Antara resipi membuat kek salah satu resipi memasak mengunakan kukus adalah cara yang mudah dan garenti jadi.Salah satu resipi yang menjadi kesukaan satu keluarga terutama anak-anak adalah Kek Karamel Coklat Kukus.
Kek ini memang sedap dimakan setelah disejukkan dan sesuai untuk juadah semasa minum petang.
Ikuti resipi yang dibuat oleh seorang isteri ini menerusi facebooknya, Buat Orang Lapo.Nak buat pun mudah, rasa pun sedap. Pasti cepat habis! Apa lagi jom buat hari ni.
IKUTI PERKONGSIAN INI.
Gabungan kek coklat moist dengan puding karamel ni memang sangat sedap dan sesuai rasanya. Antara resepi yang wajib dicuba. Untuk membuat karamel, lebih senang gula dicairkan terus di dalam loyang supaya sama rata.
Susu segar untuk membuat puding pula hanya perlu dipanaskan sebentar sahaja sehingga gula larut. Tak perlu pukul adunan puding terlalu lama untuk mengelakkan puding berlubang semasa dikukus. Adunan kek coklat moist ni adalah resepi kek coklat yang saya gunakan dalam resepi sebelum ini. Selamat mencuba
Kek Karamel Coklat Kukus (Sukatan Cawan)Gabungan kek coklat moist dengan puding karamel ni memang sangat sedap dan sesuai rasanya. Antara resepi yang wajib dicuba. Untuk membuat karamel, lebih senang gula dicairkan terus di dalam loyang supaya sama rata. Susu segar untuk membuat puding pula hanya perlu dipanaskan sebentar sahaja sehingga gula larut. Tak perlu pukul adunan puding terlalu lama untuk mengelakkan puding berlubang semasa dikukus. Adunan kek coklat moist ni adalah resepi kek coklat yang saya gunakan dalam resepi sebelum ini. Selamat mencuba 😊 Bahan-bahan: -=Karamel=-3 Sb Gula-=Puding=-400ml Susu Segar1/2 cwn Gula3 Biji Telur1bj kuning telur1 sk Esen Vanila-=Kek Coklat Lembap=-3/4 cawan gula3 biji telur1/2 sudu kecil garam1 sudu kecil soda bikarbonat1 sudu kecil esen vanila1 cawan minyak1/2 cawan susu pekat manis1 1/4 cawan tepung gandum1 cawan serbuk koko1 cawan air panas
Sejak berkurun lamanya kita semua tahu banyak manfaat madu jika diamalkan terutamanya dalam penjagaan kesihatan tubuh badan. Pun begitu, bagaimana pula dengan pesakit diabetes yang kita tahu perlu mengawal pengambilan gula dalam makanan? Adakah mereka boleh mengamalkan madu dalam diet harian untuk mendapatkan manfaatnya?
Menjawab kekeliruan ini, Dr Suri Roowi, berkelulusan Ph.D dari Universiti of Glasgow, Scotland, UK dalam bidang Pemakanan Manusia dan Produk Semulajadi dan beliau juga kini banyak terlibat dengan analisa bahan berkhasiat dalam madu, herba dan buah-buahan dan merupakan Pengerusi Kumpulan Kerja (WG) Standard Madu Kelulut Malaysia berkongsi faktanya untuk manfaat semua di akaun facebooknya.
Ini perkongsiannya.
MADU TIDAK SESUAI UNTUK PESAKIT DIABETIS ?
Saya terpanggil untuk berkongsi maklumat tentang info berkenaan madu oleh seorang Doktor Perubatan yang menjadi tular dalam media sosial baru-baru ini. Info yang dikongsikan agak mengelirukan.
Ada 2 isu yang beliau katakan. Isu 1 : Beliau mengatakan madu tidak sesuai untuk pesakit diabetis
Soalnya adalah kenapa ianya mengelirukan?
Jika kita merujuk dalam Al Quran iaitu dalam Surah An Nahl (16): ayat 69 yang maksudnya :…kemudian makanlah dari tiap-tiap buah-buahan, maka masuklah oleh engkau jalan-jalan Tuhan engkau yang dimudahkan, ia keluar dari perut2nya minuman (madu) yang berlainan warnanya, padanya penawar bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu, tanda2 bagi kaum yang mereka berfikir….
Ayat ini JELAS MENUNJUKKAN madu asli adalah PENAWAR (ubat) bagi manusia.
Kajian yang telah saya lakukan sebelum ini menunjukkan bahawa madu kaya dengan pelbagai komponen khasiat.
Antara komponen berkhasiat dalam madu adalah flavonoid (termasuk antosianin) dan asid fenolik. Selain bertindak sebagai antioksidan, asid fenolik juga boleh bertindak sebagai antikanser dan antidiabetis.
Bahan khasiat asid fenolik ini diserap dalam perut dan usus kecil dalam masa 5 hingga 30 minit.
Justeru, seeloknya diminum semasa perut kosong dan jarakkan pengambilan dengan makanan lain. Contohnya, jarakkan masa makan makanan lain selepas 1 jam minum madu.
Kajian saya sebelum ini juga menunjukkan madu kelulut lebih tinggi khasiat asid fenolik berbanding madu biasa.
Madu kelulut bertindak dengan RENCATKAN enzim α-amylase dan α-glucosidase pada kadar 78% berbanding madu biasa
Dua jenis enzim ini terlibat dengan peningkatkan gula dalam darah.
Kajian ke atas tikus jantan yang mengalami kencing manis menunjukkan madu kelulut TIDAK meningkatkan gula dalam darah dan TIDAK meningkatkan kolesterol dan trigliserida. Madu kelulut juga mengandungi gula yang lebih rendah berbanding madu biasa
FRUKTOSA ADALAH RACUN DALAM MADU TULEN dan TIDAK SESUAI UNTUK PESAKIT DIABETlS ?
Isu 2 : Madu tulen biasanya mengandungi 80 peratus gula dan fruktosa adalah yang tertinggi.
Bukankah ini boleh menaikkan gula dalam darah?
Jawapan: Walaupun kompisisi gula utama dalam madu tulen adalah fruktosa dan glukosa, kajian yang telah saya lakukan sebelum ini menunjukkan bahawa madu tulen kaya dengan pelbagai komponen khasiat yang boleh bertindak sebagai antikanser dan antidiabetis.
Kajian juga menunjukkan madu kelulut tulen bertindak dengan RENCATKAN enzim amylase dan glucosidase pada kadar 78% dan enzim ini terlibat dengan peningkatkan gula dalam darah.
Walaubagaimanapun…kenyataan yang mengatakan gula fruktosa dan glukosa dalam madu tulen adalah racun adalah TIDAK TEPAT. Ini kerana, kita perlu merujuk Firman Allah swt. dalam Surah AnNisa ayat 40 yang mengatakan..
‘ALLAH TIDAK MENZALIMI kita walaupun seberat zarrah (atom). Jika seseorang itu membuat kebaikan, Dia akan gandakannya dengan ganjaran yang besar’
Glukosa dan fruktosa adalah jenis gula yang biasa dijumpai dalam buah-buahan dan madu tulen dan mustahil menjadi racun.
Walaubagaimanapun, janganlah kita minum madu tulen secara berlebihan. Sebaiknya, kita perlu minum pada kadar dan cara yang betul.
Contohnya;
a.madu tulen elok diambil pada kuantiti yang rendah (contohnya 1 atau 1/2 sudu sahaja) setiap pagi
b. boleh minum madu tulen dengan cara melarutkan 1 sudu madu bersama segelas air kosong atau
c. boleh juga minum madu tulen bersama barli. Ini berdasarkan kepada Hadis Nabi yang diriwayatkan daripada Aisyah R.A. bahawa..
“Rasulullah s.a.w. menyuruh agar Talbinah disediakan kepada orang sakit dan orang bersedih atas kematian seseorang. Beliau (Aisyah) berkata `Sesungguhnya aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda . `Sesungguhnya talbinah dapat menenangkan hati pesakit dan menghilangkan sebahagian kesedihan”. Talbinah dibuat menggunakan campuran barli + susu + madu tulen
Barli juga tinggi beta-glukan dan bahan ini merupakan fiber larut air dan boleh mengawal kadar gula yang masuk dalam darah. Barli juga boleh bertindak sebagai prebiotik dengan menggalakkan pertumbuhan bakteria baik.
Apa yang lebih penting adalah kita perlu YAKIN tentang sifat madu tulen sebagai PENAWAR (ubat) bagi manusia, sebagaimana yang dinyatakan di dalam AlQuran.
Benarlah (apa yang difirmankan) oleh Allah, Tuhan Yang Maha Agung
Moga bermanfaat
Puding kastard dengan kuah susu dan koktail buah-buahan campuran ini seringkali menjadi pilihan hidangan pencuci mulut sama ada untuk sebarang majlis atau untuk hidangan minum petang seisi keluarga.
Rasa pudingnya yang enak, kuah susunya yang manis berlemak di samping buah-buahan yang berwarna warni mampu membuka selera sesiapa sahaja, terutamanya anak-anak.
Apa kata sesekali cuba buat puding istimewa ini.Cara-cara membuatnya tidaklah sesukar mana, anda pasti berpuas hati dengan hasilnya.
Bahan-Bahan (Puding):
1 tin susu cair jenama IDEAL
1 tin tepung kastard Bird Custard (ikut sukatan tin susu)
4 tin air
Setengah tin gula pasir
Cara Membuat:
1.Larutkan semua bahan didalam kuali.
2.Setelah larut, barulah letakkan kuali tersebut diatas dapur dan buka api.
3.Guna api yang paling perlahan dan kacau selalu adunan tersebut sehingga ia nampak pekat dan berkilat.
4.Kemudian,masukkan ke dalam bekas-bekas kecil atau boleh juga masukkan ke dalam loyang.
5.Biarkan puding sejuk seketika dan simpan didalam peti sejuk.
Bahan-Bahan (Kuah Susu):
2 tin susu cair jenama (IDEAL)
1 tin susu pekat
1tin @ 3/4 tin gula pasir (ikut kemanisan)
1/2 tin air
1 tin buah-buahan koktail
Cara Membuat:
1.Campurkan semua bahan-bahan tersebut ke dalam periuk kecuali buah-buahan koktail didalam tin.
2.Kacau sebati atas dapur dengan menggunakan api yang paling kecil, cukup sekadar memanaskan kuah susu dan tidak perlu sehingga kuah susu mendidih.
3.Setelah suam,masukkan air dan buah-buahan koktail dan simpan didalam peti sejuk.
Tip ekstra:
Simpan semalam di dalam peti sejuk semalaman dan jangan letak ais pada kuah susu kerana ia akan membuatkan kuah susu cair.
Boleh juga campurkan dengan buah-buahan segar seperti strawberi, kiwi, peach dan sebagainya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di