Lama tidak mendengar khabar pelakon berkulit putih ini. Baru-baru ini, menerusi laman instagramnya, pelakon Jue Aziz berjaya khatam Al-Quran dengan lebih awal.
Menurut Jue, dia berjaya menghabiskan bacaan semua juzuk dalam masa yang singkat bagi memenuhi permintaan ibunya, Nor Asmah Mohd Nor bersempena hari lahirnya yang 69 tahun ahad yang lalu.
“Ini surprise untuk mak Jue, alhamdulillah akhirnya harini Jue khatam Al-Quran! Allah makbulkan doa mak Jue. Mak merupakan semangat untuk Jue, lagi-lagi tengok mak tak sihat.”
“Ini je hadiah orang boleh bagi dekat mak, dah khatam alhamdulillah untuk mak dan arwah abah. Semoga segala amalan mak diterima dan disatukan dengan abah dekat syurga.”
Begitupun, Jue atau nama sebenarnya Zuliana Abdul Aziz mengakui ada lagi satu permintaan ibu yang masih belum terlaksana supaya pelakon berusia 38 tahun itu dipertemukan jodoh sekali lagi.
Sebelum ini, Jue pernah mendirikan rumah tangga dengan seorang pemuzik yang berasal dari Indonesia iaitu Bayu Pramana Putra Achamal tetapi perkahwinan itu telah berakhir pada tahun 2019 yang lalu.
“Satu je lagi permintaan mak, orang tak dapat nak tunaikan iaitu JODOH! Tau mak risau, orang sorang-sorang pun takpe asalkan ada mak, kita bercinta berdua je lah mak!”
Menurut pelakon filem Hantu Kak Limah itu lagi, walaupun ibunya berada dalam keadaan yang tak sihat tetapi beliau masih lagi mampu untuk mengejar ilmu akhirat. Jue mengakui cuba kuatkan diri dan menyempurnakan amalan ibadah itu selepas melihat semangat yang ada pada ibunya.
“Bila tengok orang tua kita dalam keadaaan tak larat lutut, sakit-sakit tapi masih kejar agama tak sihat pun masih tetap semangat kuat, kenapa kita yang sihat ini tak buat amalan.
“Terima kasih sangat mak bagi semangat orang boleh khatam. I love you so much. Berkat Doa mak, ramai yang rindu tak dapat jumpa mak bapa di luar sana, buatlah sesuatu untuk mereka.
“Doakan ya mak Jue diberikan kesihatan , kuatkan semangatnya… selamat hari jadi mak,” ungkap Jue.
Perkongsian Jue turut mendapat perhatian ramai pengikutnya dan mereka turut mendoakan kesejahteraan hidup mereka sekeluarga.
Tidak dinafikan mendidik anak-anak bukan suatu yang mudah supaya menjadi seorang anak yang soleh serta mendengar cakap ibu bapa.
Ramai yang mengakui cabaran lebih sukar apabila banyak pengaruh daripada media massa termasuk media elektronik.
Namun, hendak seribu daya, tak nak seribu dalih, jika ada pengawasan yang baik dan asuhan yang betul sejak kecil, pastinya ia tidak sukar.
Bak kata perpatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya begitu juga dengan pendidikan kepada anak-anak.
Ini jelas dilihat daripada perkongsian pelakon, Saharul Ridzwan bapa kepada dua orang cahaya mata terkesima melihat anak sulungnya, Muhammad Luth Ali atau panggilan manja Ali bermain sambil berselawat.
Bukan calang-calang nak didik anak yang asyik bermain, sambil bibirnya berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW.
Tahniah kepada Saharul dan isteri, Qaabila Deena Emir dalam mendidik anak-anak.
Terbaru perkongsian beliau dibuat menerusi akaun Instagramnya yang telah menarik perhatian warganet.
___________________________
ALI SAMBIL MAIN SAMBIL SELAWAT
“Semoga selawat ini terus menitip di bibir mu sampai bila2 wahai anak ku sayang. Amin Ya Rabb
Salam dan selawat keatas junjungan Nabi Muhammad s.a.w.
Dalam pada itu, warganet teruja cara pasangan ini mendidik anaknya hingga bermain pun bibir mengucapkan selawat kepada Nabi Muhammad SAW dan mendoakan menjadi anak yang soleh. Antaranya:
“Allah…anak soleh ni.
“Alhamdulillah.. semoga Muhammad Luth Ali menjadi anak yang soleh. Amin Ya Rabb comel sangat dia geramm.
“Alhamdulillah.. same with my kids.. even play, selawat main di bibir..
Sumber: Instagram saharulridzwan
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Minggu PSRA Ibu Bapa Mula Sebak, Selawat Dan Doa Ini Bantu Anak Jawab Soalan Dengan Tenang
Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) 2022 bermula hari ini sehingga jumaat (17 hingga 21 Oktober 2022) di Negeri Selangor. PSRA adalah penilaian Tahun 6 di sekolah yang di bawah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Rata-rata wargamaya berkongsi luahan hati dan mendoakan semoga anak-anak dapat menjawab soalan dengan tenang. Bahkan ada yang berkongsi anak gelisah tidak dapat tidur, kata-kata semangat dan doa buat anak.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Justeru, ibu ayah berdoalah dan mintalah hajat kepada Allah SWT supaya anak-anak dipermudahkan menjawab soalan-soalan peperiksaaan dengan tenang dan mendapat keputusan terbaik.
Buat ibu bapa, amalkan bacaaan doa dan selawat ini selama 5 hari ketika anak menghadapi peperiksaan PSRA sepanjang minggu ini.
Selain itu, boleh jadikan amalan setiap kali anak menghadapi ujian bulanan atau peperiksaan di sekolah mahupun universiti.
AMALKAN DOA DAN SELAMAT SELAMAT 5 HARI KETIKA ANAK MENGHADAPI PEPERIKSAAN
AMALAN 1
Allahumma 1x Ya Alim Ya Hakim Ya Roshid. 40x Bicara hati Ya Allah. Alirkan kebijaksanaan ke dalam minda anakku agar dia dapat menjawab dengan baik. 1x
Allahumma 1x Ya zohir 40x Ya Allah kau nampakkan jawapan yang betul dalam minda anakku kerana Kau Maha Menampakkan 1x
Allahumma 1x Ya Fatah 40x Ya Allah bukakanlah minda anakku seluas langit dan bumi agar dia nampak segala jawapan yang betul. 1x
Allahumma 1x Ya Baari’. 40x Ya Allah aku serah seluruh jiwa raga anakku hanya kepadaMu utk Kau uruskan sebaik-baiknya sepanjang dia exam ini Ya Allah. Kau aturlah otak dan minda juga jari jemarinya untuk menjawab dengan pimpinanmu Ya Hadi. Aku yakin hanya kuasaMu sahaja Ya Allah. Aku tiada daya 1x.
Ulang dan ulang. Kalau anak exam 1 jam. Zikirlah. Bayangkan anak sedang menjawab dengan betul dan senyum. Pastikan anak-anak ada dalam keadaan berwuduk masa nak pergi sekolah. Kalau batal takpe. Ibu ayah kena istighfar sepanjang peperiksaan ini juga ya.
AMALAN 2
1. Surah Al-Fatihah – 7 kali
Surah Al Fatihah sememangnya terbukti mempunyai hikmah kelebihan, fadilat dan khasiat yang tersendiri dan sering diamalkan oleh mereka yang mendalaminya. Ia juga sering dibaca di dalam solat dan doa malah sering dibacakan setiap hari dalam kehidupan seharian ramai orang selain dijadikan penawar dan penyembuh berbagai jenis penyakit.
2. Subhanallah – 44 kali
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barangsiapa mengucapkan ‘subhanallah wabihamdihi’ seratus kali dalam sehari, ia akan diampuni segala dosanya sekalipun dosanya itu sebanyak buih di lautan.” (Hadis riwayat Muslim dan Tirmidzi)
3. Alhamdulillah – 44 kali Seseorang hamba yang bersyukur kepada Allah maka Allah telah berjanji akan menambah rezekinya. Bersyukur disini juga boleh dilakukan dengan mengucapkan Alhamdulillah.
4. Allahuakbar – 44 kali Firman Allah dalam surah surah al-Ra`d, ayat 28 yang bermaksud: “(Iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.”
5. Ya Hayyu Ya Qayyum – 21 kali Bacalah Ya Hayyu Ya Qayyum atau Ya Hayyul Qayyum, ia akan membantu anda dalam banyak perkara.
Ya Hayyu Ya Qayyum, Yang menghidupkan, hidupkanlah hatiku, rezekiku, agamaku dan duniaku.
Ya Allah, aku bermohon kepada-Mu, Ya Hayyu bersaksi semua yang hidup, Engkaulah yang memberi nyawa dan memberi kehidupan kepada yang hidup.
Semoga amalan kita diterima Allah dan anak-anak berjaya dalam pelajaran.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.