Tentu ramai yang suka makan kek keju. Jika dibeli agak mahal harganya. Maklumlah keju pun antara makanan yang mahal.
Lebih lagi jika kek disaluti keju. Tentu harga lebih mahal.
Selain beli, kita boleh buat kek keju homemade. Mengikut resipi puan Ain Kamis, memang menarik. Malah dapat share hingga 6K. Jom ikuti resipinya.
Kek keju guna 4 bahan/ 30minit aje.
Bahan-bahan :
🧀 250g cream cheese
🧀 susu pekat manis
🧀 susu segar @ susu cair
🧀 bonomi biscuits (beli kt bakery)
Cara-cara :
1) putar cream cheese hingga licin & tidak berketul.
2) masukkan susu pekat mengikut kemanisan tekak masing² .putar lg hingga sebati
3) masukkan susu segar mengikut kecairan & kepekatan yang bersesuaian .putar hingga, sebati semuanya.
4)rendam bonomi biscuits kedalam susu segar sekejap shj,, susun dlm bekas yg bersesuaian
5) siram bonomi biscuits dgn adunan cream cheese yg telah dibancuh td. Boleh drizzle dgn filling Yang disukai.
6) ulang step no 4 & 5 hingga Abis adunan cream cheese.
7) hias la mengikut creativity masing²
8) simpan dalam peti sebelum dihidangkan
SELAMAT MENCUBA.
Nota kaki : bonomi biscuits ni xla sdp mne pon. Tp boleh la utk menghilangkan craving klu ttbe tekak nk mkn ciskek kann.
Click picture & baca ye
Resepi Viral ‘Szechuan Glass Noodle’, Menu Baharu Tak Kenal Maka Tak Cinta
Hari-hari pasti ada saja menu baru, rakyat Malaysia sememangnya kreatif dalam mengolah makanan, Bukan setakat main reka saja-saja, menuini memang menjadi bualan ramai sehinggakan ramai mencubanya dan terbukti ianya memang sedap, kena dengan tekak melayu lah orang kata!
follow Youtube : https://www.youtube.com/watch?v=AwUs4bsL3zk
Kita mesti biasa dengan suhun kan? lagi-lagi kalau masak sup kentang bersama suhun, wajib menggunakan mee suhun ini. Kebiasaannya suhun ni orang akan hidang sebagai sebagai ‘side dish’ dan letak sedikit saja dalam lauk seperti sup kentang, nasi ambeng dan sebagainya. kadang-kadang makan suhun begitu saja pun memang tak puas.
Tetapi resepi kali ini, kita akan jadikan suhun itu sebagai makanan utama. Kalau orang melayu biasa dengan suhun, tapi zaman moden sekarang di kedai runcit sudah sudah ada mee kaca (Glass Noodle). Rasa dua jenis mee ini tidak jauh beza, Glass noodle lagi kenyal dari suhun. Kalau dekat rumah tak ada Glass Noodle, boleh juga gunakan suhun. Tiada masalah
Resepi ini dikongsikann oleh pengguna Tiktok zamakmal, kali ini kita ikut style abang zam ok..
Bahan-Bahan
-Suhun/ Glass Noodle secekak penuh
-Chilli flakes 2tbsp (or chilli powder)
-Cili Padi 4-5btg
-Garlic 3-4 ulas
-Bawang Merah atau ganti daun Bawang
-Minyak Masak 4tbsp
-Sos Tiram 1tbsp
-Kicap Cair 1tbsp
-Cuka 1tsp
-Garam, Gula dan serbuk perasa oily tekak
-Minyak Bijan
-Kicap Manis
-Lobak Merah
-Timun
-Crab stick
-Daun Ketumbar
-Shitake mushroom
-Beef Bacons (optional)
-Kacang Tanah
-Bijan
Cara-cara
- Rendamkan suhun selama 1 minit sehingga warna nya menjadi clear, kemudian masukkan ke dalam air sejuk
-
- Sediakan mangkuk lain, masukkan chili flakes, cili padi, bawang putih, bawang kecil
- tuangkan minyak masak 4sk, sebelum tu panaskan dahulu. (masa ni memang sedap bau dia) kacau-kacau
- tambahkan sos tiram, kicap cair, cuka masakkan, garam, gula, serbuk perasa. ikut kesesuaian tekak masing-masing ok. jangan gaduh-gaduh hehe
- kemudian biarkan ke tepi
- Masukkan suhun tadi dalam mangkuk,
- masukkan chili oil tadi, masuuakn minyak bijan sedikit, kacau sehingga sebati
- Masukkan kicap manis sedikit , untuk tak nak terlalu pedas.
- masukkan (bahan hirisan) lobak merah, timun, crabstik, duan ketumbar, cendawan shitake, beef bacon dan gaul sampai sebati. ini optional ya ikut selera masing-masing
- Taburkan kacang tanah yang di tumbuk kasar serta bijan
- (Apa yang ada dalam peti ais rumah anda, boleh saja dijadikan bahan penambah)
Makanan ini boleh hidangkan begitu saja, tak perlu masak atas kuali.
Untuk tambahan, boleh kenakan degan telur separuh masak, memang ngam sangat!
Kalau keliru, Boleh rujuk pada video ya. mudah saja
video
@zamakmal Boleh buat untuk Bekal, Suhun Ala Szechuan yg tgh viral tp yg ni versi tekak melayu #TikTokChef #resepi #myfoodie #resepimudah #makanlokal ♬ Pretty song that imaged a sleeping baby – Azuline
Lepasni kalau jemu untuk masak masakkan yang sama, nak cuba resepi baharu, boleh cuba resepi ini ya.
Selamat mencuba!
sumber : Tiktok zamakmal
Kuih Lapis Licin Molek Kejadiannya. Begini Resipi & Tipsnya, Nak Buat Tak Susah Mana Pun!
Seakan satu kepuasan bagi kita ibu-ibu ini dalam menyediakan menu jika hidangan yang disediakan bukan sahaja digemari oleh seisi keluarga malah cantik pula bila kita melihat hasil air tangan sendiri terhidang di atas meja.
Apatah lagi ketika menyediakan kuih muih tradisi seperti kuih lapis. Gabungan adunan yang sempurna akan dapat menghasilkan lapisan yang nampak licin, cantik bahkan dapat pula dibuka setiap lapisan satu persatu, itu satu kelebihan!
Andai itu hasilnya, memang terasa diri ini seakan seorang chef profesional! Apa tidaknya, menyediakan kuih tradisi bukan semua orang boleh buat tetapi perlu juga kepakaran barulah menjadi.
Pun begitu buat yang baru ingin mencuba menyediakan kuih lapis ini untuk keluarga, usah kecewa kerana dengan adanya resipi yang terbaik dapat juga memudahkan kita untuk dapatkan hasil yang sedemikian.
Menyentuh tentang resipi kuih lapis apabila ditinjau di media sosial memang diakui begitu banyak versinya. Namun dalam banyak-banyak resipi, perkongsian daripada Aezween di beberapa group masakan ternyata mampu mencuri tumpuan warganet.
Kuih Lapis
Bahan-bahan
2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1 cawan santan kotak kecil
3 cawan air masak
1 cawan gula
1 sudu teh garam
Cara penyediaannya
Langkah 1 : Blender semua dan bahagi kepada 2 bahagian
Langkah 2 : 1 letak pewarna 1 biarkan putih
Langkah 3 : Kukus selapis-selapis selama 7 minit
Langkah 4 : Lapisan terakhir kukus selama 20 minit- BELI PENGUKUS DI SINI
Ekstra Tip : Oles bekas dengan minyak untuk mudah keluarkan begitu juga oles pisau den gan minyak untuk mudah potong kuih.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
ARTIKEL MENARIK
- Tengok Nasi Pun Dah Terliur. Rupanya Begini Cara Che Puan Gojes Buat Nasi Ayam, Tak Perlu Tumis Bahan!
- “100% Tanpa Sembunyikan Apa-apa..”-Nita Maira Kongsi Resipi Rempeyek Jawa, Cantik Kejadiannya & Rangup!
- Kacang Kuda Tak Perlu Tunggu Lama Direbus Pun Dah Empuk, Ni Tekniknya & Resipi Boleh Cuba!
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Masak Kerapu Kukus Asam Boi, Nampak Susah Tapi Senang Sangat!
Hujung minggu ni pasti ibu-ibu mempunyai masa menyediakan hidangan enak untuk makan tengah hari bersama keluarga. Jika bosan dengan gulai, kari atau sambal, boleh cuba pula hidangan yang sedikit istimewa iaitu kerapu kukus asam boi.
Ditambah dengan hirisan tomato dan mangga muda pasti anak dan suami tak sabar untuk menikmatinya.
Bahan-bahan:
1 ekor ikan kerapu (saiz sederhana atau besar) – bersihkan
3 biji asam boi (tanpa warna)
1 sudu makan sos soya cair
1 sudu teh sos ikan
Sedikit minyak bijan (jika suka)
2 inci halia muda – mayang halus
2 batang serai muda – mayang halus
4 ulas bawang putih – cencang halus
4-5 biji cili padi – diketuk
2 biji limau nipis – perah jusnya
Garam secukup rasa (jika perlu)
Daun ketumbar/ daun bawang
Cara membuat:
Bersihkan ikan. Kelar 3 di setiap bahagian.
Di dalam mangkuk, satukan sos soya cair, sos ikan dan sedikit minyak bijan. Gaul sebati dan lumurkan pada ikan.
Kukus ikan sehingga separuh masak.
Tambahkan hirisan halia, serai dan asam boi. Kukus lagi ikan hingga masak.
Tuang jus limau nipis dan sesuaikan rasanya. Jika perlu, tambah sedikit garam. Tambah cili padi.
Tabur daun ketumbar atau daun bawang yang telah dihiris.