ianya bermanfaat.

Jemput follow saya Akhtar Syamir. Saya selalu menulis mengenai hubungan suami isteri, kekeluargaan dan isu semasa.

Kredit: Akhtar Syamir

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI