Selain Norman, Memey dan Abby Abadi, pasangan Ashraf Muslim dan dua orang isterinya, Noor Dayana Dan Wan Sakinah antara yang menjadi perhatian umum dek Kerana keakraban mereka.
Walaupun pernah dihujani kontroversi sebelum ini, namun akhirnya hubungan mereka kembali jernih.
Malah, kebahagiaan rumahtangga dan kasih sayang antara keluarga besar Ashraf ini seringkali membuatkan ramai kagum. Ke mana sahaja mereka pasti bersama. Begitupun , keluarga ini lebih low profile dan jarang menonjol Di media.
Hasil perkahwinan Ashraf bersama Dayana, mereka telah dikurniakan seorang cahayamata lelaki bernama Anas Ashraf. Manakala bersama Wan Sakinah pula dikurniakan 3 orang cahayamata iaitu Sarah, Adam dan Safiyyah.
Menjengah ke akaun Instagram Ashraf Muslim baru-baru ini, pelakon ini telah memuatnaik beberapa keping gambar yang memaparkan sambutan ulangtahun kelahiran anak sulungnya, Sarah. Tanggal 5 April genaplah usia Sarah yang ke 8 tahun.
Rupa-rupanya, Sarah ini peminat durian. Jadi, bersempena hari lahirnya, mereka sekeluarga menyediakan kek berbentuk buah durian khas untuknya.
Menerusi kapsyennya, Ashraf berkongsi cerita mengenai sikap Sarah yang baik sebagai seorang kakak.
“Tahun ni genaplah Sarah Ashraf berumur 8 tahun. Ya Allah dah besar dah Anje ayah ni. Seronok melihat perkembangan Sarah dari masa ke semasa.
Katanya, anak perempuannya itu sering beralah dengan adik-adik, Bahkan Sarah juga seorang kakak yang penyayang.
“Sarah kakak yang baik dan penyayang , selalu jer beralah ngn adik2. Adik-adik cari gaduh ngn dia atau terpukul, kakak langsung tak balas balik.
“Bila adik-adik merajuk pandai pulak dia pujuk dan pandai jaga hati mama ibu. Faham tentang keluarga dan selalu doakan yang baik-baik.
Dalam pada itu, Ashraf turut menitipkan doa semoga impian anaknya untuk menjadi doktor gigi tercapai dan terus maju jaya dalam pelajaran.
“Ayah doakan semoga kakak berjaya dalam pelajaran dan tercapai cita-cita menjadi seorang doktor gigi.. amin. InsyaAllah. Ayah sayang Sarah ❤️
Happy birthday Sarah Ashraf 🎂❤️
We love you.
Terasa cepat sahaja masa berlalu, sudah besar panjang anak sulung Ashraf ni. Memang nampak banyak iras dengan wajah Sakinah. Ini diakui ramai warganet yang turut berkongsi ucapan hari lahir buat Sarah.
Sumber:ashrafmuslim
ARTIKEL MENARIK: “Menunggu Kepulangan Yang Tak Akan Pulang.” Baru 3 Hari Habis Pantang, Suami Pula Meninggal Dunia, Kisah Wanita Ni Bikin Sebak!
ARTIKEL POPULAR: “Ya Allah Adik Gagah Juga, Kakak Tumpang.” Gelagat Comel Aafiyah Ditegur Tokti Menyakat Adiknya Bikin Ramai Terhibur
BACA INI JUGA : “Cantiknya Baby Khadeeja, Secantik Namanya. Muka Chinese Look.” Intan Ladyana Dedah Wajah & Nama Anak
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Bergelar Ayah Cukup Indah, Hidup Pun Lebih Teratur Dan Rezeki Makin Murah- Fad Bocey
Setiap pasangan suami isteri yang mendirikan rumah tangga menantikan zuriat dalam menyemarakkan lagi ikatan kasih sayang. Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 14 Mac 2015.
Fad atau nama sebenatnya Muhamad Fadzlie Bin Mohd Nizam mengakui cukup teruja namun sedikit kekok tatkala pertama kali memegang anak kembarnya yang diberi nama Favian Adrazin Hayyan dan Favian Adrazin Zayyan.
“Keterujaan itu hanya Tuhan yang tahu. Saya nikmat yang Tuhan beri untuk saya kecapi membuatkan saya bersyukur sangat. Tetapi selepas anak lahir, saya yang memang jenis yang sukakan kanak-kanak sejak dahulu lagi, terus jadi kekok. Takut pun ada, yalah itulah pertama kali bergelar ayah dan memegang bayi sendiri.
“Tambahan lagi kembar lahir pra matang, jadi sukar sedikit. Kena lebih fokus, ditambah pula kalau mereka demam dan sakit memang sebagai bapa rasa sedih melihat keadaan mereka. Namun, lama-kelamaan saya sudah membiasakan diri dengan hal itu dan tidak lagi kekok. Cuma bila mereka makin membesar, seronok sebab ada sahaja keletah mereka yang membuatkan saya dan isteri tertawa,”ungkap Fad sambil mengakui pengalaman paling manis waktu kembar dapat kaki, mereka rajin bangunkannya waktu pagi.
Ditanya mengenai baka keluarga yang mempunyai kembar, Fad mengakui kedua-dua mereka ada kembar namun sebelah keluarganya lebih ramai.
“Kalau diikutkan sebelah saya memang ramai anak kembar. Ada juga sebelah Sheera yang kembar tetapi keluarga saya lebih ramai. Awal-awal kehamilan, saya dan isteri sudah membuat persediaan seperti membeli barang keperluan anak kami. Bayangkan setiap baju dibeli dua pasang dan memang ‘rabak’ time tu. Tetapi demi anak tak apalah,”seloroh Fad lagi tatkala bercerita mengenai kehamilan anak kembarnya.
Selepas kelahiran anak kembar, kemudian Sheera hamil buat kali kedua. Lebih meriah lagi apabila doktor sahkan kami bakal menimang anak perempuan.
“Memang seronok dan tak sabar rasanya kerana kembar sebelum ini dua-dua lelaki. Proses melahirkan anak kedua ini lebih mudah berbanding kembar sebelum ini. Malah, nak jaga pun lebih mudah kerana kami sudah ada pengalaman sebelum ini. Kalau dulu tak cukup tidur ditambah pula saya ada shooting tetapi Alhamdulillah ada mentua membantu meringankan kerja.
“Pengalaman sebagai ibu dan ayah cukup indah dan tidak seperti yang saya fikirkan waktu bujang. Konon selepas kahwin makin serabut tetapi rupanya tidak. Bahkan, lebih bahagia dan hidup teratur. Yang penting kita pandai handle rumah tangga kita. Saya sendiri tidak sangka diberi mandat dan bergelar ayah dalam usia yan masih muda. Tidak semua orang dapat rasa apa yang saya lalui terutama mengendalikan kembar satu pengalaman yang cukup manis.
Rezeki anak kita tidak boleh cakap. Saya bersyukur kerana terpilih menerima mandat sebagai ayah dan saya harap untuk menjadi lebih bertanggung jawab. Untuk yang bakal dapat kembar, kena banyakkan bersabar, biar seimbang antara kedua-dua kembar. Jangan takut sebaliknya reda dan ikhlas.
“Rezeki anak-anak itu luas dan itu yang dijanjikan oleh Yang Mah Esa. Saya sendiri sudah melaluinya dan itu yang saya peroleh atas rezeki anak-anak dan isteri, saya hanya menumpang dan melaksanakan tanggungjawab sebagai ayah dan suami. Semoga berjaya kepada ibu bapa yang bakal mendapat anak kembar, ingat bukan semua orang bertuah mendapat seperti kita dapat ini,”ujar Fad lagi memberi tip dan nasihat kepada ibu bapa yang bakal menimang cahaya mata kembar.
“Pakat Ketuk Kepala Ramai-ramai..”- Rupanya Dr. Tengku Asmadi Dulu Pernah Jadi Mangsa Buli
Apabila video tular memaparkan kes buli yang berlaku di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Kuala Kangsar, Perak baru- baru ini, ternyata menimbulkan kemarahan ramai pihak.
Pun begitu dalam sedar atau tidak, sebenarnya kes buli di zaman belajar bukan lah perkara baru. Malah sudah lama berlaku sejak berpuluh-puluh tahun yang lalu. Senior pukul junior, ia seakan satu budaya yang dibawa dari satu generasi ke generasi berikutnya.
Bahkan tidak keterlaluan jika dikatakan ramai antara kita dahulunya pernah menjadi mangsa buli rakan-rakan. Ini seperti mana kisah peribadi yang dikongsikan oleh pakar motiovasi yang tidak asing lagi namanya, iaitu Dr Tengku Asmadi.
Rupanya siapa sangka dia juga pernah menjadi mangsa buli hingga membuatkan dia nekad untuk melawan keganasan tersebut dengan tindakan yang boleh merosakkan masa depannya.
KISAH BENAR SAYA DIBULI
Dulu sewaktu kecil saya membesar di kampung tanpa ayah. Hanya emak sahaja yang ada. Emak pula turun lepas subuh dan pulangnya ada ketikanya lepas Maghrib kerana mencari rezeki sebagai tukang masak di restoran di bandar Kuala Terengganu.
Al kisahnya, di kampung saya itu memang ada remaja yang nakal dan pembuli. Dan saya antara yang sering dibuli. Mereka pegang saya dan pakat ketuk kepala ramai-ramai. Orang Terengganu kata ‘kherpok’. Bahasa bakunya ‘Luku’. Maklumlah saya ni dulunya kurus dan halus sahaja. Dan semua ini dilakukan atas arahan seorang yang berlagak ketua dan samseng.
Nekad Lawan
Kerana tidak tahan lagi dengan keadaan itu, satu hari saya keluar dan selit pisau daging dalam baju. Niat saya hari ini, siapa yang buli aku, aku tetak.
Entah macam mana hari itu, tiada seorang pun yang datang membuli. Maka terhindarlah dari sebarang petaka. Usia saya masa itu baru 14 tahun. Apa lah sangat anak usia 14 tahun, membesar tanpa ayah dan terbiar ini tahu berfikir panjang.
Jika berlakulah perkara yang tidak baik masa itu, maka hidup dan nasib saya mungkin tidak seperti hari ini. Tiadalah insan bernama Dr. Tengku Asmadi seperti hari ini.
Syukur, asbab berkat doa ibu, Allah lindungi saya. Apa yang saya nak beritahu, buli boleh membawa kepada pelbagai perkara buruk. Yang membuli boleh lakukan perkara buruk. Yang dibuli kerana mempertahankan diri juga boleh melakukan perkara buruk.
Jadi, hentikan buli. SAY NO TO BULLY.
Sumber : Dr Tengku Asmadi
Baca juga : Sayang Nak Buang Botol, Terus Buat Projek Tanam Sayur Dalam Botol. Hasilnya Tanaman Subur & Mudah Nak Jaga!
ARTIKEL MENARIK : “Jual Murah Niatkan Atas Nama Arwah Anak Yang Kemalangan Di Kawasan Ini…” -Lelaki Ni Jual Roti Canai 50 Sen!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Pakar Jelaskan Punca Kemerosotan Tulang & Otot, Serta Tips Pemakanan Yang Baik. Sila Take note, Rugi Kalau Tak Tahu!
Baca Ini Juga : Umur 40an Aim Nak Badan Langsing. Pakar Dietitian Ni Kongsi Caranya Perlu Praktik!
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Dulu Anak Autisme, Kini Genius Matematik. Ketahui Cara Ibu Bapa Hebat Ini!
Sesuai dengan ungkapan kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa. Kesungguhan pasangan suami isteri ini memberikan pendidikan yang terbaik buat anak tercinta sungguh inspirasi.
Dalam pada itu, Pengarah Pusat Permata Pintar UKM, Prof. Datuk Dr. Noriah menyifatkan Izz Imil Shahrom memiliki pemikiran menyerupai remaja berusia 16 tahun dan kebolehan luar biasa untuk menguasai pengetahuan yang lebih tinggi daripada usia. Kisah keluarga ini yang mempunyai anak autisme sungguh inspirasi!
Izz Imil Shahrom, 6 tahun yang bercita-cita menjadi Saintis Angkasa (Space Scientist) merupakan anak kepada pasangan Shahrom Abdul Ghani dan isterinya, Ilya Abdul Aziz, telah disahkan disahkan mempunyai mild autisme dalam spektrum high functioning dan dikategorikan sebagai Hyperlexic atau Einstein Syndrome.
Bapa kepada anak genius ini, Imil Shahrom yang sanggup melupakan kerjaya mengajar ‘autocad’ dan pensyarah sambilan demi mengurus kan pembelajaran anak tersayang sepenuh masa berkata, anaknya mula menunjukkan tanda autisme apabila tidak boleh mendengar bunyi bising.
“Tanda-tanda autisme Izz semakin nampak dan dia tidak boleh mendengar bunyi yang sangat bising dan menyambut hari lahir, akan menangis dan mengamuk. Juga tidak fasih bercakap dan suka bermain dengan kanak-kanak yang lebih tua darinya.
“Semasa berusia setahun setengah, Izz masih belum boleh bercakap atau membuat bunyi seperti kanak-kanak seusianya tetapi sudah mula mengira di dalam Bahasa Inggeris. Pada usia dua tahun sudah boleh mengira hingga beratus dan boleh membaca abjad ABC sehingga habis dan secara terbalik serta mengenali huruf-huruf jawi,”jelas Shahrom.
Terapi luar negara
Setelah anaknya Izz disahkan mempunyai mild autisme dalam spektrum high functioning dan dikategorikan sebagai Hyperlexic atau Einstein Syndrome, pasangan ini bertindak pantas dengan mendapatkan maklumat dan berjumpa pakar. Akhirnya mereka mengambil keputusan untuk mendapatkan terapi di luar negara selama setahun untuk rawatan lanjut ketika usia Izz dua tahun.
Pasangan ini bernasib baik apabila ibu Izz mendapat peluang bekerja di Houston, Texas dan mereka mendapat pertolongan dari pakar dari sana.
“Saya bersyukur, isteri berpeluang bekerja di Houston, Texas, dari situ kami mengambil kesempatan mencari sekolah-sekolah yang sesuai untuk high functioning children dan juga menghantar Izz ke pusat-pusat terapi untuk speech theraphy, occupational theraphy dan music theraphy
“Kami pergi berjumpa Director of Autism di University of Texas Hospital, Texas USA dan Izz didiagnos sebagai ‘mild autism’ dan ‘Hyperlexic’. Kami merancang terapi dan juga persekolahannya bersama pakar-pakar di sana. Izz belum boleh bercakap two way communication dan kami banyak bercakap dengannya dalam ayat-ayat yang ringkas sambil bekerjasama dengan terapi di sana,” jelas Shahrom lagi.
Setelah pulang ke Malaysia, Izz telah ditempatkan di beberapa buah tadika namun tidak bertahan lama kerana tenaga pengajar di tadika kurang pendedahan mengenai Hyperlexic. Sempat mengikuti pembelajaran disebuah sekolah antarabangsa sebagai murid darjah dua pada usia lima tahun.
Akhirnya penantian Izz untuk mendapatkan pusat pembelajaran yang sesuai dengan daya pemikirannya berakhir setelah berjaya melepasi beberapa ujian. Izz sebelum ini pernah mengikuti pembelajaran di Kolej Permata Pintar UKM sebagai pelajar Asas 1 (tingkatan satu) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi dengan mengikuti kelas dua kali seminggu untuk belajar Matematik dan Kimia dengan tunjuk ajar pensyarah yang berkaliber.
Kini Izz tidak lagi mengikuti sekolah di Permata Pintar setelah pembelajaran kelas tingkatan 1,2,3 telah berpindah ke seremban. Ekoran itu, keluarganya mengambil keputusan untuk melakukan pembelajaran secara homeschooling di rumah.
“Insyaallah nanti tahun 2019 Izz akan masuk sekolah dengan pelajar-pelajar yang lebih kurang baya denganya untuk sosial tetapi tetap akan menumpukan dan belajar apa yang dia minat dengan menumpukan kepada one to one pembelajaran,” jelasnya lagi.
Perkembangan luar biasa
Mempunyai daya pemikiran yang luar biasa ekoran mampu membaca dan mengira dengan tepat. Lebih mengejutkan, anak kecil ini gemar membaca buku Secret Of Mental Math dan menyebut dengan lancar carta Periodic Table Of The Elements iaitu jadual berkala mengenai susunan unsur-unsur kimia. Ini benar-benar menakjubkan! Tidak mustahil suatu hari nanti anak kecil ini bakal bergelar saintis negara sebagaimana cita-citanya iaitu sebagai seorang saintis angkasa.
Pengarah Pusat Permata Pintar UKM, Prof. Datuk Dr. Noriah juga memaklumkan, bahawa Izz Imil memiliki pemikiran menyerupai remaja berusia 16 tahun dan kebolehan luar biasa untuk menguasai pengetahuan yang lebih tinggi daripada usia. “Izz mempunyai kelebihan dari segi akademik dengan mudah menerima apa sahaja yang berkaitan dengan nombor. Namun kami tidak menggangapnya sebagai seorang yang genius. Kami menyedari Izz berkebolehan dalam beberapa perkara dan kami galakkan untuk terus belajar dalam bidang-bidang tersebut,” jelas ibu Izz yang merupakan pakar geologi dengan sebuah syarikat gas dan minyak.
10 SOAL JAWAB MENGENAI ANAK GENIUS INI . INI JAWAPAN IBU BAPANYA.
1.Kenali karektor Izz
Izz seorang anak yang hyper, suka bergerak, suka bercakap dan bermain seperti kanak-kanak seusianya. Dia juga suka berkawan dan merupakan seorang yang peramah apabila dia berada di dalam keadaan mood yang baik. Untuk mengurangkan dia bergerak dan melompat kami sentiasa memberi dia buku dan pen agar dia dapat menulis atau melukis dan meluahkan perasaan dan buah fikirannnya.
2.Kepintaran dikesan sejak usia setahun
Izz menunjukkan kepintarannya seawal usia setahun apabila mula suka melihat flashcard dan tampalan di dinding mengenai nombor-nombor dan huruf-huruf. Semasa berusia setahun setengah, Izz belum boleh bercakap atau membuat bunyi seperti kanak-kanak seusianya tetapi dia sudah mula mengira di dalam Bahasa Inggeris dan di mana sahaja dia pergi, dia akan tertarik untuk melihat kalender. Pada usia 2 tahun dia sudah boleh mengira hingga beratus dan boleh membaca ABC sehingga habis dan juga terbalik. Dia juga berjaya mengenali huruf-huruf jawi. Apabila kami melihat keadaan ini, kami galakkan dan mengajar Izz sambil bermain.
3.Bagaimana rangsangan minda buat Izz sejak kecil
Sejak dilahirkan, Izz mempunyai mild autisma dalam spektrum ‘high functioning’ dan dikategorikan sebagai ‘Hyperlexic’ atau ‘Einstein Syndrome’. Sambil cuba memberi ransangan terhadap deria rasa dan emosi dia, kami cuba memberikan kasih sayang dan waktu secukupnya bersama dia.
Usia | Ransangan/Aktiviti |
0-4 Bulan | ·Tidur di katil sendiri (baby cot) dan pelbagai mainan stimulasi bayi diletak dikeliling katilnya. Kebanyakan mainan lebih kepada warna hitam putih yang mempunyai bentuk-bentuk abstract yang jelas. Semakin Izz membesar, kami mula memperkenalkan barangan yang berwarna dan mempunyai bunyi untuk meransang kepekaan Izz. · Bangun pagi disambut dengan senyuman dan berborak semasa menyusu. · Selepas mandi, urut Izz dengan baby lotion untuk meransang deria2 badannya serta merehatkan bayi dan juga ibu bapa. · Media elektronik seperti telefon bimbit dan laptop amat jarang digunakan. |
4-12 Bulan | · Menyediakan bilik dan kawasan bermain untuk Izz. · Tampalan ABC, Alif Ba Ta dan nombor di sebut-sbut apabila bermain dengan Izz · Banyak bermain di luar dan berjumpa kaum keluarga. Izz rapat dengan sepupu-sepupunya. · Mula membaca buku kepada Izz dan menunjukkan flash card. |
1-2 Tahun | · Pada usia setahun disebabkan Izz suka nombor, kami telah mula mengajar matematik mudah sepert 1+1, 3-2 dan sebagainya. · Pada usia 2 tahun Izz dihantar ke KLIK (Kuala Lumpur International Kindergarten). Guru kurang memahaminya dan dia tidak boleh belajar sperti rakan-rakan lain seusianya. Dia hanya nampak nombor, contohnya gugu mengajar mengenai serangga dan ditunjukkan ladybird, kanak-kanak lain akan menjawab ladybird tetapi Izz akan menjawab ‘8’ sebab ada 8 bintik di ladybird tersebut. · Tanda-tanda autisma Izz semakin nampak dan dia tidak boleh mendengar bunyi yang sangat bising dan menyambut hari lahir, dia akan menangis dan mengamuk. Dia juga tidak fasih bercakap dan suka bermain dengan kanak-kanak yang lebih tua darinya. · Kami telah cuba pergi ke beberapa pakar tetapi malangnya mereka tidak perasan atau tidak nampak Izz sebagai autisma kerana golongan ‘Hyperlexic’ tidak menunjukkan ciri-ciri autisma biasa. · Akhirnya salah seorang Pakar Psikatri di KL sudi mendengar masalah kami dan merumuskan Izz mungkin menghidap autisma. |
2-3 Tahun | · Kami pergi berjumpa Director of Autism di University of Texas Hospital, Texas USA dan Izz di diagnos sebagai ‘mild autism’ dan ‘Hyperlexic’. Kami merancang terapi dan juga persekolahannya bersama pakar-pakar di sana. · Izz belum boleh bercakap ‘two way communication’ dan kami banyak bercakap denganya dalam ayat-ayat yang ringkas sambil bekerjasama dengan therapist. · Satu jam setiap hari dari 8:00 – 9:00 am sebelah pagi, Izz pergi theraphy, Occupational Theraphy, Speech Theraphy dan Music Theraphy di Carruth Center, Houston, Texas. · Pada pukul 9:15 – 12:45 noon Izz pergi ke Westview School, Houston, Texas (High Functioning School for Autistic). Disebabkan Izz sudah minat dengan huruf dan nombor dan sudah membaca, mereka terus mengajar Izz pada tahapnya. Kami kerap mengulangkaji di rumah Bersama Izz. · Di sekolah tersebut lebih kepada bermain di luar dan aktiviti untuk meransang muscle co-ordination dan emosi. Sekolah itu juga sangat mementingkan keluarga dan selalu melakukan aktiviti bersama keluarga. · Kami banyak membawa Izz keluar bermain dan melakukan aktiviti luar bukan sahaja untuk merehatkan minda tetapi untuk kesihatan juga. · Memperkenalkan Izz subjek-subjek baru tetapi dalam bentuk bermain. |
4-5 Tahun | · Mencuba memasukkan Izz ke beberapa tadika di Malaysia tetapi tidak berjaya kerana guru kurang pendedahan mengenai ‘Hyperlexic’. · Izz kurang tumpuan dan meltdown serta tantrum disebabkan sudah tahu membaca dan mengira (tambah, tolak, darab) dan sangat suka pada Periodic Table dan Pascal Triangle. · Pada usia 5 tahun akhirnya Izz diterima memasuki Darjah 2 di Hibiscus International School di Segambut. Walaupun sudah ke darjah dua, Izz masih tantrum dan hendak belajar lebih dari apa yang dipelajari di sekolah. Izz hadir ke sekolah dengan seorang ‘shadow teacher’ yang merupakan seorang Occupational Therapist. |
5-6 Tahun | · Kami menghampiri Permata Pintar dan berbincang dengan Pengarah dan tenaga pengajar. · Izz diuji teori dan praktikal dan mengambil ujian-ujian UKM yang diambil oleh murid-murid lain yang hendak memasuki Permata pintar. · Izz ke Permata Pintar 2 kali seminggu sahaja untuk belajar Matematik dan Kimia. · Izz belajar di Pusat Akademi Al- Quran Ar-Rayyan, sebuat pusat pembelajaran Al-Quran untuk kanak-kanak autisma. Izz sudah berjaya menghafal beberapa surah pendek dan juga sudah dapat membaca dan menulis jawi. · Izz juga pergi ke kelas renang dan gym untuk bersosial dan menguatkan muscle dan kesihatan. · Kami menyediakan whiteboard di rumah di mana Izz dapat menulis dan mengeluarkan idea dia. Kami akan berbincang bersama dan selalu melayan dan juga mencabar apa yang ditulis. · Buat masa sekarang, ke mana sahaja Izz pergi, kami bawakan buku tulis dan pen supaya masanya terisi dengan menulis dan dia dapat mengeluarkan idea dan berbincang dengan kami atau orang sekelilingnya. · Kami menggalakkan Izz membaca dari usia 2 tahun dan selalu membeli buku pergi ke perpustakaan. · Izz boleh menggunakan media elektronik seperti telefon atau laptop/komputer tetapi kami menghadkan masa. · Sentiasa rapatkan dengan keluarga dan bersosial dengan rakan lain serta adakan aktiviti playdate. |
4.Belajar di tadika
Izz memasuki tadika pada usia 2 tahun. Izz ketika itu tidak boleh bercakap dengan two way communication dan mudah menangis. Dia sudah boleh membunyikan huruf-huruf dan mengira soalan matematik yang mudah. Di tadika Izz tidak seperti kanak-kanak seusianya yang suka bermain sendiri dan menyusun barang.
5.Bila boleh membaca
Izz mula membaca dan menulis seawall 2 tahun. Izz belajar membaca sendiri, di mana ini adalah simptom kanank-kanak ‘Hyperlexic’. Disebabkan Izz sudah boleh membaca perkataan mudah, kami sebagai ibu bapa terus menggalakkan Izz untuk terus belajar dan kami mengajar dia untuk membaca ke tahap yang lebih tinggi. Tadika tidak membantu disebabkan cara Izz belajar dan berfikir lain. Tadika lebih banyak membantu dalam segi social sahaja.
6.Pemakanan Izz dari kecil hingga membesar.
Semasa kecil kami berikan Izz makanan berkhasiat dan kebanyakan makanan yang tergologn dalam superfood tetapi apabila meningkat setahun, dia hanya makan nasi dan ikan bilis. Izz makan yoghurt buah-buahan setiap pagi. Snek yang dimakan oleh Izz adalah kismis dan biskut biasa dan wholemeal. Izz juga makan roti bakar dari roti wholemeal. Apabila berjalan dan waktu tidak mencukupi, Izz biasanya makan kentang goreng. Izz baru sahaja menerima untuk makan sayur seperti brokolli, kacang panjang dan lobak merah bersama nasi dan ikan bilis atau ayam. Dia hanya minum air kosong, susu dan air minuman bercoklat.
7.Amalan di rumah sebelum memasuki Pusat Permata Pintar
Kami lebih banyak menggunakan kaedah play learn di mana Izz belajar ketika bermain. Setiap benda baru yang dipelajari adalah dari kaedah bermain. Persekitaran Izz memainkan peranan yang paling besar di mana kami cuba menyediakan persekitran yang merangsang pembelajaran Izz, dari suasana rumah, permainannya, rancangan yang ditonton di TV atau youtube kepada buku yang dibaca. Apa yang ditampal di dinding dan dilihat setiap kali bangun tidur juga menyumbang kepada ransangan pemikiran Izz. Kami juga banyak berdoa dan cuba mengajak Izz sembahyang bersama sentiasa.
8.Kelebihan Izz dari segi akademik
Izz mudah menerima sesuatu jika berkaitan dengan nombor. Dia akan lebih mudah menerima sesuatu jika dikaitkan dengan nombor.
9.Setelah anak dikatakan genius..
Kami tidak menggangap dia sebagai seorang yang genius. Kami menyedari Izz berkebolehan di dalam beberapa perkara dan kami galakkan untuk dia terus belajar dalam bidang-bidang tersebut.
10.Harapan ibu bapa Izz
Kami berharap Izz gembira bila dia dapat belajar dan bermain apa yang dikehendaki selain dia menjadi seorang yang berguna di dunia dan di dalam bidang agama. Kita tidak tahu anak-anak autisma yang ‘Hyperlexic’ ini dilahirkan di dalam keluarga yang mampu atau tidak. Kami adalah dari golongan sederhana sahaja tetapi cuba sedaya upaya untuk membantu Izz dari segi emosi, mental dan fizikal.
Kami berharap ibu bapa akan lebih peka terhadap kanak-kanak seperti Izz sejak dari kecil dan tidak terlepas momen ini.
Kepada kerajaan yang baru diharap lebih peka kepada anak-anak seperti Izz kerana ramai mereka ada di Malaysia tetapi tidak tahu hala tuju disebabkana tiada sekolah yang sesuai untuk mereka. Diharap satu hari nanti akan tertubuh sebuah sekolah ‘high functioning’ di Malaysia. Kanak-kanak ini memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar dari pakar walaupun mereka mempunyai kebolehan. Bagi golongan yang mampu mudah sahaja untuk ke luar negara dan mendapatkan pakar, kami bernasib baik diberi peluang untuk bekerja setahun di luar negara dan kami mengambil peluang sebaik-baiknya untuk membantu Izz dengan terapi dan sekolah yang sesuai. Kepada golongan yang tidak mampu, mereka mungkin mempunyai anak-anak sebegini tetapi tidak dapt mengembangkan bakat mereka kerana terbatas dari segi kewangan dan masa
Terima kasih kepada Permata Pintar dan tenaga pengajarnya yang sudi mengambil Izz dan mengajarnya walau usianya baru 6 tahun.
*IKUTI KISAH SELANJUTNYA DALAM KELUARAN MAJALAH KELUARGA ISU JANUARI 2019