Kata orang kalau nak makan asam pedas yang original kenalah pergi makan di negeri Melaka. Rasa kuahnya memang enak, pekat dan berasa. Jadi buat anda yang teringin nak buat sendiri macam orang Melaka yang masak, bolehlah cuba resipi yang dikongsikan ini yang dikongsikan oleh Fyra Mussa.
Ini perkongsiannya.
Siapa kalau masak asam pedas suka pekat kita geng … Asam pedas ori melaka bukan olok-olok … family saya kalau masak mesti pekat .. tak pekat katanye tak padu ..
Resepi saya ni simple je .. tapi alhamdulillah .. kena cara memang ummphhh!
Bahan bahan :
*Kunyit hidup
*Bawang merah
*Bawang putih
*Halia
*Belacan melaka yg keping2 tu … bole tgk kat pic sy ada edit tmbh k
*Cili kering
Semua bahan-bahan ni blend sampai halus mulus, baru kuah tu cantik. Sukatan agak-agak yer .. masak lebih lebihkan bahan-bahannya.
Saya suka daun limau, kadang-kadang je tukar selera daun kesum, bunga kantan dan serai (yang ni boleh pilih ye ikot suka citarasa masing-masing .. saya suka daun limau )
*air asam jawa
Untuk hiasan ikot citarasa masing-masing nak letak bendir pon boleh, tomato pon boleh nak terung pon boleh.
Cara cara
Ads
1 ) Tumis semua bahan-bahan yang kita blend tu sampai pecah minyak … ( mase ni minyak lebih sikit tak apa nanti da siap masak last sekali minyak boleh buang .. tujuan minyak lebih supaya cili tu cukup masak dan asam pedas tu cantik je berminyak .. Tak ada minyak memang tak lawo ) kalau nak letak serai boleh masuk sekali time ni ye !
2) Bila sudah pecah minyak dan nampak cili tu da masak boleh masuk kan air asam jawa … ( kat sini rahsia kuah tu pekat molek ) air asam jawa jangan banyak agak-agak ok .. asam pedas kena masam sikit kalau tak masam tak jadi .. moga nama lauk pun asam pedas so kena masam sikit .. agak-agak masa perah asam jawa tu .. nak selamat buh sikit-sikit… sampai dapat rupa yang sis nak pekat atau cair
3) Biarkan sampai mendidih lepas tu boleh masuk kan ikan ( kalau nak letak daun kesum N bunga kantan @ daun limau mase ni boleh buh sekali lepas tu perasakan dengan garam dan perasa .. saya tak letak gula .. biar lagi sampai mendidih tgk ikan tu da masak ..
Bola laaa masuk kan hiasa sayur bendir ke tomato @ terung … biar sekejap da siap ! Selamat mencuba !
Jagung yang siap direbus biasanya akan kecut isinya selepas diangkat daripada air rebusan. Keadaan ini buat jagung rasa tak sempurna malah ketika makan pun rasa kurang kenyal.
Sebenarnya ada caranya untuk memastikan jagung kekal kenyal, padat dengan isi dan tak mengecut ketika direbus. Cara ini juga buat jagung lebih enak dan manis serta segar rasanya.
Perkongsian Hisham Salleh ini ternyata mendapat perhatian ramai.
Ada yang tanya, kenapa bila rebus jagung, angkat je jagung tu mesti kecut isinya dan jadi tak cantik. Isinya berkedut-kedut dan tak licin. Nak mengelakkan jagung kita kecut selepas direbus, macam ni caranya.
1. Ketika merebus jagung, jangan terus masukkan garam.
2. Biarkan jagung direbus sampai masak dahulu.
3. Apabila jagung sudah masak, ambil sedikit garam dan masukkan ke dalam air rebusan.
4. Biarkan sekejap kemudian barulah diangkat.
5. Insyaallah jagung rebus akan cantik dan tak kecut isinya bila diangkat.
6. Angkat dan toskan.
Sumber: Hisham Salleh
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tahukah anda barli mempunyai banyak khasiat dan bukan sahaja enak dijadikan air minuman mahupun bubur barli semata-mata.
Bahkan tidak hairanlah sehinggakan doktor ini menyarankan untuk dijadikan sebagai makanan harian untuk pesakit diabetes, hiperkolestrolemia dan hipertensi.
Nak tahu lanjut tentang kebaikan barli, ini perkongsiannya.
MAKAN BARLI PENGGANTI NASI
Nasi adalah makanan ruji orang Melayu di Malaysia. Ramai yang tidak nampu untuk meninggalkan nasi.
Dalam ceramah kesihatan, saya mencadangkan bagi pesakit metabolik seperti pesakit diabetes, hiperkolestrolemia dan hipertensi, agar menukarkan nasi dari beras putih kepada beras perang atau beras rebus (parbolied). Ini kerana beras putih mempunyai nilai GI yang terlalu tinggi berbanding dengan beras yang saya sebutkan tadi.
Mengambil barli dalam makanan dikatakan amalan sunnah.(Maaf saya tidak jumpa hadis yang berkaitan). Namun apa yang terbukti, pengambilan barli sangat baik untuk kesihatan. Ia mampu mencegah dan merawat penyakit.
Sebagai contoh untuk sarapan, boleh campurkan barli yang direbus dengan buah kurma, kismis, buah teen dan madu. Untuk makan tengahari atau malam, boleh gantikan nasi dengan barli, dimakan bersama lauk kari ikan bersama sayur yang ditumis.
Banyak manfaat barli, antaranya:
1. Merawat kencing kotor
Kencing kotor merujuk kepada jangkitan pada saluran/pundi kencing. Dengan mengamalkan minum air barli, ia membantu merawat masalah ini.
Ini kerana air barli bersifat alkali. Ia juga bersifat diuretik, yang meningkatkan penghasilan air kencing. Ini membantu pesakit kencing lebih banyak, dengan secara tidak langsung mengeluarkan kuman bakteria dari pundi dan saluran air kencing.
Air barli juga bersifat anti-keradangan yang membantu masalah penyakit ginjal kerana ia dapat menurunkan tahap asid urik dan kreatinine. Bagi pesakit ginjal (yang belum menjalani hemodialisis), minum air barli tanpa gula, sangat membantu merawat masalah ini.
Barli juga kaya dengan magnesium, yang dapat mencegah penghasilan batu karang.
Minum 2-3 gelas air barli sehar sehingga masalah tersebut berkurangan, dan kemudiannya sembuh.
2. Membantu Menurunkan Berat Badan
Barli kaya dengan serat, terutama beta-glucan. Ia memberikan rasa kenyang dalam jangka masa yang lama, mengelakkan dari rasa cepat lapar. Ia juga baik untuk sistem penghadaman badan dan meningkatkan metabolisma. Menggantikan nasi dengan barli dapat membantu menurunkan berat badan.
3. Merendahkan Tahap Kolestrol
Menggantikan beras dengan barli dapat mengurangkan tahap kolestrol jahat dalam darah, lalu mengurangkan risiko mendapat masalah sakit jantung. Ini kerana serat beta-glucan dalam beras barli dapat mengurangkan penyerapan kolestrol dari makanan ke perut dan usus.
4. Menjadikan Jantung Lebih Sihat
Menggantikan beras dengan barli juga dapat merendahkan tahap kolestrol di dalam darah, mencegah keradangan dan meminimakan proses pengoksidaan yang menyebabkan pemendakan kolestrol dalam saluran darah. Dengan ini ia membantu mencegah penyumbatan saluran arteri atau dikenali atherosclerosis.
Barli mempunyai sejumlah vitamin B (niacin) dan vitamin E yang dapat melambatkan proses keradangan dan pengoksidaan. Selain menghalang berlakunya atherosclerosis, barli juga dapat merendahkan tekanan darah tinggi yang menjadi punca bagi masalah serangan sakit jantung dan stok.
5. Membantu Sistem Penghadaman
Mengambil barli menggantikan nasi juga membantu penghadaman makanan dan baik untuk kesihatan perut dan usus. Barli bersifat alkali dan ini bagus untuk pesakit gastritis. Barli juga mempunyai banyak serat yang menjadi sumber prebiotik. Air barli juga mempunyai elektrolit yang seimbang, bagus untuk mereka yang mengalami cirit-birit.
6. Mengawal Tahap Gula pada Diabetes
Mengambil barli menggantikan nasi juga bagus untuk pesakit diabetes. Dua faktor yang terdapat pada barli, iaitu kandungan fiber yang tinggi dan kandungan serat beta-glucan yang melambat penyerapan gula dari makanan. Oleh itu barli mempunyai nilai Index Glisemik yang rendah, iaitu 45 berbanding beras putih GI 75.
7. Kulit Yang Lebih Sihat dan Cerah
Mengambil barli menggantikan nasi atau meminum air barli dapat menggalakkan perkumuhan dan mengeluarkan toksik dari badan. Ini menjadikan kulit yang lebih sihat dan cerah.
Barli mengandungi bahan asid azelaic yang digunakan untuk merawat jerawat. Ia dapat mengurangkan keradangan pada kulit, mengelakkan daripada liang pora kulit tersumbat. Barli juga bersifat antioksida yang dapat melawan radikal bebas. Ini melambatkan proses penuaan.
Ambil barli yang dikisar dan campurkan sedikit air untuk dijadikan mask muka. Biarkan selama 10 minit dan kemudian bilas dengan air yang bersih. Amalkan beberapa kali seminggu. Insya Allah kulit bertambah bersih, cantik dan tegang.
8. Menyejukkan Tubuh
Air barli sangat bagus untuk menghilangkan rasa panas badan. Hentikan pengambilan air berkarbonat, dan bertukar kepada air barli. Campurkan setitik stevia dan perahan limau. Sesuai diambil dalam keadaan suam ataupun sejuk.
9. Membekalkan Nutrisi Penting Kepada Ibu Hamil
Sama ada mengambil air barli atau menggantikan nasi putih dengan barli sangat bagus untuk ibu yang hamil. Selain membekalkan vitamin dan mineral, ia membantu mencepatkan proses penghadaman, mencegah sembelit, mengawal kadar gula dalam darah untuk mengelakkan masalah diabetis semasa hamil.
Air barli dapat mengeluarkan toksik dan air yang berlebihan dari badan. Ini boleh mencegah daripada edema.
Para ibu yang menyusu anak meningkatkan kadar penghasilan susu badan. Campurkan air barli yang panas dengan 1 sudu teh jintan manis, biarkannya selama 5-10 minit dan kemudian minumnya.
10. Meningkatkan Kekuatan Sistem Imuniti Badan
Sistem pertahan badan adalah perkara yang penting, untuk melindungi tubuh badan daripada jangkitan dan serangan kuman seperti demam, selesema dan lain-lain. Mengambil barli menggantikan nasi atau mengambil air barli sangat bagus untuk meningkatkan sistem imuniti tubuh kerana ia dipenuhi dengan pelbagai nutrisi seperti vitamin B, zat besi, kalsium, magnesium, zink dan selenium. Barli juga mengandungi zat besi, bagus untuk mencegah daripada anemia dan keletihan (fatigue).
Semoga bermanfaat.
Sumber : Dr Zubaidi Hj Ahmad
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kisah Jahidah Nordin, wanita ini yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga sehingga koma mengejutkan masyarakat. Sementelah dia ketika Itu sedang hamil dan baru-baru ini melahirkan bayi sulungnya secara pembedahan.
Terbaharu, adik mangsa Fauziah Nordin memuatnaik perkembangan ibu serta bayi melalui media sosial sekali lagi menjadi perhatian warganet di aplikasi TikTok.
“Nufail meragam tadi. Bila letak tepi ibu, lena dia tidur. Rindu ibu rupanya. Nufail nak peluk ibu ye, ibu tak boleh lagi.
“Mummy (gelaran Fauziah) yang akan peluk Nufail selalu, pengganti ibu. Walaupun mummy bukan ibu kandung,” Ungkap Fauziah lagi.
Menurut Fauziah, bayi mesra dipanggil Nufail itu terus lena apabila berada di sebelah ibunya yang sudah tidak sedarkan diri sejak tahun lalu akibat kecederaan parah selepas disyaki dibelasah oleh suami.
Fauziah memuat naik satu video memaparkan bayi lelaki itu, J Eshan Nufail dikatakan meragam namun hilang tangisan selepas diletakkan di sisi ibu yang masih terlantar koma di atas katil.
Video berkenaan mendapat respond ramai. Rata-rata meluahkan rasa sebak melihat situasi tersebut. Bahkan terdapat beberapa lagi perkongsian lain turut mengundang simpati terhadap apa yang dialami ibu yang berusia 43 tahun ini.
Untuk rekod, Jahidah yang ketika kejadian sedang hamil empat minggu dilaporkan cedera di kepala dan tengkoraknya terpaksa dibuang akibat pendarahan, manakala rahang, tulang belakang serta rusuk pula retak.
Difahamkan, suspek Rosmaini Abd Raof yang melakukan perbuatan kejam itu di sebuah pangsapuri di Kampung Aman, Larkin pada 4 Mei lalu sudah didakwa di Mahkamah Sesyen di Johor Bahru, 17 Jun tahun lalu.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.