Kecoh di media sosial mengenai persiapan stok makanan yang dikatakan ada kaitan dengan food security.
Apa yang pasti ilmu prep barang makanan adalah untuk mengelak pembaziran lantaran kutu dan bubuk.
Ia amat sesuai juga jika berlaku bencana seperti banjir dan bencana. Apa yang pasti, ilmu ini amat berguna untuk kita menyimpan barang makanan agar tahan lama.
Nak tahu cara yang betul, ikuti perkongsian wanita ini. Boleh dijadikan panduan.
PENYIMPANAN BERAS & BIJIRIN
Kalau betul cara penyimpanan, beras boleh bertahan sehingga 30thn
Ada pelbagai cara untuk memanjangkan jangka hayat beras serta bijirin, diantaranya ialah: 1.Botol + OA (oxygen Absorber) 2.Vacum Sealed 3.Mylar Bag 4.Grain Pro
Telur kutu/bubuk memang sedia ada pada butiran beras. Tunggu masa serta persekitaran yang sesuai untuk ianya menetas dan membiak. Memanaskan beras/bijirin hingga 140 darjah F (60 darjah celsius) selama 15 minit atau membekukan pada 0 darjah F (-18 darjah celsius) selama 3 hari akan membunuh semua peringkat kumbang/serangga perosak dari telur sehingga dewasa di dalam beras/bijirin.
Jika tidak mengikut suhu tersebut, serangga perosak tetap blh membiak. Ada perkongsian sahabat di group wasap yg menyatakan dia telah membekukan beras selama 7 hari tetapi bubuk tetap membiak. Sebabnya dia tidak bekukan pada 0 darjah F.
Kami tiada freezer dan oven sbb system solar kami tak mampu menampung bebanan utk menggunakannya. Dibawah ini saya kongsikan cara saya menggunakan botol + OA
PENGURUSAN OA:
1.Hanya keluarkan jumlah yang hendak digunakan dan letak dlm bekas kedap udara.
Ads
2.Baki OA hendaklah segera di Vacum Sealed semula supaya tidak rosak. Jika tiada vacuum sealer, keluarkan sebanyak mungkin udara yang ada didlm packagingnya. Gulung plastiknya, klip guna binding paper klip atau getah dan letakkan dalam bekas kedap udara. Jangan biarkan OA terdedah direct didalam botol. Tugas OA sedut udara, walaupun bekas kedap udara, masih ada udara dlm tu. Fungsi OA akan berkurang atau dah x function sbb dia serap udara dlm bekas tu.
3.OA yang berfungsi dengan baik adalah OA yang panas bila disentuh ( anak akak akan letak dipipi sebelum guna OA). OA dianggap tidak berfungsi atau rosak jika tiada kepanasan jika disentuh. Jangan gunakan OA yg sudah tidak panas.
4.Apakah maksud CC pada Oxygen Absorbers? Kemampuan OA menyerap oksigen. Oksigen diukur dalam sentimeter padu (cc). Saiz OA sepadan dengan jumlah oksigen yang diserap. Sebagai contoh, OA 100 cc akan menyerap 100 cc oksigen.
CARA KIRAAN OA Air volume x 21% Akak bagi kiraan mudah ya Tinggi x Lebar x panjang – berat makanan Cth : 15 x 10 x 6 = 900cm kita ambik berat makanan 400g so 900-400 = 500 500 ni darab dgn 21 % = 105cc bekas tu kena letak OA sebanyak 105cc Akak malas buat kira2 ni so akak mmg bantai 1kg = 100 cc hehe OA ada dlm 30cc, 50cc, 100cc dan 150cc. ini yang pernah akak jumpa. Untuk selamat better guna lebih dari kurang. Contoh kiraan diatas 105cc OA blh letak 50cc OA X 3pcs = 150cc Better save than sorry
1.BOTOL + OA Pastikan bahan yang ingin disimpan betul-betul kering serta tiada serangga perosak yang dapat dilihat dengan jelas akan kehadirannya. Jika ada terlalu banyak serangga perosak sebaiknya gunakanlah utk stok harian. Tetapi jika stok beras yang infested terlalu banyak, boleh je beras tu ditapis utk buang serangga perosak dahulu. Kemudian baru dibotolkan. Biasanya akak akan letak OA di bahagian bawah, tengah dan atas bergantung pada berapa liter botol tersebut. Letak OA, masukkan beras sampai penuh dan padatkan. Jika masih ada ruang, penuhkan. Goncang sampai tiada bunyi. Selagi ada bunyi beerti belum padat
Kalau betul cara penyimpanan, beras blh bertahan sehingga 30thn. Dikalangan sahabat-sahabat kami ada yang simpan dari thn 2012 dan masih elok. Try masak dan makan thn lepas, masih ok juga. Rasa nasi teda rasa KFC.
Mesti anda teringat kartun-kartun zaman dahulu? Siapa yang selalu terpacak depan TV mesti tahu banyak kartun. Jadi jom tonton berapa banyak agaknya yang adik-adik BK kita ni tahu pasal kartun popular tahun 90-an dan awal 2000.
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pertama kali beraya di rumah mentua, rasa teruja dan gementar silih berganti kan. Nak nak lagi kalau keluarga pasangan ramai. Macam mana situasi nak bermesra nanti kan.
Nah, untuk menantu-menantu perempuan, ini tips yang anda perlu ‘alert’ dan ambil tahu. Mana tahu boleh jadi menantu kesayangan keluarga suami pula selepas ini.
1. JANGAN LUPA BUAH TANGAN
Bila balik ke rumah mertua, jangan lupa untuk membeli buah tangan buat mereka. Antara buah tangan yang anda boleh bawa adalah tudung, pakaian atau makanan. Kalau beli untuk ibu sendiri tu, jangan lupa untuk beli kepada ibu mertua juga ya.
2. HANYA MEMBANTU DI DAPUR
Pilih satu tempat di dapur, misalnya tugas memotong dan menyiang bahan masakan. Tidak kiralah sehandal mana pun anda memasak, elakkan memasak menu utama hari raya. Ingatlah, itu rumah mertua anda. Sudah puluhan tahun dia memasak untuk hari raya., lebih baik jika air tangannya tidak diganggu.
3. SABAR DALAM APA JUA SITUASI TERUTAMANYA PANAS
Terutamanya bagi yang bertudung, pulang ke kampung mungkin mencabar dengan cuaca panas, kipas usang, dan tidur di ruang tamu yang menyebabkan rambut berbau. Jangan terlampau merungut dan membiarkan keluarga mertua dengar rungutan anda. Bawa bersabar ya wahai wanita sekalian.
4. ILMU FESYEN KENA ADA
Lengkapkan diri anda dengan pengetahuan busana. Hal ini berguna apabila anda berbual dengan ipar duai dan anak saudara remaja. Waktu inilah untuk anda mengambil hati keluarga ipar untuk berbincang mengenai fesyen baju raya.
5. CARI TUGAS MUDAH
Pasti ada tugas mudah yang sentiasa diperlukan semasa hari raya. Misalnya membancuh air dan mengisi semula bekas kuih. Anda akan dilihat konsisten membantu sepanjang hari raya walaupun tugas mudah. Barulah ibu mertua sayang kerana menantu rajin dalam hal kerja.
6. BANGUN AWAL
Bangun awal dan jengahlah dapur untuk bersama ibu mertua. Anda tidak perlu bergegas menyediakan sarapan. Cukup dengan menyediakan minuman panas dan panggil suami ke dapur untuk bersarapan. Ingat, anda bukan bujang lagi untuk bangun lewat pada pagi hari.
7. MENANGKAN IBU MERTUA
Anda dan ibu mertua mahu ke rumah berlainan pada hari raya? Apa yang anda perlu lakukan? Beralah sahaja. Hari raya mungkin satu-satu masa yang ibu mertua anda ada dengan anak lelakinya. Janganlah bermasam muka kerana ini akan menjadikan suami anda serba salah dan mewujudkan suasana keruh dengan mertua.
8. ELAKKAN MERUNGUT
Andai ada menantu lain yang malas atau bersikap buruk, tidak perlulah anda merungut. Biarlah biras lain mahu merungut namun anda tidak perlu berpihak kepada sesiapa. Yang penting anda jaga tepi kain sendiri sahaja.
9. BERBUAL DAN BERI PERHATIAN
Jika anda lihat ibu mertua keseorangan mengerjakan sesuatu, temanlah dia. Kadangkala dia tidak perlukan pertolongan pun, hanya mahu teman berbual yang memberikan perhatian. Sekali-sekala, anda perlu juga untuk ambil hati beliau kan?
Sumber: Siraplimau
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Simple je video tapi bahagia tengok.. Mak ayah pun sporting layan anak menantu. Demikian antara pujian diberikan kepada keluarga ini yang bercuti di homestay tepi sawah.
Menerusi perkongsian di aplikasi tiktok, rata-rata yang menonton memuji gelagat bersahaja ahli keluarga ini bercuti bersama.Sempoi gaya, sporting semuanya apabila sama-sama mengenakan kain pelikat dan kain batik ketika bercuti di homestay Sungai Besar, Sabak Bernama Selangor baru-baru ini.
Nur Mithali Emelyn ketika berkongsi momen tersebut bersama penulis. menurutnya, seramai 19 orang termasuk kanak-kanak turut serta dalam percutian tersebut.
“Kami pilih tepi sawah ni sebab tak ramai orang berkunjung ketika itu. Untuk idea tu, abang dan kakak ipar saya yang bagi idea secara spontan je, masa sibuk ambil2 gambar, dorang panggil suruh beratur dan jalan mcm tu(macam dalam video)😆
“Sebenarnya, plan bercuti tu dibuat lepas pengumuman boleh rentas negeri. Apatah lagi, dah lama tak jumpa family selepas PKP. Jadi ini peluang terbaik untuk berkumpul kembali.
“Walaupun ramai, tapi tak ada masalah atau cabaran sepanjang percutian. Kami selalu bercuti bersama, jadi kami dah ada tugas masing-masing. Jadi semuanya jadi mudah alhamdulillah. Untuk akan datang memang dah ada plan nak bercuti lagi, cuma belum tahu tempat dan bila,” ujarnya lagi.
Menurut Emelyn lagi, ahli rombongan paling tua di dalam percutian tersebut adalah bapa mentuanya yang berusia 64 tahun manakala paling muda adalah anak saudaranya berumur setahun.Pemilihan tema kain pelikat untuk lelaki dan kain batik serta baju kedah untuk wanita dipilih memandangkan tempat percutian mereka di kawasan sawah padi. Sesuai untuk membangkitkan aura suasana desa.
“Untuk kaum lelaki, kami memilih baju putih dipadankan dengan kain pelikat manakala wanita kain batik dengan baju kurung kedah. Sementara untuk kanak-kanak pula selesa dengan berseluar kain batik.“Tema tepi sawah ini memang jadi pilihan memandangkan kami semua tinggal di bandar, ada yang tak pernah turun ke bendang bahkan ada juga yang memang tinggal jauh dari sawah padi.
“Jadi, peluang menginap di homestay yang berhadapan dengan sawah satu pengalaman yang cukup menyeronokkan.
Dah jadi lumrah, dalam hubungan suami isteri itu pasti akan ada ujian yang perlu mereka hadapi. Kalau sebelum ini kita lihat laporan, pasangan yang berkahwin terlerai hubungannya disebabkan mereka sudah tiada persefahaman, atau hatinya dah berpaling pada yang lain.
Namun, lain pula bagi individu ini yang tiada masalah dalam perhubungannya bersama pasangan tetapi perlu berpisah dek kerana sifat cemburu orang lain sehingga sanggup hantar sihir pemisah pada mereka.
Kisah ini dikongsikan sendiri oleh wanita ini di laman Tiktok miliknya, di mana dia menyifatkan suaminya seorang yang sangat baik dan memahami. Namun siapa sangka, rumah tangga yang dibina selama sembilan tahun terputus di tengah jalan dipercayai angkara sihir pemisah. Wanita ini mendakwa ada individu cemburu melihat kebahagiaannya bersama suami.
“Orang lain bercerai sebab tak bahagia tapi aku, terlampau bahagia. Suami terlalu baik, terlalu bahagia sampai orang cemburu dan hantar sihir pemisah.” tulisnya dalam video yang dimuat naik.
Dalam perkongsian lain, wanita ni bercerita lebih lanjut dengan mendakwa badannya sering sakit disebabkan sihir meskipun pelbagai usaha telah dilakukan termasuklah pergi berubat. Tetapi kini, dia sudah tidak mampu bertahan dan memilih untuk mengudur diri dengan berpisah dengan suami tercinta. Wanita ini turut berkongsi rakaman di Pejabat Agama Jajahan Pasir Mas untuk proses perceraian.
“Tapi lagi sakit dihari ini bila terpaksa bercerai dan berpisah dengan orang yang kita sangat-sangat sayang. Susah dan senang, perit jerih hidup dari susah dulu hanya makan nasi berlaukkan bilis. Aku bisa bertahan disisinya hingga dia senang. Tapi angkara sihir, aku mengalah.” tambahnya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata meluahkan rasa simpati dengan nasib malang yang menimpa pasangan ini. Ada di antara mereka menitipkan doa agar pasangan ini diberi kekuatan menempuhi ujian dan berharap agar pasangan ini akan bersatu kembali.