Ads

Kembar Siam Muhammad Rosli Meninggal Dunia, Berita Duka Selepas Perjuangan Hebat

Muhammad Rosli, salah seorang daripada pasangan kembar siam yang pernah mencuri perhatian seluruh negara selepas berjaya menjalani pembedahan pemisahan lebih dua dekad lalu, meninggal dunia pada pukul 10.45 pagi, 29 Ogos 2026.

Berita duka mengenai pemergian Allahyarham dimaklumkan sendiri oleh saudara kembarnya, Ahmad menerusi satu hantaran di Facebook.

“Assalamualaikum, saya abang kepada Muhammad ingin memberitahu bahawa kembar saya telah kembali kepada Sang Pencipta-Nya pada pukul 10.45 minit pagi waktu Malaysia.

“Terima kasih yang tidak putus-putus mendoakan kesejahteraan beliau dan hanya Allah dapat membalas jasa kamu semua,” tulis Ahmad.

Keadaan Kesihatan Dilaporkan Kurang Baik

Sehari sebelum pemergiannya, Ahmad memaklumkan keadaan Muhammad ketika itu kurang baik selepas mengalami masalah kesihatan yang menyebabkan kandungan asid dalam darahnya terlalu tinggi.

Ads

Keadaan tersebut menyebabkan Allahyarham berada dalam keadaan separuh sedar. Ahmad pada waktu itu turut memohon orang ramai agar mendoakan kesihatan serta kesejahteraan saudara kembarnya.

Muhammad sebelum ini menerima rawatan selama lapan bulan di Hospital King Fahd National Guard, Riyadh, Arab Saudi selepas disahkan menghidap kanser pundi kencing pada Julai 2025.

Ads

Sepanjang tempoh rawatan, Allahyarham dilaporkan menjalani lima pembedahan dan lima sesi kemoterapi sebelum disahkan pulih serta dibenarkan meneruskan rawatan susulan.

Kembar Siam Muhammad Rosli Meninggal Dunia, Berita Duka Selepas Perjuangan Hebat
Ahmad dan Muhammad ketika kecil

Berjaya Dipisahkan Selepas Pembedahan Lebih 22 Jam

Muhammad dan Ahmad mula mendapat perhatian rakyat Malaysia apabila menjalani pembedahan pembahagian hati di Pusat Perubatan Universiti Malaya pada 2001.

Ads

Setahun kemudian, kedua-duanya diterbangkan ke Arab Saudi untuk menjalani prosedur pemisahan di Hospital King Fahd National Guard.

Pembedahan kompleks yang berlangsung selama 22 jam 45 minit pada September 2002 itu akhirnya berjaya memisahkan pasangan kembar berkenaan. Kejayaan tersebut menjadi detik bersejarah, bukan sahaja buat keluarga mereka, malah turut mendapat perhatian masyarakat di seluruh negara.

Kisah perjalanan Muhammad dan Ahmad selepas pembedahan terus diikuti ramai. Mereka menjadi antara pasangan kembar siam yang berjaya dipisahkan menerusi prosedur pembedahan rumit selepas melalui beberapa peringkat rawatan.

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Keluarga Lain

Anak Disaran Berkhatan Seawal Usia 7 Hari, Ramai Ibu Ayah Tak...

Khatan bayi boleh dilakukan seawal usia tujuh hari menurut panduan Mazhab Syafi’i. Ketahui waktu yang disunatkan serta hukum apabila mencapai baligh.