Kediaman ini nampak biasa sahaja, namun melangkah kaki ke dalam mata terpegun dengan susun atur cukup kemas diterjemahkan oleh pemilik kediaman ini, puan Rafidah Md Isa.
Jom ibu-ibu kita cuci mata, sambil tu boleh dapat ilham untuk mendekorasi kediaman sendiri kan.
Bahagian dapur, biasa2 je awak. Rumah kampung macam ni lah
Alhamdulillah seadanya. Selamat petang mukabuku
Ads
Cantik, kemas dan luas ruang dapur kediaman ini. Susunan barangan juga membuatkan ruang bahagian dapur ini nampak rapi.
Ramai yang suka makan sambal belacan tapi ramai juga yang tidak tahu cara nak hasilkan sambal belacan yang sedap. Apatah lagi jika jarang-jarang masuk ke dapur, tentu tidak berpeluang untuk menyediakan sambal belacan yang menepati citarasa.
Pun begitu, melalui perkongsian seorang lelaki kelahiran Sabah ini yang dikenali sebagai Mohd Iskandar Alwi, siapa sangka berminat mempelajari cara menyediakan sambal belacan yang sedap dan ianya telah dikongsikan di media sosial.
Nak tahu apakah resipinya itu, jom semak perkongsian menarik ini.
“Dari Sabah ke Kelantan,sempat duduk kat kelantan belajar resepi org melayu, sambal kelantan..Makan dengan ikan goreng,ayam goreng..simpan dlm peti sejuk,makin lama awak simpan makin sedap..wakil orang jantan ni,asyik perempuan saja share..btw sy lelaki sejati lurus bkn agar agar k,lelaki sejati pun minat masak..hahaha”–Mohd Iskandar Alwi
Bahan bahan:
15 tangkai cili kering-rebus n tos
10 tangkai cili merah
Segenggam cili padi kampung hijau-30 tangkai you nak tmbah suka hati you.tapi pedas sgt karang x best
6 biji asam limau kasturi-buang biji
1 ibu jari belacan-bakar seketika
1 ulas bawang putih/bawang holland-bakar seketika
1/2 cawan cuka makan
1/2 cawan gula atau secukup rasa (blh je tukar gula melaka)
1-2 sudu kecil garam atau secukup rasa
Sudu kecil aji no moto atau serbuk perasa.
Cara-cara:
1. Hiris halus semua cili padi dan cili merah.Tujuannya supaya ia mudah hancur.
2. Cili kering guna yang jenis berkilat bukan yang kerinting. Blend semua bahan bahan tu.
3. Itu saja,simple. Bukan susah pun.
sumber : Mohd Iskandar Alwi via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tiada yang lebih membahagiakan dan menggembirakan kbagi seorang wanita bergelar isteri bila mana impian untuk bergelar ibu tercapai. Biar pelbagai dugaan dan ujian terpaksa dilalui namun, semuanya diharungi. Satu pengorbanan yang cukup besar demi mendapatkan cahaya mata.
Demikian juga dengan pelakon dan hos Siti Elizad baru selesai menjalani proses ‘embryo transfer’ bagi meneruskan sesi rawatan kesuburan persenyawaan in-vitro (IVF) yang dijalaninya.
Hos Progarm Mingguan Wanita ini menerusi laman sosial Instagramnya berkongsi beberapa keping foto selepas melakukan proses itu untuk tatapan umum.
Pemindahan embrio merupakan satu proses dimana embrio yang sudah berkembang dimasukkan ke dalam uterus.
“Alhamdullillah syukur , baru selesai “ Embryo Transfer “ hari ni . 👶 Semuanya berjalan lancar . Doakan yg terbaik buat kami ya 🤲🏻🤲🏻🤲🏻 Nervous tgu result akan dtg nnt . Hanya mampu berdoa . Moga2 adalah rezeki kami berdua , Selebihnya , kami hanya berserah pada Mu Ya Allah .
Terima kasih Dr @dr.azlin @sophea_fertility & semua nurse yg byk membantu menenangkan saya tadi . Tak tau nak gambarkan pengalaman tadi.’ tulis Elizad lagi.
Basque Burnt Cheesecake ataupun kek keju hangus, adalah antara pemanis mulut atau dessert yang trending kini. Ibu-ibu yang nak cuba sendiri resipi ini, tak perlu risau. Sangat mudah untuk disediakan di rumah kerana anda hanya menggunakan airfryer je. Masa yang diambil pun tak lama.
Resipi ini adalah hasil perkongsian saudara Rizal KingRiz. Selamat mencuba!
Penangan AF memang power
Cheese cake hari tu abang bagi MIL rasa. Mak mertua abang ni dah 30 tahun lebih buat segala macam jenis kuih muih untuk tempahan. Risau juga abang 😅
Semalam MIL datang cakap sedap sangat cheese cake hari tu!
Apalagi abang pun dengan pantas terus ke kedai beli lagi bahan 🤣🤣🤣
Abang buat dua biji terus 💪
Ok bila buat dua biji berturutan abang dapat keputusan macam ni:
Kesimpulannya walau apa jenis AF pun korang guna, korang tetap boleh buat cheese cake yang sedap ni 😊
Nah abang bagi resepi lagi sekali.
Burnt cheesecake
Dah siap masak, biarkan kek sejuk secara semulajadi.
Kemudian simpan di dalam peti sejuk untuk beberapa jam. Kek yang dah sejuk mudah dipotong dan lebih sedap bila dimakan.
Pesan abang: Bukan brand AF yang penting tapi kerajinan yang menentukan
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.