Kanak-kanak seharusnya dilindungi bukannya dipergunakan dek kerana pemikiran mereka yang masih mentah. Sebaik mana jagaan ibu bapanya, kita haruslah menghormati mereka dan menjaga mereka sebaik yang boleh.

Di usia semuda ini, mereka masih belum mengerti mengenai kehidupan sebenar dan sentiasa memikirkan keseronokan bermain dan bermanja.

Namun dalam memupuk kesedaran masyarakat terhadap keselamatan serta perlindungan terhadap kanak-kanak, kes Pedofilia dilihat semakin bermaharajalela.

Terbaharu, seorang kanak-kanak berusia 12 tahun kini sarat hamil 8 bulan. Apa yang menyedihkan, dia sendiri belum mengerti akan perubahan bentuk badannya serta alahan sewaktu kehamilan yang dilalui.

“Jika dibawa ke doktor untuk scan bayi, Bunga (nama samaran) kelihatan malu-malu. dia sendiri tidak tahu apa yang sedang doktor tunjukkan padanya mengenai bayi yang kini dikandungnya.”

@mommychutela Nangis edit ini.. Doa kan urusan dia lancar ya teman² 🙏🏻.. Kasian bgt nasib nya 😭😭 #fypシ #ceritakita #ceritasedih #gbu #makcutela #binjaitiktok #niastiktok_yaahowu ♬ Sang Dewi – Titi DJ

Ads

Melihat pada geri geri Bunga, tertanya dia masih seperti kanak-kanak lain. Menonton cerita kartun dan sewaktu diminta memakan ubat atau vitamin, pil tersebut terpaksa dihancurkan kecil-kecil terlebih dahulu.

@mommychutela Cerita Bunga Part 2 #fypシ #binjaitiktok #gbu #ceritasedih #ceritakita #makcutela #zega #lovefamily #saveourfamily ♬ suara asli – Hennyzegamakcuteola

[TRENDING] Hanya 15 Minit, Daging Liat Dapat Dilembutkan

Mungkin ramai yang tertanya-tanya bagaimana Bunga boleh hamil? Namun wanita yang menggunakan nama Mummy Chutela di aplikasi Tiktok ini enggan mendedahkan siapakah yang harus bertanggungjawab terhadap apa yang terjadi kepada Bunga.

Ads

Terserah kepada ibu bapa Bunga untuk mengambil tindakan kepada si pelaku atau memaafkannya. Menurut wanita ini, ibu bapa Bunga bekerja di perusahaan tanaman yang dilakukannya. Dia membawa Bunga tinggal bersamanya kerana ibu bapa Bunga buntu apa yang harus dilakukan.

@mommychutela Membalas @tutyhandayani171 ♬ suara asli – Hennyzegamakcuteola

[BIAR BETUL] ‘Baru Tahu Peel Anak-Anak.’ Awal Ashaari Kongsi Pengalaman Bercuti Tanpa Pengasuh

Ads

Wanita ini sempat memberi nasihat terdapat para mengikutnya agar ibu bapa di luar sana menjaga anak-anak mereka agar terhindar dari sebarang perbuatan tidak bermoral ini.

@mommychutela #jawaban untuk @rivaraa …Terima Kasih pertanyaan nya ya.. Doa terbaik aja utk Bunga ya.. Semoga kluarga kita selalu dlm lindungan yg Maha Kuasa #ceritakita #ceritasedih #fypシ #saveourfamily #gbu #makcutela ♬ suara asli – Hennyzegamakcuteola

[MESTI BACA]

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

Kejam! Budak Umur 12 Tahun Hamil 8 Bulan! Pelakunya Masih Bebas

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI