Pengalaman mengamalkan petua kadang kala ada yang berjaya dan tidak kurang juga yang gagal. Pun begitu, perkongsian daripada Sabariah ini memberi maklum balas yang bagus setelah mengamalkan salah satu petua untuk mengempiskan perut di mana berat badannya turun setelah amalkan ini. Untuk itu jom ketehui apa yang diamalkannya itu.
Jom Kempiskan PERUT dengan barang-barang yang ada kat dapur tu je.
“Saya ambil petua ni dr sebuah blog. Terima kasih sgt2 tuan punya petua yang sudi share. Saya dh amalkan 3hari dan ALHAMDULILLAH, hasilnya mmg wow. Berat dah turun 1kg.Pembuangan lebih lancar dan perut dh kempis walau makan nasik 2pinggan. Hahahaha…TAPI dengan syarat, petua ni kita amalkan bersulam dengan senaman ringkas. Apa2 senaman ringan selama 30min je sehari.Amalkan minum segelas waktu pagi sblm sarapan dan segelas lagi waktu malam sebelum tdur.”
Bahan-bahan :
7 biji bunga cengkih
Ads
1 batang kulit kayu manis
3 hiris halia (jangan besar sangat nanti pedas)
2 batang serai
1 sudu madu
Ads
1 hiris lemon (ikut kemahuan masing-masing)
1 liter air
Cara penyediaan :
Ads
Masukkan air serai, halia, bunga cengkih dan kulit kayu manis ke dalam periuk.
Rebus dan biarkan ia mendidih selama lebih kurang 20 minit.
3. Tuang ke dalam cawan dan perahkan lemon. Selepas itu, masukkan madu ke dalam cawan tersebut.
4. Biarkan hingga suam kemudian minum.
sumber : Sabariah Sharif via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kisah kejayaannya di dalam bidang hartanah sebelum ini pernah tular di media sosial. Jutawan hartanah Mohamad Azlan Abdullah @ Ali atau lebih dikenali sebagai Mohamad Azlan Al Amin, pernah mendapat perhatian kisahnya yang bangkit daripada keluarga miskin tegar berubah kepada seorang jutawan hartanah yang disegani.
Biarpun bergelar jutawan, anak kelahiran Kampung Tok Raja, Besut itu tidak pernah mendongak ke langit, sebaliknya bersikap tunduk ke bumi.
Malah, dia lebih selesa memilih kehidupan serba sederhana dan sentiasa istiqomah dalam setiap apa yang dilakukannya. Namun kadang kala, tetap ada cabarannya dalam hidup.
Terbaru menerusi facebook miliknya, meluahkan rasa kecewa apabila ada pihak mempertikaiannya kehidupannya sehingga ada tidak sedap didengar mendakwa dia hanya berpura-pura seorang hartawan.
Tidak mahu ia berpanjangan, Azlan terpaksa mendedahkan nilai aset yang dimiliki. Bukan niat untuk mendabik dada tetapi berharap ia menjadi iktibar kepada pihak berkenaan.
Dia meluahkan rasa syukur dengan anugerah yang dimilikinya dan berharap sentiasa memburu tawadhuk dengan caranya tersendiri.
MAAFKAN SAYA TERPAKSA TUNJUK SEKALI SEKALA.
Jujurnya,saya malu dan tak mahu bercerita tentang aset aset hartanah yang saya miliki dengan izinNya.
Tetapi apabila ada segelintir suara suara sumbang yang seakan menuduh saya hanya berpura pura menonjolkan diri bak hartawan,maka saya terpaksa sekali sekala tampilkan sedikit aset hartanah yang Allah swt anugerahkan sementara kepada saya.
Mungkin kerana gaya hidup saya simple dan ala kadar sangat,rumah pun tak mewah macam dewan badminton,pakai macam penoreh getah,maka saya seakan dilihat tak munasabah untuk diangap hartawan.
Tapi sabar dulu kawan,jangan cepat menduga cetak atau dalam air di lautan kalau kita bukan ahli untuk menyelam.
Hanya ikan yang tahu dunia air.
Saya tak minat bercerita pasal harta.
Saya hanya ada sedikit sahaja aset untuk jana kehidupan berkeluarga.
Tak banyak pun!
Sepanjang sepuluh tahun saya di bidang hartanah,ada lah lebih 100 juta nilainya jika dihitung sekarang.
Rm100 juta nilai tu bukan besar,biasa biasa saja.
Saya anggap itu pencapaian yang sangat serta masih kecil,kerana saya sasarkan untuk memiliki aset lebih rm1 bilion menjelang sepuluh tahun ke depan…InsyaAllah
Malu saya nak mengaku berharta,saya suka menyendiri dengan cara sendiri.
Lagipun,lebih ramai di luar sana yang kaya raya.Setakat saya ada cikit cikit,apalah sangat.
Apepun,saya syukur dengan apa yang Allah kurniakan seadanya ini.
Di bawah ini,hanya sebahagian geran geran tanah yang saya ‘terpaksa’ kongsikan untuk ‘menjawab’ tuduhan tuduhan jahat oleh segelintir mereka yang jelas mencemburui kejayaan kerdil saya!
Saya tak mahu terkesan dengan suara suara sumbang,nanti saya akan jadi sombong dan lupa diri sedangkan kita hanya hamba saja.
Kalau saya hidup untuk menunjuk sehingga sombong,saya mungkin akan tanya kembali seperti berikut :
“Berapa ratus juta kau ada aset untuk sembang dengan aku???”
Saya akan soal lagi “Setakat kau hanya ada toyota atau mercedes dan rumah banglo guna pinjaman bank,tak payah sembang lah! Tunjuk geran geran tanah kau ada berapa ratus keping!”
Tapi nauzubillah..
Innalillah,jika saya jadi sombong begitu,saya dah ikut sifat IBLIS!
Justeru,izinkan saya terus memburu tawadhuk dengan cara saya walaupun saya pasti belum tawadhuk!
Kediaman yang dihiasi hamparan permaidani memang nampak menarik, kemas dan cantik. Namun, agak leceh untuk menjaganya, lebih-lebih lagi jika anda mempunyai anak kecil. Pantang leka susu tertumpah, terkena air kencing dan sebagainya lagi.
Nak mencucinya bukan mudah, jika mahu hantar ke dobi mahal dan leceh untuk mengangkutnya. Jika dibiarkan boleh menjejaskan kesihatan seisi keluarga dek habuk dan kotoran yang melekat padanya.
Selain menggunakan khidmat dobi, sebenarnya ada banyak cara yang boleh kita lakukan sendiri demi memastikan permaidani atau karpet kita terjaga dengan cantik tanpa habuk yang memudaratkan kesihatan. Boleh buat sendiri saja di rumah. Karpet pun nampak sentiasa cantik, bersih dan tidak cepat rosak.
Langkah-langkahnya:
1. Bersihkan permaidani sekurang-kurangnya tiga kali seminggu dengan menggunakan penyedut debu atau vakum.
2. Cuci permaidani menggunakan sabun khusus sekurang-kurangnya enam bulan sekali bagi menghilangkan bau hapak dan mengembalikan kesegaran.
3. Elakkan permaidani daripada terdedah kepada sinaran matahari langsung kerana ia akan memudarkan warna pada permaidani.
4. Ubah kedudukan permaidani dua atau tiga bulan sekali. Dengan cara ini, bahagian yang kerap dipijak atau menjadi laluan akan berganti kedudukan.
5. Untuk menghilangkan bau hapak pada permaidani, ambil sedikit serbuk soda dan taburkan di atas permaidani. Biarkan selama kira-kira setengah jam dan bersihkan mengguna vakum.
6. Jika bau lebih teruk atau sisa makanan atau cecair, larutkan 20ml cuka dalam campura air secukupnya kemudian cuci.
7. Cuci dengan cara mengelap menggunakan kain yang dibasahkan dengan larutan tadi. Elak menggunakan berus. Bersihkan kotoran atau bau secepat mungkin kerana semakin lama ia dibiarkan, semakin sukar untuk membersihkannya.
8. Bagi permaidani baru, pastikan tempat dan permaidani benar-benar bersih sebelum dipasang atau dibentangkan bagi mengelak kesan sampingan seperti alahan.
9. Permaidani yang dipasang melapisi keseluruhan ruang, pastikan terlebih dahulu pengudaraan persekitaran ruang benar-benar dalam keadaan baik. Buka pintu atau tingkap jika perlu. Pastikan juga ia tidak berdekatan punca lembap seperti berdekatan bilik air atau tempias hujan. Elakkan menggunakan ruang berkenaan sekurang-kurangnya tiga hari selepas pemasangan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Berdepan dengan pandemik Covid-19 telah bermacam-macam rawatan atau cara alternatif yang dikatakan boleh mengelakkan atau menyembuhkan daripada penyakit Covid-19. Ada yang beranggapan, tidak salah untuk mengamalkan cara atau idea-idea yang dikongsikan di media sosial selagi tidak merbahayakan kesihatan.
Umpamanya menggunakan bawang putih, menghidu wap air dari rebusan bunga cengkih dan macam-macam lagilah. Bahkan baru-baru ini tular pula, satu cara mengelakkan jangkita Covid-19 di tik tok dengan menggunakan semburan cuka yang diletakkan ditangan dan kemudian dihidu bau masam cuka tersebut.
Namun perkara tersebut telah mendapat perhatian daripada seorang ahli perubatan yang dikenali sebagai Dr Champz menegur dengan memberi penjelasan padu di TikToknya, petua yang viral tersebut sebenarnya membahayakan diri sendiri dan boleh mendatangkan kesan yang tidak baik kepada kesihatan.
Apatah lagi bila Dr ini ada pengalaman sendiri merawat pesakit gara-gara mengikut petua viral tersebut.
“Ada seorang pesakit datang mengadu pening dan sesak dada kerana mengamalkan kaedah menghidu cuka daripada tapak tangan.
“Sebenarnya, kansentrasi asid yang pekat boleh menyebabkan iritasi pada hidung, paru-paru dan mata. Cara menghidu bau cuka adalah tidak akan menghilangkan atau membunuh covid -19 sama sekali,” ujarnya.
Pada masa sama, di dalam video yang dikongsikan Dr Champz ini ada memberitahu banyak langkah lain yang lebih mudah boleh dipraktikkan untuk menghindari daripada dijangkiti. Pastinya cara tersebut adalah dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
“Jagalah jarak ketika berada di tempat awam, memakai double mask dan hand sanitizer. Paling penting sekali adalah kerap mencuci tangan.
Video ini mendapat tontonan hingga 133 ribu dan sebaiknya dijadikan pengajaran dan sewajarnya diambil serius apa yang cuba dikongsikan oleh doktor ini. Agar tidak ada lagi berlaku kes-kes yang boleh membahayakan diri sendiri.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.