Keprihatinan pelakon Zizan Razak dan orang awam lain berjaya menyelamatkan seorang lelaki dari bahaya. Insiden tersebut berlaku di bandaraya Georgetown, Pulau Pinang petang semalam.
Dalam perkongsian yang kini tular di media sosial, Zizan dikatakan bersama rakan-rakannya membantu menyelamatkan seorang pemandu yang tertidur hampir 30 minit dalam kereta BMW di satu persimpangan jalan raya.
Keprihatinan Zizan bersama orang awam ditunjukkan ketika mereka melalui simpang lampu isyarat Jalan Sungai Pinang ke Persiaran Karpal Singh.
“(Mereka) yang lalu lalang singgah membantu… Kejut goncang kereta tak jalan jadi terpaksa ambil jalan terakhir untuk pecahkan cermin kereta.
Ads
“Alhamdulillah semuanya selamat,” kata jurugambar peribadi Zizan Razak, Amir Yasin di Instagram.
Klip video berdurasi 1 minit 38 saat itu kini ditonton lebih 2,400 kali, dan mendapat pelbagai reaksi warga maya.
Ads
Malah Zizan juga turut memuat naik perkongsian tersebut di laman instagramnya.
Ramai yang dm dan tag Zizan bertanya pasal kes semalam. Cerita dia semalam ketika Zizan dan team zrff on the way ke tempat kerja ade sahabat kita ni mungkin terlalu penat lalu tertidur dalam kereta.
Apa yang best bila berlaku kejadian begini semua bangsa bersatu hulurkan bantuan tak kira cina melayu dan india. Tahniah dan terima kasih buat semua yang berikan kerjasama yang luar biasa. Kepada sahabat kita Zizan nasihatkan supaya banyakan berehat dan jangan kerja lebih masa.
Anak-anak bila ke sekolah macam-macam ragamnya, ada yang mencuit hati hingga mampu membuatkan kita tertawa bahagia melihatnya malah tidak kurang juga hingga ada yang membuatkan kita terasa sebak dengan tingkah laku mereka apabila dikongsikan di media sosial.
Ini sebagaimana perkongsian daripada seorang guru yang difahamkan mengajar di salah sebuah sekolah di Cameron Highlands. Beliau berkongsi gambar anak muridnya yang dipercayai sedang bersedih kerana rindukan ibu dan bapanya di Twitter.
Anak murid tahun satu ini dilihat duduk bersila sambil mengadap dinding seorang diri.
Ujar cikgu tersebut, meskipun semalam datang elok sahaja untuk tinggal di asrama namun hari ini sudah sedih dan menangis terkenangkan ibu dan ayah.
Difahamkan anak murid ini berasal dari kawasan pedalaman dan ini merupakan pengalaman pertamanya ke sekolah dan sebelum ini juga tidak pernah belajar di kelas pra sekali pun. Kiranya ini pengalaman serba baharu buat dirinya.
Atas alasan ini juga menyebabkan anak murid ini memerlukan masa untuk serasi dan selesa berada di sekolahnya itu.
Melihat keadaan itu, BungaLale menitipkan kata-kata positif dan berjanji bahawa cikgu-cikgu dan rakan-rakan akan membantu murid tersebut agar biasa dengan persekitaran sekolah dan akhirnya seronok berada di sekolah tersebut.
Insya-Allah, dia akan baik-baik sahaja. Maklumlah tak pernah berjauhan daripada keluarga. Tak pernah juga ke kelas pra. Sekolah adalah sesuatu yang baru buat dia. Memang akan ambil masa untuk sesuaikan diri. Cikgu-cikgu dan kawan-kawan akan bantu Jasniman. Terima kasih semua.
Meninjau di ruangan komen pelbagai reaksi diberikan.
Jika berminat boleh juga sertai event lawatan ke Escape secara virtual pada 6 Ogos ini. Bukan itu sahaja, malah banyak lagi aktiviti menarik menanti anda. Jadi jangan lepaskan peluang segera hubungi nombor yang terdapat di dalam poster di bawah atau klik DI SINI
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Perkahwinan membuka pintu rezeki bagi pasangan suami isteri. Namun jangan ingat rezeki tu duit je. Hati senang pun rezeki. Isteri yang baik dan solehah pun rezeki. Walaupun tak banyak duit tetapi sentiasa rasa cukup.
Ingat lagi bila kami baru berkahwin. Duk rumah sewa. Beli dapur, beli peti ais, beli tilam, beli barang yang penting saja dulu. Benda tak penting macam TV, meja makan, sofa semua tu kami tak beli.
Bulan ni beli peti sejuk. Kumpul duit beli pula mesin basuh. Beli satu-satu. Masa mula duk rumah sewa tu, beli yang mana perlu je dulu. Bukan beli peti ais, mesin basuh sekaligus. Beli sikit-sikit. Dah la rumah sewa kat sini boleh tahan harganya. Tiket flight nak balik kampung lagi. Memang banyak nak guna duit.
Memang perkahwinan membuka pintu rezeki. Kau jangan ingat rezeki tu duit je. Hati senang pun rezeki. Isteri yang baik dan solehah pun rezeki. Walaupun tak banyak duit tetapi sentiasa rasa cukup.
Berbuka puasa pun jarang pergi bazar. Makan apa ada je. Banyak masak sendiri di rumah daripada makan luar. Masa tu rasa cukup sangat. Hati pun senang.
Bila dah beberapa bulan berkahwin, Alhamdulillah rezeki makin bertambah. Kehidupan makin stabil. Bila dah ada anak, lagi bertambah rezeki.
Apa yang gua nak sampaikan, bila mula-mula kahwin tu biasalah kalau kau rasa kesempitan wang. Baru nak mulakan hidup berumah tangga kan. Tapi percayalah Allah akan bantu dan permudahkan semuanya.
Jangan kau pernah putus harapan. Yakinlah dengan rezeki kau. Berdoalah selalu supaya kau sekeluarga dimurahkan rezeki.
Kau jangan ingat nak hidup serupa drama petang-petang tu je. Nak kahwin dengan orang kaya je. Nak hidup senang je. Liku-liku kehidupan selepas kahwin ni cabaran dia banyak. Kau kena tabah. Kau kena kuat. Itu sebabnya kau ada pasangan. Hadapi dugaan tu berdua. Jangan sorang je derita, kau pulak bahagia.
Kalau boleh jangan kahwin guna pembiayaan peribadi. Kalau terpaksa kahwin guna pembiayaan peribadi pun, janganlah pakai habis untuk majlis kahwin je. Sekurang-kurangnya simpan lima ribu untuk kehidupan lepas kahwin tu. Ingat kehidupan selepas kahwin tu penting lagi.
Niat kau berkahwin kena betul. Jangan abaikan tanggungjawab kepada anak dan isteri. Susah senang sama-sama. Jangan bila dah senang kau lupa isteri yang sanggup bersusah payah dengan kau dulu.
Kesusahan di awal perkahwinan itulah yang jadi kenangan indah. Kenangan kau patut ingat sampai bila-bila. Kenangan yang mendekatkan kau dengan pasangan. Bukannya semakin menjauh. Kah!
Kredit: AmirSyahir
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Apabila cuti sekolah yang panjang pasti ada diantara kita yang buat keputusan untuk bercuti atau paling tidak bercuti lama di kampung halaman. Bila bercuti pada tempoh yang lama, kita mula memikirkan kucing kesayangan kita yang terpaksa ditinggalkan di rumah.
Jika ada yang memilih untuk meninggalkan kucing-kucing ini di asrama kucing atau pusat peliharaan kucing, ia mungkin dianggap sebagai langkah bijak namun banyak aspek masih lagi perlu diambil kira.
Meninggalkan mereka bebas di rumah dirasakan lebih selamat kerana kucing pastinya bebas daripada dijangkiti pelbagai penyakit berjangkit. Malah kucing juga rasa lebih selesa dan bebas di rumah sendiri. Sebelum meninggalkan kucing kesayangan kita ini, ada beberapa perkara yang perlu dilakukan.
Mandikan Terlebih Dahulu
Sebelum balik pastikan kucing-kucing anda dimandikan terlebih dahulu. Menghantar ke kedai dengan pakej lengkap pembersihan mungkin lebih menjimatkan masa. Balik sahaja ke rumah, kucing anda berbau harum dan segar. Memastikan mereka bersih dan segar adalah penting supaya kucing lebih rasa selesa untuk ditinggalkan lama.
Beritahu Setiap Hari
Dua tiga hari sebelum pulang beritahulah kucing-kucing anda akan ketiadaan anda kelak. Bercakaplah dengan mereka seperti biasa dan pujuklah mereka untuk tinggal bersendirian. Mungkin ia dianggap kelakar namun kucing memahami setiap apa yang anda tuturkan. Percaya atau tidak, tanpa anda memberitahu mereka sekalipun, kucing kelihatan murung dan seperti memahami akan pemergian anda.
Makanan Guna ‘Auto Food Dispenser’
Sebelum meninggalkan kucing-kucing ini pastikan anda sudahpun mempunyai bekas makanan jenis ‘auto dispenser’, yang boleh membekalkan makanan sentiasa kepada kucing. Bila makanan berkurang, makanan akan jatuh dengan sendirinya ke dalam tempat makan. Jadi tiadalah masalah kehabisan makanan. Bekas ini penting. Kena ada. Sediakanlah makanan sepenuh-penuhnya. Biar lebih asal jangan terkurang. Begitu juga dengan air. Beli jenis yang sama, khusus untuk air.
Pasir Lebih
Selain makanan, pasir juga amat penting. Ada kucing yang kurang selesa melepaskan hajatnya apabila ada najis di dalamnya. Mereka sama seperti kita yang banyak ragam dan peelnya. Jadi sediakanlah bekas pasir lebih khusus untuk tujuan ini. Menyediakan dua hingga tiga bekas pasir yang besar adalah wajar.
Pengudaraan Tepat
Jika anda meletakkan kucing di dalam bilik tertutup, pastikan tingkap di buka sedikit. Jangan di buka terlalu luas kerana bimbang kucing keluar melaluinya. Pastikan tingkap anda ada besi pengadangnya.
Pasang Lampu
Biarkan lampu sentiasa terpasang sepanjang masa. Ini bagi mengelakkan mereka berada di dalam keadaan gelap ketika malam hari. Walaupun kucing mampu untuk ‘survive’ di dalam cahaya gelap, namun membuka lampu dirasakan lebih selamat bagi mereka.
Berikan Teman
Orang kata hidup biar berteman. Begitu jugalah si bulus kesayangan kita ini. Jika kucing anda seekor sahaja, ada baiknya anda bawa dia pulang bersama atau letakkan dia di asrama kucing. Namun jika berteman, itu tidak mengapa.
Letakkan Pakaian
Ini penting. Kucing kita terutama jenis parsi dan campuran cepat murung tanpa tuannya. Tinggalkan baju anda yang sudah dipakai bagi meninggalkan sedikit bau buatnya. Ini dapat mengelakkan rasa murung.
Ada Penghadang
Jika anda membiarkan kucing berada pada satu-satu kawasan yang luas seperti dapur, pastikan diletakkan pengadang seperti pengadang pagar. Ini bagi membolehkan kucing tidak bergerak ke kawasan lain seperti ruang tamu dan bilik. Namun jika anda meletakkan kucing-kucing ini di dalam sebuah bilik, pastikan bilik di tutup dengan rapat. Ada sesetengah kes, kucing masih berjaya membukanya dengan menolak kuat.
Mainan Tambahan
Mainan kena ada. Selain mengelakkan rasa bosan dan murung, mainan boleh membantu kucing-kucing anda bermain dengannya. Cara ini buat dia terlupa yang dia rindukan anda.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.