Berbudi pada tanah juga mampu memberi pulangan yang menguntungkan. Jika tidak masakan pasangan suami isteri ini mampu menjana pendapatan hingga RM 4,000 dalam masa seminggu walau pun dengan hanya menjual anak benih dengan harga jauh lebih rendah iaitu RM 1 sahaja. Bagaimana dan apa rahsianya, jom semak perkongsian penuh ini.
Idea kreatif seorang usahawan tani memulakan perniagaan menjual anak pokok pelbagai jenis tumbuhan pada harga hanya RM1 sepokok lebih 10 tahun lalu membolehkannya kini memperoleh pendapatan lumayan antara RM3,000 hingga RM4,000 seminggu.
Malah, Nasarudin Mohamed, 48, juga tidak lokek berkongsi ilmu penanaman dan penjagaan pokok dengan pelanggannya membuatkan perniagaannya bertambah maju dari sehari ke sehari.
Katanya, pada awalnya dia menceburi bidang pertanian dengan menanam tanaman yang selalu digunakan masyarakat Melayu dalam masakan seperti kunyit, cili, lengkuas dan pelbagai jenis sayuran di sekitar kawasan rumahnya di Kampung Bakat, Jabi di sini.
Bercucuk tanam di kawasan rumah
“Memang daripada kecil saya bercita-cita menjadi usahawan tani dan selepas bekerja kira-kira 10 tahun di Johor Bahru untuk mengumpul modal, saya kembali ke kampung bercucuk-tanam.
“Selepas beberapa ketika, saya terfikir kenapa orang lain tidak boleh menanam seperti saya yang hanya menggunakan kawasan terhad sekitar rumah saja dan dari situlah timbulnya idea untuk menjual anak pokok terutama tanaman untuk bahan masakan.
Ads
“Saya juga ajar setiap pelanggan segala ilmu penjagaan pokok dan kini saya tumpukan sepenuhnya kepada penjualan anak pokok,” katanya kepada Harian Metro ketika ditemui pada majlis Sepetang Bersama Usahawan Tani di Kampung Bakat, Jabi di sini, kelmarin.
Majlis itu turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim.
Tanam & Pasarkan Sendiri
Menurutnya, selain menjual anak pokok di rumahnya, dia turut memasarkannya di pasar tani di kawasan berhampiran.
“Jika pelanggan datang membeli sendiri di rumah, saya jual pada harga RM1 sepokok tetapi di pasar tani, saya jual RM2 sepokok.
Ads
“Ada juga usahawan lain yang beli daripada saya dan menjualnya di pasar tani atau kawasan lain dan harganya juga sama iaitu saya jual RM1, kemudian mereka jual RM2.
“Saya tak bercadang untuk menaikkan harga jualan, biarlah semua sama-sama untung,” katanya.
Isteri Nasarudin, Sanidah Bakron, 43, pula berkata, selain tanaman popular, mereka juga menjual pokok yang sukar ditemui contohnya senduduk putih yang berkhasiat untuk merawat pelbagai jenis penyakit.
“Alhamdulillah, kami kini mempunyai pelanggan bukan saja dari seluruh Malaysia, malah luar negara,” kata ibu kepada empat anak berusia empat hingga 18 tahun itu.
Ads
Sementara itu, Dr Azman berkata, bidang pertanian menjanjikan pendapatan lumayan kepada rakyat Terengganu, lebih-lebih lagi negeri ini yang mempunyai kawasan sesuai dan subur.
“Pertanian di Terengganu belum mencapai kadar mencukupi untuk rakyat, contohnya keluaran padi beras di 12,000 hektar tanah hanya cukup untuk 50 peratus daripada 1.2 juta rakyat, manakala penternakan lembu dan ayam masih ada 70 peratus kekurangan untuk food security(jaminan bekalan makanan).
“Maknanya, sesiapa yang menceburi bidang pertanian di negeri ini boleh dikatakan tiada persaingan,” katanya.
Menurutnya, bagi merancakkan sektor pertanian, kerajaan negeri menambah baik Dana Usahawan Tani yang kini dikenali Skim Bantuan Modal Tani untuk mereka yang berminat menceburi bidang berkenaan.
“Kita sediakan pinjaman patuh syariah tanpa faedah dan usahawan yang menyertai skim ini hanya perlu membayar apabila sudah memperoleh hasil.
“Dana ini berjumlah RM5 juta yang akan ditambah sekiranya diperlukan dan jumlah pinjaman maksimum adalah RM50,000,” katanya.
Mak ayah mana yang tidak rungsing bila anak tidak dengar kata dan keras hatinya. Mak ayah boleh amalkan doa-doa tertentu sebagai amalan harian untuk lembutkan hati anak.
Cuba amalkan doa-doa ini bagi melembutkan hati mereka. Yakinlah dengan kuasa doa.
Selain sentiasa doakan mereka dalam setiap solat kita, doa dan amalan yang dikongsikan oleh ustazah cantik manis kita ini harus kita amalkan. Ada 5 doa dan amalan yang patut kita cuba. Jangan culas.
Tip lembutkan hati orang yang kita sayang seperti anak, suami atau isteri dan ibubapa.
1.Mulakan dengan membawa Surah Fatihah sebanyak 3 kali.
2. Kemudian lengkapkan dengan Ayat Kursi sebanyak 3 kali.
3. Sempurnakannya dengan menyebut selawat Nabi sebanyak 3 kali.
4. Usah dilupakan dengan tambahan Surah Taha ayat 1-5 dan baca surah ini sebanyak 3 kali.
5. Akhir sekali sudahkannya dengan Surah Al Fath ayat 1-5 yang dibaca sebanyak 3 kali.
Kemudian hembuskan tiga kali di atas kepala dan ubun-ubun. In shaa Allah dengan izin Allah, mujarab lembutkan hati anak-anak dan pasangan kita. Juga ibubapa kita.
Bila hati anak dan pasangan lembut, barulah hidup makin terasa bahagianya. Petua yang dikongsikan oleh Ustazah kita ini adalah dengan membahagiakan orang lain terlebih dahulu dalam mencari kebahagian hidup bersama.
Sesuatu yang diberi dan tidak akan berkurang adalah KEBAHAGIAAN. Bahagiakanlah orang lain lalu engkau akan bahagia. Ada seorang sahabat yang datang menemui Nabi صلي الله عليه وسلم:
Dia mengeluhkan akan kerasnya hatinya, dia tidak merasakan kebahagiaan.
Maka jawab Nabi SAW,
“Jika engkau ingin hatimu menjadi lembut, bahagia, tenang, maka berilah makanan kepada fakir miskin dan usapkan tanganmu di kepala anak yatim.”
Orang yang paling bahagia adalah Rasulullah صلي الله عليه وسلم apabila seluruh waktunya dalam rangka untuk umatnya.
Rasulullah صلي الله عليه وسلم telah menjelaskan dalam satu hadith:
“Amal yang paling dicintai Allah سبحانه وتعالى iaitu rasa senang yang engkau masukkan ke dalam hati seorang muslim, atau engkau hilangkan rasa laparnya, atau engkau lunaskan hutang-hutangnya, atau engkau hilangkan kesulitannya.
Sungguh, aku menemani saudaraku untuk memenuhi keperluannya lebih aku sukai daripada i’tikaf di Masjid Nabawi selama sebulan.” [HR. at-Thabrani]
Maka lembutkanlah hati orang-orang yang kita sayang dan bahagiakanlah mereka yang berada di sekitar kita agar kita lebih merasakan kebahagian. Jom azam untuk sama sama perbaiki akhlak dengan mencontohi akhlak Baginda Nabi SAW.
Sesungguhnya doa seorang ibu adalah doa yang selalu dinanti oleh anak. Doa ibu adaah doa yang mujarab dan tiada hijab. Bagi ibu perlu sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anaknya.
Jika ibu inginkan kebaikkan buat anak, sentiasalah mendoakan yang tidak putus-putus kepada Allah. Perkongsian yang dipaparkan di laman facebook puan Nur Hanisah Hahizi rakaman video doa yang disampaikan seolah ustaz dalam sebuah rancangan agama sebuah televisyen tempatan ini sungguh bermanfaat.
Ikuti perkongsianya
Mula-mula pegang bahagian dada atau kepala anak
Bismillahirrahmanirrahim
Alluhuma aksir ma lahu, wawaladahu Wabarik lahu Fima aktaitahu,
(Jika anak lelaki lahu , jika anak perempuan jadi laha) Maknanya: Ya Allah, banyakkan hartanya Ramaikan keturunannya dan berkati setiap apa dia dapat
Maknannya, jika dia dapat jawatan, jawatan itu menjadi sesuatu yang membawa dia ke syurga. Jika dia dapat harta, harta itu jadi berkat, kalau anak, anak jadi soleh dan solehah. Amin Ya Rabbal Alamin.
Ikuti selanjutnya rakaman video ini.
Baca DOA ini pada anak, insyaAllah, dia boleh menjadi anak yang berjaya, dunia akhirat dengan izinNya.*Baca doa ini dengan melekapkan tangan awak pada kepala/dada anak ye ☺
Dalam pada itu, para ibu bapa boleh lah mendoakan anak-anak antara waktu ini.
WAKTU PALING MUSTAJAB UNTUK BERDOA
1. WAKTU ANTARA AZAN DAN IQAMAH
2. SEMASA HUJAN TURUN
4. SEPERTIGA TERAKHIR MALAM
4. DUA WAKTU PADA HARI JUMAAT
(hari jumaat dan ketika waktu imam duduk di mimbar sehingga solat Jumaat selesai)
5. HARI ARAFAH PADA MUSIM HAJI
6. KETIKA WAKTU SAHUR DAN BERBUKA PUASA
Semoga ibu bapa dapat membentuk keluarga Sakinah, Mawaddah, Warahmah yang penuh ketenteraman, kecintaan kepada Allah. Aminn
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Dalam kehidupan anak-anak, semestinya restu ibu bapa itu penting agar lebih rasa tenang dan ada keberkatan dalam usaha yang dibuat.
Begitulah yang diamalkan oleh pengacara, Hawa Rizwana yang mendedahkan dia telah meminta restu daripada bapanya terlebih dahulu sebelum bersetuju dengan tawaran untuk menggalas tanggungjawab sebagai hos baharu program MeleTOP.
Jelasnya, dia sama sekali tidak menyangka dengan keputusan bapanya yang membenarkan dia untuk mengemudi program berkenaan.
“Ada satu malam, saya tanya pandangan ayah, sebab keputusan untuk menjadi hos perlu restu daripadanya.
“Hawa tanya ayah ok ke kalau saya buat program MeleTOP? Ayah kata boleh, go for it. Itu adalah jawapan yang saya betul-betul tak sangka datang daripada ayah.
“Kenapa saya tak sangka, sebab saya tahu ayah dan mak sangat-sangat tegas, kalau nak keluar rumah mereka akan tanya apa yang saya buat dari pagi sampai malam.
“Jadi bila dapat restu daripada ayah untuk buat MeleTOP ,saya harap akan ada perkara yang indah hasilnya nanti,” katanya.
Dalam pada itu, Hawa akui gembira selepas menerima restu daripada bapanya.
“Satu perkara tentang ayah dan ibu, mereka akan lihat hasil kerja saya dan mereka akan komen selepas itu jika ada yang tak kena atau sebagainya.
“Ada kalanya ayah akan beri doa untuk saya baca, jika dia lihat saya macam dalam keadaan yang gelabah.
“Apa-apa yang saya buat adalah untuk mereka, walaupun saya tahu diri ini tidak lah sebaik mana.
“Bila dapat restu itu buat saya gembira, kerana dia sahaja yang tahu apa yang saya lalui selama ini. Dia juga tahu bila saya sedih bila saya suka,” tambahnya.