Masalah sinki tersumbat menyebabkan segala kerja di dapur terbantut. Memang geram dibuatnya terutamanya jika sudah pelbagai cara dicuba tapi sinki masih tidak mengalirkan airnya.
Jika berdepan masalah ini untuk sekian lagi, cuba kaedah yang disarankan oleh Mat Isa Muhamad Nor dalam Facebook beliau.
1. Gunakan soda untuk mengatasi masalah sinki.
Ads
Boleh dibeli di kedai hardware. Ada yang menyarankan mengguna soda bikarbonat tapi kesannya tidak sekuat soda jenis ini. Bentuk soda ini keping-keping. Elakkan menyentuh bahan ini kerana boleh melelas tangan.
2. Masak air. Saya guna bekas paling besar. Lagi besar lagi banyak air, bermakna lagi banyak air boleh mencuci paip yang tersumbat tu.
Ads
3. Kemudian, letak soda dalam lubang sinki seperti dalam gambar. Tunggu air menggelegak lalu tuangkan air panas tadi dan lihat soda bertindak balas.
Ads
4. Sudah selesai air turun, buka paip air untuk membolehkan kekotoran dalam saluran yang melekat itu keluar.
Sumber: Mat Isa Muhamad Nor (facebook)
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Makanan melekat pada kuali ketika menggoreng menyebabkan kita jadi geram kan. Lebih-lebih lagi apabila makanan tersebut contohnya ikan, habis hancur isinya. Walaupun minyak sudah betul-betul panas tetapi masih lagi melekat. Bukan itu sahaja, kesan tersebut agak sukar untuk dibersihkan.
Untuk menghasilkan gorengan yang cantik dan tidak melekat pada kuali, ikutilah petua-petua berikut yang dikongsikan oleh Pn. Norazmawati Md Yusof dari Terengganu.
Petua 1
Mula-mula masukkan minyak ke dalam kuali dan kemudian panaskan. Setelah minyak cukup panas, sebelum menggoreng sama ada ikan, ayam, daging, tauhu dan lain-lain, taburkan sedikit garam ke dalam kuali tersebut. Biarkan beberapa ketika. Kemudian barulah mula menggoreng. InsyaAllah ayam/ikan/daging anda tidak akan melekat lagi di kuali.
Petua 2
Selain daripada garam, anda juga boleh masukkan beberapa keping asam gelugor ke dalam minyak panas sebelum memasak. Kesannya, bukan hanya masakan anda tidak melekat pada kuali, tetapi ia juga membuatkan hasil gorengan anda menjadi lebih garing dan enak sekali.
Petua 3
Panaskan kuali dengan sedikit minyak dan goreng asam jawa dalam minyak panas hingga garing. Kemudian keluarkan asam jawa dan tambahkan minyak dalam kuali. Goreng ikan seperti biasa.
Petua 4
Setelah minyak panas, masuk 2-3 ketul bawang putih ke dalam minyak tadi kemudian baru masukkan ayam/ikan/daging, gerenti tidak melekat.
Petua 5
Perapkan dengan sedikit cuka atau asam limau nipis, insyaallah tidak lekat dan gorengannya lebih enak dan minyak pun tak terserap dalam masakan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sebut sahaja nama pasangan ini, pasti ramai yang terbayang gelagat si suami yang mencuit hati. Tidak sekadar itu, anak sulung pasangan ini sangat berbakat dalam bidang seni dan dilihat banyak mewarisi perangai si ayah yang ‘gila-gila’ orangnya.
Azad Jasmin dan Eira Syazira mendirikan rumah tangga pada 16 September 2011 dan dikurniakan tiga cahaya mata, Amarra Sofea Rose, Ameisya Leann Rose dan Areisya Suri Rose.
Mengakui awal perkahwinan, pasangan ini sedikit ‘stres’ tatkala bercakap soal anak.
“Apabila baru berkahwin dan berada di bawah satu bumbung baru sedar banyak cabaran. Apatah lagi waktu itu kami ‘try hard’ untuk dapatkan anak. Selepas 7 bulan baru saya disahkan mengandung. Pada saya itu sudah lambat.
“Ditambah lagi usia suami waktu itu 37 tahun manakala saya 27 tahun. Jadi kami beremosi dan mula tension. Memang stres untuk tahun pertama tapi alhamdulillah selepas dapat anak barulah reda,” ujar Eira sambil mengakui anak ketiganya “tidak dirancang’ hanya selepas 7 bulan baru sedar diri mengandung.
“Loud’ di luar ‘soft’ di dalam
Mengakui anak perempuan sulung banyak mengikut perangai ‘gila-gila’ nya, namun tegas Azad masih ada batas dalam apa yang anaknya lakukan.
“Itu adalah tanggung jawab kami terutama saya sebagai bapa untuk mendidik. Waktu belajar kena belajar betul-betul, begitu juga waktu bermain, saya akan biarkan mereka bermain.
“Kami tahu batas untuk anak-anak dan tak lepas begitu sahaja. Saya tak suka marah-marah tapi lebih kepada terangkan pada anak apa yang kesalahan mereka. Mungkin orang tengok dalam tv saya jenis ‘loud’ tapi di rumah saya lebih ‘soft’ tetapi kalau sekali cakap boleh buat anak mengalir air mata,” ujar Azad lagi.
Mengulas lanjut mengenai anak sulung yang nampak serasi di hadapan kamera, Eira bagai mana pun enggan membenarkan anaknya terjebak awal dalam bidang seni.
“Jangan kita fikir duit, kasihan pada anak-anak kerana bukan masanya lagi mereka bekerja. Ini waktu mereka belajar itu yang saya cuba elakkan untuk anak-anak. Bila berganding dengan anak-anak dalam sesebuah drama, saya kasihan melihat mereka terpaksa berjaga sedangkan itu masa mereka bermain dan belajar. Bukan masanya lagi mereka bekerja,” ulas Eira sambil memberitahu akan menghantar anak sulungnya ke International School apabila bersekolah di Indonesia kelak.
Lebarkan kerjaya ke Indonesia
Eira yang kini meluaskan kerjayanya di Indonesi mengakui suami adalah penyokong kuat dan membuatkan semangatnya kembali berkobar dalam meneruskan kerja walaupun ditimpa pelbagai dugaan dan cabaran.
Bernaung di bawah Syarikat Positif Arts Entertainment yang menguruskan artis popular republik itu seperti Ayu Tingting, Wali Band, Matta Band dan Kerispatih, Eira mengaku keputusan berhijrah ke Jakarta cukup besar buat dirinya dan keluarga.
“Ikutkan saya nak fokus pada keluarga sahaja dan hanya mahu duduk di rumah menjaga tiga cahaya mata, tetapi suami ‘push’ dan dialah yang bertungkus lumus sehingga membolehkan saya dikenali di negara jiran. Buat masa sekarang dia yang menguruskan saya di Indonesia. Kalau diikutkan di sini pun ramai yang bertanya bila nak berlakon macam dulu tapi sebab komitmen di Indonesia dan juga anak-anak menyebabkan susah nak bahagikan masa.
“Kami ada rumah di Indinesia yang disediakan oleh pihak syarikat rakaman dan biasanya kalau ‘terbang’ ke sana, saya akan bawa bahan-bahan untuk memasak. Bohonglah andai kata awal-awal dulu saya tak takut. Malah macam-macam rasa ada. Bimbang ditipu dan pelbagai lagi. Biarpun suami dan anak-anak ikut serta, tetapi meninggalkan keluarga dan tanah air untuk mencari kehidupan yang lebih baik di negara orang memerlukan kekuatan jiwa.
“Tapi suami banyak bagi semangat dan Alhamdulillah sekarang sudah 4 tahun saya aktif disana Buat masa sekarang kami berulang alik sambil menantikan kelulusan permit untuk bekerja di sana. Kiranya tahun depan kami akan menetap di sana dan anak-anak pun akan ikut sekali,” cerita Eira lagi.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.