Teringin nak buat resepi kek mentega yang confirm jadi pada kali pertama, anda boleh cuba resipi ni. Kek butter berkeju ini boleh cuba.
Ikuti perkongsian ini.
Resepi Kek Butter Berkeju
Ads
Sllu npk Kek Butter lalu lrg … disbabkn tkak nak sgt mkn jdi ptg ni ada msa nak buat dan bhn pn smua ckp… asalNya rsepi ni tak ada prut cheddar cheese… ni sngja tmbah … msa bkar tu aduhhh btl2 wngi 1blik bking… rsa tak sbr tgu kek msak! Kek ni bkn kek butter yg jnis kering tu aaa … ni yg jnis lmbab… kmi sni pgil Kek B0doh klau Kek Butter yg kering tu mau ssah nak tlan hahaha… yg ni ckp lmbab dan snang nak tlan…
Nak try?
Ads
Selamat mencuba!
Ads
Sumber: Azie Kitchen via FransCisca FransCylia
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kalau dulu sebut sahaja kek lapis pasti ramai yang terbayang akan rasanya yang enak. Tapi bila sebut nak membuatnya pasti ramai yang mengeluh susah. Sebenarnya mudah je, asalkan rajin. Jom cuba resipi ini dikongsikan oleh Puan Aznie Khasri . Tak susah dan guna sukatan cawan jer! Ok done…. simple je.. Lama juga tak buat kek lapis ni.. Kek Lapis Red Velvet Cheese.. memang Fav ni….
Maaf lambat sikit bubuh resepi.. Selamat mencuba semua…
.
KEK LAPIS RED VELVET BAHAN-BAHAN:
(Sz Loyang 8″× 8″ inci) – 250g Butter/mentega
– 5 Biji telur ayam gred A
– 1 1/2 Cawan tepung gandum(diayak bersama serbuk koko)
– 2~3 Sudu makan serbuk koko(aznie bbh 1 1/2 s/b je)
– 3/4 Cawan gula kastor
– 1/2 Cawan susu pekat manis
– 1 Cup mixed berries yogurt(berat bersih 135g)
– 1 Sudu teh ovallette
– Pewarna merah ADUNAN CHEESE: * 500g Cream cheese
* 3 Biji telur ayam gred A
* 1/2 Cawan gula kastor
* Sedikit esen vanilla CARA-CARA UNTUK ADUNAN CREAM CHEESE: _ Putar cream cheese sehingga lembut, kemudian masukkan gula, putar lagi sehingga sebati. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar sehingga adunan sebati.
.
CARA-CARA: Putar mentega dan gula sehingga putih dan kembang.
Masukkan ovallette dan pkl lg hingga gebu…
Masukkan telur satu persatu, putar sehingga sebati..
Masukkan susu pekat manis dan putar lagi sehingga sebati.
Masukkan sedikit demi sedikit tepung gandum dan serbuk koko yang sudah diayak.
Putar sehingga semuanya sebati dengan kelajuan yang perlahan.
Campurkan yogurt bersama pewarna merah, gaul sebati.
Dan masukkan ke dalam adunan tepung tadi,putar lagi dengan kelajuan yang perlahan.
Mulakan membakar adunan merah sebanyak 3 lapisan, setiap lapisan merah tu tak payah bagi kuning sangat. Bila dah Nampak kering dan masak bolehlah sudukan satu lagi lapisan, sebanyak 8 sudu makan. Dah habis melapis 3 lapisan, baru sudukan adunan cream cheese pula.
3- Adunan merah
1- Cream cheese
3- Adunan merah
dan seterusnya……… lapis sampai habis. Panaskan oven180-170’c.
Griskan Loyang dan alas dengan baking paper
.
Selamat mencuba !!
** aznie bakar kek utk lapisan pertama aznie guna api atas bwh…lapisan kedua dan seterusnya.. aznie bakar guna api atas sahaja.. sm cr cm bt kek lapis biasa….
****UNTUK YANG NI ADUNAN RED VELVET AZNIE LEBIHKAN UNTUK LAPISAN ATAS JUGA BAWAH.. BAHAGIAAN TENGAH AZNIE BUBUH SATU LAPISAN… SELALU 3 LAPISAN…
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kalau buka sahaja facebook pasti mata kita tak terlepas daripada melihat perkongsian video resipi Donat Lava Meleleh yang tular di media sosial. Telan air liur dibuatnya. Memang nampak sedap dan kebabom.
Rupanya taklah susah nak menyediakan donat ni. Hanya berasaskan resipi donat biasa kemudian anda paipkan coklat ke dalamnya sebelum di goreng seperti biasa. Tapi kenalah ada caranya. Kalau tersilap langkah, tak menjadi pula ‘lava’ kita kat dalam tu. Macam mana ya?
Nak cuba untuk anak-anak petang ni? Jom ikut resipi yang dikongsikan di facebook ni.
Resepi Donat Coklat Leleh Lava
Bahan-bahan: 4 cawan tepung gandum 3 sudu besar merjerin 2 sudu besar susu pekat 1 sudu besar gula 1/2 cawan air suam 1/2 cawan air 1 peket mauripan Sedikit garam Coklat bar -untuk filling di dalam donat
Cara Memasak:
1. Ambil setengah cawan air suam dan larutkan gula , yis segera dan kacau sehingga sebati.
2. Biarkan hingga yis mengembang sekitar dalam 20 minit .
3. Ramas dan gaulkan rata tepung gandum bersama marjerin, susu dan garam hingga sebati.
4. Bila yis dah mula mengembang, masukkan yis tersebut ke dalam tepung tadi diselang selikan dengan setengah cawan air sehingga menjadi doh yang tidak melekat di tangan.
5. Biarkan doh direhatkan selama 30 minit. Tutup doh dengan kain basah dan biarkan seketika.
6. Selepas 30 minit, doh akan naik dan tumbuk doh untuk mengeluarkan angin.
7. Boleh canaikan doh tersebut, jangan terlalu tebal sangat dan jangan pula terlalu nipis.
8. Bentukkan bulat seperti donat dan paipkan coklat ke dalamnya.
9. Sebelum menggoreng, rehatkan donut selama 30 minit supaya ia mengembang dengan cantik .
Perlu Tahu Mengenai Donat
Nak buat donat yang gebu dan ringan malah cantik pun kena ada caranya. Bukan itu sahaja malah nak goreng dan cara nak simpan lama dalam peti ais pun ada caranya. Yang anda perlu tahu…
* Boleh simpan donut dalam peti sejuk beku dalam jangkamasa yang lama.
* Tip nak goreng donut tak perlu lama, sekejap sahaja dah cukup, hanya untuk mematikan yis dan menetapkan bentuknya.
* Kalau nak simpan dalam peti sejuk, simpan dalam bekas kedap udara atau plastik yang disealkan.
* Selepas dibekukan, perlu defrost dahulusebelum digoreng.
* Untuk simpanan dalam jangka pendek, hanya perlu disimpan dalam bekas bertutup. Donut akan kekal gebu untuk 24 jam.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tak lama lagi nak Deepavali, dah buat persiapan ke belum?
Tak kira la kaum India ke, Cina atau Melayu, kalau sebut pasal makanan mesti akan bersatu padu. Betul tak?
Especially makanan yang menjadi kudapan wajib setiap kali ada musim perayaan, apa lagi kalau buat muruku! Bukan sahaja waktu Deepavali je jumpa, semua jenis raya, bukan waktu raya pun mesti akan ada snek rangup ni!
Selalu kalau nak makan je, pergi kedai je cari confirm ada! Apa kata kali ni, buat sendiri je. Mudah sangat caranya! Rugi tau kalau tak buat. Jom cuba resipi dari Pushpa Rao ni!
Akhirnya dah siap! 😍👍🏻
Resepi muruku rangup! 🍥😋🍥
Bahan-bahannya :-
2 cawan tepung beras
1/4 cawan tepung kacang kuda
1/4 cawan tepung jagung (saya tambah sendiri)
1/2 sudu kecil jintan kecil
1/2 sudu kecil bijan putih
1/2 sudu kecil bijian omam ( kalau tak dapat tak apa)
Garam secukupnya
1 sudu besar gula
1 sudu besar planta
Secubit serbuk hing (asafoetida)
Santan dari 1/2 kelapa
Nak tambah gajet dapur yang super berbaloi? Meh tengok kat sini !
Cara-caranya :-
2. Masukkan doh ke dalam acuan muruku, tekan acuan untuk hasilkan muruku yg bulat2 begini. Boleh alaskan di atas kertas minyak sebelum menggoreng.
3. Panaskan minyak, goreng hingga menjadi kuning keemasan.
4. Sejat dahulu maruku yang siap digoreng sebelum dimasukkan ke dalam balang.
Selamat mencuba dan selamat makan!
Happy Deepavali! 😊😊😊
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.