Seluruh Malaysia sudah mengetahui kejayaan yang dikecapi oleh Pasaraya Mydin yang terkenal sebagai sebuah pasaraya menawarkan harga terendah dan mampu milik untuk setiap golongan di Malaysia.

Baru-baru ini, Pengarah Urusan Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin telah mengungkap rahsia disebalik kejayaannya dalam satu temubual bersama pihak penyiaran radio.

Disebalik liku-liku yang perlu ditempuhinya, tanpa sebarang usaha dan pengorbanan, pastinya sukar untuk dia berada di punca kejayaan. Malah bongkarnya lagi, ada satu kunci kejayaan yang menjadi penyumbang utama kejayaannya sehingga hari ini.

Beliau berkata, mengahwini pasangan yang tepat merupakan kunci dalam bidang keusahawanannya.

Ujarnya, kejayaan yang dikecapi kini bukanlah berasal dari titik peluhnya seorang diri, melainkan ada sosok tubuh yang sentiasa menjadi tulang belakangnya.

IKLAN

Kahwin Dengan Pasangan Tepat – Ameer Ali Mydin
“Kejayaan seseorang usahawan bergantung kepada siapa dia berkahwin, dengan wanita atau lelaki yang tepat. Hal ini kerana anda memerlukan sokongan daripadanya.

“Dia perlu sentiasa berada di sisi dan dia adalah orang yang sanggup berkorban untuk segalanya,” katanya.

“Dalam buku MYDIN: The Untold Story sebenarnya dia ( Datin Wira Dr. Hajah Siti Hawa Mohd) yang telah menulisnya. Tetapi anda dapat lihat gambar saya pada bahagian kanan.

IKLAN

“Semua orang berkata, Wah, awaklah orangnya! Sebenarnya tidak, saya bukanlah lelaki itu. Ada seorang wanita bersama saya yang menulis buku itu,” katanya.

“Bukan Berjalan Di Belakang Tetapi Melangkah Bersama”
“Isteri saya juga berkata dia tidak berada di belakang saya, tetapi dia sentiasa seiring bersama saya,” katanya lagi.

Beliau turut berkata demikian dalam satu hantaran di platform media sosial Facebook.

IKLAN

“Berkahwin dengan orang yang betul. Berkemahiran, berpengetahuan dengan idea-idea dan pelbagai pemikiran kritis. Dalam masa yang sama tegas dengan pendirian dan mempunyai daya tahan untuk kejayaan dalam bidang keusahawanan.

“Seorang pasangan yang sentiasa menyokong dan penyayang sepanjang mengharungi perjalanan merupakan sebahagian daripada faktor kejayaan dalam bidang keusahawanan,” tulisnya.

Untuk makluman, MYDIN pertama kali ditubuhkan pada tahun 1957. Syarikat ini merupakan sebuah syarikat halal terbesar dengan reputasi kukuh dalam industri runcit negara.

Ia telah diasaskan oleh Allahyarham Tuan Mydin Mohamed. Lebih enam dekad, MYDIN terus menyediakan perkhidmatan yang sesuai untuk orang ramai.

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI