Indahnya bulan Ramadan membuatkan kita tidak sabar menyambutnya esok. Begitu juga dengan penceramah terkenal,Ebit Lew menerusi perkongsian beliau terbarunya di instagram, melahirkan rasa syukur dapat menyambut Ramadan bersama keluarganya.
Lebih manis apabila, rakaman video ini beliau turut menitipkank kata-kata inspirasi buat pedoman kita meraikan bulan Ramadan.
“Saya bisik pada bidadari saya sambil pegang tangannya.. Selamat menyambut Ramadhan bidadari sayangku. Terima kaseh tau sebab sentiasa doakan abang. Syukur tak sabar malam ni dah tarawih.
“Tibalah saat Allah nak beri kita hadiah tak berhenti-henti. Baiknya Allah..maha baik.. Dah terasa sejuk dan tenang Ramadhan. Ya Allah terima kaseh.
“Bidadari saya sebak..dia kata terima kaseh abang sayang dan bimbing saya selama ini…dia cium tangan..sebak rasa..kita cuma orang biasa dan bukan sesiapa tapi dia pilih kita lagi..untuk bersama dalam bulan Ramadhan. Kenal dan sebut namaNya
“Peluk cium anak-anak. Selamat menyambut bulan yang dinantikan anak-anak ayah..anak mencelah ayah. Bestnya kalau kita lapar kerana Allah. Sebab Allah sangat baikkan ayah? Dia bagi semua. Bestnya kita dapat belajar sayang pada orang miskin dan anak yatim
“Teringat Nabi saw lapar dan susah demi agama sampai pada kita..bestnya dapat buka puasa ramai-ramai.. Ya Allah….Malam Ramadhan saat pintu langit dibuka. Doa dimakbulkan oleh Allah. Pintu syurga dibuka. Pintu neraka ditutup. Syaitan diikat. Kita semua ingin diampunkan oleh Allah. Rezeki orang beriman bertambah.terimaKasehAllah
“Doa kita makbul…Doa itu ajaib.. 2 waktu jangan terlepas berdoa.
Kejut isteri dan anak-anak bersahur. Kerana sahur itu berkat,” tulisnya.
Moga perkongsian ini menjadi panduan bersama untuk mendapat berkat.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Demi mendapatkan berat dan bentuk tubuh ideal, ramai individu memaksa diri untuk berlapar ketika waktu malam dengan cara skip makan malam. Akan tetapi, tahukah anda ada makanan diet malam yang boleh diamalkan buat mereka yang ingin turunkan berat badan?
Jika anda tergolong daripada golongan ini, teruskan membaca kerana artikel ini akan mengupas mengenai makanan yang tidak akan menggemukkan jika dijamah waktu malam!
6 jenis makanan diet malam sihat yang boleh dijadikan sebagai ‘snacking’
1. Pisang
Pisang adalah buah manis yang terdiri daripada karbohidrat dan membuatkan usus anda mampu untuk mencerna dengan baik dan cepat.
Sebaiknya, makanan yang dimakan sebelum tidur haruslah dapat dicerna dengan senang dan cepat agar kenaikan berat dapat dielakkan.
Memilih buah pisang merupakan pilihan yang tepat sekali! Anda tidak perlu susah-susah masak atau panaskan, hanya ambil sebiji dan kupas!
2. Kiwi
Buah kiwi yang mempunyai tekstur yang agak berbulu dan isi buah berwarna hijau yang cantik ini juga sesuai dijadikan makanan diet malam.
Kiwi pilihan snek sesuai bagi mereka yang ingin menjaga berat badan.
Bagi 2 biji buah kiwi hanya mengandungi 93 kalori, 5 gram serat dan 190% daripada pengambilan vitamin C harian (RDI) yang disyorkan.
Selain itu, buah kiwi ini dapat membantu anda tidur dengan lebih lena. Sebuah kajian mengenainya dibuat ke atas 24 individu dewasa yang mempunyai masalah tidur.
Dalam kajian tersebut, peserta dikehendaki memakan dua biji kiwi satu jam sebelum tidur setiap malam.
Selepas satu bulan, kajian mendapati penurunan sebanyak 35% dalam masa yang diperlukan untuk mereka tertidur. Mereka juga tidur sekitar 13% lebih lama dan 5% lebih berkualiti.
Kiwi adalah salah satu daripada beberapa jenis buah yang mengandungi serotonin, yang mempunyai kesan menenangkan dan dapat membantu anda tidur lebih cepat.
Buah ini juga membantu mengekang keinginan anda untuk makan makanan berkarbohidrat.
Walaupun diperlukan kajian yang lebih besar untuk mengesahkan manfaat tidur daripada buah kiwi, banyak lagi sebab lain untuk anda menikmati buah ini.
3. Pistachio
Pistachio menonjol antara kacang yang lain kerana mengandungi tahap melatonin yang menggalakkan tidur.
Pengambilan kacang pistachio sebanyak 28 gram, mempunyai 160 kalori dan sekitar 6.5 mg melatonin.
Sebagai perbandingan, jumlah melatonin yang biasanya disyorkan untuk membantu tidur adalah 0.5-5 mg.
4. Yogurt
Yogurt adalah sumber kalsium yang sangat baik. Badan anda memerlukan kalsium untuk menghasilkan melatonin daripada asid amino triptofan.
Yogurt, terutama yogurt Greek, juga kaya dengan protein, jenis kasein.
Kajian awal menunjukkan bahawa pengambilan protein kasein pada waktu malam dapat membantu mengurangkan rasa lapar pada keesokan harinya.
Sekiranya yogurt adalah makanan ringan pilihan anda, pilih yang kurang gula ataupun original agar anda dapat memanfaatkannya secara maksimum.
Jumlah yogurt sebanyak 170 gram bagi yogurt kosong tanpa lemak mempunyai hanya 94 kalori.
5. Edamame
Edamame, kacang soya hijau yang belum masak, boleh dibeli sama ada secara segar ataupun yang telah dibekukan.
Ia sangat sesuai dijadikan makanan diet malam yang ringan ketika lewat malam, hanya makan edamame segar atau dipanaskan dengan sedikit garam dan lada hitam- setiap 113 gram hanya mempunyai 150 kalori.
Edamame adalah sumber protein yang baik, yang merangkumi sejumlah besar asid amino triptofan.
Bagi membantu menggerakkan triptofan ke otak anda untuk menghasilkan melatonin, gabungkan kacang ini bersama makanan yang mempunyai karbohidrat.
Sebagai contoh, gunakan edamame dan bukannya kacang garbanzo dalam resipi hummus kegemaran anda dan sapukan pada roti bakar.
6. Telur
Telur sangat versatile dan dapat digunakan dalam berbagai-bagai jenis makanan termasuk makanan diet malam yang ringan.
Contohnya, anda boleh menyimpan sebilangan telur rebus di dalam peti sejuk anda untuk dijadikan sebagai snacking atau diletakkan dalam salad.
Pelakon dan penyanyi, Nabila Razali mengakui naluri keibuannya semakin menebal malah tidak boleh berpisah lama dengan anak kesayangannya terutama apabila keluar bekerja.
Bahkan kata Nabila lagi yang mengakui tugas seorang ibu tidaklah mudah, dia makin goyah bila setiap kali hendak keluar bekerja.
“Keluar kerja pun saya rasa macam nak cepat balik mahu jumpa anak. Bila pulang lambat sedikit, dalam kepala dah teringat Baby M.”
“Bila keluar rumah nak pergi kerja, terfikir nak kena tinggalkan dia sekejap pun rasa macam sedihnya. Tapi nak tak nak, kerja kita dkena teruskan. Insya-Allah, saya akan cuba bahagiakan masa lagi untuk anak saya,” ujarnya.
Tambah Nabila lagi walaupun dia mempunyai pembantu namun sebagai seorang ibu dia sendiri lebih selesa menguruskan bayinya sendiri.
“Kami bersyukur kerana dikurniakan Baby M dalam kehidupan kami berdua. Walaupun keluarga kami kecil tetapi sudah tentu ada bantuan daripada pembantu dan juga keluarga.
“Jadi mudahlah saya kembali menguruskan kerjaya saya,” kongsinya lagi.
Pun begitu kata Nabila dia cukup mengagumi ibu-ibu bekerja di luar sana yang terpaksa menguruskan anak sendirian sebaik pulang dari bekerja.
“Sebagai ibu saya tetap jaga Baby M. Apa yang saya boleh kata tugas sebagai anak seni dan dalam masa menggalas tanggungjawab sebagai ibu dan isteri bukanlah mudah.
“Saya sangat respect ibu-ibu di luar sana yang memang menjaga sendiri anak mereka tanpa bantuan siapa-siapa. Korang memang power. Saya yang menerima bantuan dari orang terdekat pun masih tidak cukup tidur apatah lagi mereka,” ujarnya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sesungguhnya setiap pasangan suami isteri inginkan kebahagian kekal sehingga akhir usia. Kehangantan cinta dan kasih sayang kekal setiap masa. Namun, onak duri tetap datang menduga perkahwinan.
Bagaimana, kebahagiaan akan kekal jika pasangan saling melengkapi antara satu sama lain. Selain itu, lengkapi pula dengan doa untuk penguat kepada hubungan semanis kurma.
Melalui sebuah catatan disebuah blog ini sungguh inspirasi apabila berkongsi doa kebahagiaan rumah tangga yang disampaikan oleh penceramah terkenal, Datuk Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood di sebuah rancangan kekeluargaan.
Malam tadi saya sempat menonton Semanis Kurma di TV9 dengan topik ‘Sihir Cinta’. Ustazah Nor Bahyah ada kongsikan petua dan doa untuk eratkan kasih sayang suami isteri dan baik dijadikan amalan supaya hubungan sentiasa segar. Doa ini juga membantu memberi kesejahteraan dalam hubungan suami isteri dan memastikan rumah tangga dihindari godaan dari luar.
Surah Thaha ayat 39 yang bermaksud: “Dan aku telah melimpahkan kepadamu kasih sayang yang datang dariku, dan supaya kamu diasuh di bawah pengawasanku.”
Cara aplikasikannya : Setiap kali kita bertemu atau bersua dengan suami atau isteri, bacalah ayat ini. Untuk dapatkan kesan yg baik, hendaklah diamalkan selalu membaca dihadapannya. Tidak perlu membaca dengan kuat, memadailah sekadar dengan hanya membaca di dalam hati. Selain itu, agar dikasihi masyarakat, bacalah kedua-dua ayat ini setiap kali lepas solat sebanyak 3 kali.
Selain dari berdoa untuk memastikan hubungan sentiasa rapat dan baik, suami isteri juga mestilah bertolak ansur, hormat menghormati dan memastikan setiap hak pasangan mereka dipenuhi. Memang banyak godaan dan cabaran yang harus ditempuhi, tapi Insha Allah jika masing-masing kenal dan memahami pasangan, kita mampu untuk mengharunginya.
Bagi pasangan yang baru berkahwin, dan masih belum mengenali pasangan anda sebaiknya, ambil masa dan peluang yang ada untuk mengenali pasangan dengan lebih rapat. Waktu bercinta semuanya indah dari aspek luaran, tapi bila dah berkahwin, satu persatu perangai sebenar akan kita tahu. Allah temukan dengan jodoh kita dan itulah yang terbaik untuk melengkapi hidup kita. Dan semoga pasangan kita ini yang akan memimpin kita untuk masuk ke syurga bersama anak-anak dan ahli keluarga yang lain.
Banyak amalan doa yang dikongsikan untuk memastikan rumahtangga yang dibina kekal bahagia dan pastikan ianya perlu dibuat secara ikhlas dan istiqamah. Semoga niat suci murni ini akan diberkati dan menjadi amalan kita dan semoga ianya kekal hingga ke Jannah, ameen.